Ya.
Beberapa minggu lepas, aku ada kongsikan 7 jenis powerbank yang “murah” harganya.
Dan diantara 7 jenis powerbank tersebut ada satu powerbank yang boleh kita caj dengan menggunakan cahaya matahari untuk mendapatkan tenaga solar. Dan powerbank itu mempunyai fungsi untuk menukarkan tenaga solar itu kepada tenaga elektrik untuk disimpan dalam powerbank tersebut.
Pendek kata, powerbank jenis solar ini ada TIGA cara untuk dicaj.ย
Cara pertama adalah cara biasa iaitu kita cucuk kat plug kat dinding tu atau cucuk la kat mana-mana tempat yang boleh dicucuk. Cara ini adalah cara paling bagus sebab kita boleh caj sekejap aje dah boleh penuh.
Cara kedua, kita gunakan pencucuk USB tu. Kita cucuk kepala USB tu kat laptop atau netbook kita. Cara yang ini boleh digunakan jika laptop korang ada tenaga elektrik yang banyak. Maksudnya, korang dah caj. Jadi, pastikan bateri laptop korang ada power untuk paling buruk pun 4-5 jam. Kalau kurang dari tu pun boleh. Tak ada hal cuma bateri laptop korang akan berkurang dengan sungguh cepat.
Cara ketiga adalah caj melalui cahaya matahari. Cara ini mungkin paling lambat untuk memastikan powerbank tenaga solar korang tu FULL dengan cepat. Mungkin ambil masa lebih lama berbanding cara pertama dan kedua. Tapi, lebih baik dari tak ada. Contohnya kalau korang pergi hutan dan sah-sah kat hutang takde tempat nak cucuk elektrik. Jadi, pergi tempat yang ada cahaya dan halakan solar panel yang ada kat powerbank itu ke arah cahaya matahari. Jadi..powerbank korang akan boleh dicaj dengan penuh kasih sayang.
So..kalau korang jenis suka naik gunung, panjat bukit, mengembara kat hutan, pergi memancing atau menjala di laut Cina Selatan, aku kuat mencadangkan korang ada SATU powerbank tenaga solar ni. Sekurang-kurangnya, kalau tetiba smartphone korang kehabisan bateri dan dalam masa yang sama powerbank korang pun tiba-tiba dengan sengajanya habis juga powernya..inilah masanya korang gunakan kelebihan powerbank solar bank yang korang miliki itu.
So, ini nama powerbank itu –ย 30000Mah Solar Dual Usb Led Light Lithium Polymer Battery Power Bank Silver
Meh, aku tunjuk bukti sikit..
Haa. Boleh replay video dibawah beribu-ribu kali kalau tak percaya.
Aku kalau nak share benda bagus, aku mesti cuba dulu. Baru berani nak promosi kat korang. Jadi, kalau korang dah ada powerbank yang lebih bagus dari ini, guna aje powerbank tu. Tapi kalau korang tak ada atau korang ada ciri-ciri yang aku sebutkan diatas, bolehlah angkat satu sebab hargnya cukup murah. Hoho..
Harganya cuma RM109.
Harga asal tiga ratus lebih kalau tak silap aku. Sebab Lazada bagi diskaun, so harganya pergi jatuh ke situ. Macam biasalah, taktikal Lazada. Dia offer dulu harga murah..bila produk dah popular, ramai yang dah beli..masa tu dia akan naik harga sikit-sikit. Masa itu dia kaut balik keuntungan kaw-kaw. Taktik yang dah biasa macam Amazon dan para penjual diluar sana buat dulu. Sama gak taktik macam KFC jual “Deli Burger” dengan harga SATU RINGGIT dulu. Bila dah dok hari-hari orang beli Deli Burger tu hari-hari sampai 20 bijik sehari..tiba-tiba dia naikkan hargaย dan diberi nama baru sebagai Colonel Burger. So..berapa harga colonel burger KFC? Memang bukan singgit dahh..
Hehe..
Jadi, sementara harganya masih murah. Baik angkat sekarang.
Boleh pergi beli sekarang kat sini
–> POwerbank Tenaga SOlar Silver (ini untuk yang 20000 Mah) – RM89
–> Powerbank Tenaga Solar Silver (ini untuk yang 30000 Mah) – RM109
** Andai kata tak jumpa, lepas korang masuk website Lazada tu, korang search “powerbank solar”. In-sha Allah jumpa powerbank murah tu.
Ps: Kalau tak silap aku, ada DUA warna bagi yang 30k Mah. Silver dan hitam. Yang 20k Mah tu..macam-macam warna ada. Hoho..
19,773 total views, 1 views today
Aku mcm tak caya pulak ada powerbank jenis macam ni..haha
Aku pun tak percaya.
Bila dah cuba sendiri. Baru ternganga gak dibuatnya. Haha..
Lagi senang kan bila ada macam ni. ๐
wujud rupanya powerbank macam ni…harga pun boleh tahan murah kat Lazada tu…
dah lama wujud produk macam ni.
