Haha..
Ya. Mesti ramai yang menyampah. Asyik-asyik dok promosi Banting aje.
Sempena dah nak hujung tahun ni dan tengah cuti sekolah ni. Aku ingin mengajak korang untuk singgah ke Banting. Senang cakap, mari melancong ke Banting. Kalau ada pelancong yang nak datang ke Malaysia sempena “VISIT MALAYSIA 2014″, haruslah datang ke Banting untuk melengkapkan percutian korang di Malaysia yang penuh aman damai ini.
Jadi, apa yang ada sangat kat Banting, tu?
Well, dah aku duduk dan berasal dari Banting. Sudah tentu aku akan promosi Banting kat korang semua. Lebih istimewa lagi, aku sendiri lahir kat kampung nenek aku dan kampung itu terletak di kawasan Banting.
Sekali lagi, di rumah nenek aku. Bukan kat hospital Banting.
Tempat-tempat yang menarik di Banting.
Ada banyak. Tapi memandangkan korang tak tahu.
Meh, aku senarai sikit tempat-tempat best korang boleh pergi.
Cendol Banting.
Haha. Tak ada tempat lain. Kalau korang datang Banting, kedai cendol Banting mesti kena cari. Ada 2 kedai yang cukup popular. Satu didepan restaurant KFC dan Pizza yang baru tu. Namanya Cendol Banting Ibrahim. Yang satu lagi tempatnya dipawagam Lido yang lama yang sekarang dah tutup dan dijadikan tempat parking. Dekat dengan Kedai Surat Khabar Peking dan juga bertentangan dengan Maybank Banting. Namanya, Cendol Banting Kamarudin. Jadi, tak susah nak cari. Tak perlu aku nak bagi koordinat GPS.
Pantai Morib dan Sotong Bakar Morib.
Ya, kena pergi ke Pantai Morib. Banting dengan Morib tak jauh. Dalam 20-30 minit mengikut kelajuan korang bawa kereta. Kedai Sotong Bakar Morib ni ada dekat pantai lama TAPI dah diberi nafas baru. Tempatnya lebih moden berbanding ketika aku masa darjah 5 dulu. Jangan tersesat ke Pantai Baru. Pantai baru sesuai untuk korang bawa anak-anak bermandi-manda. Pantai lama kurang sesuai. Air tinggi. Kena tunggu air surut, baru boleh leh mandi kat situ. Senang cakap, nak makan sedap..gi Pantai lama. Nak gi mandi, gi Pantai Baru. Dekat-dekat aje antara dua pantai ni.
Nasi lemak Sambal Sotong.
Ya. Antara nasi lemak yang paling sedap dikalangan yang TERSEDAP di dunia. Bukan takat kat Malaysia lagi. Dunia punya level. Orang Amerika dan Nigeria pun tak pandai buat nasi lemak sambal sotong sesedap ni. Ada 3 kedai yang yang duduk bersebelahan antara satu sama lain. Senang korang nak pilih.
- Nasi Lemak Pak Musa – Sambal sotong nasi lemak dia manis dan pedas.
- Nasi Lemak Kak Eta – Sambal sotong nasi lemaknya tak manis sangat dan tak pedas sangat.
- Nasi lemak Kak Leha – Sambal sotong nasi lemaknya agak pedas. Sesuai untuk orang yang suka makanan pedas macam aku.
Senang cakap, tiga-tiga aku dah rasa dan aku membesar dengan ketiga-tiga nasi lemak ini. Dulu, kedainya duduk jauh-jauh dan bersepah kat Banting ni. Tapi bila pasar lama tu dah tutup, ketiga-tiga kedai itu pindah dekat satu blok yang sama. Jadi, bersusun kedai nasi lemak kat blok tu. Orang melayu, Cina dan India dan Bangla pun makan kat sini pagi-pagi. Tapi awas, korang datang awal, memang susah nak dapat tempat duduk. Kena datang lewat sikit la. Kalau hari minggu, memang menunggu la kalau nak dapat meja.
Ikan Bakar dan makanan laut yang sedap-sedap.
Kat Banting ni, waktu siang. Memang tak banyak kedai melayu yang sedap-sedap korang boleh jumpa. Tapi kalau korang datang waktu siang, korang boleh cuba makan kat 3 kedai ni. Antara yang terbaik untuk lauk-lauk tempatan.
- Restauran Basri Ali (satu blok dengan Rahmah Ali. Tapi kena cari la..)
