Betul ke dengan tulis ebook kita boleh dapat gaji sebanyak RM2500?
Ya.
Boleh.
Lebih dari itu pun BOLEH.
Sebenarnya, SENANG nak buat dan tulis ebook nih.
Tak susah.
Microsoft word sekarang, dah ada fungsi “convert” dari word ke pdf.
File berbentuk PDF ini dah cukup untuk kita panggil ebook.
Dan sebenarnya, fail dalam bentuk “word” pun dah boleh sebenarnya korang nak panggil sebagai ebook. Cuma ada 1001 sebab semua orang takkan gelarkan fail word itu sebagai ebook.
Salah satu sebabnya, senang dimanipulasi dan disalahgunakan dengan rakusnya.
File PDF pun sebenarnya boleh disalahgunakan kalau tahu caranya. Tapi untuk market tempatan, dah memadai dan cukup hebat jika korang boleh convert file word ke PDF.
8 Masalah yang korang akan hadapi ketika menulis ebook
- Takde idea nak tulis ayat agar pembaca suka ebook kita sekaligus mempromosikan ebook kita dengan percuma.
- Tidak faham bagaimana hendak tulis ebook yang boleh menjual
- Tidak tahu pasaran ebook semasa.
- Tidak tahu “niche” ebook mana yang laku keras sepanjang tahun.
- Takde idea nak kasi “ilmu” yang dikongsi sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
- Ilmu copywriting hancur.
- Ejaan bahasa malaysia pun lintang pukang. Ayat orang lain tak faham. Nak tulis bahasa baku pun bertempiaran.
- Teknik dan strategi tidak diatur dengan bijaksana.
Jawapannya – kena belajar dan take action.
Gagal tulis ebook yang bagus untuk kali pertama, itu tak apa. Kita anggap sebagai satu kegagalan yang manis. Cuba tulis lagi dan lagi. JUAL. In-sha Allah, akan ada satu karya korang yang akan terlaris dipasaran dan menjadi buah mulut manusia genius diluar sana.
Short-cutnya begini:
1. Taip la apa-apa yang korang nak tulis tu kat dalam file word.
2. Dah siap, Convert ke bentuk file pdf.
3. Proses convert ambil masa yang sekejap jika ebook korang itu bawah dari 100 muka surat. Lebih dari tu, mungkin akan ambil masa lebih dari 20 ke 30 saat.
4. Dah siap. Boleh jual terus.
Jadi, mudah kan sebenarnya nak tulis ebook hasil tulisan sendiri dan jual. Betul tak?
Yang menjadi susah.
Adalah nak “PAKSA” orang beli ebook kita. Kita nak untung.
Tak ada orang tulis ebook hanya untuk mendapatkan kerugian.
Semua nak UNTUNG.
- Untung duit.
- Untung kongsi ilmu.
- Untung sebarkan ilmu.
- Untung pahala.
- Untung terjumpa bakal bini ketiga.
- Rahsia.
- Untung yang macam-macam lagi..
Jadi, bagaimana nak dapat gaji RM2500 dengan tulis ebook sahaja?
Kira-kiranya lebih kurang begini.
1 ebook korang jual dengan harga RM50. Jadi, korang cuma perlu jual 50 ebook kepada 50 orang pembeli. Atau..
1 ebook korang jual dengan harga RM100. Jadi, korang cuma perlu cari dan jual kepada 26 orang pembeli. Atau..
1 ebook korang jual dengan harga premium RM250. Jadi, cuma perlu tinggal cari 10 orang sahaja. Atau..
1 ebook korang jual dengan harga RM10. Tapi kena cari 250 orang pembeli.
Yang mana satu kira-kiraanya yang lebih mudah dan sesuai untuk korang jual ebook?
Dan aku tahu..
Boleh tahan juga ramai yang berpinar otak dan mendidih hulu perut memikirkan macam mana nak jual ebook RARE korang itu.
