Okeh.
Tajuk, memang super gila.
Dua kali baca, memang macam rasa mengarut.
Tiga kali baca, tajuk tu nampak macam MENIPU pun ada. Haha.
…
….
Ya. Aku tak nafikan. Itu yang aku rasa 10 tahun yang lepas. Dan tiba-tiba ada seorang mamat muncul pada awal tahun 2005-2011 dulu secara tiba-tiba. Tarikh sebenar, aku tak ingat. Terlalu lama sangat dah tu. Jem otak aku kalau aku paksa fikir jugak.
Ya, penuh dengan kejutan.
Gobala Krishnan.Β
Sebelum tu, memang tak pernah dengar nama itu. Memang aku tak tahu kewujudan mamat hitam manis ini. Entah celah mana dia muncul dan tiba-tiba keluar pula Chapter-M yang memang boleh agak mengegarkan dunia blogging dan IM di Malaysia. Kalau korang hidup satu zaman dengan aku dulu, mesti perasan bila Gobala ni muncul. Dan mesti kenal Zul Smartusaha, Sham Raja Adsense, Amirol, Shuth Wangcyber, Zamri Nanyan, Gero Azrul, Patric Chan, Amirol, Faisal dan ramai lagi. Kemudian, muncul plak gelombang kedua Β iaitu Razif, Raja Kamil, Muaz TipsPTD, Ammar Zahar Jootaawan, Rahman Basri, Labanon Majalah Niaga, Jamal kerja-kerajaan dan ramai lagi. Itu belum masuk gelombang ketiga dan keempat. Semua tu, dari blogger terus bertukar jadi “Internet Marketer” yang berjaya dan disegani ramai. Siap dah ada ramai anak murid yang dah hebat-hebat belaka.
Cuma tinggal beberapa orang aje yang kekar dan tegar menjadi blogger termasuklah aku. Haha..
Gembira pun ada. Sebab ramai yang dah berjaya Sedih pun ada. Geng satu zaman, dah ramai juga yang kecundang dan entah hilang ke mana.
So..pendek kata, setakat nak dapat RM800-RM1000 sebulan, otai-otai ini semua termasuklah si Gobala Krishnan tu, memang tak ada masalah. Celah gigi aje. Network dah besar, senarai list yang padu dan skill promosi yang tak terkalah. Semuanya dah “graduate” dari forum Wangcyber.
Dan kalau korang perasan, yang hebat-hebat dalam bab promosi ni, majoriti adalah mereka-mereka yang “bersekolah” kat forum Wangcyber sampai forum tu sekarang pun dah tak berapa popular berbanding tahun 2005-2011 dulu.
Jadi, kalau korang yang baru nak bermula ni, aku cadangkan sedut dan curi ilmu dari mereka ini. Belajar dari apa yang mereka lakukan dan “apply” dalam kehidupan blogging korang. Sama ada korang nak KEKAL sebagai blogger atau nak jadi “Internet Marketer”, terpulang. Itu hak korang untuk korang sendiri tentukan.
So, langkah pertama. Boleh tonton webinar Gobala Krishnan ni. Dia akan cerita apa yang patut dan boleh korang lakukan untuk dapatkan SATU ringgit pertama dalam hidup korang melalui dunia online ini.
- Tonton disini – Webinar Gobala Krishnan.
- Kena daftar dan pilih hari/tarikh.
- Kemudian, sila setkan waktu yang anda selesa. Ada waktu malam dan siang. Pilih satu sahaja.
Rujukan
- Webinar – Ceramah atau seminar online.
- Forum Wangcyber – Forum popular pada 2005-2007 tentang dunia perniagaan, blogger dan internet marketer di Malaysia.
- Gobala Krishanan juga pemilik Jomniaga.com yang dikenali sebagai Ashadee.com sekarang.
Ps: Okeh. Langkah seterusnya, korang dah boleh fikir dah lepas tonton Webinar tersebut.
11,871 total views, 1 views today
tajuk memang sangat best & mengujakan… akan aku usha webinar tersebut bile ade mase… bila tah ade mase… ade ke mase? haiishhh… ;p
Kena cuba bagi masa..
Hang banyak masa kan?
Gi tengok cepat. Grrr..
Webinar..sesuai sangat bagi orang yang tak cukup masa nak attend seminar2 kat luar sana tu.
Betul tu. Lagi pun pendaftran ini percuma sahajakan.. π
Haa, tau takpe.
hang dah tonton lom webinar tu?
Dia memang hebat bro.. sama macam bro titan juga.. π
Aku biasa-biasa je.
Aku cuma lebih suka makan cendol aje.
tajuk yg tak mustahil akan menjadi kenyataan…
Ya.
