Aku ada kawan.
Nama dia Ganesh.
Ganesh seorang yang sangat skema. Kalau dia tengah study, dia tak nak ada orang menganggu. Kalau ada orang masuk bilik waktu tengah dia sibuk buat kerja, dia akan pandang orang tu macam mahu makan hidup-hidup. Maklumlah, dia student Kejuruteraan. Subjek memang antara susah nak score. Subjek yang satu level dengan Geologi. Dua subjek ini antara yang ramai budak UMS minta tukar course. Senang cakap, siapa “SURVIVE” dalam dua subjek ni..memang diorang adalah manusia genius dan rajin.
Ganesh juga adalah manusia yangΒ CUKUP kedekut.
Mungkin LEBIH kedekut berbanding aku. Kalau kat Banting ni aku dah kira orang paling kedekut. Ganesh naik satu tangga lebih kedekut berbanding aku.
Ganesh juga peminat drama melayu. Walaupun dia tak menangis waktu tengok cerita itu, tetapi setiap petang dia tetap duduk tak bergerak-gerak menonton drama melayu.
“Woi Ganesh..hang tak bosan ke tengok drama nih?”
“Tak. Orang Melayu ada banyak cerita best. Pempuan dia pun lawa-lawa belaka. Hehe..” sambil tersenyum penuh makna.
See.
Orang bangsa lain pun suka orang melayu. Suka drama melayu. Orang kita aje yang banyak benci drama dan filem melayu. Kamonlah, kadang-kala, kita kena “support” sikit produk orang melayu. Sampai bila nak perli dan kutuk sepanjang masa, kan?
Dan Ganesh juga pernah couple dengan awek Melayu. Namanya aku tak ingat. Tapi kisah cinta mereka tidak berpanjangan. Sebab mak bapak perempuan tu tak boleh terima bangsa lain kahwin dengan anak mereka. Manakala mak bapak Ganesh pula tak tahu ok ke tidak sebab dari apa yang diceritianya..dia tak pernah lagi cerita pasal perempuan kat mapak dia.
Biasalah. Tipikal orang lelaki. Hal perempuan, selagi belum “CONFIRM” dia takkan cerita kat mak bapak. Aku pun begitu jugak. Walaupun dah beberapa kali jumpa dan menggigil jumpa bakal mak mertua dan bapak mertua bini aku dulu..memang aku tak pernah cerita dengan mak bapak aku. Bila nak tunang, barulah menggigil nak bercerita.
Sekali lagi, biasalah.
Tipikal orang lelaki..
Dipendekkan cerita..ada satu bulan tu aku putus duit. Nak minta kat bapak aku, memang seganlah. Bulan lepas dah bagi, tapi dah habis kat beli buku dan bayar itu ini. Nak minta bulan ni, bertambah segan la dibuatnya. Dan duit online plak, lagi beberapa hari baru dapat payment kat paypal. Maklumlah, masa tu program affiliate orang melayu tak banyak lagi. Nak tak nak, terpaksa berharap kat program affiliate luar ajelah. Kemudian, dah dapat duit paypal tu..kena plak cari orang nak tukarkan duit dollar ke ringgit. Rate kekadang macam jahanam. Biasa leh dapat RM3.40 untuk satu dollar, tapi jatuh ke tiga ringgit aje selalu. Maklumlah, semua nak ambil untung. Siapalah yang tak nak untung, kan?
Petang tu..perut dah kelaparan yang amat sangat.
Aku buat air teh tanpa gula.
Lepas tu goreng cekodok campur milo. Dapatlah cekodok milo sepinggan. Leh la tahan sampai esok rasanya. Sedang dok melayan drama korea “Meteor Garden” yang aku pinjam CDnya dari budak perempuan kuliah aku, tetiba ada orang ketuk pintu bilik.
Tok..tokkk..tokkkkk
Pintu terus dibuka tanpa izin.
“Wehh..bro. Ko dah makan?”
…
….
Oh. Ganesh rupanya. Aku ingatkan aku seorang aje kat rumah petang ni. Tak terperasan motor dia ada kat luar rumah.