Dan RAMAI orang kita termasuklah otai-otai menghadapi masalah yang sama.
Namun, jawapannya ada dalam kitab PINK aku itu.
Siapa dah beli, gi baca. Konsepnya sama. Dan konsep yang sama itu boleh digunakan untuk pelbagai tujuan yang berbeza.
DApatkan Kitab PINK itu disini –>Â Download dan baca Kitab PINK sekarang
KESIMPULAN
Aku dah kongsi SATU cara mudah untuk tambah pendapatan sampingan walaupun korang cuma duduk dirumah sahaja.
Jadi, tak ada sebab untuk mengizinkan korang mengeluh setiap hari di wall facebook masing-asing hanya kerana gaji korang cumalah sebanyak RM2500.
Bukak file word dan pergi menaip sekarang.
Tulis dan jual ebook bukan aktiviti bodoh-bodoh. Keuntungannya lumayan.
Mungkin cepat. Mungkin juga lambat.
Bergantung pada cara korang mempromosikannya.
Silap gaya, korang berpotensi untuk untung ribu-ribu, puluh ribu dan ratus ribu ringgit.
Tapi kalau dapat 2-3 ratus sebulan pun, dah untung banyak juga tu sebenarnya.
Best kan kalau ebook yang kita tulis terjual macam ini setiap hari?
Ps: Korang yang corakkan hidup korang. Bukan gaji RM2500 dari kerajaan atau gaji dari bos swasta. Nak dapat gaji lebih RM2500, USAHA mesti berkali ganda kena lebih. Faham?
Kredit:
Idea asal – Maikel
Backroungd musik lagu Lompat si Rabbit, lompat – Rabbit Comel
Tukang sorak – Fatin Yayana dan Ain Maisarah
Tukang urut – Zack Ciciwangsa
Tukang karut – Encik Titan
Tukang buat air kopi – Bini tercinta.
11,942 total views, 1 views today
saya suka kepada bahagian kredit tu..ramainya orang dibelakang tabir
best nya sapa yang mahir affliate ni – kedaionlinemy.com
hahaha…rm2500 punya cerita tapi versi yang boleh dicerna dan hadam…
Kalau RM6500 pulak acaner tuh…. hehehe
Itulah masalahnya jika aku nak guna bahasa baku maka bertempiaran laras bahasanya .. apatah lagi nak menulis blog lagi berterabur tulisan aku. Nak buat ebook lagi hancur punya ayat copywriting.. Hahaa
Yup, nak mengelak dari dikategorikan sebagai ebook sampah, kena perbetulkan dulu penggunaan ayat dalam ebook. Supaya tak nanti, bila pembeli baca, akan kata penulis ebook “asal boleh” je hasilkan ebook
wahh jelesnya….hehe
Setiap orang ada ilmu dan kemahiran dan hobi yang boleh dijadikan ebook.
seems legit..ngah siapkan satu ebook gua ni..yg tak bestnya lambat plak nak siap.ahha
Biar lambat asal masyuk dikemudian hari
Kalau ada yang merungut lagi tak tau la nak kata apa.
Ilmu dah bagi.
memang gempak cerita ni…
memang terasa nak dapat gaji RM2,500 juga ni
Ayat makcik beg besar selalu susah anak2 muda nak hadam…so memang tak leh le buat ebook ni…:(
Saya selalu berkongsi mengenai program affiliate dengan rakan. Tidak sangka dengan perkongsian saya mengenai ebook, beliau telah menghasilkan 3 siri bukut yang jarang-jarang sekali ditulis iaitu mengenai membaiki barang elektrik dan elektronik dirumah.
Ini sambungan kisah RM2500 tak cukup ye…
Maikel pun menyumbang padanlah meletop…heee.
