Ya.
Aku juga salah seorang pemain TEGAR untuk permainan Clash of Clan.
Tapi sekarang, aku adalah bekas pemilik Town level 9 di game Clash of Clan.
Sejak aku ada telefon pintar yang masih belum diberikan nama ni, Clash of Clan adalah antara salah satu permainan yang BERTAHAN berada dalam telefon ini melebihi 6 bulan. Maklumlah, aku ni memang gila sikit main game. Satu demi satu aplikasi game aku install dan aku buang. Lebih-lebih lagi bila dah memang susah nak melepasi “LEVEL” yang seterusnya. Sampai satu tahap, aku nak masuk level 98 tu, aku kena main lebih dari 300 jam baru mencukupi “REQUIREMENT” sebelum aku boleh main level 98 tu.
Terasa macam tahi pun ada.
Baik aku tulis artikel. 300 jam tu, aku boleh dapat lebih dari 300 artikel. Dah boleh modal untuk 2-3 superblog yang boleh memberikan aku paling cikai pun RM400-RM500 sebulan untuk setiap blog.
Jadi, kepada gadis-gadis comel yang MEROYAN kat facebook dan whassap tu sebab boypren dan encik suami dok gila main game Clash of Clan sampai pergi jamban pun bawa sekali handpon tu, meh aku kongsikan 8 tips berkesan untuk memastikan suami korang berpotensi untuk tidak lagi bermain game itu dengan konsisten. Sekurang-kurangnya, dia akan berikan 50% masa yang sebelum ini diwajibkan untuk Clash of Clan itu akan kembali kepada korang.
8 Tips BERKESAN untuk Suami anda BERHENTI main Clash of Clans.
Tips Nombor 1.
Tunggu encik suami tidur. Bangun. Jalan jengkit-jenkit agar suami tidak bangun. Pergi ambil telefon pintar suami. Pergi masuk tandas sebab tandas boleh dikunci dari dalam dan tidak boleh dibuka dari luar. Andaikata encik suami terbangun tidur dan dalam sekelip mata TAHU tentang niat baik korang itu, sekurangnya korang ada 5 minit sebelum pintu itu dipecahkan oleh encik suami. Jadi, dalam masa 5 minit itu..PADAM game Clash of Clans tu dengan segera.
Masa yang diambil untuk padam game itu tak sampai 1 minit.
Jadi, ada baki 4 minit tu. Isi air banyak-banyak. Bila suami berjaya bukak pintu, simbah diorang dengan air sampai suami serender.
Setel.
Tapi pastikan level Town Hall Clash of Clans encik suami melebih level 8. Kalau level 1 dan level 2, itu sangat tidak berbaloi. Sebab nak mereka REPEAT balik dari level 0 tu..memang akan mengambil masa. Kalau aku kena buat macam itu dengan bini aku, memang aku tak main dah Clash of Clan. Cuba dulu. Mana tahu, berkesan.
Tapi awas, kalau dapat suami panas baran, bersiap sedia untuk kena lempang sekuat mungkin.
Haha.
Tips Nombor 2
Ajak encik suami pergi jalan-jalan. Pepandailah kelengtong. Nak gi shoppping ke, nak pergi beli nasi lemak ke. Janji dalam kereta atau naik motorsikal. Pastikan juga jalan yang korang bakal lalu nanti jalannya ada banyak kereta. Dan kalau suami korang jenis bawa laju, itu adalah satu kelebihan. Jadi, macam mana caranya?
Masa suami tengah drive, cakap nak pinjam henset suami kejap. Bila dah dapat, bukak tingkap. Ambil gambar selfie kat luar tingkap. Dan pura-pura buat terjatuh telefon pintar tuh. Bila dah jatuh, confirm pecah dan rosak telefon pintar tu memandangkan telefon pintar zaman sekarang bukan macam Nokia 3310. Sekali jatuh, memang menangis punya. Kalau Nokia 3310, 1 juta kali jatuh pun..korang ON semula, memang takkan barai punya handpon tuh.
