Ya.
Aku tahu ramai yang pernah menjual ebook. Tak kiralah ebook itu adalah ebook hasil tulisan sendiri ataupun hasil tulisan orang lain. Pendek kata, korang promosi sesebuah ebook dan mengharapkan ada orang yang membelinya. Simple like that.
Tapi boleh tahan juga ramai yang masih belum berjaya mengikut definisinya yang tersendiri.
Macam aku pernah sebut selalu, usaha kena bersungguh-sungguh, disiplin mesti ketat, ada kemahuan untuk belajar, berani untuk gagal, bijak mengatur strategi, gunakan pelbagai jenis taktik dan teknik dan pelbagaikan pendekatan yang berbeza untuk menghasilkan jualan.
Ya. Ia tidak semudah seperti yang aku cakap atau apa yang aku tulis.
Benda ni perlukan satu nekad yang tidak terkalah.
Hati mesti keras. Semangat mesti sekeras titanium dan usaha mesti gigih berterusan.
Barulah ada hasil jika ada izin dan tuah.
Tapi mengapa masih ramai yang mengatakan bahawa bisnes jual ebook ini adalah bisnes yang tidak menguntungkan?
PERSEPSI
Setiap orang ada pandangan dan persepsi yang berbeza. Pendapat yang berlainan. Maklumlah, hati lain-lain, bulu ketiak belum tentu sama panjangnya. Inikan pula telinganya. Ada yang capang, ada yang gemuk telinganya dan ada yang tinggal sebelah telinga sahaja yang berfungsi.
In term of skills, tak semua orang ada skill yang SAMA. Tak semua orang manusia genius macam aku. Tetapi untuk faham tentang sesuatu skills dan strategi, kita boleh belajar dan tiru orang-orang yang telah berjaya. Ini kita boleh buat.
Sesiapa sahaja buat asalkan dia ada kemahuan untuk belajar.
Masalah timbul bila kita ada sifat MALAS yang tak terkalah. Tambah lagi dengan sifat yang suka mengkritik sesuka hati tanpa bukti dan sifat cemburu dengan kejayaan orang lain yang rajin sedikit berbanding kita.
Itu sebab ramai yang gagal.
Tahukah korang bahawa sebenarnya aku pernah tulis dan jual lebih dari SATU ebook?
Meh kita kaji dan lihat sejarah aku menulis ebook dan hasil aku menjualnya.
- Panduan Mylot (2007) – 58 sales. (RM15)
- Panduan VCC (2007-2010) – lebih dari 1000++ sales (Rm40) + servis VCC
- Panduan Shareasale (2007) – 45 sales (RM50)
- Panduan Payloadz 1.0 (2007) – 35 sales (RM30)
- Panduan Payloadz 2.0 (2007) – 250 sales (RM50)
- Panduan Adsense (2005-2007) – 18 sales (RM50)
- Panduan TNX (2008-2009) – 67 sales (RM30)
- Panduan Buat duit guna Aplikasi X (2009) – 89 sales (RM30)
- Panduan TNX 2.0 (2009) – 584 sales (RM50)
- Kitab Teknik SEO Merah Jambu (2013-2014) – 528 sales setakat ini (RM120)
Semua ebook ini dah aku tutup jualannya kecuali Kitab Teknik SEO Merah Jambu.
Ini antara ebook yang aku pernah tulis dan aku jual. Ada yang aku jual secara “underground” dan ada yang aku jual secara rasmi. Ada yang ada web jualan masing-masing dan ada yang tidak ada. Walaupun ada yang lumayan dan ada yang tak capai target, at least banyak juga benda yang aku telah belajar.
Senang cakap, dari tahun 2007 hinggalah tahun 2014, aku dah lama menulis dan menjual ebook yang aku tulis sendiri. Dan bagi aku, bisnes jual ebook ini memang banyak membantu aku dalam banyak perkara termasuklah bayar hutang kereta, bayar hutang PTPTN, sara hidup, belanja mak dan abah, makan cendol hari-hari, belanja gadis bertudung comel, melancong ke dalam dan luar negara dan sebagainya.
Pendek kata, memang boleh buat duit memandangkan tujuan aku mencampakkan diri aku dalam hal-hal “buat duit” kat internet ini adalah demi satu-satunya tujuan aku iaitu untuk buat duit. Matlamat jelas dari tahun 2001 lagi. Alhamdulillah, ada yang berjaya dan ada yang kurang berjaya.
Kalau kita perhatikan dari pelbagai panduan yang aku tulis dulu, ada yang salesnya tak sampaipun 50 sales. Ada yang melebihi 500 sales. Angka 500 adalah target tertinggi yang aku hendak capai bila menjual ebook hasil tulisan sendiri. Bagi aku, itu sudah jadi satu kejayaan yang cemerlang bagi aku. Itu belum campur lagi produk luar memang cukup susah aku nak kongsikan.