Dan semua orang boleh melakukannya asalkan mereka mahu. π
dengar je tajuk da juling bijik mata…ribu riban tuuuuu…. jemput tengok jam tangan boleh hadiah kat yg tersayang…:)
Terima kasih kerana melawat ke blog ini ye.
InsyaAllah boleh selagi Allah izinkan..cuma kita perlu usaha,doa da tawakal..duit bkn dtg bergolekk..heee..so,jgn lepaskan peluang baik ini..
selamat mencuba, peluang baik untuk sertai dan korek ilmu dari otai2, percuma lagi…
saya kenal semua tu… kenal dlm internet lah…
sbb sy mmg minat internet biz ni cuma belum pandai2 lagi.. huhu… moga2 2014 ni akan ada ‘sumthing’ … aminn…
In-sha Allah. Semua orang boleh lakukannya. π
wah..semua yg tersenarai zaza ada folow… yg webinar gobala tu pun zaza join 31 hb baru ni.. π suka tgk kejayaan diorang..
Ha..tengok webinar tu betul-betul tau.
Seminar yg akan membantu orang ramai diluar sana.InsyaAllah .hehehe..
Pnh nampak pasal ni dekat ….. eh.shhh.haha
Ya. Rajin-rajinlah menonton webinar itu ye.
siapa sangka melalui internet jer pun dorang sudah boleh jana pendapatan yang lumayan..sah hebat…
Betul. Dulu aku tak sangka, tapi sekarang..tersangka-sangka dibuatnya. haha..
selalu bazirkan webinar gobala ni,, tetiba rasa menyesal,, huhuu
Jadi, boleh mula menonton sekarang. π
aku kena dulu sebab dia guna email marketing kalau tak silap. memang waktu dia tengah naik tu. yang lain2 aku tak tau. hehe
sekarang dah jarang dah dapat email dari dia. hehe π
Selamat Mencuba. π
Memang rugi kalau tak cuba..
yg penting group foto tu gua tangkap..ehehe..teringat masa forum dedulu..:D
oh, ko ke yang tangkap gambar tu?
aku le yang tangkap masa ni…depa takde photographer..aku yang bawak kamera masa tu..aku pun relakan je la..:D
Pernah follow beliau suatu ketika dahulu tetapi tak jumpa formula banyak sangat perkara umum yang ditulis didalam blog. Mungkin style kot.
memang biasanya dia bagitau umum. tapi ada gak tersiratnya kadang-kadang. kena pandai baca dan buat kajian.
ada lagi tak otai2 dekat wangcyber tu skang ni
ada. masih wujud kebanyakkan mereka sehingga ke hari ini.
Memang berkesempatan la merasai zaman kemeriahan wangcyber dulu…. skang nie kalau ade pun iklan je laaa
wangcyber dulu, memang gila meriahnya. haha..
Emm siapa tak nak berjaya sampai tahap yang mereka capai sekarang ni.gelombang ke 5, hafizul pondok kecil pulak kot..haha
sekarang ni, tak tahu dah gelombang ke berapa.
hehe..
tq infoo ni..dok menganggur seronok cari income mcm ni kann!
bolehlah cuba dengar webinar tu nanti ye.
Teringin nak jadi Internet Marketer cum Blogger. Doakan saya berjaya macam tuan.
mudahan-mudahan ko berjaya jugak.
aku antara blogger lama yg tak femes2 cam geng2 aku skg ni huhu sedih
takpe. nanti lama-lama ko famousla.
banyak juga ilmu baru yang puteri dapat dari webinar tu
semoga dapat digunakan nanti ye. π
perkongsian yang menarik dulu tahun 2011 aku rajin follow dorg ni tp skrg tak dah
WangCybr mmg popular dulu. Hari hari login…
Webinar tu akan ubah p[ersepsi kalian…tak percaya cuba tengok betul cam kata tuan titan.
semalam aku pi jumpa Razif, aku x sangka plak dia orang Penang, hehe. Aku join bisnes tune talk under dia, lepas ni nak buat sungguh sungguh la bisnes online ni..
Bila bro sebut forum wangcyber, teringat lagi zaman yang saya rajin melawat forum tersebut termasuk forum digitalpoint. Isk isk, have to visit again la. Banyak ilmu dalam wangcyber tu.
Bukan Labanon datang dulu ke baru Gobala?
saya rasa kita sezaman .. saya start kenal Gobala Krishnan dari tahun 2006. Masa tu eBook Tsunami Wang tengah ‘meletop’. Gobala merupakan internet marketer pertama menjalankan temuramah dengan penulis ebook tu (saya masih simpan). Dia juga orang pertama mendedahkan cara bagaimana mendapat cek Clickbank dihantar terus ke Malaysia dalam satu ebook setebal 12 muka surat.