Peratus kejayaan tips ini sangat tinggi jika telefon itu mahal melebihi RM1500. Lagi plak, kalau korang jatuhkan kat “HIGHWAY”, lebuhraya Duke ka, KESAS ka, LEKAS ka..ini menambah lagi peratus kejayaan untuk membuatkan encik suami patah hati.
Sebab nak patah balik dan berhenti kereta kat highway nih memang susah la. Kereta semua laju macam pelesit. Haha..
Dan kalau gaji suami korang tak banyak, memang CONFIRM diorang takkan beli telefon pintar yang mahal-mahal.
Jadi, Clash of Clan takde dah lagi dalam radar encik suami. Insha-Allah.
Amaran
Kalau suami korang jenis hati keras atau keturunan anak raja dan orang kaya-kaya atau memang seorang jutawan, tips ini langsung tidak berkesan. Aku minta maaf. Orang macam ni, hati diorang memang kering sampai kiamat. Terima hakikat dan reda sebab jadi bini diorang.
Tips Nombor 3.Β
Sama macam dua cerita diatas. Korang boleh guna trik yang sama seperti jatuh dalam lubang jamban, termasuk dalam mesin basuh, anak kasi jatuh atau ada orang curik.
Semua ini kalau korang boleh buat..potensi untuk encik suami tidak lagi main game Clash of Clans adalah sangat tinggi.
Tips Nombor 4.Β
Minta cerai.
Itu tandanya korang MEMANG super serius.
Tapi korang kena fikir betul-betul. Kalau korang tak kisah bakal takde suami, itu hak korang. Tapi kan..Clash of Clans ni HANYALAH satu permainan. Sebenarnya tak perlu nak besar-besarkan benda ni. Lebih baik suami main game dekat telefon pintar berbanding suami pergi mengorat bini orang lain.
Itu lagi NGERI, kan?
Tips ini hanya korang boleh cuba jika dalam tempoh 3 bulan korang tak dapat nafkah zahir dan batin. Kalau permainan waktu malam itu pun encik suami boleh buat SARDIN aje dengan bini walaupun bini dah mekap cun-cun dan pakai bikini..tetapi suami masih kekal menyerang kubu-kubu CLAN dalam telefon pintar tuh..jadi, terus terang sahaja dengan suami, slow talk dan berbincang.
Kalau suami masih lagi BANGANG..go on. Esok gi minta cerai dengan bayaran satu ringgit sahaja.
Sekali lagi, dengan syarat, MESTI dah 3 bulan. Jangan kurang.
Tips Nombor 5
Cara ini berkesan pada aku.
Bini aku pun bukannya marah sangat aku main game dalam telefon pintar nih. Selalunya aku guna benda ni bila dah bosan tak tahu nak buat apa. Kerja sekolah dah siap. Tengok astro pun dok ulang cerita yang sama. Dah basuh kain. Dah sidai kain. Dah kemas katil. Dah sental jamban. Dah buat air kopi sendiri. Dah susun pinggan dan mangkuk kat dapur..
Itu yang buat aku main game.
Tapi lama kelamaan, aku SENDIRI jadi bosan bila dah masuk level 9. Bila Town Hall korang dah masuk level 9..seriusnya dan percayalah bahawa korang memang SUSAH nak masuk level 10. Melainkan korang main duit. Korang beli jewel warna ungu tu banyak-banyak sampai masuk Town Hall level 10. Sebab kalau korang tak guna duit..memang sampai kiamat la korang takkan masuk level 10. Sebab orang level 9 nih, memang memanjang kena ATTACK setiap hari. Town aku aje lebih dari 3 oranng akan attack setiap hari. Biasanya, 2 menang dan 1 kalah. Maklumlah, kubu aku kuat. Clan aku pun kuat gak. So, bukan senang nak kalahkan kubu aku. Haha..
Cuma itulah itu.