Wahhhh… seronok tul kalau dapat jual ebook banyak-banyak tapi nak mula menulis ebook tu yg parah tu…ahahahahaha… 😀
Tengah bertungkus lumus siapkan aku punya first ebook free… Yup… memang free
Lagi untung bila ada ramai orang yang tolong jualkan dan tolong promosikan, kita tinggal ambik duit hasil je
itu untungnya buat duit dengan ebook, setiap orang lain kehebatanya dan lain rezekinya
untung dapat bakal bini ketiga tu yang tak tahan membacanya!
Nak juga buat duit dengan eBook..tapi writing skill failed..he..he. Nway thanks for the tips..nanti pelan-pelan Kira Cuba…
Propa je ni. Gua tulis, tak dapat pun RM2.5K lepas gua buat semua yang disuruh. Yang gua dapat, cuma RM6K je.
sy ada ebook, tapi untuk yang beli ape2 ngan sy dapatlah ebook. tapi bagi free jelah
Wow nampak senang je nak dapat duit…tapi bila ceburi bidang ini baru tau tinggi rendahnye langit..cuma pada peringkat awal kene kerja keras skit..lama2 ala bisa tegal biasa je…
Bayangkan kalau sehari dapat min RM20…sebulan 20 x 30 = RM600..
So free2 je dapat RM600..
Jazakallah khairan kathira cikgu 😆 perkongsian yang sangat bermanfaat daripda dok mengeluh gaji RM2,500 tak cukup!!! Tengah nak menabung ni nak bagi pengeras untuk dapatkan “Kitab Merah Jambu” tu..
Bila ler kawe nak hasilkan e-book pertama ni..
Lepas belanjawan petang ni kot
nak kena juga lah buat ebook , err bab letrik boleh 😀
tulis ebook memang senang.. tapi content ebook tu yang susah sikit.. kena study apa yang nak ditulis..
pernah jugak tulis ebook tapi sekerat jalan je.. idea hilang ntah ke mane.. hahaha..
Perlukan masa yang lama juga. Karang ayat kasi booom dia punya isi…gambar, emosi, dan lain-lain juga..
Emm nak boleh ke tulis tu la yang jadi masalah..tak tahu dek pun nak tulis apa..hehe..
Tulis ebook sendiri, surat jualan biar upah yg pakar je buat.
Kadang2 ebook yg di jual. Surat jualan lebih power lagi dari isi kandungan ebook yang ada..
banyak juga dah berhabis duit beli ebook sana sinun…
ada satu idea e book, dan masih tertangguh nak buat, tapi lepas baca en titan punya entry, rasa meluap-luap pulak nak buat. ok bai, nak buat sekarang, nak dapat 2.5k
Komen saya mudah saja. Jangan banyak cakap dan fikir. Buat je. Orang lain dah berbuah-buah ebook dan dah berpuluh-puluh ribu dapat hasil. Jika banyak alasan, maka kita buat alasan sajalah, bukan buat duit. 😳
best kalau boleh dapat ribu2 n puluh2 ribu dari affiliate je 😀
Perlukan pengalaman dan pengetahuan mendalam. Bukan senang nak senang..
kalau kepakaran kita ada permintaan ramai, lagi senang nak tulis ebook
Jangan lupe zakat fitrah ye..
Betul ke blh dapat banyak tu sebulan? Maaf saya budak baru belajar…
Bestnya kalau dapat sebulan macam tu..tak penah rasa lagi..thanks admin sharing the information.
banyak betul idea kering titan ni.. kagum betul aku.. sampai aku pun boleh jadi tak betul pikior idea nak menulis…
mmm terfikir pulak nak buat ebook..tapi., Tajik APA yang menjadi viral masa ni. Rahsia, Strategi, Panduan, ….pening aaa
Sesiapa ader kemahiran tersembunyi boleh share tulis e-book. memang boleh buat duit
Masih cari idea untuk lengkapkan ebook pertama saya.
boleh tolong terangkan apa sebenarnya e-book tu? maaf jika soalan ini tidak masuk dek akal. cuma mahu mendapatkan keterangan lebih lanjut. harap admin dpt membantu. tq