Hari ini hari cuti.
Jadi, aku rajin sikit nengok sikit kat website Alexa rank nih.
Maklumlah, ada banyak gak benda berfaedah boleh aku belajar dari website-website yang RANKnya agak hebat juga di website Alexa ni. Sekurang-kurangnya, aku tahu mana website yang banyak trafiknya.
Ini senarai Top Blog Alexa Rank Malaysia pada bulan November 2014.
Daripada 500 website, portal, forum dan blog yang ada dalam senarai itu, aku kecilkan skopnya dan cuma pilih “TOP BLOG” sahaja. Blog yang aku rasa memang macam blog walaupun ada yang macam blog berita, blog informasi dan blog hiburan sahaja.
Kalau ada yang terlepas pandang, nasib la. Haha..
18 Top blog Alexa Rank Malaysia – November 2014 (500)
- Paultan.org – 84
- Beautifulnara.com – 95
- Hasrulhassan.com – 152
- Denaihati.com – 164
- Rotikaya.com – 194
- Amanz.my – 230
- Siakapkeli.com – 253
- Ohbulan.com – 254
- Mynewshub.cc
- TheVocket.com – 295
- Mialiana.com – 301
- Beritasemasa.com.my – 320
- Mysumber.com -361
- Iniblogberita.blogspot.com – 370
- Ahmadfaizal.com – 375
- Rossacalla.blogspot.com – 391
- Blogserius.blogspot.com – 441
- Soyacincau.com – 447
Kalau ikutkan, patut aku tak HARUS masukkan blog berita atau blog yang ada “COPY-PASTA” dalam senarai ini.
Tapi tak apa, sekurangnya korang dah tahu BLOG mana yang rajin buat benda itu.
Sama ada diorang kopi dari blog lain, kopi dari artikel di surat khabar online atau dari mana-mana sumber yang diorang ambil, apa yang aku nak belajar adalah bagaimana diorang manipulasikan “CONTENT” dalam blog diorang agar dapat Alexa Rank Malaysia yang mengagumkan itu.
Benda baik, kita ikut dan belajar sesuatu.
Benda jahat tu, kita abaikan dan terajang jauh-jauh.
Faham, kan?
Kalau dok perhati, yang betul-betul blog personal dari 18 blog kat atas tu, berapa kerat aje blog personal, kan?
Perkembangan semasa Alexa Rank blog Ahmadfaizal.com
Cuba korang bandingkan 2 gambar ini.
Satu aku ambil pada bulan Januari 2014 dan satu lagi adalah pada hari ini, 1 November 2014. Ada perbezaan yang ketara tak?
Ingat senang ke nak maintain macam ni?
Haha..
KESIMPULAN.
Alexa rank ni, tinggi atau tidak, aku sebenarnya tak kesah sangat.
Sebab tak ada efek sangat dalam prestasi aku selama ini.
Cuma bila aku buat artikel macam ini, lebih kepada untuk tengok prestasi semasa dalam setiap tahun.
Dan aku suka tengok nombor-nombor macam ini.
Umpama bagi aku SEMANGAT untuk terus menulis blog walaupun hakikatnya memang aku rasa macam dah nak berhenti sahaja dari tulis blog. Semacam sudah bosan sahaja rasanya.
Feel tu macam dah tak manis macam dulu.
Entah la.
Itu pasal, tengok nombor-nombor macam ni boleh mengurangkan kebosanan aku itu.
Dah.
Jom tengok final bola malam ni sambil makan kek tiraimisu.
Kita tengok siapa yang KENA malam ini.
13,294 total views, 2 views today
Mantap giler kentang blog cikgu Titan ni 😆
baru tahu ker? bukan dah lama ker – kedaionlinemy.com
ada dalam senarai jugak blog ahmadfaizal.com ni haha
beberapa blog personal je yang berada dalam top 18. kira power tu. .. tgk tiramitsu naik lapo plak.
HH dan potong DH rupanya…abis tu mana blog aku
saya lebih tertarik dengan kek tiramisu tu lagi drp senarai yg bro buat tu wahahahaha… :”)
Kena kerap2 tengok rank alexa la kalau gitu..boleh menaik kan semangat nak berblog..kan??
Aku kadang2 tak reti gak nak maintain alexa ni. So biar je mana dia nak duduk. hehehe
mantap betul rank hang ni titan, aku hari tu dapat 550, tp ni dah jauh jadi 1000 plak, yang blog copy pasta tu rasanya x perlu kot…
Blog kopipes boleh campak jauh jauh hahaha aku punya ranking berjuta – juta hahahaha
alexa blog aku ke laut. Biorlah.. bukan pentng sangat untuk waktu sekarang.
Sekarang ini blog semakin tambah angka. 🙂
alexa rank blog saya pun dh kelaut juga huhu.. btw hebat rank blog tuan titan..