Bagaimana mahu bermula bisnes jual ebook ini?
Ada 2 cara.
Cara pertama.
Korang tulis ebook korang sendiri. Dengan gaya sendiri. Dengan kepakaran dan pengalaman korang sendiri. Ilmu sangat berharga. Ada ilmu yang boleh didapati dengan percuma. Tetapi pengalaman berbeza. Ebook yang ditulis atas nama pengalaman adalah sangat berharga berbanding ebook yang ditulis atas dasar fakta dan temberang. Jadi, kalau mahu beli ebook, beli ebook dari orang yang berpengalaman dan memang pakar dalam bidang itu. Sebab boleh tahan juga ramai orang yang jual ebook “COPY PASTE” dari mana-mana sumber dan hasilkan sebuah ebook untuk dijual. Lepas itu, claim itu ebook diorang sesuka hati. Sumber pun tak ada. Kredit pun tak ada. Janji ebook terjual. Ini perangai yang tidak bagus. Malah, ada ramai otai-otai kita yang buat benda yang sama. Jadi, jauhkan diri korang dari orang-orang macam ini. Belajar dari mereka yang betul-betul ada pengalaman. Kalau kena bayar pun tak apa.
Jadi, jual ebook sendiri sebenarnya lebih mudah asalkan korang tahu caranya. Tapi untuk menghasilkan konten yang padu dan apa yang diajar itu boleh ditiru oleh ramai orang adalah bukan satu perkara yang mudah. Namun, jika korang berjaya lakukan, itu sudah jadi satu penanda aras bahawa hasil tulisan korang bila-bila masa boleh dijual dengan larisnya.
Kesimpulannya, tulis ebook dan jual. Walaupun mungkin ebook pertama yang korang tulis itu akan tidak teratur, ayat berterabur dan agak kurang “KICK”. Tak apa. Mungkin sales kurang. Tapi dari situ korang akan belajar untuk menghasilkan ebook yang boleh dijual dan boleh nampak PLOW ebook masing-masing.
Cara kedua.
Pilih ebook orang lain yang berpotensi untuk dijual dan jual. Ada banyak ebook yang bagus-bagus untuk dibaca walaupun terpaksa kena bayar. Ada juga ebook percuma yang bagus juga kontennya. Oleh itu, kena pandai memilih dan rajin membaca. Baru kita nampak ebook mana yang bagus dan ebook mana yang tidak bagus untuk dipromosikan.
Prinsip asasnya mudah. Ebook bagus. Senang hendak dijual. Ebook hancur, tetap boleh jual. Tetapi macam biasalah, maki-maki pun korang akan dapat juga tempiasnya. Jadi, pandai-pandailah memilih.
Kesimpulan.
Kalau nak ceburi bidang ni, kena rajin belajar cara promosi dan juga kena tahu cara menulis ebook yang boleh menjual.
Kena tahu macam mana nak buat cross promosi, split test, hard promosi, slow promosi, SEO promosi, light promosi, heavyweight promosi, YES(Year End Sales) punya promosi, diskaun punya promosi, takde diskaun punya promosi dan segala bagai lagi. Itu tak campur promosi secara percuma dan berbayar.
Pendek kata, kena belajar dan banyakkan membaca.
Orang yang banyak membaca dan banyak buat kerja, biasanya akan ada hasil yang lumayan.
Dengan izin dan dengan tuah yang tak terkalah.
Baca juga Panduan ini jika mahu tahu bagaimana untuk dapat RM50 ribu dengan jual ebook – Panduan XXXX
Ps: Ada ilmu kongsikan. Tak kiralah dengan cara percuma ataupun berbayar.
9,901 total views, 1 views today
err..rasanya ada lagi satu kot ko tertinggal? Panduan VCC tu ko gak kan?hehe
Ahaaa…
tertinggal plak yang itu.
Lupa plak. Jualan ebook banyak gak. Tapi jualan dari servis dah lebih dari 1 ribu kali.
1 kali servis = rm40.
Best gila masa tu jual vcc. Haha..
masa tu memang ngah layan Ebay..ramai gak yang layan..skang ni menyepi plak ramai..haha
saya dapat jual ebook sikit jer komisyen dari affiliate 🙁 – kedaionlinemy.com
Tidak sangka pula ebook Kitab Teknik SEO Merah Jambu antara yang produk terhangat. Serius pada mula sudah hampir putus asa dan tidak percaya ebook ini boleh dijual. Bila sudah nampak duit mengalir masuk memang terduduk.
Mula-mula memang tak nampak.
Tapi bila dah terjebak..PAYAH nak berhenti. Haha.. 😈 😈
oh banyak benar ebook yang kau tulis ni ya
sapa yang cakap macam tu bro…hahaha..masyukkk belanja cendol satu
eh ada ebook yang hancur ker hurm….pikir..pikir…
Terkagum juga ni.