Aku susah nak masuk Town Hall level 10.
Masih Town Hall level 9 sahaja. Dah 4 bulan macam ni jek.
“Nyampah titeww tauu..”
Dan sekarang, memang aku dah bosan.
Jadi, kalau suami atau boypren korang masih main game Clash of Clans nih. BIARKAN mereka. Bila dah sampai satu tahap, diorang akan bosan juga. Korang kena faham, lelaki adalah makhluk yang CEPAT BOSAN walaupun mereka tetap SETIA pada banyak benda. Jadi, biarkan diorang main game selagi suami korang tak buat benda bukan-bukan macam ambil dadah, merompak gelang tangan gadis jiran sebelah, mengorat bini bos Syarikat X ataupun mengehack mesin-mesin ATM seluruh negara.
Sekali lagi, biarkan mereka.
- Asalkan nafkah zahir dan batin terjaga.
- Asalkan mainan dan jajan anak-anak masih dibeli.
- Asalkan tudung dan baju kurung dihadiahkan pada setiap tahun.
- Asalkan dapat gelang emas dan rantai emas selang 3 tahun.
- Asalkan dalam 1-2 bulan tu ada 3-4 kali balik kampung belah isteri.
- Asalkan dalam setahun tu..suami korang ada bawa pergi jenjalan atau bawa gi resort atau hotel.
Faham tak isteri-isteri sekalian?
KESIMPULAN.
Biarkan diorang. Biarkan mereka terus bermain.
Orang lelaki ni, dia akan perasan bila bini dia tak suka satu benda. Tapi dia SAJA je buat bodo. Nak tengok bini dia “CONCERN” atau sayang tak kat mereka. Maklumlah, lelaki cuma akan bermanja dengan emak diorang atau bini diorang.
Sekali lagi, biarkan mereka.
Doakan mereka agar mereka CEPAT sampai Town Hall level 9 dan level 10.Β
Bila dah sampai tahap tu, pandai-pandailah korang pakai baju seksi malam tu.
Faham?
Lepas ni, aku dengar dan nampak lagi ada isteri-isteri dan awek-awek dok bising cerita buruk pasal suami masing-masing lagi-lagi pasal Clash of Clans, aku PAKSA korang baca dan ulang tulis semula setiap perkataan dalam artikel ini sebanyak 1000 kali.
Sekali lagi.
Mohon jaga aib suami.
Whassap dan facebook bukan tempat nak aibkan suami dan isteri sendiri.
Seburuk-buruk diorang, diorang tetap SUAMI korang.Β
Amaran: Sebarang tips ini kalau mahu buat adalah tanggungjawab sendiri. Kalau tak menjadi, jangan salahkan aku. Kalau menjadi, mohon semua suami-suami satu Malaysia jangan BENCI aku. Err..
Ps: Lagi TIGA tips, bini aku kata jangan kongsi. Terlalu MERBAHAYA.
25,220 total views, 5 views today
Hahaha…tips yang boleh difikirkan oleh si isteri-isteri yang memang tengah serabut dek suami yang leka main COC. Tapi kalau semuanya terjaga, x dak masalah. Layan jer game tu…sbb lama-lama akan jemu jugak.
nasib gua tak ada bini…
dan beruntung bakal bini gua sebab gua bukan gamers tegar…
Hahahaha…baru tau yang pendekar ni bujang lagi rupanya.
Siapalah yang bertuah nanti yer. π
nasib baik saya dah berhenti main – kedaionlinemy.com
gua memang tak main game ni..paling lama pun candy crush aritu je..hoho..
candy crush mengarut.
malas dah gua nak layan. susah gila nak habis.
candy crush pun gua dah bosan…
dulu suka main game ni…sebelum jadi gian baik stop dulu…nasib baik sempat sebelum bro titan keluarkan tips ni…haha
kejam btol bro..lu memang kejam..terhiris qalbu gua…rasa nak boom blog lu ni…walaupun gua baru TH gua level 7…lu ingat apa..gua tak sayang bini gua…hahahaha..tips ni memang kejam!!!!!