Tahniah Pahang….memang juara bertahan sungguh…tinggal 10 orang steady je blh sumbat 1 gol lagi…
Hehe terasa jgk tu ayat Tuan Titan…yang penting buat baik kat masyarakat dgn cara betul ye…yang jahat tu, kita terajang jauh2 ye..
Semoga tuan terus menulis dan menjadi inspirasi kepada kami new blogger ni…
Cara penulisan tuan bersahaja dan ikhlas…antara faktor saya sentiasa datang sini…terima kasih tuan..
Memang susah nak maintain. Naik naik senang jadi top. Nak turun jadi tak berapa nak top lagilah senang.
Nombor aku pun suka, tapi aku tak main nombor ekor …haram tu.
Mana entah pergi rank blog aku.. Rank juto2 ado laa.. Entah ke laut china selatan agaknya blog aku. Hahaaa..
itu dia senarai blog yang hebat belaka. belajar dari mereka semua
Kita ikut apa yang baik & bersaing secara sihat
Wow. blog2 legend tu
Blog copy pasta pun tinggi rank juga..respect pada blog personal yang tinggi rank nya tu..
Kalau rajin dan berusaha keras tak mustahil boleh belah uncle Paul Tan…tapi tak leh lawan Bahasa Inggerisnye…
Tuan Titan nampak santai2 je dan maintain walau sekali sekala menulis…ada petua ke selain SEO?
Blogserius..blogspot je dan nampak flat…tapi pics gallery nye adalah yang terbaik dan unik..
Tak silap saya yang jahil ni..utk laman web paling popular dari Malaysia, Maybank masih menjadi web no.1 negara diikuti dengan sinar harian, harakah dan lain2…
skang ni malas plak aku nak tengok Alexa..aku duk tengk keywords + sales masuk je..ehehe
betul, senang nak turun berbanding nak naik 🙂
alexan ni cuma nak ukur visior je. takde kene mengena dgn serp.
boleh je nak abaikan. 😆
nak turunkan angka itu susah. tetapi nak besarkannya senng je..
Masih berusaha nak kecilkan angka alexa ni. Sampai satu tahap nak menten dan fokus dengan yang lain pula. Bolehlah lepak2 kat blog 18 top alexa ni nanti…
Tahniah bro…, moga terus naik lagi. Cukup menarik untuk dikupaskan.
Berapa banyak stok kek tiramisu hang simpan nih … macam banyak je
Laaa kenapa tak senaraikan blog Pondok Kecil…tak ingat yer??? 😈
oh nak kena tengok balik ranking alexa aku nih
power tul ranking blog. kalau tengok sendiri punye ranking, sedih je.. huhuhu
dlm senarai tu ade je blog yg copy pasta dr blog2/website oversea kan?
Diorang rajin update satu hal, pastu kt SE selalu 1st page mcm HH. TheVocket baru lancar ja tp laju naik mcm roket. Hebat2 semuanya.
ada skill dan modal, semua boleh jadi maa..
Banyak yg jujur tapi lebih ramai yang bijaksana nampaknya..hehe
aku suke brother ckp tak effect prestasi hehehe
tak ingat dah tentang ranking alexa bila tengok kek tiramisu tu..hehe
respect pada blog personal yang tinggi rank-nya tu.. 😉
Siakapkeli tu dah dijual murah-murah je. Tak sampai RM100k dia jual
dijual pada RM100k? 😯 biar betul… ❗
nak dapatkan rank rendah alexa mmg mudah. nak kekalkan tu yang payah 😀
tabik kepada top 18 ni …mantap belaka blog mereka ini
Tahniah kpd tuan blog ni sbb senaraikan laman web atau blog ranking terbaik di msia
Setelah dilayari, saya mendapati ada beberapa blog pastu dianggap sampah database google..sbb copy paste dri sumber akhbar on9
Saya yakin ranking blog tersebut ni x kan kekal baik. Blog yg saya anggap sampah database google adalah
1. Rossacalla
2. Siakap keli
3. Ini blogberita
Blog informasi yg disenaraikn mmg menarik. Mrk menulis ala2 kewartawanan tema website ringkas padat dgn bahan bacaan memanfaat
Loading site laju..
Mungkin faktor ini blog mrk menjadi pilihan utk brada dirank terbaik serp
Kalau mereka buat olahan berkaitan berita tuer,mesti lagi menarik.Ada nilai yang diletakkan dalam portal berita mereka.
tahniah la cekgu…
wow!hebat tu… Chauyalh Sifu!
Typo lg bw dr fon ni… *Chayyalah
kek tiramitsu kini febret sifu selain cendol banting
untung jdi top blogger… hahah…
🙄 hai…jom jejaki blog saya
saya nak jadi hebat juga…kih…kih…moga dipermudahkan….
tengah google rank alexa blog malaysia..dan terhumban ke pos ini..hehe..memang hebat senarai2 blog dia atas ni.