Semalam.
Ada seorang protege aku yang bertanya tentang mailing list.
Dalam erti kata lain, dia lebih berminat untuk jadi seorang internet marketer berbanding menjadi penulis blog.
Aku tak ada masalah dengan itu sebab aku sendiri ada menggunakannya.
Aku pernah guna Aweber dan Getresponse. Dua-dua akaun aku ada. Dan kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Jadi, aku cadangkan pada protege aku itu untuk pilih Aweber atau Getresponse untuk menjadi platform mailing list beliau. Baca dan pilih mana yang berkenan dihati. Boleh juga cuba dahulu selama 1 bulan dan tengok dulu prestasinya. Mana yang lebih baik dan sesuai dengan jiwa beliau.
Tapi beliau kata, nak bayar bulan-bulan macam ada masalah. Tak sanggup.
“Bro..tak ada ke bayarannya yang murah sikit?
Ada.
“Cuba Emelmatik.”
Emelmatik sama aje fungsinya dengan Aweber atau Getresponse.Digunakan untuk mengumpul email prospek dan juga menghantar email secara pukal kepada senarai email yang telah dikumpul. Emelmatik dimiliki oleh orang Malaysia. Dan anda juga bole bayar melalui akan bank tempatan. Tak perlu lagi guna paypal dan kredit kad untuk memiliki mailing list sendiri.
Apa kebaikan guna Emelmatik?
- Murah. Percuma sepanjang tahun dan tidak ada yuran bulanan.
- Tapi kalau berminat nak upgrade untuk dapat kemudahan yang lebih hebat, boleh upgrade ke akaun seumur hidup. RM150 sahaja yuran seumur hidup.
- Dan sekarang, tengah ada promosi. Cuma perlu bayar RM120 seumur hidup. (Hanya terhad dalam tempoh promosi sahaja)
- Maksudnya, selagi owner masih hidup dan program Emelmatik ni masih ada, selagi itulah korang boleh guna akaun Emelmatik korang.
- Kalau nak dibandingkan dengan Aweber dan Getresponse, korang kena bayar yang agak mahal setiap bulan. Malah, bayaran selama setahun, lebih TINGGI berbanding dengan korang bayar sebanyak RM120 untuk seumur hidup jika korang memilih Emelmatik.
- Dan selepas korang daftar, korang akan dapat satu ebook percuma untuk BANTU korang memahami bagaimana hendak bermula dengan Emelmatik. Korang akan tahu cara nak setup form, korang akan diberitahu bagaimana nak blast email dan sebagainya. Tinggal baca, fahamkan dan praktikkan.
Itu sahaja. Mudah, bukan?
Kalau berminat mahu mencuba, boleh daftar hari ini. Anggap sahaja sebagai satu lagi sesi pembelajaran untuk jadi seorang internet marketer yang hebat. Salah dan silap itu normal. Aku dulu pun BODOH gak benda-benda macam ini. Bila dah cuba, terasa senang la juga.
–>
Ps: Senang cerita, gi daftar dan cuba selama 1 bulan dulu. Lepas itu, kalau nak upgrade, terpulanglah pada korang.
6,691 total views, 1 views today
hebat ni emelmatik.insyaAllah nak cuba 😆
Cuba aje.
Mula-mula memang susah sikit nak faham. Tapi kalau tumpu betul-betul, senang aje nak faham benda ni.
Ce bro buat tutorial macam mana nak guna emelmatik ni. Ambe dari dulu lagi guna, tapi tak reti nak gunanya macam mana.
Tak sanggup aku wah.
Nak tulis memang tak dan lagi. Tengok aje kat youtube. Ada ramai yang tunjuk step by step kalau tak silap aku.
aku pernah try aweber, tp aku nak tanya pasal emelmatik ni. Kalau sekali seumur hidup dan secara online ni mcm x best la bro, owner dia dapat ke bertahan sistem mcm ni, maksud aku bayar sekali pastu guna sampai bila bila, bukankah rugi dipihak emelmatik. dari logik aku maybe aku salah, jika lepas tu owner tanggung kos rasanya x bertahan lama la
Owner dia Boon. Antara orang lama dalam dunia internet marketing. Dan antara blogger lama juga. Otai lama ni.
Dan emelmatik dah setat sejak 2011. La ni dah masuk tahun ke 3. So far, ok je. Kira dah bertahan lama dah ni. Aku boleh percaya. Masalah owner dapat bertahan ke tidak dengan sistem macam ni, aku tak tahu. Itu masalah dia. Dia nak survive, dia kena bertahan. Bab rugi ke kos ke modal ke, aku tak rasa dia rugi dan dia memang mampu. Dia tahu punya cara nak buat duit. Income IM dia ribu-ribu tiap-tiap bulan. Nak risau apa. Haha..
Worse case, kalau tiba-tiba dia dah tak ada atau takde sape takover emelmatik ni. Kita cuma rugi RM150 aje. Tapi kena rajin simpan mailing list tu la. Kalau jadi apa-apa, leh upload balik kat mailing list lain.
betul tu. kena rajin backup mailing list tu. prospek mahal tu kalau dah banyak. mungkin sekarang dia bagi one time payment, customer akan datang maybe kena monthly pulak bila dah femes.
Ooo… baru tahu mailing list tu apa…
Dulu aku ade try, tapi macam ade masalh sikit dengan html. Tak tahu la kalau aku yang salah buat. Tapi aku cube kat getresponse ok je.
Yang free tue pun ok. Boleh send around 1000 per month. Kire banyak jugak. Aku rase,lebih sng nak dapat sales conversion kalau gune email marketing. Haha
Memang lebih senang kalau mailing list kita targeted.
bagus benda alah ni sesuai utk chack kita punya blog yg berniaga
Siapa-siapa pun boleh.
Biasanya memang IM akan guna. Untuk “blast” mangsa-mangsa mereka.
mangsa-mangsa? hahaha. kejam!
Dah itu hakikatnya maa. Haha..
Aplikasi wajib bagi internet marketeer.
Ya.
Blogger pun boleh ada juga kalau mahu. hehe..
ok..ada masa nanti saya cuba yer..sekarang ni masih belum buat betul-betul lagi..nak tumpukan pada blog dulu…
Ya.
Tumpu mana yang lebih penting dulu.
lama dah register..belum upgrade je..
Kalau jenis yang tak selalu nak blast email..aku rasa boleh guna mailchimp..free gak..tapi ada limit.