- Restauran Rahmah Ali (berdekatan dengan stesen bas Banting)
- Selera 7 (berdekatan dengan perpustakaan awam Banting)
Untuk waktu malam, 3 kedai kat atas ni tak buka. Jadi, kena cari makan kat tempat lain. Jadi, pergi sahaja ke Pantai Morib. Ada banyak kedai makan kat situ yang dijalankan oleh orang melayu. Kedai ikan bakar memang kebanyakkan sedap-sedap belaka. Kalau tidak pun, ketika korang lalu ke kanchong darat dan berdekatan dengan rumah keluarga Sidek tu korang akan jumpa banyak kedai makan yang jual hidangan ikan bakar yang sedap-sedap belaka. Sepanjang jalan tu, boleh jumpa 4-5 kedai yang memang super sedap. Jadi, kalau dah datang nanti..redah aje. Mesti jumpa. Haha..
Kerepek House
Haa. Ini salah satu tempat yang korang kena datang kalau singgah ke Banting. Search aje kat google map, mesti jumpa koordinat GPSnya. Terletak dekat dengan Sungai Lang dan juga Kanchong Darat. Tapi masih dalam kawasan jajahan Banting. Senang cakap, aku memang susah nak makan kerepek selain dari kerepek dari Kerepek House ni. Memang antara yang terbaik. Senang cakap, setiap bulan, mesti ada sekali aku datang untuk tapau 3-4 bungkus untuk jajan harian aku.
Kedai Buku Lao Mao.
Lao Mou tu bermaksud, kucing tua. Kedai ni dah ada sejak aku darjah 5 lagi. Tapi aku cuma tahu tentang kedai ni masa darjah 6. Kenapa aku suka kedai buku Lao Mao ni? Sebab kat kedai ni ada banyakkkk komik dan manga dari Jepun tu. Yang bestnya, kita boleh sewa tak kiralah untuk bawa balik atau baca kat situ. 1 komik tu dalam 60 sen ke 1 ringgit sahaja bayarannya. Kalau jenis nak berjimat, memang akan baca kat situ aje. Dulu, aku rajin beli. Sekarang, aku rajin sewa aje.
Kat sinilah aku kenal Dragon Ball, Misteri Naga, Penyiasat Remaja, Detektif Conan, One Piece, Yuyu Hakusho, Johan Bola Sepak, Jaguh Bola Sepak, Doraemon, Dewata Raya, Pendekar Laut, Alam Perwira dan macam-macam lagi. Sempatlah juga belajar hikmat ilmu kebal titanium peringkat ke 9. Peringkat 10 dan ke atas. Tak sempat belajar sebab Tuk Guru Naga Merah merajuk dengan aku tak nak belanja dia cendol. Huh..
Ada Encik Titan.
Ya. Ada Encik Titan. Bolehlah mengeteh dan borak tentang cara nak buat duit dengan blog kat kedai cendol tu. Kat bandar atau pekan lain, memang takkan ada mamat tu. Dah lah cukup susah nak main mesej dengan dia, nak email pun lambat balas, nak ajak chat kat facebook pun macam nak tak nak aje. Jadi, tangkap terus mamat tu bila korang datang ke Banting.
Tempat Bersejarah dan Paragliding Jugra
Itu aje tempat-tempat yang menarik aku boleh bagitau sebab tempat-tempat tu memang aku selalu pergi. Tempat-tempat bersejarah seperti Istana Bandar dan Makam Sultan Abdul Samad, berdekatan dengan Bukit Jugra. Kalau nak main paragliding, bolehlah pergi ke Bukit Jugra. Dan kat Bukit Jugra tu pun, korang leh ikut aktiviti “hiking” kalau berminat. Selalunya makcik-makcik yang nak gi haji, selalu buat “training” kat sini agar tidak semput masa kat Tanah Haram nanti. Selalu gak nampak sebab memang tu salah satu tempat aku jogging selalu.
Hotel atau Homestay?
Ada banyak. Homestay tu, korang kena cari sendiri. Kalau sebijik rumah, mahu juga dekat RM200-Rm300 ke atas untuk satu hari. So, nak jimat, cari hotel yang murah-murah. Antara yang aku boleh cadangkan.
- Gold Cost Morib – pernah satu family tidur sini. Memang best gak la. Harga? Pepandailah korang cari. Google je.
- Hotel Impian Morib – ni tempat reunion aku dengan budak darjah 6 SRK Sri Langat dulu. Makanan buffet dia sedap belaka. Dah 3-4 tahun berturut-turut aku dan keluarga aku buka puasa kat sini.
