Ya.
Sedar tak sedar, dah bulan Mei.
Sedar tak sedar, boleh tahan lama juga aku menulis blog sehingga ke hari ini.
Sejak dari tahun 2001 hinggalah ke tahun 2014. Dah lebih dari 10 tahun rasanya. Terasa semacam sekejap benar masa berlalu walhal kelas 30 minit kat sekolah pun kekadang aku rasa dah macam 2 jam lamanya.
Secara jujur, aku gembira. Kebanyakkan matlamat dan sasaran aku banyak yang sudah terlaksana.
Impian mempunyai kereta, rumah, motor, smartphone dan sebagainya banyak yang dah berjaya dicapai.
Hutang-hutang seperti hutang PTPTN juga sudah habis. Hutang kereta, masih ada bawah 15k hendak dihabiskan. In-sha Allah, dalam 3 tahun ini akan berjaya dihabiskan. Hutang rumah? Macam biasalah, bayar dulu apa-apa yang patut tetiap bulan tu.
Dan salah satu penyumbang terhebat pendapatan bulanan aku adalah Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Setiap bulan, paling kurang pun 5 kitab akan terjual. Paling tinggi, 20++ kitab terjual. Dan sekarang ini, sudah melebihi 190++ kitab yang telah terjual. Alhamdulillah dan aku syukur sangat kerana korang-korang yang mempercayai kitab tersebut. Semoga isi kandungan kitab tersebut dan pengalaman yang aku kongsikan itu akan membuka peluang serta membakar semangat korang untuk terus berjaya buat duit diinternet ini, khususnya buat duit dengan blog.
“Bro..kahwin bila plak? Duit dah ada, kereta dah ada, rumah dah ada. Awek ramai keliling pinggang..takkan tak nak kahwin cepat kot??”
…
….
Bab ni. Aku tak berani beri jaminan bila. Selagi tak salam dengan bapak-bapak bakal-bakal bini aku tu nanti, aku tak berani nak beri sahkan. Kalau dah sah nikahnya, in-sha Allah aku akan war-warkan korang semua untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan aku nanti.
Haha.
Ps: Ya. Aku tak bercadang untuk buat apa-apa “loan” untuk persiapan kenduri kahwin aku nanti. Tapi kalau ada makcik-makcik beg besar mahu “sponsor”, aku terima dengan hati terbukaaa..
14,973 total views, 1 views today
Dah hari kedua bulan MEI pulak tu sekarang ni pfft
semoga kawen jemput gua ye..teringin nak gi banting..ehehe..apa pun harap gua pun ikut jejak langkah lu gak dapat komisen lumayan gini.ehee
Nak dapat kad juga sifu.. 😆
Uih, dari 2001 lagi ko dah menulis blog? Hebat! 2001, rumah aku masih belum pasang internet lagi.
Dah lebih 10 bro titan dengan blog.. dah masak dengan pengalaman. Layak jadi sifu.. 😳
Alhamdulillah, satu persatu impian terlaksana. Paling lega bila hutang tu satu persatu dijelaskan kan.. Semoga Allah membuka pintu rahmat dan keberkatan, serta dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik 🙂
Takde nak komen apa dah..lu mmg terbaik
kalau Bro berumahtangga. InsyaAllah. rezeki akan bertambah2 lbh lagi.
Betul tu. Setuju sangat.
Alhamdulillah..permulaan yang baik..semoga tercapai cita-cita..
Bab jodoh tu pelan-pelan kayuh bro. Bila sampai waktunya nanti, insyaAllah akan dipermudahkan. Cuma urusan persiapan majlis tu nanti, elakkan dari buat loan even sesudah berjaya selesai loan-loan seperti yang dinyatakan di atas. hehehehe
erkk kalau nak wedding planner ke.. .. hehe promote pulak.. saborlah cikgu titan ada kotmitmen lain lagi tuh..
Wah!..tak sabar gua tunggu jemputan kawin dari lu nanti bro..ada menu cendol banting kah nanti?
menu wajid ada ni
kalau tak ada, tak tahu la apa kata kawan2 nanti 😀
Harap-harap ada menu cendol nanti. Nak merasa menu cendol banting juga.
Kalau hang jemput. InshaAllah aku turun cikgu 😛
Insyaallah… tercapai juga niat tue nanti. 😉
Lepas kahwin lagi banyak masukkkkk…InsyaALLAH
Alhamdulillah rezeki bro….semoga bertambah lagi rezeki bro..jgn lupa belnja aku cendol bila dah kaya nanti.. hehhe
berkepuk2 dah duit tuu…. tak payah tunggu makcik beg besar sponsor… haha….
awal bulan dah kaw2 masyuk nih.. mana boleh tahan nih… mahu kasi sailang lepas nih..hehe
Hmmmmm.. ini la hasil daripada kerja keras dan rajin.
kalau tak rajin takkan dapat semua ni
Masyuk nampak. Share lah sikit Bro.
Huhhh…macam terasa rasa ada orang sebut nama makcik beg besar lah…
Alamak sebut pasal tu ke…aduhhh larikkkkkk
Oh bujang lagi tauke ni..
cadangan : buat saja satu kontes…”siapa nak jadi bini aku”… pasti ramai blogger comel nak sertai… 😉
molek sangat
tak sabar aku nak baca entri penyertaan nanti
FA nak kad ye kalau dah sampai masanya.hehehe 😈
wahhhhh untung lah
cikgu kayooo 🙂
Boleh buat full time lo. Tak payah mengajar lagi..:D
Betul tu.. makin banyak sifu dapat..
Terbaiklah..rasanya dah nak dekat sampai seru dah ni..duit pun dah banyak kumpul tu..jangan tunggu lama2 bro..menyesal nanti.. 🙂
dedah gambar awek skit bro… sikit jer..
tunggu lepas kawen lepas nih banyak mana pulok duit komisennya yang mahsyuk…
Tidak berputus duit masuk walaupun agak lama menyepi.
Haha..tak sabar rasanya nak tunggu encik titan kawin..huhu…….bakal-bakal ayah tuuuu… 👿
Alhamdulillah, semoga impian kita bisa tercapai di bulan mei ini. dan Semoga Allah juga membuka pintu rahmat dan keberkatan, aaminn
memang terbaiklah, rezeki2.. 🙂
wah memang murahlah rezeki bro…tahniah
Semoga semakin murah rezeki. InsyaAllah
selamat bersiap untuk kahwin..
rezeki nak kawin semakin betambah-tambah
tahniah saja nak ucap
amboih emel dia penuh dgn emel notifikasi $$ jerr….
ajor sikit promo affiliate elegant themes tuh. atau ada dlm kitab pink?
ni mesti ada buat blog khas kannnn…..