Well.
Siapa pernah kena sakit lutut? Bagi yang jenis aktif bersukan macam aku ni, memang sakit lutut ni dah jadi benda biasa. Dan sebab selalu sakit lutut inilah banyak benda yang kita tak boleh buat.
Pendek kata, sakit lutut ni memang tak best.
Mengapa kita mudah sakit lutut?
Ada banyak sebab.
Tapi, aku kongsi yang biasa berlaku sahaja. Kes-kes pelik tu, aku malas nak ambil tahu walaupun sebagai cikgu PJ, aku wajib ambil tahu. Manalah tahu, tiba-tiba budak aku main bola, lutut terhentak ke tanah, tahu dah ada yang kena buat. Sebab bab sakit lutut ni, tak boleh dipandang remeh. Silap hari bulan, buruk padahnya.
Ada 3 sebab biasa yang membuatkan kita sakit lutut.
1. Lutut teralih
Atau kepala lututnya teralih. Maksudnya, kepala lutut tu bukan pada posisinya. Apa yang akan berlaku? Bila dah teralih, mestilah sakit. Sakitnya pula, bukan alang kepalang. Memang sakit punya kaw sampai nak sepak kawan sebelah pun dah tak mampu. Kalau pandai settle sendiri, boleh buat kalau berani. Kalau tak, pergi jumpa doktor. Itu aje jalan penyelesaiannya. Jangan dok gatal nak betulkan lutut tu sendiri.
2. Terhentak lutut
Bab terhentak ni, bila dah terhentak. Biasanya orang kita buat sardin aje. Biasanya sakit gila masa mula-mula. Tapi lepas tu, sakitnya dah kurang. Jadi, malas nak pergi “check” dengan doktor. So, kalau sakitnya tak berterusan. Its fine. Korang boleh ambil mana-mana “pain killer” atau ubat sapu sendi dan sapu kat lutut tu.
Sebab biasanya sakit lutut ni tak nampak sangat bengkaknya. Tapi kalau dah sampai tahap sakit hari-hari, memang kena jumpa doktor. Bukan apa, takut jadi macam Bursitis.Bursitis ni, bengkak dalam lutut. Benda ni tak nampak. Lepas x-ray, baru la nampak.
3. Lutut bengkak
Ini masalah biasa bagi “all-rounder player” macam aku.
Aku jenis boleh main semua sukan. Bola sepak, badminton, bola lisut, rounders, galah panjang, konda-kondi, baseball, kriket, bola jaring, tenis..semua aku boleh main. Dan masalahnya, bila kita main atau training dalam satu jangka masa lama, memang biasanya lutut kita akan meragam. Silap cara, akan radang. Tisu dan tendon dalam lutut kita tu akan mula rasa sakit. Masa ni, bengkak kat luar pun kita boleh nampak, bengkak kat dalam pun boleh dapat. Dua dalam satu.
Lagi teruk, kalau kita ni mempunyau tulang yang lemah tapi galak bersukan. Itu, memang tak lama la akan bersara dalam arena sukan. Biasanya, bagi yang dapat masalah bengkak atau radang ni, korang berpotensi dapat Medial Plica Syndrome atau Pattellar Tendonitis. Osgood pun kekadang boleh kena gak.
Hah, apa kejadahnya TIGA nama penyakit lutut tu?
Malas aku nak habaq. Korang google la sendiri dan cari maksud tu. Semuanya ada kaitan dengan bengkak-bengkak belaka. Gi membaca. Jangan malas sangat. Aku ahli sukan dan cikgu PJ, memang wajib kena ambil tahu. Lagi-lagi yang kuat main bola sepak. Biasanya kalau tak sakit kat peha, mesti sakit kat lutut.
Dah banyak pemain bola sepak bersara sebab sakit lutut ni. Jadi, berhati-hatilah selalu, takut-takut jika korang adalah pemain bola sepak negara, harapnya hari korang sakit lutut itu akan TIDAK jadi hari terakhir seorang pemain bola sepak yang hensem.
Oleh sebab lutut aku ni kira kuat, jadi takde masalah la buat masa ini.
