Ya.
Bagaimana hendak buat duit dengan Lazada Malaysia?
Untuk pengetahuan korang, Lazada Malaysia juga ada membuka peluang untuk sesiapa yang berminat untuk buat duit melalui program affiliate mereka. Caranya mudah. Lebih kurang sahaja SAMA dengan program affiliate persendirian dan program affiliate yang selalu korang sertai sebelum ini. Lebih kurang juga dengan Aztetic, Ashadee dan Klikjer.
Cuma yang berbeza. Lazada ni ada marketplace yang CUKUP luas. Produk-produk kat Lazada memang banyak. Produk HOT memang banyak setiap masa. Kempen promosi pun selalu ada.
Jadi, korang kena pandai dan bijak pilih produk dan promosikan.
Berapa komisen yang kita akan dapat untuk setiap jualan?
Masa awal dulu. Diorang ada beritahu komisennya adalah sebanyak 5% dari harga produk.
Sekarang, dah naik ke 7%.
Dan aku harap, lepas ini paling teruk pun..biarlah 10%.
Baru bersemangat sikit nak promosi barang-barang kat Lazada tu.
Secara serius, agak pening kepala sikit nak promosi produk diorang. Sistem diorang agak berbeza dengan Ashadee atau mana-mana Program Affiliate yang lain.
Untuk produk tertentu, korang kena cari link affiliate tertentu untuk produk tertentu. Korang kena download satu file. Dah buka file tu, korang boleh lihat senarai produk dan linknya sekali dalam file Excel tu. Kena pilih dan baru boleh promosi. Itu cara yang cukup susah dan memeningkan. Ada beribu produk dalam tu. Jenuh nak cari satu demi atu. Tapi memudahkan bakal pembeli untuk beli barang terus berbanding cara yang kedua.
Cara kedua pula, korang cuma tepek banner yang pihak Lazada dah sediakan. Setiap banner tu ada kodnya tersendiri. Dan kod itu mewakili bagi setiap kategori bagi produk yang korang mahu promosikan. Jadi, komisen still masih dapat ke korang. Cuma, menyusahkan sikit bakal pembeli korang yang terpaksa “search” sendiri produk yang diorang mahukan. Ini korang awal-awal kena beritahu mereka memandangkan korang susah nak guna cara yang pertama tadi. Tapi cara ini pun ada bagusnya. Korang cuma tembak dan tanam link affiliate tu. Produk apa diorang beli, korang tetap dapat komisen. Walaupun kat blog korang, korang promosi produk lain.
Faham?
Tak faham, buat-buatlah faham. Aku sendiri masih bengong lagi nak faham sistem Lazada ni.
Setakat ini, aku baru aje dapat EMPAT sales dari Lazada.
Sikit je, kan? Oklah tu untuk permulaan.
Target untuk tahun ini, 10 sales. Kalau berjaya, tahun depan aku akan ALL-OUT promosi produk Lazada sebab memang banyak permintaannya bagi sesetengah produk panas. Harga yang diorang tawarkan pun memang murah gila. Siap ada diskaun dan voucher lagi. Tolak sana-sini, masih murah lagi. Sebab itu, ramai dah orang kita sekarang yang suka beli barang kat Lazada ni.
Tahniah pada Lazada sebab dah berjaya sampai ke peringkat ini. Bukan senang nak bagi orang luar percaya kat Lazada ni yang pada awalnya dengarnya banyak servis yang tak memuaskan. Setakat ini, servis memang dah mantap. Barang cepat juga sampai. Takde dah lambat macam dulu. Support pun okeh.
Ini salah satu target aku kat Lazada. Cukup duit, leh angkat DVD Diablo 3 ni.
Sesiapa yang berminat nak main game Diablo III ni, boleh juga BELI kat Lazada. Ada jual. Kat kedai komputer biasa, memang susah dah nak jumpa orang jual DVD game Diablo ni. Jenuh aku cari kat Banting nih. Huh..
Ps: Okeh. Leh gi daftar dan promosi.