- Hotel Intan Jugra – aku kuat mencadangkan yang ini sebab antara hotel terbaru di Banting. Tahun ni baru buka dan paling LAWA sekali berbanding hotel-hotel yang lain. Tapi harga satu malam dekat RM100++ kalau tak silap aku.
- City Hotel – harga paling murah dalam RM75. Penhouse punya pun baru RM168 untuk 1 hari. Dekat dalam bandar dan dekat dengan restaurant Fadhiya. Tempat aku selalu lepak dan guna WIFI secara percuma. Haha..
- Foong Inn Hotel – berdekatan dengan Bank Islam dan juga McD Banting. Harga Rm48 dan ke atas. Kalau datang sorang, jimat datang sini. Kalau datang reramai, harga antara RM68 dan ke atas. Kalau nak budget, datang hotel ni. Dan dekat gak dengan Pasaraya Mega, Econsave dan juga Pasaraya The Store.
Okeh. Semua benda penting dah tahu.
Sebenarnya, banyak lagi tempat yang best-best dan tempat makan yang sedap-sedap kat Banting ni. Kalau korang tersesat ke Banting, bolehlah hubungi aku. Nanti leh aku jadi “tourist guide” untuk korang dengan bayaran yang berpatutan.
Dah.
Selamat datang ke Banting. Haha..
Travel Blogging Contest by HipMomReport.com and Best Western Premier Dua Sentral
54,843 total views, 2 views today
Marka takdak ka? Kalau ada marka baru aku turun tiap2 bulan. Hehehe
ada.
tapi takkan aku nak bagitau kat hang. haha.. 😈
kalau ikut cakap titan, hang p pantai morib…tp jangan p tengahari…awek2 semua tgh tidoq kat rumah….hahaha
Haaa…ini lah cendol banting yang famous tu ya..nak gi lah nanti..tapi nak gi senyap-senyap je.. 😆
tak kesahlah nak datang senyap-senyap ke..besar-besaran ke..
janji datang.
hehe..
wah~ baca juga Penyiasat Remaja… komik favorite masa zaman sekolah menengah dulu~ huhu~
Ya dan masih beli sampai ke hari ini.
Memang tak pernah miss beli lagi.
Jom pakat ramai kita buat meet SEO Merah Jambu di Banting. 🙂
Terima kasih atas penyertaan, Titan 🙂
Sama-sama. 😉
terbaik yob !!!!! tq for the info …
Wah mahal2 juga hotel kat banting ni ya
Haha..
Ada yang murah, ada yang mahal. Tengok servis diorang la.
banyak juga benda ada kat banting
ada masa nanti boleh la jalan2 cari makan
Ha.
Sila. Silalah datang ye. hehe
Terbaik promosi untuk Banting hahaha… 😆
yelah. takkan nak promosi tempat lain plakk.
haha.
Wah!..banyak rupanya benda menarik kat Banting ni ye..gua ingat Banting ni cuma ada kampung2 dan pekan koboi je..eerrr..sorry aa Titan..hehe..
dulu..memang macam pekan koboi. sekarang tidak lagi. haha.
banyak tempat menarik tu
Dulu masa aku bersekolah asrama di klang dulu, banyak kali juga aku pergi ke Banting…lepak kat pantai morib. Skrg dah tak pernah smjk tinggal di Penang nie…
dah lama sangat tak pergi pantai morib ni. bos banyak x berubah.
kalau naik kapal terbang dari KB ke Banting berapa rege tiketnya bro…
bawah seratus rasanya kalau tak silap.
gi la tengok tiket kat MAS atau AirAsia. Tak lebih dari tu rasanya..
tapi itu one way la kot. Kalau 2 way, lebih seratus agaknya.
Atau mungkin lagi kurang. 😆
Entahlah, aku tak pernah naik flight gi sini. 😳
Apa yang terlintas bila sebut Banting pada saya hanyalah kerepek. Rupanya ada banyak lagi ye!!! tk berkongsi maklumat!
ada banyaaaakkk lagi.
cuma tak sempat nak tulis semua. hehe.
[…] : Blogger yang pertama mendaftar dan aku jumpa ialah mamat dari banting ni. […]
Mak oii promote abis tempat sendiri.
Ya, lah kalau kawe turun sana, kawe carilah semua yg disebut di atas tu.
haaa..
jangan tak datang ehhhh..
