Pagi ni.
Muka rasa sembab sangat.
Masa bini pergi kerja, muka rasa mengantuk sangat.
Bini sengih aje.
“Itulahh..tidur lagi lambat semalam.”
…
….
Aku hanya mampu tersenyum sahaja.
Banyak benda nak kena siapkan semalam.
Lagi parah, bila line internet ni kejap laju, kejap lembab semacam. Sabar ajelah bila kena bahana macam ini. Lagi seronok, hujan turun tanpa berhenti dari petang semalam. Nasib baiklah tak banjir kat kawasan Kulai nih.
Kalau tak bernasib baik, dah satu hal aku kena beli stok jajan-jajan untuk menghadapi musim banjir.
Banjir di Perak, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Ya.
Dari semalam aku rasa dah macam-macam berita yang sedih aku baca kat facebook. Memang masa nilah korang akan jumpa ramai orang tiba-tiba akan jadi sedih dan nilai simpati tu akan naik lebih dari 1 juta peratus. Waktu lain, susah kita nak nampak. Masa inilah “EGO” masing-masing akan turun dan cuba membantu apa yang mereka mampu untuk mangsa-mangsa banjir disana.
Bagi aku, itu satu perkara yang bagus dan menggembirakan.
Sebab memang susah kita nak tengok orang kita tolong orang lain TANPA sebab yang munasabah.
Dan alhamdulillah, ramai rakan-rakan, geng NGO, geng bukan NGO, badan-badan, persatuan-persatuan dan macam-macam lagi yang bergembleng tenaga untuk menghantar bantuan yang diperlukan dan bekalan makanan kepada mangsa tersebut.
Ada yang derma duit, ada yang derma baju, ada yang derma selimut, ada yang derma beras dan macam-macam lagi.
Jadi, kepada yang ada benda yang nak didermakan dan terasa nak membantu, pergilah ke mana-mana badan dan orang perseorangan yang mempunyai “KEKUATAN” untuk pergi ke kawasan banjir itu untuk menghantar bantuan.
Semoga apa yang kita lakukan ini akan dapat membantu meringankan serba-sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir kali ini. Mungkin hari ini adalah hari mereka, manatahu, suatu hari nanti giliran mereka pula untuk membantu kita, kan?
Alhamdulillah..
Aku gembira.
Melihat orang kita BERSATU PADU dan sanggup bersusah payah untuk orang lain tanpa apa-apa balasan dan kepentingan.
Aku juga gembira bila melihat email hari ini.
Dapat juga sales sana-sini sikit. Bolehlah hulur sekupang dua untuk mangsa banjir kali ni.
Tak dapat banyak, dapat tolong sikit pun jadilah.
Seminar Lejen IM esok.
Ya. Aku akan gerak lepas bini habis kerja ke Banting. Sepatutnya, hari ini ada rehearsel sekejap. Tapi memang aku tak dapat turun ke Wisma MCA. Kena tunggu bini balik dulu. Dia nak ikut. Tak berani la pulak aku nak tinggalkan bini aku sorang-sorang. Kang jadi apa-apa, aku gak yang sakit hati nanti. Jadi, bawa ajelah. Boleh gak jumpa mak bapak aku kat Banting tu nanti. Mesti diorang rindu gak dengan bini comel aku nih. Haha..
Yap. Aku terus ke Banting. Tidur sana dulu. Esoknya, lepas pekena cendol banting semangkuk dua, barulah terus merempit ke Wisma MCA. Harapnya takdelah banjir kawasan-kawasan yang bakal aku lalui untuk menuju ke tempat kejadian tu. Kalau tidak, dah jadi satu hal pula aku kena melencong sana-sini untuk cari jalan ke sana.
“Turn aku” lambat sikit. Kalau korang pergi sebab nak dengar apa yang aku celoteh nanti, aku harap korang sabar menunggu. Turn aku agak lambat sikit. Jadi, jangan balik awal eh. Korang dah bayar tiket mahal-mahal tu, seeloknya tonton sampai habis semua cerita tu. Tak baik membazir, kan? Lagipun, bila lagi nak pergi ke seminar camgini, kan? Bukan selalu pun. Dan bukannya selalu pun korang boleh nampak aku merepek sorang-sorang atas pentas selama 2 jam.
Lama tu.
Tengok wayang pun tak lama cam gituh. Haha..
Siapa tertidur waktu aku tengah merepek kat seminar lejen IM tu, aku baling ngan “marker pen”.
Pesanan aku, bawak gula-gula dan “shingam” banyak-banyak sikit. Bukan apa, 2 jam tu agak lama. Kalau penyampaian tu agak membosankan atau kurang menarik dihati korang, korang akan terjerumus ke alam lain yang lebih mempesonakan. Jadi, bawa buku nota dan salin apa yang penting serta cuba FOKUS dengan isi penyampaian dari setiap panel nanti.
Masa inilah kena fokus sekejap agar korang dapat “TIRU” dan “TANGKAP” segala tips dan teknik para panel yang selama ini mereka tak nak kongsikan. Biasanya, kat seminar macam inilah akan ada 3-4 teknik yang selama ini disembunyikan akan dikongsikan secara terbuka.
Hoho..
Okeh.
Aku nak bukak powerpoint ni kejap eh.
Baru nak mengarang isi-isi penting untuk esok.
Huh..
