Hari ini, aku sempat pergi ke Gathering Blogrrr – Blogger Most Wanted kat Mines.
Aku gerak awal sebab malas nak bersesak dan nak rebut tempat parking. Salah “timing” memang susah la nak dapat tempat. Pusing punya pusing, sampai tersesak ke Mines DUA. Lepas tanya awek bertudung hijau muda itu, barulah “NAMPAK” hala tuju yang sebenar.
In the ending, aku dapat tempat dan parking dengan penuh kebahagiaan tanpa rasa bersalah.
Apa yang menarik dengan Gathering Blogrrr?
Aku jumpa ramai blogger.
Sempatlah jumpa dan borak-borak dengan diorang semua. WanGerrard, Tekong, CoretanAnuar, Fadhil Husin, Fadzli, Hafiz Rahim, Bro Framestone, Noktahhitam, Anarm, Farid, Farisya, Fazrol dan tak kurangnya Abang Ensem yang masih kekal murah hati menaja sesi teh tarik buat kali keduanya tadi.
Jumpa juga makcik-makcik HOT seperti Kak Jie dan Kak Yanmie. Masing-masing bawak 1 orang anak sebagai sidekick. Kak Jie bawa Intan yang comel, Kak Yanmie bawa Irfan yang cukup serius.
Sesi Teh Tarik
- Sesi 1 bersama dengan WanGerrard yang menjadi “tourist guide” aku pada pagi itu dan Fadzli yang SANGGUP datang dari Kelantan yang jauh tu. Siap nak bas lagi tu. Tabik spring ke belakang aku diatas kesungguhan beliau untuk hadir dalam Gathering Blogrrr.
- Sesi 2 bersama Abang Ensem sebagai leader, Fazrol sebagai apit kiri dan Anarm sebagai apit kanan. Tekong? Tekong gi kenduri kahwin adik dia. Aku? Aku dok sebelah Abang Ensem sebagai penasihat keenseman beliau.
- Sesi 3 bersama dengan Azwan Anuar. Borak sampai tak ingat dunia. Kak Jie dah habis berpinggang-pinggang nasi, kami masih tak habis borak. Sampai dok kena halau balik dengan Kak Jie kat food court tu, barulah ingat dunia nak balik rumah tengok anak dan bini..
Seminar dan Gathering Blogrrr?
Satu seminar pun aku tak masuk. Dok sibuk buat sesi teh tarik sendiri. Haha.
Tapi aku yakin semua seminar best-best belaka termasuklah yang dikendalikan oleh Nisa Kay dan Aman yang memang ramai pengikut susah mati mereka.
Aku terpaksa tengok ceramah 1 jam Tekong dari jarak jauh sebab dia tak bagi aku dok depan. Siap ugut nak buat garisan dan tampal NOTIS “Not allowed for Encik Titan”.
Huh, tak apa. Tak apa..
Oleh sebab jadual agak huru-hara, aku tengok memang ramai lah yang datang TURUT sama huru-hara. Ada yang berbelah bahagi dan gi dengar seminar atau nak dengar celoteh artis-artis yang datang. Ada Marsha AF lagi tu. Sakinah Keek pun ada. Ally Iskandar Pengacara Comel lagi HOT idaman Semalaya pun ada. Iqram Dinzly pun ada. Tapi aku tak nampak dia.
Keputusan Pemenang Blogrrr Awards – Blogrrr Most Wanted
Tahniah aku ucapkan kepada para pemenang. Aku nak masuk Awards ni pun, aku tak tahu nak letak blog aku kat kategori mana. Jadi, aku buat derk ajelah. Tapi yang menang ni memang kebanyakkannya Otai lama dalam dunia blogging nih. Kot?
- Best Blogshop – A-dressing
- Best IT and Gadget Blog – JomPHP
- Best Art & Photography Blog – Theeggyolks
- Best Entertainment Blog – Rotikaya
- Best Food & Travel Blog – Thebigsmallboy
- Best Sports Blog – Sokernet
- Best Fashion & Beauty Blog – Maxmayo
- Best Family & Health Blog – Ibubapacemerlang2012
- Best Personal Blog – Denaihati
- Best Automotive Blog – Paultan
- Best of Disability Blog – Amir-hamidi
Big Bad Wolf
Aku masuk kejap aje.
