Haha.
Nampak sangat dah mamat ni malas baca blog aku.
Aku dah banyak kali tulis isu Alexa Rank nih. Macam bosan pun ada.
Jadi, bila aku suruh cari dan baca sendiri..dia malas.
Dia nak TEKNIK baru.
Tak nak teknik bodoh-bodoh. Tak nak teknik yang banyak kerja.
NAK Teknik yang lagi CEPAT agar alexa rank boleh kecil angkanya dan boleh kalahkan blogger-blogger power rangers dan blogger otai diluar sana tuh. Tak kurang juga, dia siap cabar diri dia nak kalahkan Alexa Rank blog aku yang satu nih.
Fine.
Silakan mencuba.
Aku sikit pun tak heran.
…
….
“Lu ingat lu lagi terar ka dari gua?”
Haha..
Okeh. Untuk tidak mengecewakan blogger yang satu ini. Aku kongsikan juga Teknik Ultimate Super Saiyan peringkat ke 5 agar boleh bantu blogger itu dapat Alexa Rank yang cantek-cantek gak.
Teknik Ultimate Super Saiyan peringkat ke 5
–> Bina backlink.
Tak kiralah backlink tu dari blog ka, forum signiture ka, G+ ka, Pinterest ka, Facebook ka.. apa ka. Gi buat dan bina backlink. Cara paling senang untuk bina backlink adalah pergi blog orang lain dan KOMEN.
Itu sahaja.
Takda cara lain yang lebih berkesan lagi berbanding cara ini.
Aku dah guna cara ini bertahun-tahun lamanya.
Siap termenang dalam contest Juara Komen kat blog ntah sape-sape ntah. Haha..
Malahan, Alexa Rank blog ini pun masih cantek juga kalau nak dibandingkan dengan blogger popular, blogger-blogger retis, blogger makcik beg besar, blogger awek-awek bertudung comel, blogger otai dan blogger terkenal yang lain.
Bila korang dapat Alexa Rank yang cantek-cantek ini, itu tandanya trafik kat blog korang memang dah meningkat. Ramai orang datang dan baca blog korang. Tak kurang juga ada yang rajin tulis komen kat blog korang. Kalau diorang tak tulis komen pun, mungkin diorang tersuka klik pada iklan-iklan kat blog korang.
Dan tak mustahil, ada yang terBELI mana-mana produk yang korang promosikan.
SEE?
Ingat tulis komen tu aktiviti bodo-bodo kah?
Silap cara.
Korang akan dapat SALES hari-hari.
Macam aku.
Salah satu cara lain adalah tulis artikel dengan kerap diblog masing-masing. Lebih banyak artikel menarik diblog korang, akan memikat ramai orang untuk berada lama dalam blog korang. Bila diorang baca lama-lama kat blog korang, ada potensi diorang belek artikel-artikel korang yang lama-lama tu. Paling tahi pun, mesti ada artikel korang yang memang best belaka walaupun kebanyakkan mungkin memang boleh tahan gak artikel korang yang hancur belaka. Tapi pedulikan semua tu. Rajin-rajinlah tulis artikel setiap hari. Kalau korang serius, tulis 10 artikel setiap hari. Ping artikel kat facebook, facebook group dan G+ masing-masing. Kalau Alexa Rank korang tak cantek dalam tempoh SEBULAN lepas korang buat kerja gila nih..korang boleh anggap aku bagi tips sesat kat korang. Haha..
Dah.
Itu sahaja aku boleh cerita.
Nak cerita lebih-lebih. Gi baca kitab PINK aku tu. LAGI BANYAK korang boleh tahu rahsia-rahsia alam blogger yang sudah ramai kita lupakan dan sengaja buat-buat lupa.
Dapatkan disini –> Kitab Teknik SEO Merah Jambu
Aku dah tak pening dah.
Semalam aku STOP kira lembu sampai 6 ribu lapan belas.
Lepas tu aku tak hingat apa dah.
Sedar-sedar dah pukul 5 lebih pagi. Haha..
Hapepun.
Selamat tulis artikel banyak-banyak dan selamat komen banyak-banyak.
Ps: Nahh. Nak sangat teknik BARU. Tu makan dia. Cuba aje. Mana tahu, blog korang akan jadi Malaysia Best Blog 2015 nanti? Siapa tahu, kan. Cuba sahaja.