Aku berminat nak pergi pantai morib je…
dgn nak cuba cendol yang selalu diperkatakan..
hoho..
marilah melancong ke Banting. Boleh jumpa gua. haha.
yang kat bukit jugra tu macam best je 😀
kena try la main paragling ni kalau nak.
memang best woo. hoho. 😆
Hahaha, aku baca tajuk saja dh ketawa. Apapun artikel ni releven sebab tahun depan 2014 memang tahun melawat Malaysia. Sebenarnya aku pun pernah buat artikel promote cendol banting dalam salah satu blog aku (tahun 2012 seingat aku), keyword cendol banting banyak juga pencarian.
Destinasi atas tu paling menarik: Kedai Buku Lao Mao, kt tempat aku pun ada, tapi yang tak bestnya kat tempat aku nie semua bahasa Cina. Oleh kerana kena sumpah seranah aku skrang kedai tu dah tutup. Wakaka.
Cadangan aku, utk destinasi blogger: Rumah Titan atau tempat lepak bro mencari sumber inspirasi (kalau ada), sila beri koordinat GPS atau peta.
Masa awal-awal dulu, memang sikit gak.
Lepas aku komplen dulu, sekarang dah banyak gila buku bahasa melayu. Siap majalah dan novel pun ada ada. Leh baca dan beli lagi.
Memang terbaiklah lao mao sekarang. hehe..
nak kena pergi nanti ni.ruginya tak pergi.hehe
haa..
leh la pergi kalau berminat. cendol sini manyaakkk sedapp.
Banting memang best, selalu ajak wife ke banting jalan2. Pernah bermalam di hotel dekat pantai tapi tak ingat namanya. Sy tinggal di putrajaya, walaupun agak jauh, tapi kira dekat jugak kalau nak ke pantai dan makan best2.
Memang tak banyak dah pantai macam pantai morib nih. ada satu lagi pantai, pantai kelanang. ni pun best gak.
nak gi banting bila ntah…housemate ciktom org banting..blh la join dia time blk weekend..dh byk kali dia ajak sebelum ni..hehe
Banyak juga yang menarik, tak pernah sampai lagi, yang saya paling tau, kalau nak raya, ramai pegi Banting beli kerepek. Murah dan sedap katanya.
Memang murah dan memang sedap.
Sangat puas hati.
Siapa yang belum pergi, leh la pergi nanti ek. hehe.. 😈
pergi juga ke Bnating sbb kak ipaq dok sana, rupanya byk tmpat menarik di banting ea… boleh la sskali bermalm dan berjalan di sana…
cadangnya nak pergi bukit jugra. macam best je terbang2 atas bukit.
Nak rumah Misbun. Aku nak train badminton dengan dia. Nanti boleh test lawan hang.
Entahlah. Aku dah jarang nampak dia dalam 10 tahun ni.
tak tahu dia ada ke tidak masa ko datang nanti. haha.. 😆
nasi lemak tersedap di dunia kat mana tu? nk try gak, CN baru jadi duta banting (lantik sendiri), setakat ni nasi lemak paling sedap dekat Taman Kemuning, Ayong corner tuh, depan MDK..
Itu kiranya ahli keluarga diorang jugak.
wah aku takde sedara lagi lah dekat banting , err kau boleh jadi saudara aku kan
Byk gak benda menarik kat banting ni…lain2 gua tak kisah sangat, tp lu sebut itu seafood sedap..tu yg rase nak terbabas ke banting lagi…hehe
oh banyak rupanya tempat menarik kat Banting , kene cari masa singgah nih…=)
Memang banyak yang menarik.
Hang kena turun sini, baru tau.
Hahaha..biasalah tu orang banting kena promote banting kan…emm sotong bakar ditabur awas ke tu?
itu ia dah ada tukang bari maklumat tinggal nak pi ke idak
Byknya tempat menarik tentang Banting, Insya Allah ada masa sampailah gua di sana. Mungkin 5 thn lagi kot?
banting meriah ngan wong jowo. Hahaha
Tak takpe. Hehe..
Meh la datang ke banting. 😳
[…] […]
kedai buku tu kt mne bro..kt lm bndar tu ke..hehe..geramm tol lme xpekene senjata misteri nih..
ko cari kedai buku tu dekat dengan bank islam lama. Dekat dengan pasar basah lama. Dekat dengan stesen bas. tanya je orang kat situ. Mesti diorang tahu. Nak senang, tanya bbudak2 cina kat situ. Majoriti tahu. Dah bertahun-tahun kedai tu kat situ. Sejak aku darjah 6 lagi.