Pernah gak buat x-ray. So far, tulang aku masih kuat walaupun aku jarang minum susu.
Haha..
Langkah pencegahan untuk elak dapat sakit lutut
Ini tips khas untuk mereka yang nak bersukan atau memang ahli sukan sejati macam aku.
Jaga makan minum. Jangan banyak sangat ambil makanan bergaram atau bergula. Tapi kalau nak minum kopi, kena ada gula. Kalau takde gula, baik toksah minum kopi. Baik korang minum tongkat ali terus.
Selain itu, banyakkan minum susu. Kalau tak, korang berpotensi besar dapat penyakit Osteoarthiriti. Penyakit ni tak nampak sangat sekarang sebab orang muda memag kuat lagi tulangnya. Tapi bila dah tua bangka nanti, masa itulah lutut korang selalu pedih, selalu menggigil, tak larat nak berjalan lama-lama, nak tekan brek pun tak larat dan agak susah untuk beraksi pada waktu malam jumaat. So, kalau tak suka minum susu? Macam mana?
Minum vitagen.
Pilih yang “less sugar” tu.
Settle masalah korang, kan?
Dan apabila bersukan, PASTIKAN atau WAJIBKAN korang buat aktiviti memanaskan badan dan juga aktiviti menyejukkan badan selepas bersukan. Tak kiralah korang bersenam ke, main bola ke, main badminton ke, main kejar-kejar dengan bini kat ruang tamu ke ataupun baru lepas pencuri yang ragut beg tangan bini jiran sebelah.
Bahaya kalau tak diamalkan selalu. Selain korang boleh dapat macam-macam penyakit termasuk sakit lutut, takut-takut lepas korang dah penat berlari kejar peragut tu..tetiba jantung tak berfungsi. Nak bernafas susah, tahu-tahu je..dah terbaring kat tepi jalan. Peragut entah ke mana, beg tak dapat tapi nyawa melayang.
Itu memang sandey habis.
Orang muda-muda kata, malang tak berbau.
Tapi, kita boleh kurangkan potensi “MALANG” itu daripada terus tak berbau.
So, ini je nasihat aku sebagai cikgu PJ bila korang nak bersukan.
Dan sebagai Cikgu Pendidikan Kesihatan pula, aku tekankan bab pemakanan.
JANGAN JADI GEMUK.
Biar aku berterus terang. Bila korang jadi gemuk, selain korang berpotensi dapat penyakit kencing manis, darah tinggi, darah rendah, darah tak cukup atau macam-macam penyakit yang lain..masalah sampingan gemuk ni, dia akan EFEK pada lutut korang dan menyebabkan sakit lutut yang berpanjangan.
WHY?
Bila korang gemuk, lutut korang akan bekerja lebih kuat untuk menanggung berat badan korang.
Lagi gemuk korang, lagi kuat lutut tu terpaksa bekerja. Bila dah banyak buat kerja, automatiknya lutut korang berpotensi besar untuk sakit lutut setiap hari.
Bini pun bengang bila prestasi waktu malam dah menurun.
Dan bila dah tertekan sebab bini marah, nak bersukan pun malas, gi kerja pun kena ejek dengan kawan.
Korang akan tertekan. Bila tertekan, korang akan makan lagi banyak. Dan automatiknya lagi, korang akan berpotensi jadi obesiti tegar yang sukar untuk diselamatkan lagi.
Huh..
Sebab itu, bila korang dah gemuk dan lebih dari BMI korang atau memang sah dah masuk tahap OBESITI, korang pergilah jogging macam mana sekalipun, memang tak boleh punya nak bersenam atau nak berjogging. Baru jog sikit tak sampai 1 kilometer, dah pancit.
So, ini SERIUS punya masalah.
Jadi, jaga lutut korang mulai hari ini.
Tapi, bila dah kena sakit lutut..apa yang aku boleh cadangkan.
- Kalau sakit lutut yang teruk sangat, sila jumpa doktor. Buat pemeriksaan penuh.
- Kalau sakit lutut biasa-biasa tu, bolehlah ambil painkiller atau produk yang boleh legakan lutut korang. Contohnya –> Pro Kas.