Tips kena kejam.
Baru boleh dilaksanakan dengan rakusnya.
titan nih bukan tahu belas kasihan…
dia hati kering punya orang… agagaga..
cara yang last lg berkesan dari yang atas semua trick 2…da lupa ke game ni boleh recover melalui email…xkisah jahanam telefon ke..pecah telefon..game 2 ley ade blek ikot level yang da ade ni…so pastikan game 2 link ke email…smartphone pn da murah hehe
Haha bro aku baru join clan yg kalau war je belum lagi kalah hahaha
gilalah tu… perrghhh…belum kalah lagi???
tip yang tinggi level juga untuk si isteri. Komen sikit isteri yang telah gunakan tip ini.
Bantu suami untuk sampai level 9 cepat, tak lama lepas tu, boring la dier. π
Ya.
Sila bantu mereka. hehe..
tak terfikir plak aku… haha
mungkin suami akan guna tips ini untuk isteri berhenti main candy crush… hahaha…
Mungkin jugak tu.
Haha..sila berhati-hati ye. π
Satu lagi, bagitau suami bahawa akaun COC boleh dijual, ada value. Tapi yang ni berbaloi kalau dah TH level tinggi, dan troops pun dah level tinggi. Haha
Haha..
aku tak nak jual lagi.
Target aku town hall level 10. Lepas tu..malas layan dahh. haha..
abis la kalau para suami baca tips ni bini2 depa susah dah nak buat sebab laki depa amik langkah keselamatan dari awal
Hati hati ekk..gold yang sebelah kiri tu nanti kena kebas..senang nak masuk tu…hahaha
macam main je la pulak… main la..main laaa…
gua memang tak minat main game clash of clans nih…
tak pernah install pun…
dan gua memang cepat bosan dengan games…
dan gua lebih suka melepak kat fb dan layan awek2 tayang body…
kah kah kah…
ker ini semua kerja isteri encik titan heeee…
tak reti la..nak main game dan mana ada masa lebih selain dari kerja oh kerja
opsss jangan sampai minta cerai π
k fine dah lv 9.. den bru lv 8.. jauh lagi nak kojar.haha
Gila ahh semua tips2 ni..memang tahap melampaui batas..nasib baik gua tak main game ni..
setuju sangat tu… orang lelaki ni main game macam tu temporary saja.. apa nak digaduhkan sangat?, biasanya ada banyak sebab lain lagi yang isteri tak puas hati, lalu dia cari apa-apa saja kes untuk cakap kat orang..
kalau dah taksub susah nak berhneti.. hahahaa
lagi ramai orang tulis pasal game ni, lagi membuak-buak perasaan aku nak main game ni hah a
Boleh main asalkan jangan sampai lupa diri dan lupa orang di sekeliling. Tapi saya tak layan game ni….
Game punya pasal huru hara jadinya. Hahaa
tips paling mudah.. tak payah main dooo..
Game ni memang laro….mengasyikkan tu lah colonial barat kat kita skrg utk menghancurkan generasi kepimpinan negara pada masa akan datang ni..ini amat membimbangkan…
Tak pernah aku main game, aku layan plants vs zombie je….
Nasib baiklah bukan kaki main tegar lagi. Sudah insaf. π
π π‘ terbaikla bro
Hehe tak pernah main pun game ni..tapi memang game seperti ni melaro kan…
Kalau suami yang dah kaya tu…sorok 10 kali pun takde hal..boleh pilih yang baru…org rumah baru pun boleh angkat jugak!
