Ok.
Sekarang sudah seminggu Ramadhan berlalu. Dan hari ini genap 8 hari sudah kita memasuki bulan Syawal. Pada ketika ini berat badan kita mungkin akan mengalami kenaikkan. Tak banyak mungkin 1kg hingga 3 kg sahaja. Paling teruk pun, 5kg mesti dah naik, kan?
Makcik-makcik dan anak dara sekalian, tak payah la nak tipu. Asal lepas raya, nyorok kat rumah. Ingat orang lain tak tahu ke badan anda dah gemuk tu? Haa..bila dah gemuk, dah besar sana-sini..tahu plak malu rupanya..
Camana boleh naik? Kenaikkan berat badan tersebut adalah disebabkan pertambahan kandungan bendalir dalam badan dan juga pertumbuhan lemak.
Jangan risau. Ini adalah keadaan yang normal bagi rakyat jelata di Malaysia. Tak kiralah selepas puasa, selepas raya dan bila-bila masa sahaja. Nak buat macam mana, negara kita ni penuh dengan orang yang obes sana-sini..
TAPI..
Jika korang tak ambil langkah yang segera..5kg tadi akan kekal bermastautin dan berpotensi untuk meningkatkan lagi jumlah berat badan anda jika tidak dikawal dengan segera.
–>> Dapatkan nasihat dari Saudara Hafiz Wasa disini! (Sila klik link ini)
Faktor utama pertambahan lemak dalam badan?
Antara faktor berlakunya pertambahan lemak adalah disebabkan pengambilan gula ringkas yang banyak ketika musim perayaan. Antara gula ringkas yang menyumbang kepada pertambahan lemak adalah air bikarbonat dan juga kuih raya. Tidak lupa juga makakan feveret sepanjang zaman seperti rendang, ketupat, dodol, wajik dan nasi impit.
Menurut pemerhatian aku, setiap rumah yang aku pergi beraya sejak aku darjah 6 dulu pasti ada yang menghidangkan air bikarbonat atau lebih femes yang dikenali sebagai air gas.
Tahukah korang semua bahawa satu hidangan air ‘gas’ mempunyai kandungan sebanyak 9 sudu besar gula!
Selain dari air gas, kuih raya juga menyumbang kepada pertambahan kalori dalam diri korang. Sejenis kuih raya seperti almond london, kuih makmur, kuih sampan atau sarang semut mempunyai nilai kalori lebih kurang 80kcal hingga 100kcal. Itu bergantung kepada saiz, lagi besar lagi tinggi kalori.
Cuba bayangkan 10 biji almond london korang makan bagi setiap rumah anda beraya. Kalau hari itu korang belasah gi beraya 4 buah rumah, ini bermakna 40 almond london korang telan dengan rakusnya. Jadi pada hari tersebut kalori daripada kuih raya sahaja mencecah 3200kcal! Korang rasa jumlah tu sikit ke banyak?
Banyak!
Itu belum termasuk kalori daripada air, nasi, rendang, ketupat, satay dan kek!
Disebabkan itulah berat badan korang boleh naik mendedak sepanjang musim perayaan ini. Tak hairanlah lebih ramai anak gadis dan makcik-makcik malas dah nak pergi rumah terbuka selepas itu. Maklumlah, baju dah ketat..badan dari jauh dah boleh nampak..pipi dan peha dan tembam sana-sini..
Malu, kan?
Jadi, bagaimana nak mengatasi masalah berat badan ini?
Makan kurang dari keperluan kalori seharian dan yang kedua bersenam..bersenam dan bersenam…Itu sahaja langkahnya. Ia
tidak memerlukan spray, pil, jus pelansing dan segala bagai yang langsung tidak berkesan. Ini semua mengarut.
Jika korang ada mendapatkan ebook bakar lemak pantas ini (Klik sini), korang boleh laksanakan program penurunan berat badan anda sendiri seperti yang diterangkan dalam ebook berkenaan.
Baiklah. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa korang untuk membaca tip ringkas yang telah diubahsuai dari aku dengan gembiranya. Haha..
Ps: Semoga terhibur.
5,710 total views, 1 views today
tak sabar nak balik KL bakar lemak.. duk ganu menternak lemak je koje
jom baca : Modem Streamyx Rosak
antara yang sedang galak ternak lemak ialah aku
abang ipar aku pulak rajin benar memasak
kacau ni
aku pun nak kurus ni,,, ada tips lagi mudah nak kurus???
nasik berat sikit-sikit ok la. jom ramai-ramai kita pi bersenam…
Esok ada 1 kenduri..3 open house..makin tough aku lepas ni..hahaha
terima kasih perkongsian ini. Betul tu,bahaya semua makan makanan ini jika kita tak pandai nak kawalnye.
nak kena bakar lemak balik nih. hehehehe..
nak kena bakar lemak balik nih. hehehehe..
MJ pun dalam proses nak ‘bakar lemak’ ni..
Bukan raya je naik, dah laaaama naik lepas kawen..hahaaa
Rakyat Malaysia paling top obes yer di Asean…huhu
alasan biasa, alaa raya kan staun sekali..so kalau gemuk pun staun sekali aje haha
titan pun kena bakar lemak gak 😆
Hehe..cantik aje gambar mak cik yang obes tu..emm memang naik gak berat badan lepas raya ni..emm