Restoran tomyam dan ikan bakar juvita kanchung darat banting terbaik di sini.marilah try…
Ya. restauran juvita tu..kalau aku datang..mesti order ikan pari bakar dengan kerang bakar. Sambal dia memang kaw sedap. Hoho
waaa… cendol?
waaaa…. kerepek?
syoknya Banting…
bila ntahla dapat p sana…
kecur air liur kak tengok sotong bakar tu sifu…^__^
🙂 Sedang menjamu selera di Nasi Lemak Pak Musa 🙂
mai la dtg banting beramai2 yer…heheheh
😆 😆 😆
Lagi satu tuan..
Banting penuh dengan Jawa ranger
Hihi..
Pekena udang tepung dan sotong goreng dekat area pantai Morib memang tak bleh lupa. Sekali rasa pasti nak lagi
Yap.
Antara yang terbaik pernah aku jumpa, kat Morib ni la.
Haha..
PLKN jugra jauh tak kalau saya menginab di hotel intan?
tak la.
dah kira dekat jugak tu dengan hotel intan.
Salam.
Saya akan ke banting untuk berkursus pada 17hb November 2014. Boleh cadangkan hotel yang berdekatan dengan ILP Langat? Tq ye.
nak hotel yang best sikit, hotel Intan Jugra.
Dekat dengan tempat makan, pasaraya dan hotel TERBARU kat banting.
Dan harga 1 malam pun masih berpatutan.
best nye post niy… mmg best dah Banting skarang.. 🙂
Jom datang banting…
N
Hotel Intan Jugra tue dkt dah dgn ILP sis maslina…
Pekan koboi yang glemer dengan kewujudan cendol dan En.Titan 😆
siot…. entri santai gila… tapi dia punya pv gila banyak… hahah…
dah agak mesti ada cendol.
semalam baru pergi ke banting saja nak tengok apa yang best sambil melepak dekat panati morib yang macam2 aktiviti ada di sana
semalam bila tu?
haha..
Hari tu pergi Banting main futsal je. Belum sempat nak melencong tmpt len.
lain kali, singgah-singgah la makang cendol banting dulu ye.
hehe.
bilik seminar yang boleh muat dalam 20-30 org ade tak area banting..
sayang nak buat bengkel solekan dan andaman (makeup2)
opss typing error
* saya 🙄 🙄
Hahaa..
Sungguh tak disangka kedai cendol yang menjadi siulan mr.titan adalah tempat cendol saya dan family selalu makan.
Kalau balik kmpung mmng makan cendol kat kedai ibrahim tue.
Sedap lain macam.
Mmg legend dah tempat tue.
Sebab family MIL saya di kanchong darat.
Sebab tue selalu balik.
Hadehhh.
Bismillah,
TQ Encik Titan.
Saya bangga membaca artikal anak Banting.
Thanks for info Kerepek House, Bukit Jugra and Sotong Bakar..keep blogging..I nak visit Banting 31 August 2015 nanti..your blog..sangat membantu..
Aduuhh.. rugi la tak ikut mak saya gi umah Misbun, masa dia kawin. Mak saya ni sepupu arwah Hj Sidek. Betul kata yang komen sebelum ni, saya ingat Banting tu hanya pekan kecil je. Nak rasa juga makanan yang best kat sana, saya ni memang pecinta kuliner yang best.. Ni pun tengah terliur (sambil taip, sambil berimaginasi). Cerita pasal kerepek, uuuiihhhh.. memang pebret. Kena pula makan dengan nasi. Maaf ye masuk tak bagi salam (ceroboh).. Nampaknya, nak try juga angin Banting waktu malam (kena tido hotel).. Sambung lagi cerita Banting ye.. Assalammu’alaikum..
Ramai orang tak tahu Banting ni ada apa, sebabnya sektor pelancongan kurang di promosikan oleh PBT secara besar-besaran…
Kalau tak, ramai je orang yang nak datang.
Orang banting sendiri kena promosikan, kalau bukan kita siapa lagikan?
Yang nak sewa Homestay boleh hubungi saya. 😉
Kampung Orang Asli Pulau Carey jangan di lupa.
Kita kat Banting ni Encik Titan. Tadi pergi Cendol Ibrahim. Memula confuse gak sebab risau halal ke tidak, hihi
Kedai buku Lao Mao tu mcm dh kosong je…signboard still ada, tp tk tahu la bukak lg ke idok
saya nak bercuti ke banting 4hb – 6 hb nov 2016. saya nak tanya di sepanjang pantai morib ada tak kedai seafood? kalau nak cari seafood yang sedap dan harga berpatutan kedai mana terbaik yang encik titan akan sarankan untuk pergi? boleh tak bagi saya lokasi rumah haji sidek? teringin nak bergambar disitu.