Nasib baik aku tak pandai main, kalau tidak habis masa aku kat hagphone iphone 5s ni. Tip yang sesuai untuk suami ni. Ada tip boleh ikut dan ada yang tak perlu ikut. ha..ha…
buang camna pun kejap je boleh restore balik akaun coc tu.
terbaik tips2.. hahaha selalu dah baca orang pompuan mengamuk dengan game ni. tu yang x berani nak install dalam phone, takut ketagih la plak. huhuhu
masalahnya aku ni baru ja start nak main, so memang x berenti kot, hehhee
Tips terbaik..isteri selalu seksi…
Huhuhu… bahaya itu… perang dunia jadinya nanti tapi nasib baik hubby Miera tak main game.. Miera jer yang main…. hahahah
Den pun dah Town Hall level 9. Tak boleh bagi bini den baca blog bro ni bahaya haha.
Kunci je pintu bilik keh keh..
Huhu..mujurlah saya tak main game ni..kalau tak, boleh suruh isteri baca artikel ni..haha
Nasib aku takde bini lagi..kalau tak mau fon aku diletak dalam peti besi. kahkah
ambe dah ketagih main game COC ni. nk cari suami minat COC jgak. same2 main.
pakwe aku siap cakap ape..ugut aku xnak nikah ngan aku kalau game ni aku buang dari akaun dia…lol πΏ
kalau delete game, ..bole download balek.. and boleh load progress…kalau sign in email… kalau buang phone… still bole main dkat kmputer… or mane2x tab… π lol π π π π π π π
Apa barang layan COC… Layan Dota 2 lagi best… π
haha gmail sentiasa berada di dlm ingatan…. delete lah bnyak kali, still leh sambung lg, bijak sungguh supercell nie….dia tahu kalau town hall 8++ ilang memang sesuatu yg gila
Dh th10 pun xreti bosan…camna?lastΒ² bini install coc gak…baru rare…
sebenarnya tips tu x berkesan lansung sebab coc menggunakan akaun.So klu uinstall atau pecahkan hp still boleh continue game tu sebab COC ni menggunakan akaun/ID.So ble login je guna ID tu dia dpt blk le game dia tu π
Bini makan hati…. tp bersabor je la.. dr main game tu kalo mengaji quran lagi bgus..
Br gado dgn laki aku sbb die mmg tekun sgt mghadap coc jadah ni..tapi utk smue tips smpi yg ke 9 tu..mmg la xberkesan..sbb aku tgk th die da up smpi 10.. Tapi yg best,aku thu die lpe password email die..doa jela hp die kna virus smpi kna uninstall game ni..mesti ble die install blik,die fadeup nk kna start dr bawah blik..aminnn.. Aminnn
Masalahnya klau main sekejab2 x pe.. main x ingat dunia .. pkul 4 pg bru tdo.. dah lah pgnya nya kje… sikap pun dah bnyak brubah… asyik bengis je.. coz x cukup tido.. geram yg amat sngat.. asyik bgaduh je skang ne sbb COC ne !!!! Gramnyaaaaaaa…. bila lah dpat hapuskan coc ne…… kdang2 rse smpai nak minta tinggalkan …ekkkkrrrrr
klo tak nak suami men coc..senang je masa dya main coc ambi garpu cucuk mata dya baru lah…nak intstall pun tak boleh dah..tp klo dah buto pun mc men coc power lah suami korang tu..haha
dota 2 la coc aku dah bosannnn hah
aku seorg wife..anak sorg blm sekolah lg.husband x main coc..tapi aku yg main..huhu…siap ada clan sendiri jadi leader pula…hohoho….ada dua id th9… satu id th8… dua id th7…. skrg dah bosan main tapi syg la clan tu..nk bg kat siapa..ada siapa2 x yg nk clan tu…
pengaruh game punya pasal, bahaya zaman sekarang ni bila addicted sangat
Suami aku gile main ps4 fifa. Acaner tu. Xkan nak humban ps4 tu dlm longkang. Mahal tu, cer bg tips sikit
Alhamdulillah dapat suami yang memang bukan suka main game, kalau kaki bangku tu tak kisah sangat..Jangan hantu game, memang satu keje pun tak jalan kalau dah menghadap game je.