Hari ini hari cuti.
Sepatutnya, aku kena berehat.
Tapi memandangkan esok RAYA, jadi bersemangat sikit nak kemas rumah.
Dari pagi tadi..hinggalah sekarang..asyik dok buat kerja.
Kerja yang selama ini mak aku buat. Kini aku lakukan dengan penuh bersemangat.
Walaupun ada bini, tapi ada kalanya aku tetap kena buat kerja rumah nih. Bini pun ada banyak kerja lain. Nak masak rendang, nak anyam ketupat walaupun kena tengok Youtube dulu, nak kena kira perbelanjaan cuti, nak pilih hari untuk honeymoon kali ke 3 hujung tahun ini, nak peti sejuk baru, nak pilih corak langsir baru, nak semak ejaan draft Kitab PINK lagi, nak pilih gelang emas mana paling cantik dan tak kurang juga nak kira berapa banyak baju raya tahun depan nak kena beli..
Jadi, benda-benda kasar macam buang sampah, mop lantai, buang sarang labah-labah kat siling, sidai baju, gosok baju, gosok gigi sendiri, buat kopi, basuh kereta bini, sapu sampah dihalaman rumah, lap cermin mata sendiri, beli peralatan dapur, beli ayam, beli daging, beli udang dan segala bagai lagi..biarlah aku yang buat.
Ya..
Penat.
Tapi itulah yang bini-bini dan makcik-makcik beg besar rasa bila suami pergi kerja.
Itulah yang mereka lakukan.
Itulah yang mereka fikirkan.
Jadi, kepada suami-suami sekalian..cari kerja dan buat kerja bagus-bagus. Cuma sesekali, rajin-rajinlah tolong buat apa yang patut kat rumah. Aku bukan sahaja nasihat pada diri aku yang cukup suka kuat tidur nih, tapi aku juga harap kaum suami diluar sana “ALERT” dengan tanggungjawab masing-masing. Cuma kalau ada waktu rehat 10 minit tu, barulah boleh sambung main dan tingkatkan Town Hall Clash of Clans ke level 10 ye. Itu tak apa. Aku izinkan. Haha..
Okeh.
Banyak benda dah siap.
Ini waktu rehat aku.
Aku habiskan masa dengan menulis artikel ini.
KHAS untuk tatapan dan bacaan para suami dan isteri diluar sana.
Bukan senang nak jadi SUAMI yang soleh dan bertanggungjawab.
Bukan senang bagi manusia genius seperti aku.
Dan bukan senang juga nak dapat DUIT RAYA HAJI kali ini..
Terlalu banyak usaha kena dilakukan.
Terlalu banyak perkara perlu difikirkan.
Terlalu banyak benda yang perlu diutamakan.
Emm..
Dah.
Aku pun tak tahu nak tulis apa lagi.
Korang baca dengan hati yang terbuka.
Bab-bab “KELAB” tu. Lupakan kejap Kita tumpu pada hari esok.
Yang lebih mulia. Yang lebih berwarna-warni. Yang lebih mengujakan.
Dan yang lebih penting..
Ini Raya Haji Pertama aku bersama bini.
…
….
Sekian.
Selamat Hari Raya AidilAdha semua.
10,889 total views, 1 views today
Selamat Hari Raya Aidiladha bro titan. π
mohon bro kasi ulasan sikit pasal kisah ‘kelab’ tu, teringin gak nak tau.. hehehe πΏ
samat hari raya bro
entahnya…asyil bagi hint aje…
kasi bagi la huraian sikit…
apa daaaa…
kelab apa plak tu bro….hehehe
Selamat hari raya aidiladha tuan..semoga kehidupan lepas ini lebih baik
Bagi duit raya hasilan blog atau ebook?
Beberapa hari ni duk hint hint pasal kelab… kelab apa ni?
selamat hari raya..
woohoo.. gila best statement bank macam ni every month… i is very the jeles!.. hehe..
Selamat hari raya ye! π
Suasana raya zaman sekarang sudah berubah….dulu kalau esok raya, malam ni dah meriah tapi sekarang kekadang tu sunyi sepi je tambahan raya haji ni..sedih pun ada…apa2 pun salam aid adha buat semua jemaah haji dan rakyat beragama Islam di Malaysia…
Zaman sekarang ni ada ke lagi org bagi duit raya haji? Mungkin ada tapi tak ramai atau hanya utk kanak2…aku di zaman kanak2..disuruh balik lepas makan lempeng aje, ada ke patut??
Wah..rajin lu ekk..selamat hari raya bro!
Wahhhh bestnya tgk akaun bank mcm tu π
bodek beliau untuk jadikan awak sebagai anak murid…
confirm boleh jadi macam beliau.. eh !
Selamat Hari Raya Aidil Adha buat e.titan dan para blogger sekalian..:)
Lebat duit Raya Kurban. Patutlah ajak jemput makan cendol. π
gua tak merasa lagi cendol banting… demmm…
ceh…mentang2 masyuk dia punya duit raya haji… sedarlah sikit lu tu dah tua… takkan nak mintak duit raya lagi ? chooiii…
dah orang bagi.
gua kena ambil dengan penuh sopan.
kang tak ambil..kecik hati plak diorang. haha
Salam Aidilfitri buat bro dan keluarga semua. Lebat sakan income dekat raya haji ini. Moga terus mencanak. Hebat….hebat…. tak terkalah beb..
Maaf bro… bukan Aidilfitri tapi Aidiladha… tersasul pula ketuk keyboard ni…walhal dah bergantang banyaknya tulis di blog bab Hari Raya Aidiladha tapi masih salah lagi.Harap makklum..
Selamat hari aidil adha dari saya. hebat penyata duit masuk bank
blanje r bro..xnak cendok gua nak makan lemang sama itu rendang…
p/s: pergahh.. town hall dah naik level 10 ke bro
Wowowow siok la dpt duit raya haji…
π π
best arr…raya2 dpt duit….
untung dapat laki macam en titan… hahahaha bab kelab tet tu tak perlu jadi masalah sebenarnya… matang sudah. kekeke
Nak duit rayo jugok. Nak duit rayo lalalalaa..
alhamdulillah rezeki bertambah bila dah berbini dan suka tolong bini, jangan tambah bini udah ler huhu
banyak duit raya, macam ni tiap2 bulan boleh honeymoon….
Raya haji pun dapat duit raya.. best.. best..
ape2 pon Selamat Hari Raya AidilAdha.
p/s.. kelab apekah itu?
Wah duit raya!
Boleh belanja isteri honeymoon 5 bintang gini
Salam Aidiladha En Titan, rezeki murah- murah, lagi betisteri lagi murah, kalau dapat anak nanti lagi murah lagi rezeki.
wah best la dpt wet raya..leh ajak isteri p shopping. π
Selamat Aidiladha Tuan Titan π
Masyuk duit raya. Boleh tumbang lembu sekor. π
yang 3k tu gua jeles..pehh
ahahahahaha… makcik makcik geng beg besar yang legend tuuu… aku tau siapakah mereka2 semua…. selamat hari raya aidil adha bro titan
Huhu..jelesnya saya hoooo…bila la nak dapat duit raya macam ni gak..hehe
Duit raya banyak keluar dari masuk…raya haji mesti korban…raya puasa mesti sedia angpow…