Ya. Bosan.
…
….
Itu kalau korang nak tahu.
Hakikatnya, memang agak membosankan.
Kena fikir idea, kena tunggu idea, kena perah idea, kena jana idea, kena cari idea..
“BEB, lu ingat senang ke idea tu nak jatuh sejelepok dalam otak gua?”
..
…
Tapi, oleh sebab aku selalu dapat benda-benda yang agak “RARE” macam inilah aku sanggup terus tulis blog, hampir setiap hari. Bergantung kepada kelajuan internet kat rumah dan kepantasan broadband Umobile aku itu. Senang cakap, kalau dah sampai tahap setiap hari dapat macam ini, siapalah yang tak suka, kan?
Haa..
Inilah sebabnya. Kalau tak, jangan haraplah aku nak tulis blog sangat.
Aku tulis blog untuk dapatkan duit. Itu aje sebab dan alasan aku.
Kalau tidak, aku takkan buang masa nak sakitkan jiwa pilih tajuk artikel yang menarik, nak tulis berpuluh artikel setiap hari, nak fikir tentang gaya penulisan, nak main keyword, nak belajar tentang elemen-elemen SEO, nak tulis ebook berpuluh muka surat, nak kaji ROI lagi, nak main adsense lagi, nak setting blog dan memacam lagi. Aku tak ada masa nak buat semua tu kalau tak kerana sebab yang satu itu.
Jadi, aku masih belum lagi boleh berhenti tulis blog.
Selagi matlamat dan target aku belum tercapai.
…
….
Kalau dah tercapai?
Ya. Mungkin aku akan bersara dari menulis blog dan tumpukan perhatian kepada bakal-bakal isteri dan bakal-bakal anak dan cucu.
In-sha Allah.
Ps: Okeh. Agak hilang mood satu dua hari ini sebenarnya. Tak tahulah kenapa..
13,370 total views, 1 views today
bosan tp masyukk.. haha
Haha..
bab masyuk tu yang wat aku rasa tak bosan tu.
kalau tak pernah jadi penulis memang tak akan faham
Betul tu.
Tak ramai yang faham.
Bila dah terjebak, susah nk berhenti….
Ya.
Memang susah aku nak berhenti sekarang.
dah terjebak plak haha
Ramai yang dah terjebat maa.
mula mula tulis blog memang tak tahu boleh buat duit dengan blog.. tapi sekarang dah tahu,, makin semangat tulis blog daripada sebelum tahu,, kih3
Tahu.
Memang nampak ketaranya tu.
Betul tu. . Apabila ada motivasi nak menulis blog,
perasaan bosan berjaya diatasi. .
Ya.
Kena pandai cari motivasinya. hehe
Tak dapat apa2 pun aku tulis jugak..hahaha.
Haha..
bagus hang ni. Tak macam aku. 😆
apa pun tujuannya… janji halal…
Ya. Betul.
Janji halal.
Tulis blog bosan kalau idea diperah tak keluar – keluar. Tapi dia atas semangat keblogan ini, ku teruskan jua.
Tunggu aje idea tu datang. Hehe..
bakal2 isteri gitu. 😯 😯
Haha.
Betul apa. Takkan nak tipu plak.
selagi boleh buat duit selagi itu menulis.
Ya.
Aku tulis selagi yang aku mampu.
seronoknya kalau dpt masuk seperti bro ni… 😉
Kena usaha gigih.
Nanti bolehlah dapat juga. Yang penting, jangan mudah putus asa.
Oooo! patut ler tak bosan. Asyik masuk saja tak berhenti…tahniah dan jangan bosan walaupun tak masuk (itu utk diri sendiri).
Semoga masuk lebih banyak lagi pada masa hadapan. Hehe
Bosan tapi masyuk…lagi laju le makan cendol ye tak
Makan cendol itu sangat kacak dan tak terkalah.
🙂 meme hebak…!!!! meeeeeme hebak…
apa yang hebak-hebaknya nih??? 😆
dalam pada bosan tu…boleh jadi 1 artikel jugak.. 😆
Haha..
memang biasa aku wat entri time bosan.
Tapi itu lah kan Titan kerana perkara2 semua tu lah menjadikan Titan katakan “tidak ada masa” sebaliknyaa ada ….
Memang tak ada masa sebenarnya maa.. 👿
hahaha..gua pun doakan lu cepat-cepat dapat isteri-isteri tu
Harap-harap begitulah hendaknya ye.
Hehe..
Emm siapalah yang kasi hilangkan mood tu..saya harap semuanya ok la..emm betul tu..kalau bab duit ni,memang tak bosan la…
Sebab itu, kena cari motivasi kita sendiri setiap hari.
Agar tidak bosan selalu.
Kalau diikutkan bosan, gua pun bosan dan tiada idea, tapi semenjak dpt Iphone 5S ni, jadi nak masuk contest je, utk review ke, segmen ke, giveaway ke apa saja asalkan dpt saguhati pun dah ok.
Lihat saja di blog saya ada sertai contest seo, contest biasa dan pelbagai lagi. Kalau bro si kacak tak terkalah pun tiada idea susah lah bagi blogger baru.
Guan rasa lu susah nak berhenti tulis blog jika dekat dgn 5K masih masuk ke akaun bank. he…he…
Hang memang rajin masuk contest. Hehe..
ceh dia line laju tu pasal rajin kia semput jer kamil salleh..tuan tanah. duit punca utama lain sebab minat plus merapu gak kalau tahap boring hiii…cayok!! 😛
orang hilang mood sebab bawa angin bawalah pi makan abc plk hee..yang kita sebab line tenet agak slow. 😥
Nanti gua suruh TM kasi pasang kabel UNIFI kat area umah ko yea…
Takdenya diorang nak pasang selagi kabel lama tu elok lagi.
Yelah mana ada bosan kalau dapat hasilnya
kalau masyuk macam tu tiap2 hari semua blogger suka.. kan kan…
eh tu tanda nak berbini dah. hoho~
Memang nak berbini banyak-banyak pooonnnn. Haha..
Duit tepi. Kalau ada buat tersenyum lebar. 🙂
Siapa la yang tak senyum, kannn? Hehe..
kalo hari2 masuk..mmg x bsan la kan..sbb ada je benda yg nak diceritakan
Hehe..
sebab tu kena usaha keras agar tidak bosan.