13,500 total views, 5 views today
wohaa..aku x tau aku ni bengap sangat pasal affiliate ni…nampaknya memang kena beli kitab seo merah jambu tu…x leh kedeut dah kali ni….
Betul tu.Kena beli baru boleh maju sebab ikut panduan dari sifu.
haa..sila beli cepat-cepat aa.. haha
Oh ok .. menarik ni 🙂 sebab Lazada ni ada macam2 especially barang2 fashion 🙂 wohoo!!
So, boleh la cuba try lazada ni.
kalau kena dengan produk, memang leh wat duit.
Lazada merupakan anatara gudang membeli belah secara Online.. Dapat 4 sales kira hebat lah tu…. Setakat ini saya baru berjaya mendapat satu Sales sahaja… huhuhu
Tak apa.
Nanti lama-lama dapat banyak sales punya. hoho
ya..ya..sangat menarik!
baru masuk, belum ada sale lagi 🙂
tahniah bro dah ada hasil. servis baik, hantar barang cepat pelanggan orang pasti suka.
Betul tu. Bagus beli dengan lazada ni.
Ruby pun pening gak. Hahahaha. Tapi tengok hasil faizal ni, rasa semangat sikit nak teruskan. Hahahaa. TQ!
Ya.
Sila teruskan dengan penuh kasih sayang.
Mahu cubalah. Belajar skit-sikit untuk memahaminya. Susah macamanapun akan jadi senang kalau sabar mempelajarinya.
susah juga nak buat duit dengan lazada ni.Masih belum berjaya setakat ini dan dah berhenti mencuba. Lepas ni boleh cuba lagi dengan panduan dari sifu…tq
cuba je pelan-pelan.
Nanti dapat la tu. haha..
Ok..dah faham dua2 cara yang bro cerita tu..In Syaa Allah akan join nanti..thanks bro untuk info ni..sebelum ni tak tahu pun..
Kena rajin cuba. Baru leh dapat hasilnya. hehe
Peluang menarik..kalau aku, aku guna cara yang kedua tu je..tak payah pening2 kepala..
Ohh DVD game pun ada jual gak ekk..menarik ni..hehe
Kawe habis duit dengan Lazada Malaysia adehhh
dah daftar dan promosi… gua lagi banyak dari lu..haha… gua dan dapat 5 komisyen dari lazada… tapi nak beli topup hp kena fikir lapan kali…
tak faham la macam mana nak download file tu. boleh cerita ka bro? sekarang promote pakai banner saja…
Sis pun dah lama daftar, tapi sampai laa ni pun tak paham2 …. huhuhu
dari cara ko terangkan ni, rasanya tak ada susah mana kot
tak pernah menyopping kat Lazada ni..apatah shopping pergi ke web Lazada pun tak pernah lagi…hehehe
Alhamdulillah..dengan lazada ni ada lah sikit2 makcik beg besar dapat. Bolehlah makan cendol 10 kali..:)
Sebelum ini ada pihak Lazada hubung tetapi disebabkan kesuntukkan masa untuk promo Lazada. Jadi terpaksa lupakan kot.
gua dah daftar masa lu up entri 1st pasal lazada..
tp entah camne…takleh nak login plak dah..nak kena kontek admin affliate lazada nampak gayanya..
Aku tak try lagi affiliate lazada..idea tak datang singgah lagi.
syok main affiliate lazada.. percayalah.. hehe
Alhamdulillah 🙂
bagus penerangan ni,lama juga la tak promosi affiliate Lazada ni kat mana-mana platform media sosial
macam mana nak masuk program affiliate lazada tu? boleh bagi step tak?
🙂 macam mana nak masuk program affiliate lazada tu? boleh bagi step tak? 😀
bro, nak kena ada company ke nak join lazada nih?
Terima kasih berkongsi tips tuan..
saya baru nak berjimak-jinak ni..hehe
Dah diterima masuk Lazada affiliate tapi tak tahu cara-cara nak dapat link bagai. Kena masuk 1 blog ke 1 blog, cari tutorial.. 🙁
Doakan kita jerjaya. Btw terima kasih untuk infonya.