- Jaga pemakanan dan cuba kurangkan berat badan bagi kes orang gemuk.
- Bila dah sakit tu, kurangkan pergerakan. Rehat dulu. Jangan gasak lagi lutut korang.
Pro Kas – Muscle Relief Pain
Pro Kas ini adalah salah satu produk yang berfungsi untuk melegakan sendi dan otot kita termasuklah bahagian sendi kat lutut kita itu.
Kalau selalu meradang atau sakit lutut disebabkan oleh bengkak atau terjatuh, boleh ikhtiar untuk gunakan produk Pro Kas ini. Isi kandungan Pro kas ini ialah Aloe Vera, Soya, buah Delima yang mengandungi vitamin C yang cukup banyak, KAYA dengan mineral dan vitamin, Menthol untuk anastetik untuk legakan sakit lutut dan DMSO yang menggunakan teknologi nano untuk membetulkan DNA tanpa melakukan pembedahan.
Siapa nak dapatkan produk tu, boleh beli kat sini –> Pro Kas
Kesimpulan.
Sakit lutut memang bahaya jika kita tak ambil perhatian sejak muda lagi.
Majoriti ahli sukan, tahu bahawa sakit lutut boleh memberikan kesan buruk untuk satu tempoh yang lama.
Majoriti orang kita, memang malas nak ambil tahu tentang penjagaan lutut melainkan selepas lutut dah sakit.
Sakit lutut adalah perkara remeh bagi kebanyakkan orang kita.
Bila dah sakit, baru nak cari ubat atau jumpa doktor.
Tu la, sombong lagi.
Bila doktor tak leh sembuhkan, kata plak doktor tak pandai merawat.
“Hangpa ingat doktor tu tuhan, kah?”
20,608 total views, 2 views today
Orang yang terlibat secara langsung dengan sukan selamba je buat artikel sakit lutut ni. 🙂
haha..
sebab pernah belajar benda ni.
Jadi, tahu la jugakk sikit-sikit.
lutut mesti kena jaga terutama aktiviti malam jumaat..hu..hu.
Haha..
haruslah jaga untuk jangka masa yang panjang.
Pernah gak sakit lutut..sebab terlanggar kerusi..rasanya memang sengal yang amat..kena jaga baik2 lutut ni..banyak keburukan kalau dah sakit kat situ..
Sebab itu, kena jaga badan kita ni.
Jangan sembarangan aje.
Bila umur meningkat sakit lutut mula melanda akibat ketika muda agresif bersukan. Ada ubat alternatif nak melegakan kesakitan boleh digunakan.
Yap.
Pelega kesakitan tu memang ada.
Tapi, lebih baik kita mencegah. Nak merawat atau melega ni..dah jadi banyak kerja dah nanti dibuatnya.
Kesihatan ialah rezki yg take ternilai harganya
Ya.
Hargai diri kita.
Sakit lutut, fuh memang perit weh 🙂
Lenguh lutut pun boleh dikira penyakit. Tak boleh tidur malam dibuatnya…
Ni mesti biasa dah lenguh lutut kann..
kannnn?? Hehe..
Sakitnya tuh disini terasa bila umur dah makin meningkat…Bila duduk bersila lama-lama pun dah sakit..
Lutut kalau dah sakit memang payah, nak pulak kalau naik tangga…sekso. KM kadang-kadang ajo kena sakit lutut, selalu kalau sakit lutut datang KM makan ubek kendian elok. Takdolah berpanjangan setakat nie. Orang tuo sinonim dengan sakit lutut tapi tak semuo ubek berkesan.
Setuju dengan en.Titan, kalau orang yang berbadan obes ni memang lutut la akan jadi ‘mangsa’nya..kesian
yup.
Yang badan besar dan gemuk obes ni, memang kena kurangkan berat badan.