Cuma kita aje yang tak tahu. haha
Bagus ni. Bagi yang selalu ada aktiviti luar rumah boleh beli ni. Taklah bini marah nanti kalau tak dapat call.. asyik2 alasan ‘low bat’..he..he..he..
kalau macam tu..kena mintak puan isteri belikan satu la. haha
part ni aku suka
minta puan isteri belikan untuk kita
Bagi yang selalu travel.. elok beli satu utk backup bateri handset.
Yap.
Kena ada satu la kot.
Betul tu. Kena ada stanby beteri kan..
Teringatkan rakan hostel pernah beli walkman dikuasakan dengan solar 18 tahun yang lalu. Selalu jemur walkman untuk mendapat caj penuh.
pehh..
walkman pun dah ada dah ke dulu? baru aku tahu nih..
Maju dah sekarang powerbank pun siap guna tenaga solar.
teknologi.
memang laju sekali. haha
kalau ada kuasa solar..jimat sikit guna elektrik di rumah
betul.
sekurangnya..bil elektrik takdelah tinggi sangat.
Rumah aku ni je..dah ada 6 powerbank. Hari-hari dok mengecas.. ๐
Terbaik la bro. Tq sangat2 bagi review power bank solar ni. Nampak macam amat berguna untuk kitorang yang selalu dalam kereta ni.. boleh jimat duit letrik sikit. Hehehe
Uih, makin canggih teknologi sekarang nih. Tak perlu risau kalau tak jumpa soket elektrik, tapi risau kalau cuaca hujan memanjang. ๐
Kawe punya power ban seminggu jer dah rosak… Hampehhh…
mesti dapat free kan?
memang best ni.. tapi modal tak cukup pulak..
bagus kalau ada guna solar ni..
letak je kat serambi.. kasi caj itu powerbank.. kurang guna letrik kat umah ni
30,000mAH, 10~15 kali boleh cas hp(berbateri kapasiti 2,000~3000mAH) secara teorinya. murah sangat harganya tu.
Semakin hebat teknologi sekarang…
kak yati nak letak bloh ni dalam my blog list. harap maklum..tq
hii… blog yang banyak info. Jemput ke blog saya. http://vitaminsno1.blogspot.com/ jgn lupa follow saya k!!!im follow yo
aku nak cari powerbank yang bleh caj laptop..haha
kenapa saya baru tahu? kumpul duit gigih nak pergi beli pasni.
tapi powerbank macam ni sesuai utk mereka yg gemar camping,travel. ๐
Lerr..
ingatkan dah tahu lama dah. Tak tahu rupanya..
peniaga powerbank lagi kaya dari peniaga handphone le kalau macamni punya gaya
Haha..
Biasalah tu. Takkan la tak faham-faham lagi.
memang ada & xmustahil..
sem lepas pun ada student fizik buat projek charge powerbank dari sumber solar…
Wah.
Mesti hensem kan student tu. ๐
manyak murah.. Boleh cari satu ni
Kena dapatkan satu ni. Untung dapat macam ni.. ๐
Sungguh menarik powerbank ini, sangat sesuai untuk yang suka mengembara.
boleh tahan ke ??
kalau berfungi memang bagus power bank ni..
Setakat ini boleh tahan dan masih berfungsi dengan hensem sekali.
Hoho.
zaman teknologi…pakai solar dari matahari jer dah boleh cas..
Menarik jugak power bank ni. Baru saya tau ada powerbank yang berkuasa solar sebab tak pernah lagi pakai powerbank. Hehe
Takpe.
Dah ada smartphone nanti, leh la angkat satu powerbank. Gandingan terbaik tu. Haha
Penggunaan power bank tenaga solar boleh menyelamatkan bumi. Gunakan tenaga boleh baharu….
Ya.
Gua memang suka benda-benda sustainable macam nih. Haha
Dah macam2 jenis…
Tapi bila ada guna solar nie.. macam menarik plak…
Sebab unik dan menarik la aku gi angkat satu.
Masih ok sampai ke hari ini. Hoho
oh bagus juga power bank macam ini , kalau kerja dekat ladang nenas senang nak cas hehehe
Haa..
Seswai la tu untuk ko. Haha
memang ada… cuma belum beli lagi..hehe
Ohh menarik i..tapi macam biasalah..belum ada keperluan lagi ha..hehe
Ya. Sila beli bila ada keperluan sahaja. HOho
Dah banyak kali terkena dgn powerbank ni pkai kejap dah kiok pon ada, last2 jadi tukun dalam kotak hehe
Kena pandai jaga maa.
Bukan guna sebarang aje. Hehe
perghh! pakai solar tu…
yg powerbank di kalau beli kat lazada tu ada warraty x?
hope dpt reply hehhe
Nak beli kat mana eria sp kedah ni coll sy 0125100623
knp video xblh nk mainkan
Hermm bagus jugak powerbank nih sekarang nih musim panas memanjang jadi boleh lah jemur kan power bank ni