Yap.
Aku memang cukup tak suka.
Sikit-sikit mengeluh. Sikit-sikit bekeng kerajaan. Kejap tulis kata pembangkang tak betul. Esoknya pula kata kerajaan yang salah. GST tak patut. Hudud pun tak patut. Dan memacam lagi.
Pendek kata, mengeluh aje hari-hari.
Status kat facebook. Boleh tahan panasnya. Kuat menyindir dan boleh tahan juga kuat menjaki orang lain.
TAPI..
Yang paling aku kurang gemar, bila SELALU bising bab duit. Duit tak cukup. Duit itu ini tak cukup. Bila belajar tulis blog..tak sampai setahun..dah mula sindir orang lain. Kata yang buat duit dengan blog ni penipu, kaki kelengtong..tak nak tolong carikan downline, tak dapat sales..cakap produk tu tak best..produk susah nak jual.
dan sebagaimana.
YANG menjadi kehairanan aku..
Ada segelintir antara mereka ni pakai kereta MAHAL-mahal. RM70-RM80K ke atas. Pakai smartphone. Setakat harga bawah RM500 punya smartphone, tak mainlah. Paling buruk pun..iPhone 5. Paling celaka pun..ada S3 atau S4. Kekadang..selalu dok tunjuk makan kat tempat mahal-mahal..
Beb..cuba tolong beritahu kat aku..
PATUTKAH aku terajang orang yang jenis macam ini?
Atau..
WAJARKAH aku tempeleng mamat, gadis atau makcik pakcik yang buat status macam ini?
Sila tulis diruang komen pendapat korang.
Penat betul dah nasihat orang macam ini. Baik secara nyorok-nyorok atau nasihat secara terus terang.
Tetap tak makan saman.
Dah.
Lantak dia lah.
Janji aku dapat hasil sikit minggu ini. Boleh pergi makan cendol dan belanja awek-awek Banting. Yehh..
Ps: Sekali lagi. Tak baik mengeluh sepanjang masa. Setiap orang, ada rezeki masing-masing. Yang penting, belajar bersyukur, sentiasa berdoa dan teruskan berusaha tanpa mudah putus asa. Dapatkan kitab Teknik SEO Merah Jambu untuk bantu korang tidak lagi mengeluh selepas ini. Yehh!
12,575 total views, 1 views today
kamen balck tu nak kata terajang badut maut ke padut maut 😈
keta 70k, smartfon riban, no GST la… malas sale gi noreh ke kait sawit je, anto kilang dapat duit on daa spot
Teranjang je la. Pastu suruh orang yang ko terajang tu muhasabah diri
bos kalau blogger ni aku rasa diorg faham….kalau blogger up status makan kat tempat mahal2 dan pakai gadget mahal2 ni disebabkan nak promote….dibayar oleh mana2 company….kalau org luar mungkin diorg igt kita ni menunjuk….
gua pun macam nak merungut…bila la dapat rasa cendol banting free lu blanja..ahaa
dari mengeluh lagi baik taip entri…mudah-mudahan nanti leh dapat komisen berderet macam kat atas tu…hehehehe 🙂
tak buat memanglah mengeluh. haha
jangan jadikan mengeluh sebagai satu hobi
tak nampak kacak la macam tu
Mengeluh tak bawa ke mana pun..tgk orang lain senang2 jer wat income..tapi kita buat2 tak jadi2..muhasabah diri ler dulu mana silapnya baru nak jaki orang lain..
mengeluh bermakna kira dan kalah awal2 lagi 🙂
pi penampor pahtu penerajang sedaih pahtu kasi taekwondo lagi… hahahaa
Mengeluh aje tanpa buat apa-apa macamana mahu duit nak masukkkk. Orang suka mengeluh ini jangan diterajang, buah tidak kisah aje. Keluhannya dibiarkan masuk telinga kanan, keluarkan di telinga kiri. Tapi hati mesti kering menghadapi orang sebegini.
Gila jeles aku macam ni..apa pun, tahniah bro..
Ok…saya jeles dah ni… 👿
Bahaya kalau kerap mengeluh.. takut ke arah terlupa nikmat yang dah dapat..
tak boleh juga terajang ni..kan kena saman pula…sekarang jentik pun boleh kena saman tau
Mungkin mengeluh salah satu untuk melepaskan tension.
Mengeluh tu tanda diorang “sihat”..kalau diam tu maksudnya tengah demam, selsema etc..hahaha. biarkan diorang dengan labu2 nya.
ohh..
cam gitu plak rupanya ye..
bila tengok sales tu, rasanya ramai yang akan mengeluh. hehe
kenapa pulak mahu mengeluhh???
Daripada mengeluh, baik cari solution, ye tak.
Kerja tak ikhlas, tu yang banyak mengeluh…