Dah angkat 3-4 buku yang memang gila murah.
Tapi bila nak beratur, melihatkan kesungguhan makcik-makcik, gadis-gadis comel yang cun dan comel, awek-awek cina yang seksi dan tak kurang juga bapak-bapak yang menyampah sebab kena angkat banyak buku..
terus aku letak buku yang aku nak tu, dan melangkah pergi.
Mungkin, bukan kali ini..
Ya. Aku bukan seorang lelaki kacak yang sangat penyabar. Haha.
Kesimpulan.
Not bad lah Event Blogrrr kali ini. Tekong kata diorang memang agak “RUSH” sikit untuk handle Event tersebut. Banyak benda yang kena lakukan dalam masa yang cukup sekejap. Jadi, promosi pun macam ala-kadar aje. So far, aku tak ada masalah sangat sebenarnya.
Janji, aku dapat t-shirt Blogrrr tu.
Saiz M!
Ps: Arsenal kalah. Yesss!
14,413 total views, 1 views today
Muat ke saiz tu? hehe
hoho..
haruslah muat. Dah try, siap longgar sikit. 😈
meriah sungguh sebab ra,mai blogger rotai yg hadir….rugi x dpt join..
tak apa.
lain kali kalau ada event macam ni, bolehlah join.
kompem tak tau nak tulis apa sebab sumanya dah jelas, nyata lagi bersuluh, Tuan Denaihati dah menang 😆
Tahniah kepada brader Denaihati kita tu.
hoho.
Saya tak pergi, tapi boleh nampak penganjuran pertama ini agak rush. Takpe, tahun depan boleh improve lagi. Gunakan tahun ni sebagai pengalaman dan panduan.
Patut kategori utk Fesyen dan Beauty ni kena pecah dua. Agak2 ada tak blogger wanita yang sentap sebab pemenang ialah lelaki. Tapi blog max mmg menepati standard blogger fesyen antarabangsa berbanding yg lain.
Terima kasih atas senarai penuh pemenang. 🙂
bru je smpai kat klntn ni, lom smpt buat entri lg…
fuuhh..
tahniah sebab dah sampai kelantan.
terbaiklah, dari jauh hang datang.
Tahniah kepada semua pemenang bagi setiap kategori dalam Blogrrr Awards…
Sorry tak dapat join korang dalam sesi Teh Tarik semalam.. Jadi, tak berpeluang nak merasa Abang Ensem belanja minum pada kali ini…
Semalam saya beli 62 buah buku.. Dekat RM400 juga habis berbelanja… Lepas ni kena cover balik duit tersebut melalui ilmu-ilmu yang saya perolehi dalam buku-buku tersebut dan dalam seminar yang saya hadiri semalam… Seminar petang semalam menarik… Speaker tu ajar buat Shopping Chart dalam Facebook.. Dalam shopping chart tersebut semua ada termasuk bayaran kad kredit pun boleh di buat melalui Fanpage..
baru first time aku jumpa hang. Muka hang ada macam kawan aku. Itu yang tak berani tegur. Hang bagitau nama blog, barulah aku tau blog mana. Dok pikiaq..siapa nama hang sebelum tu. haha.. 😆
ini memang betul-betul kaki buku..bagus!
kak jie dtg dgn 2 anak – anak sulung dan anak bongsu ( intan )
mungkin korang tak nampak…hihihi
laa..tak perasan. along ada datang kah?
tak perasan sangat lah. nampak berdua tu ajeee.. haha 😈
Mmg terbaik..
Aku dpt baju size l terus tukar size xl.. Kalau tak seksi nanti..
wahh, leh mintak tukar kah?
haha..
melepas nak ke event blog atas komitment kerja
tak apa. lain kali bolehlah datang kalau ada masa.
dan aku bkn jenis penyabar nk redah jamm gi miecc tu..haha
haha..sebab tu la aku datang awal.
kalau datang lewat, aku pun malas nak bersesak maa.
pergh untungnya dapat pergi. event macam gini baru meriah perginye. orang lama biasa mana nak join ceramah seminar semua tu. duk buat hal sendiri je biasanya. 🙂
Bukan takmau pergi bangun2 tgk lewat memang tak le dah tau msti sesak
Ahaha alasan ke
Dtg sebagai blogger best..