Wan baru berjaya buat sales dari 2 affiliate melalui ashadee baru2 ni.
Terkejut juga la.
Memang tak ada yang mustahil. Kalau kena teknik yang betul mesti leh dapat lagi byk kan.
Tak apa.
Biala dah dapat kali pertama, biasanya kali kedua dan ke seratus akan jadi lebih mudah.
Insya Allah…akan cuba pelan-pelan.
Wah, bisnes ebook memang masyukkk kalau fokus betul-betul..
hehe…
Wah respect tuan..dah berjaya hasilkan profit yang banyak melalui penjualan ebook ni..berkat kesabaran dan kepakaran serta pengalaman telah mendewasakan kita untuk lebih gigih dan seterusnye mengecapi kejayaan yang luar biasa ni…
Baru dapat 1 sales…:( 🙁 🙁 InsyaAllah tetap berusaha…terima kasih tuan admin di atas info yang sgt membantu ini..
Tak apa.
Lama-lama nanti dapat la nanti banyak-banyak.
Ebook tu apa Bro? Kat MPH ada jual tak?
MPH takkan jual punya.
Harga ebook aku mahal. Haha..
Banyak nya senarai ebook ko. Aku follow !
Rasa nak tulis ebook jugak lah. **cari idea**
Titan, kau nak kena tulis “panduan tulis ebook” pulak lepas ni. Haha
Saya ada juga tulis novel dalam bentuk ebook cuma x siap lagi dan mcm x yakin boleh jual.
Tuan tak buka ke kelas utk jualan laris e-book ni?
Aku nak buat ebook laa nak jual dkt pts… Ebook bercetak? Boleh tak? Boleh tak boleh?
betul caranya memang untung, hebat banyak juga ebook yang telah dihasilkan.
Masih banyak lagi aku kena belajar…
he he he
Yang nampak potensi ni memang akan rebut peluang. Lagi2 zaman lapar maklumat sekarang ni.
semua boleh berkat sabar dan usaha kuat boleh punyalah
gua pon tgh nak buat ebook skrg ni. ada beberapa tajuk dan content sudah siap. cuma nak tulis jer lg. bab gaya bahasa nak tulis ebook ni gua kurang pandai sikit. karang kalau org baca tertido terus.. hahahah
Suatu hari nanti den pun nak ada ebook sendiri 😛
Tulisan yang jujur dan ikhlas pasti mempunyai harga yang lebih tinggi.
Tapi malangnya bukan semua orang boleh..:(
Dah lama idam nak hasil ebook sendiri. Tapi idea sendirian berhad 😥
dah puas tulis dan jual ebook..tulis buku bro..royalti dapat makan sehingga 25 tahun
Seperti kata Tuan Aqif Azizan daripada penelitiannya dan fakta terkini, trend jualan ebook semakin meningkat di Malaysia….
yang penting kena rajin dan berdisiplin tinggi. tiada jalan pintas nak berjaya. tapi boleh potong queue jika orang depan kita tak bergerak-gerak.
Dah cuba wat satu ebook tp xde sambutan…maybe nak kena cuba lagi dan lagi dan lagi dan lagi…. 😀
Fuh! Dahsyat tu Kitab Teknik SEO Merah Jambu (2013-2014) – 528 sales!!! Memang sah ler kitab ni berkualiti tinggi kalau tak mana ada yang sanggup laburkan RM120 beli barang yang tak boleh nak pegang. Bestnya follow blog En Titan ni pasal penyampaiannya jujur dan brutal
tapi penuh dengan isi berisi..
Tuan blh saya tau ape blog untuk top keyword harian?
Ape hot ebook sekarang ye?
Huhu..seronokmya bila dah berjaya macam ni..rasa nak berjaya macamEncik Titan gak..tapi bukan senang ni haaa…jelesnyaaaa…
Bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah…
Ahmad Faizal a.k.a En. Titan adalah otai yang tidak didendangkan (the unsung hero). 🙂
terbaiklah titan, banyak juga ebook ko tulis, tu yang laju buat ebook tuh, teknik pun kena power tu sebab jualan dapat banyak
Assalamualaikum semua… Encik Titan… kenapa tarik diri dari jualan amal mangsa banjir untuk 14 – 15 Januari 2015…Sebelum ni tuan join kan… 🙂
Dah tak larat nak urus.
Sibuk dengan kerja sekolah.
Jadi, terpaksa tarik diri.
Itu sahaja.
Harap maklum.
Buat produk sekali, untung berkali-kali. kalau kena caranya, hasilnya lebih lumayan berbanding hantar manuskrip ke syarikat penerbitan. lebih2 lagi dgn adanya sistem affiliate dan jv dgn otai2.