15,038 total views, 1 views today
Encik titan memang rajin mengomen.. dr dulu sampai la.. tahniah… 😆
maybe ni salah satu teknik SEO yang dia kekal kan sampai sekarang kot – kedaionlinemy.com
Susah juga nak kekalkan momentum komen mengomen ni.
fuhh, lu memang pawer bro..
setuju 100% bro…aku masa mula2 buat blog tahun lepas..dalam masa 3 bulan..dapat ranking malaysia bawah 500..hu3..rugi sapa tak cuba tips dari bro ni
Wah 3 bln ranking Malaysia bawah 500. Boleh tahan blogger lelaki.
teknik lama tetap jadi pojaan hatiku eh 😉
Ranking gua dah lama ke laut.. Esok lusa kot ke darat kalau aku tak ke laut.
Itu pun sebab hujan… bahaya turun ke laut
Hahahahaa…
Lu mmg rajin sejak gua kenai lu dari zaman forum titaniumhijau..
Sampai blog pertama gua yg terkubur inspired from lu punya blog earncentdotcom
Laptop gomen memang ada no siri lekat kat bawah skrin ke?
Datang Sini Mengomen hihihihi good tips berblog kena rajin kan3 jngan malas2 walaupun sheda memang pemalas kih3 😆
Peh.. 300+.. aku lama tak usha alexa aku.. gila malas akh nk blogwalk skrg.. haih.. balik je penat terus tido..kena cari ubat kuat nmpaknya. Hahaha
jom komen-mengomen 🙂
terima kasih En Titan dengan tips yang berguna ni…kena rajin buat artikel dan blogwalking la lepas ni….
memang teknik rajin komen si titan ni tak terikut dibuatnya..
mana2 blog pun ada je nama dia.. bela hantu raya ni
Gua pun perasan kalau rajin bikin entri ranking alexa jadi cun gak.. pasal kira lembu tu suruh la pembantu lu si maikel tu kirakan..apa daaa..
ya. komen yang banyak, entri yang banyak akan banyak membantu menurunkan alexa. 😈
Sebelum ni baca dan senyap aje, kena rajn mengomenlah lepas ni
nampaknya kena lebih rajinkan diri selepas ni 😀
Otai blogger yg rajin komen, gua respek sama lu bro…
tulis komen dekat sini sebab menyahut seruan kerajaan..err..sebab nak tengok teknik yang diperturunkan mujarab ke idak..hoho..
jadi, agak-agak..mujarab ke tidak teknik ni?
teknik komen ni memang paling senang nak buat, tak payah nak pening2 kepala 🙂
Ya.
Teknik yang bagus sebenarnya adalah teknik yang paling senang nak buat.
tapi ramai yang lupakan dan abaikan.
Aku setuju pasal blog commenting ni. Masa setup blog niche english dulu, dua benda je aku buat:
1. Blog commenting at least 15 blogs sehari.
2. Social network sharing.
Update blog tiap2 hari. Paling power penah 50k Alexa. Skg dah tak aktif blog commenting, naik sampai 80k++
Hehe..
Tau takpe.
Itu je aku buat dari dulu lagi. 😳
teruskan komen selagi mampu, buat apa yang orang lain pu buat
terima kasih sharing..yg penting rajin update blog dan buat blogwalking..itu point yg sy belajar hari ini
Kena pula komen ada reward. Lagilah laju nak komen laju-laju. 🙂
En.titan dah bangun ke? 😯 😆
mantap tips nie. walaupun agak renyah, memang kena buat selalu..
Memang takde kerja yang mudah kat dunia ni.
Semuanya kena usaha lebih banyak sikit. hehe
Encik titan…saya mmg suka baca blog encik titan dari dulu lg…tp saya hanya leh update sekali sehari je…yg benar2 berkualiti…kalau byk update takut saya ni hanya buat entry yg tak berkualiti i mean syok sendiri…so thank beri tips bernas…
Oleh sebab dah boleh buat satu artikel berkualiti..
apa kata lepas ni berlatih buat DUA artikel pulak.
Hehe..
Kah kah. Macam kata kat aku je, Alexa ranks juta juta.
