Ya, jika korang perasan dalam 1-2 tahun ni, sana-sini semuanya cerita pasal blog. Sikit-sikit blog dan hujung ceritanya, ramai yang berminat untuk buat duit dengan blog masing-masing. Pihak media cetak atau media tak berapa cetak, semuanya membuat liputan tentang blog dan potensi untuk buat duit dengan blog. Dan ramailah blogger-blogger muda yang mendapat liputan dan tertempelnya muka mereka didada-dada akhbar, majalah dan television. Tak mustahil, satu hari nanti semua orang kat Malaysia ni ada blog masing-masing..
Di Malaysia, jika satu perkara itu berjaya dipopularkan, ramai akan mengikutnya. Sebelum blog, Youtube menjadi taruhan. Sedikit-sedikit, ramai yang mengenali dunia youtube. Sampai satu tahap, semua orang nak upload video masing-masing kat youtube. Mungkin boleh terkenal dan tak mustahil jadi artis macam Yuna dan Justin Bieber.
Kemudian, muncul facebook. Mulanya tak ramai yang tahu dan tak nampak potensinya. Lama-lama, semua nak ada akaun facebook sehinggakan ianya dipopularkan begitu luas dengan pelbagai cara termasuklah wujudnya aplikasi facebook di handphone-handphone. Dan dalam masa yang sama, Twitter mengikut juga arus Facebook. Sorang-sorang buka akaun Twitter dan main tweet-tweet setiap hari. Sampai perdana Menteri Malaysia dan ketua kampung pun sudah ada akaun Twitter masing-masing. Lepas ni, bolehlah berpolitik dengan akaun Twitter masing-masing..
Dan sekarang, kegilaan blog dan menulis blog semakin menjadi-jadi. Semua orang nak kongsikan pendapat dan isi hati mereka dalam blog. Ada cerita sedih, ada cerita gembira dan ada cerita yang macam-macam. Sampai ada yang bercerai disebabkan blog, sampai ada yang kaya-raya disebabkan blog dan sampai ada yang jumpa kawan lama dengan blog. Hasilnya, industri blog sudah semakin berkembang dan ramai orang boleh tampung hidup mereka dengan hasil dari blog masing-masing.
Aku akui, blog menjadi trend semasa di Malaysia. Selepas ini, aku tak pasti apa lagi yang akan muncul. Friendster dan Myspace sudah hilang pengaruhnya. Facebook mengatasi mereka. Tapi kalau blog, apakah benda atau cara untuk mengatasi kehebatan blog ini?
Apapun, hari ini cerita pasal blog, esok pun blog dan minggu depan pun pasal blog. Aku rasa ramai yang sudah tidak boleh hidup tanpa blog. Sampai bila kegilaan blog ini akan berterusan? Aku tidak pasti. Selagi ada talian internet, selagi itulah lebih ramai orang akan terus menulis blog.
2,848 total views, 1 views today
Saya ingat blog ni terlalu diglamorkan oleh media cetak.
Tak lama lagi scammers pun akan berblog sama sebab tak mahu terlepas peluang. Pastu ramai yang kena tipu dan….
…itulah kitaran yang biasa berlaku di Malaysia kan kan 🙂
Emm betul kan?satu masa dulu friendster ni hebat dah..keluar pulak FB..senyeap terus Friendster tu..emm tak ada medium yang boleh menggantikan blog kot..hehe
suka Myspace sebab bole main coding juga..
FB ni banyak sebar fitnah plak…
blog tiada sape bole lawan.. kalau nak lawan, main SEO je kan
Semua dah gila berblog.. Gugugu~~ 😐
saya ada blog , saya suka tulis kat blog , saya suka baca blog..errr apa lagi ekk..owhhh saya belum lagi buat duit dgn blog.. 😥