“Ni..tengah makan cekodok. Nak?”
“Eishh..makan cekodok aje mana kenyang. Jom teman aku gi makan.” ajak Ganesh bersungguh-sungguh.
“Sorilah Ganesh. Aku takde duit nih..”
“Takpe. Aku belanja..”
…
….
Mahu terkejut gak aku dibuatnya.
Pertama, dia tak pernah ajak aku makan kat luar. Kedua, dia nak belanja sedangkan aku tahu dia tak pernah lagi belanja seorang manusia pun kat rumah ni sebab dia memang kedekut. Jadi, aku tak toleh belakang. Bukan senang manusia Ganish ni nak belanja orang. Lagi-lagi orang melayu. Selalu aku nampak dia makan dengan geng-geng dia aje.
Sampai kedai mamak, kami pun masuk kedai.
Aku dari tadi dok fikir nak order apa sejak membonceng motor dengan si Ganesh nih..
“Bro..ko nak makan apa?”
“Roti telur jelah.”
“Okeh Aneyyy. Roti telur double telur DUA. “
…
….
Wahh.
Ternganga kejap aku tanpa kata-apa.
Double telur lagi tu. Haha..
Apapun..hari itu aku makan petang dengan Ganesh.
Terasa macam hari yang cukup bahagia dalam salah satu hari-hari bahagia ketika aku berada di UMS.
Kesimpulan.
Jangan buruk sangka dengan bangsa lain. Walaupun mungkin diorang skema, mungkin terselit satu kebaikan dalam diri mereka.
Contohi Ganesh.
Orang india memang suka dengan gadis melayu. Trust me. Ganesh adalah salah satu bukti ajaib.
Berkawan biar banyak bangsa. Banyak kebaikan dan kelebihannya. Lepas aku makan dengan Ganesh, aku seorang sahaja yang boleh pinjam motor Ganesh kalau nak pergi kelas silat. Kawan aku yang lain, dia tak bagi. Tengok, betapa istimiewanya aku dimata Ganesh. Haha..
Jangan diskrimansi sangat. Sikit-sikit sudah la. Tak semua bangsa lain kurang hajar. Mereka pun ada hak duduk di Malaysia ni. Hormati mereka. Dan mereka akan hormat kita. Tak susah, kan?
Bila tonton drama, jangan bias. Tonton jugaklah drama bangsa lain. Kalau Ganesh suka tengok drama melayu. Aku lebih suka tengok drama jepun dan korea. Wohaa!
Last.
Aku suka kawan dengan Ganesh. Dengarnya, dia kerja dalam bidang yang ada kaitan dengan kejuruteraan. Tak tahu la apa nama syarikatnya. Dah lama sangat aku tak jumpa dan berborak. Aku pula, masih sibuk menulis draf kitab PINK versi kedua disamping terus mengajar anak-anak bangsa untuk jadi lebih genius berbanding aku demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang dan terbilang.
Dah.
Itulah Cerita tentang Ganesh. Best, kan?
Dia adalah kawan baik aku yang hensem selepas Encik Puvanesan.
12,614 total views, 23 views today
oooo ganesh tu kawan bro titan ker..knp x cakap semlam….
saya pun baru tahu tu kawan titan haha – kedaionlinemy.com
Ooo kawan rupanya.. Nak order roti canai triple telur laa..
Ooo kawan rupanya.. Nak order roti canai triple telur laa.. Tambah cekodok telur dadar satu.. Haha
Eh ni pengalaman berapa tahun yang lepas ni?
suka roti canai itu banjir kasi kuah lebih ar
Untung dapat kawan dari berbilang bangsa. Dapat pula yang suka drama Melayu. π
layan meteor garden tuu… kita orang ambil no giliran pinjam CD tengok meteor garden masa dekat hostel… takda duit nak beli sendiri…
cam aku korea kureng skit. kalo jepun tu fav sebab awek2 jepun sume cute π
Respect… kawan biar ramai dan berbilang kaum, jangan nak berkawan dengan kaum sendiri.. Husband Miera punya kawan terbaik cina, india , bai dan melayu sejak sekolah rendah dahulu sampai sekarang dah umur nak pencen… hehehe
Beruntung kau titan..kira mcm insan terpilih gitu haha
Wan pun penah ada kawan india yang best mcm tu. Time study juga.