Makin buruk Alexa kawe skrg ni..
Tak boleh disolekkan lagi..
Well done bro. MMg teknik jambu merah tu terbaik!
tips power dari orang yang power 🙂
Terbaik punya tips sifu…
selalu jadi silent reader jer…. bila ada pendapat baru komen… aduuhhh…. kena rajin komeng mengomeng lah pulak lepas nihh…
Ya.
Rajin-rajinlah komen kat blog ini ye. hehe 😀
Sapa cakap komen2 ni kerja bodoh..haha..
Salah satu agenda penting ni..
Dulu orang tak pandai sangat benda nih.
Tapi bila dah nampak bukti kukuh..barulah diorang start rajin komen.
termasuklah otai-otai..
aku pun duk praktikkan teknik komen banyak-banyak ni, lagi rajin aku komen lagi cun alexa rank aku la kan patutnya, betul tak
Betullah tu.
Janji kena rajin aje. hoho..
gua syak lu ada belajar magik.banyak betui la blog lu gi komen ni..hahaha
tak cukup magik macam kerajinan lu gi komen kat blog orang lain.
haha..
Wan memang kagum dengan mr Titan ni.
Kalau jadi anak murid mahal tak? Heheheh…
leh.
gi daftar kat sekolah aku.
Tapi aku ajar subjek muzik, PJ dan bahasa melayu je..
Cehhh…! Ke situ pulak peginya…hahaha. It’s ok la yer. 😆 😆 😆
Dah lama tak blogwalking. Ni nak mula balik secara serius. 🙂 🙂
Ya.
Sila serius dengan betul-betul serius ye. hehe
moga dengan komen di artikal ini dapat menaikkan rank alexa blog busuk aku
mudah-mudahan begitulah hendaknya ye.
hehe..
Memang betollah apa yang ditulis 😀
pawer la tip yang bro kongsikan tu…cuma mana nak cari masa ??
Komen mengomen ni perkara asas bagi seorang blogger. Blogger yang tak mahu dikomen dan tak suka mengomen…mahu dipanggil blogger apa?
Dgn seriusnya aku baca. Kemudian dari itu.. Takder pun teknik baru.. Suka komen byk2 memang best… Komen jgn tak komen. Tulis artikel byk2 kena sediakan draft idea dan kemudian mulakan menulis dgn rakusnya.. Hehee..
Syabas bro…penulisan yang mantap dan berhak mendapat ranking terbaik bro..
😐 alexa ranking tak penting sebab ada web yang takda ranking pun tapi bila search dia lagi depan dari yg ada ranking
😐 web saya takde ranking pun tapi ada keyword yang saya boleh potong otai otai yang ada ranking..yg penting teknik seo
Teknik penulisan yang mesra SEO…takde buka kelas ke bro??
AA start follow en.totan bila nampak en.titan selalu komen kt blog2 lain.antara lain yg rajin,suri,akubiomed,sabreehussin,sally yati.
Waaahhh…beratus sahaja… Miera punya Alexa 8000 + lagi… tapi better then last two weeks.. 12 k….. heheheh
alexa pun ada analisis seo jugak kan?
kene banyak lagi komen kat blog orang ni. hehehe alexa ranking macam segan. tq sifu. 🙂
Saya punya duk still 300,000 (global), skjp naik skjp turun. Tak mahu terus mengecil . Nak blogwalking tak sesuai pulak buat masa loni duk sibuk perkara lain. ho…ho…
gua dah syak cara lu ni berjaya menhasilkan buah yang ranum..
nak komen kat sini jugak la, nak merasa jus backlink
Nak komen banyak2 juga untuk naikkan ranking blog..tengah istiqamah ni..hihi
Kena istiqamah tulis artikel dengan komen la lepas ni. Chaiyo.
Huhu..terima kasih kongsikan..memang betul la apa yang dikata ni..hehe
terima kasih atas informasinya…memang nak top 1000 juga..syok2 sendiri dengan alexa ni
alexa ranking ambe pon da ke laut.
nak stabil kan balik
Owh, bgitu. Ini yang makin buat aku rajin mengomen ni. hehe… Ingatkan nak beat top commenter sj.
terima kasih diatas panduan ini. moga dapat membantu.