Tapi sebagai peniaga……….. gggrrrrrrrrr…
Management sangat teruk…
meriah event ni. next event InsyaAllah, nak gi. hoho
kalau tengok gaya cerita ko ni Titan, macam sesi the tarik tu yang lagi menarik 🙄
Hurmmm…kiranya gigih gak yea ko lepak kat sana….aku dah tengahari terus balik….tapi rasanya diorang tak capai kot target jumlah kehadiran tu
Bestnya dpt pergi dan dpt tshirt percuma lg. Tahniah Denaihati tapi kenapaa Anarm yg dpt nama, terpapar di Harian Metro hari ini.
haha nasib baik ko tak blah awal2 hehe
Aku tgk gambor jer lah.. x dan nak
Lari laju keta sampai blogrrr…
best wooo. mula-mula naik atas tu, aku jumpa hang. nasib baik pernah tengok gambar, kalau tak memang aku tak tegur la. haha
bila nak join nih..adoi…
Tahniah pada semua yang menang!, memang tak pergi sebab segan bawa blog tak laku…
Mahu kembung dengan teguk air teh tarik berapa kali round bersembang. 🙂
hahaha..akhirnya jumpa jugak utk kali keduanya dgn abg cendol ni.haha.
FA ajak p menyendol kat seksyen 7 xmaw.haha..rugi3
tahniah semua yg hadirkan diri,…
mesti best ek…
tak dpt join balik kmpg..
[…] event blogrrr anjuran MYNIC hari tu dapat jumpa ramai blogger yang turut hadir. Antaranya Tekong, Encik Titan, Bro Framestone, Cyberfly (JomPHP), Abang Ensem, Kak Kujie, Kak Yanmie, Nisa Kay, Lia Omey, […]
pergi juga belah petang.hanya jumpa kak jie dan kak yanmie jer..yg lain maybe berselisih bahu..cuma tak cam atau tak kenal dekat alam nyata..hehehe
lau aku takde job wedding, aku datang dah..nak wat camne..hehe..aku tengok katanya macam perhimpunan terbesar..kalau besar baik buat kat Bukit Jalil ke cam konsert tu..hoho..harap lepas ni paling biggest di Malaysia..himpun dari seluruh Malaysia, blogger yang ada..kot ada untuk WP punya blogger je pun best..ohho..
err..next Wordcamp bile? 😛
Dengar cerita best dari rakan2 kat blog aje. Kalau dapat pegi lagi best. Banyak ilmu yang dapat. Kalau dari sarawak ni susah sikit nak datang. Kalau dapat datang pun mmg jiwa kental betul…
ok jeles xdpt pergi 🙄
Wah banyak juga event kat sana ya
Caya lah bro pakai baju Man Utd pi sana Terasa mcm kawe pun hadir sama…
saat naik atau jatuh.
Gua tetap dengan Selangor dan MU maa. 😈
haha gua kena muhasabah yang dari kelanttan pun sangup datang tak kan dari selatan tak boleh hehe
Itulah.
hang patut datang gak tauu. 😈
gua angguk dan angguk baca lu punya ‘press statement’ ni..nampaknya, tahun depan kena buat lagi, utk gua sama2 jadi apit kiri sesi ngeteh ni..hehe
last sekali…arsenal kalah…itu paling best dalam entri ni…haahha
arsenal kalah.
itu gua wajib mention maa.
tak dapat pergi, 1je ke gambarnya?
gambar hilang.
Itu pun gambar rembat orang lain punya. haha..
mesti meriah event tuh , rugi den tak depak nak join…huhu
Wah-wah…baca ni dah rasa sangat seronok..emm saya tak ada keberanian lagi nak pergi ni..,haha
gathering blogger memang menyeronokkan bila ramai yg dikenali memunculkan diri