Ya. Betul.
Dari Lazada Malaysia.
Apa kes aku nak tipu pula, kan?
Bagi yang tak tahu, Lazada Malaysia pun ada program affiliate mereka yang tersendiri. Dan aku ternampak peluang itu dan cuba-cuba daftar dan cuba-cuba juga untuk promosikan salah satu produk mereka. Dan bila dah cuba-cuba tu, tak sangka pula ada yang TERcuba-cuba beli dan terbagi aku komisen.
Sila rujuk pada gambar dibawah:
Secara jujurnya, aku tak tahu berapa aku dapat bila dapat email dari Lazada Malaysia ni. Kalau korang tengok kat bahagian “comission” tu, dia tak tunjuk berapa sen atau ringgit yang aku dapat.
Dah jadi satu hal aku kena login akaun affiliate aku kat Lazada. Dan satu benda yang aku cukup tak suka, dashboard diorang agak memeningkan kepala. Cukup susah sebenarnya aku nak faham bila kali pertama aku try adjust apa yang patut. Nak dapat DIRECT link affiliate untuk satu-satu produk, CUKUP susah. Kalau nak tembak secara pukal, itu aku tahu. Sangat senang. Tapi bila aku cuba nak promosi SATU produk sahaja..
YA AMMPUUUNNN..
Cari rambut putih kat kepala mak aku lagi senang. Tak ambil masa berjam-jam lamanya. 1 jam dok belek rambut mak aku, boleh dapat 100 helai rambut putih. Kalau kat Lazada punya affiliate, dah jadi satu kerja nak mencari. Huh..
Orang lain? Aku tak tahu. Mungkin diorang ada cara sendiri untuk setelkan masalah tu. Tapi untuk aku yang cukup malas dan agak bebal sikit dalam bab-bab “MENCARI” ni. Memang sakit kepala jugak la sebenarnya. Bukan tak boleh jumpa. Boleh, tapi ambil masa yang cukup lama.
Kalau korang nak cuba promosi produk kat Lazada Malaysia tu. Boleh juga. Tapi pepandailah cari produk yang nilai komisennya agak tinggi. Macam yang aku dapat ni..komisennya tak cecah RM10 pun. So, faham-faham sendirilah.
Ps: Ini salah satu percubaan untuk promosi produk dari Lazada. Ujikaji pertama. Ujikaji seterusnya, lain kali aku cerita.
12,507 total views, 1 views today
Sikit2 lama-lama jadi bukit.. 😀
Ya. Sikit-sikit, lama-lama jadi gunung kinabalu.
Saya faham keserabutannya
… dan ia berjaya buat aku skip untuk promote Lazada punya
Ada potensi untuk jadi macam Amazon tak ni?
Potensi tu ada. Diorang siap open kat INdonesia lagi. So, kalau ada orang dari negara indonesia beli barang dari link aku. Aku pun leh dapat komisennya.
Masalahnya, dashboard diorang tu memang buat aku sakit kepala. Boleh hilang mood dibuatnya. Nak cari link satu hal, nak promote satu hal. Nak main SEO lagi satu hal. Fuhh..
Kalau dipermudahkan, senang kerja aku. Haha..
aku dah pernah tgok diorang pnye dashboard.. kesian.. pening aku.. haha..
kalau tak kuat, memang blah terus dari affiliate lazada ni.
haha..
Nampaknya, gua nak kena terjah tgk…boleh kasi pening malam ni…hehe
thanks utk lu sbb sudi berkongsi yg lazada ni boleh dipercayai bayar…eh, dah tu, komisen dah masuk bank lu belum ni?
ke ada had minimum bayaran?
Ada had minimum. Aku tak pasti RM25 ke 25 dollar. Tapi angka 25 la. Haha. Tak check sangat sebab menyampah gila bila masuk dashboard tu.
Belum bayar lagi. Ini transaksi pertama ada orang beli produk yang aku promosi dari Lazada.
Kalau dah dapat bayaran, biasanya aku akan update “bayaran komisen pertama dari lazada malaysia”. Beza tu. Komisen lain, bayaran lain.Hehe..
ok2..noted dah..
ok gaklah..kalau sehari dapat buat 2-3 sales..seminggu 14 sales..byk gak tu..hoho
Haha..
Ikut tuah dan nasib gak benda ni. 😈
wah… komisen lazada woo.
tahniah banyak2 laaa…
alaaa, aku nak yg macam shareasale
ahh..mengada la ko. Join ajelah shareasale tu. haha..
oooo… klu mcm tue…rabia nak mencuba dulu…
Ha..try aje dulu.
nanti elok lah pening tuh lepas tengok komisen lain yang bertingkek tingkek tuh…hehe
Yang lazada ni, memang pening lalat gak dibuatnya. Haha..
Tahiah sifu dapat lazada pula. Berbaloi-baloi.. 😆
Wah ada sumber income baru..Thanks for sharing..nanti boleh cuba!!!
Haa..
sila cuba sepantas kilat ye.
Tahniah.. Bertambah peluang & rezeki 🙂
Saya ada dapat offer dari Lazada untuk salah satu produk yang saya pasarkan.Saya tak reply pun lagi sebab tengok web dia pening sikit.
ooo ada juga affiliates ya..
Aku tengok kejap je, pening..terus tutup..ahahah
tak tahu plak lazada ada affiliate program …
dah ada lama dah.
Haa..gi register cepat.
aiseh..gua belum kasi feedback barang gua beli aritu..ahahaa
haha..
aku pun belum lagi ni.
Bila pula Lazada ada program Affiliates? Memang tidak tahu.
memang dah lama ada.
Cuma ramai aje yang tak tahu.
saya cuba buat tak pening tang mana nak cek komisyen macam mana dia berjalan..jenuh teraba-raban kalau cari kutu pun sonang lagi ar
tahniah bro…biar pening dulu dr pening kemudian
masih pening lagi ni sebenarnya. haha
mmg ada sesetengah affiliate program susah bab2 macam tu. depa belum begitu arif kot. dah terjoin dan terdapat komisen.. tercari2 le pulokk… ahaha
hehe..perkara biasa bah itu. 😆
memang perasan lazada nih… tapi bila fikir nak promote agak payah…
kena usahalah kalau nak dapat. hehe..
ada masa nanti boleh juga try peningkan kepala kat sana 🙂
Sila peningkan kepala anda bersama-sama gua. hehe..
Nanti kalau dah cash out, boleh update balik bro, nak tahu juga berapa komisen Lazada bagi 😀
Memang lambat sikit la kalau nak tunggu cashoutnya. hehe
Emm jeles wehhhhh… makan hati sokmo masuk blog ni..kahkahkah 👿
La, kenapa plak nak makan hatinya nih..
Wow… baru tau leh promote produk Lazada. Tapi komisen tu macam nak tak nak jer. Adoi!
Komisen memang tak berapa banyak.
So, kena pandai pilih produk la jawabnya ye..
Lazada ohh Lazada.
memang memeningkan dashboard kat Lazada nie…..sampai tak tahu ke mana arah nak buka….
haha..
memang pening habis sebenarnya.
saya baru saja nak cuba, satu produk dia kata dapat 5% dari transaksi, mesti cari produk yang harga tingggi punya nampaknye nih
Yap.
Kena cari produk yang murah nak jual, sentiasa orang cari dan kalau dapat yang harganya mahal, lagi bagus. Komisen kita pun tinggi. Hoho