Memang best kan kalau kita ingat-ingat balik.
Kadang-kadang mereka-mereka ni lebih paham diri kita berbanding yang lain.
Dah ada kawan India, bolehlah belajar sikit-sikit bahasa dia….
Ada juga ya cekodok milo. Syukur Ganesh berbesar hati untuk belanja.
Kena balas balik tu.
baru aku tau ada orang yang lebih kedekut rupanya…hahaha..kitakan satu malaysia π
Rupe atau cara kerja je skema tapi tak kedekut…memang blh buat kawan…jarang nak jumpe kawan mcm ni…ape2 pun 1Malaysia
Yang penting jangan terkejut sekarang ni dah tak kira bangsa..semua 1Malaysia…
Sedapnya cekodok milo, anak- anak saya memang suka apa saja berkaitan milo.
itu kisahnya, jangan pandang orang negatif sahaja tetapi pasti ada sifat positifnya
Salam. Hee cerita rakyat yang menarik dan bagus.
seronoknya ada kawan bermurah hati mcm ganesh..
klu kat ofis kitorg ada gak, bila time birthday dia, dia kan belanja kami2 yg berstfren dia.
dah masuk Islam dah pun…alhamdulillah..
Alhamdulillah.
Bertambah lagi kawan seagama kita.
first time dengar roti telur double telur.. hehehehe
Semua bangsa ramai je orang yang baik.. tp yg segelintir yang teruk ni yang mencacatkan nama bangsa itu sendiri. huhu
Ya.
Segelintir tu memang masalah gak.
Harap-harap ramai yang berubah. π³
cekodok milo sedap pernah buat anak tak layan memula kedua kali bukan main laya lagi dia heeee..
ada kawan tapi puvenisuari nama di beri dok kl heeeee..
kita kedua dah nak wujud wow !
ramai gak kawan berbangsa India… salah sorangnya taukeh Rempah Kari Allagappa…
Dlu pn ada gak ken bangsa India..depa ni mmg tak kedekut sgt bab makan..baguih la..tu la noh jgn pandang bangsa lain sama dgn bangsa kita..hidup kena pelbagaikan kwn π
Terbaik kisah bro ni boleh buat novel. Ni first time den tau ada cekodok milo. Sodap ker?
Jangan buruk sangka dengan sesiapa pun, habisss cerita..:)
Awesome + cool Ganesh ni π
Bebrbaik sangka semasa manusia tidak rugi…bersahabat tanpa kira warna kulit amat penting…
Gua rasa mcm bengang je sbb lu hitam putih kan kehidupan gambar roti telur double tu…
Ganesh suka tgk drama melayu…gua plak ada member yg suka tgk filem tamil..stunt filem tamil lagi rare katanya…
Kisah yang lucu tapi dselitkan moral dan pengajaran di situ… biasalah kan penulisan seorang cikgu…ekekekeke… semoga ganesh dapat kawin dgn awek melayu…ekekekekekeke… π
Bukti 1Malaysia sudah wujud lama..kat tempat saya tak da masalah punya..semuanya ok je..
Huhu..tetiba aje rasa nak cari kawan bangsa india ni..hehe..
hehe..nice cerita nie. sangatlah 1malaysia. π
Aku peminat filem tamil.. kalau Vijay, Ajit, Surya, Sarath Kumar, Rajinikant jadi hero memang wajib aku akan tonton …
Tabik springgg dengan awak bila baca artikel ni. Banyak pengajaran yang saya boleh dapat.
jangan kerana nila setitik habis susu satu balang … macam tuh lah ibarat nya bukan semua org lain bangsa dan agama tu tak bagus ada je yang bagus kena pandai2 lh nilai …. π
hensem?
still single x