10,746 total views, 2 views today
Kekuatan mental dan fizikal diperlukan. Maklum duduk mendengar sampai jam 10malam. 🙂
doa kan semua mreka yang sedang hadapi banjir semoga selamat 🙁 – kedaionlinemy.com
fuh..lamanya..rugi plak aku tak pegi..ahaha
itulah.
penat aku tunggu hang. tak sampai gak.
kesian plak tengok keadaan mangsa banjir yang dah berhari-hari dilanda bencana banjir. Harap semuanya selamat. ALL THE BEST untuk talk nanti. 😀
memang kesian.
marilah kita sumbang sedikit walaupun tak leh banyak.
Nak pi sana memang tak dapat la.
Waktu sukar seperti skrg ini harus ketepikan fahaman politik & ego masing2. Sama2 menghulur bantuan kpd mangsa banjir. Allah turunan ujian itu utk kenaikkan umatnya yg dah jauh terpesong dr ajaran islam…
huluq mana yang kita mampu.
Yang dok bising tu..abaikan je.
Insyaallah perjalanan dipermudahkan untuk menyampaikan ilmu..
Ruginya tak dapat pergi esok. Pengapit den kahwin. Wajib pergi tu. Good luck bro esok.
Takpela.
kalau ada lagi..leh la datang masa tu.
Lama tu 2 jam.. semoga setiap peserta mendapat ilmu yang dikongsikan oleh setiap panel..
Lepas dah dapat ilmu, jangan peram sahaja. .. sebaiknya terus amalkan. ..
esok akan ada ramai lagi pembeli kitab SEO merah jambu 🙂
takziah utk mangsa2 banjir…
wow byk topik dm satu entry 🙂
nmpk gaya masih xde rezeki ke seminar… 😥
fuuuhhhh… esok pagi lah aku gi seben E cari 7 kati singham…
Slide 1 of 1? keh keh keh
Banjir ni sebenarnya normal di sesetengah kawasan, tapi bila ditimpa sesuatu yang luar biasa, Alhamdulillah, banyak yang bersatu padu untuk membantu.. cuma sesetengah kepala yang masih sibuk mencari salah, walhal benda itu ditolak tepi sementara sebenarnya..
Apapapun, gud luck untuk seminar tu bro.. cuba try test wat kat sabah, boleh juga datang.. haha..
beli jajan je ker?? saya dah kompang kat sedara mara suruh simpan stok barang kering macam beras ngan bihun… memula dia surut lepas tu dia datang lagi besar punya…
Hmm dah boleh sediakan standard slide presentation ni 😀
bagus bro bro dapat sale tologn serba sedikit untuk mangsa banjir..aku salah seorang mangsa banjir yang tak serius..tak terasa sangat..lagipun tahun lepas aku kena lebih teruk
Terbaik Seminar Lejen IM ni. Memang dikumpulkan mereka – mereka yang sangat lejen dalam dunia IM.
Tp , tidak berkesempatan untuk pergi kali ini. Harap akan diadakan lagi seminar ini pada masa akan datang .
Bantu sekadar yang mampu, itu yang perlu. Bantu melebihi yang mampu, hanya yang luar biasa mampu buat begitu.
Semoga mangsa banjir tabah menghadapi ujian dari-Nya.
kalau encik Titan, buat slide 10 minit je pun dah boleh siap, kan. 😉
gua skrg tgh gat praktis formasi 2-4-4 tu..
Semoga Allah SWT meringankan Banjir tersebut
Aku terpaksa terperuk kat tempat aku kerja sejak 25 disember sehingga banjir surut di bandar kb. Moga mereka tabah berdepan dgn dugaan banjir yg datang melanda. Hulurkanlah sumbangan mana yg perlu biarpun sedikit cuma bagi meringankan beban mangsa banjir.. dan terima kasih kpd yg menghulurkan bantuan.
kota bharu sekarang dah jadi kota lumpur. makan masa juga nak pulih
sebab tu ALlah turunkan musibah. untuk kita sesama manusia bersatu. tapi ada yang ego…
sayu bila tengok foto-foto banjir di PT ni…bila tengok foto lepas banjir lagi la sayu…jenuh nak membersihkannya tu…
bilakah ada ruang untuk saya jumpa encik titan..tak sabar nak tenun muka encik titan puas-puas..awwww… 😆
Tak berkesempatan nak pergi dengar kali ini.InsyaAllah akan datang 😆
insyallah akan datang akan join
bercakap 2 jam terasa sekejap jika perkara yabg disampaikan itu menarik dan terbaik
Banjir tahun ni luar biasa sikit dari tahun-tahun sebelumnya. Tapi alhamdulillah dah surut dah. Stadium Kota Bharu tu sebelah je dengan rumah je. Dah ok dah kecuali kawasan luar bandar macam Kuala Krai Gua Musang still teruk lagi.
Semua kejadian ada hikmahnya..cuma kita kena bersabar dan menjadi lebih bersatu apabila berlaku musibah sebegini…
Apa yang penting jangan mudah melatah…terima takdir Ilahi dengan hati terbuka disamping itu terus berdoa agar direda dan diberhentikan hujan berterusan dan musibah yang melanda negara kita ini…
Allah sentiasa uji kita..siapa diantara kita yang bersabar dengan dugaanNya maka balasan Syurga yang menantinya…semoga kita tergolong dikalangan mereka yang diberuntungkan olehNya..
Sedih dan bersimpati dengan nasib yang melanda negara kita…semoga Allah sentiasa menjadikan kita orang yang bersabar…
Ada hikmahnya disebaik musibah ini…ini pun dah nampak rakyat bersatu padu dan mcm2 lagi…semoga kita kembali merapatkan saf tidak kira pangkat dan darjat…
Aku juga tersangkut dalam misi banjir xdapek nak joim seminar IM haritu
Perpaduan dan tolong menolong semasa susah tanpa mengira fahaman politik merupakan amalan yang mulia.