Lutut memang salah satu anggota badan yang wajib akan kena efek.
suami sy akan sakit lutut bila dia main futsal atau basketball. mungkin disebabkan dia pernah cedera kt lutut masa bersukan dulu. Bila sakit biasanya dia akan pergi berurut je. orang kalau dah minat bersukan, sakit macam mana pun, dia akan cari jalan supaya boleh main.
istiqomah betul blogger titan ni. respect! hahaaa 😀
owh tak best gak bila sakit lutut ni..t org ckp lepas kawin ni senang dapat sakit lutut gak kan haha
itu wa slalu dengar haha
wa slalu sakit peha je. hamstring. lutut ok lagi sofar alhamdulillah
hamstring selalu bahaya juga tu bro
Kalau skru lutut beralih, memang parah. Segalanya jadi tak kena sudah!
hurm..
(tu je nak komen dari org gemok yang kdg kdg sakit lutut)
cerita tang gemuk tu yang legend..
sakit lutut kadangkala berlaku juga tu..
sakit lutut.. dah jarang la.. sebab dah tak aktif bersukan…
koyak ligamen lutut (acl)..kena ni sekali, sampai sekarang takleh main bola..
Sakit lutut nie kalau tak cegah awal-awal memang membawa hingga ke tua pun.
Nak jalan jauh sikit pun tak boleh.
Saya dulu memang aktif bersukan tp alhamduillah takda injury bab lutut.
Kalau naya gak.
orang gemuk mudah sakit lutut …macam pakcik ni .
Alhamdulillah at this age lutut saya ok lagi skrunya.Syukur tak ada apa-apa penyakit sampai sekarang.Risau dengan anak lelaki saya yang main rugby ni . BUkan rugby je segala macam sport dia sapu.Bulan puasa pun boleh berlari keliling padang lagi.
kalau selalu sangat atif bersukan setiap hari tanpa rehat pun boleh jadi sakit lutut silap2x makin parah jadinya.
Vitamin Shaklee pun ada yang khusus untuk kesihatan sendi dan tulang. Alhamdulillah ramai yang dapat manfaatnya.
Sakit lutut ini memang seksa. Lebih-lebih lagi bila tengok nenek sendiri yang ‘struggle’ nak solat berdiri. Untuk elakkan diserang sakit lutut ini dari awal-awal lagi kena jaga pemakanan dan hindari dari ambil makanan yang menyebabkan risiko sakit lutut.
Sakit lutut memang menyakitkan, orang tua ambo selalu sakit lutut. Kalau guna PRO Kas, agaknya boleh sembuh ke?
lutut kene jaga baik baik.. si suami smpai skrg tak bersukan sbb lutut..
Panjang lebar beno pasal sakit lutut. Cam baca artikel dari pakar sakit lutut pun ye ni…hehe
Tapi memang pun, sakit lutut ni tak boleh main biar jer. Kalau dah seruis, nagis ler jawabnya.
Bersenam pun kene rehat juga, supaya otot yang tercedera boleh sembuh 🙂
sakit lutut memang parah la..payah nk berak kesana sini oh.. nak solat pun payah tau..
pernah juga kene sakit lutut ni selepas melahirkan anak pertama..mungkin kesan ubat bius yang diambil semasa bersalin..lepas dapat kedua baru sedar diri nak ambik supplement..settle masalah..
Aku pun tgh sakit lutut nih pasai aktif balik main bola. Baru 2 matches friendly dah kono rehat 1-2 bulan. hehehe
Semenjak umur ambo meningkat 40-an sakit lutut semakin terasa, lebih lagi bekertja terlalu lama beriri. moga Pro kas adalah penawar paling mujarab, kalau tidak pun boleh melegakan sakit lutut yang kita alami.
setiap penyakit ada ubatnya, termasuk sakit kaki. kecuali penyakit mati.
en.Titan, napa tak bagi betul timing wordpress tu. Komen aku posted pukul 12:16 am di situ. huhu… dah 8 jam lewat tu.
jangan je sakit lutut sebab selalu sangat ketuk.. terutamnya macam saya yang bujang ni..hahaha
Semoga tempat makan ini jadi terkenal karena masuk blog pak Budi , Aerith
Ramai juga yang sakit lutut rupanya.
Kena makan makanan untuk kesihatan lutut ni.