Ya.
Bila aku baca senarai biasiswa dan pinjaman pelajaran Malaysia kat satu website ni, aku agak terkejut.
Sebab selama ini aku memang tidak tahu bahawa ada BANYAK rupanya organisasi yang menawarkan biasiswa dan pinjaman pelajaran bagi pelajar-pelajar yang berada di Malaysia.
Selama ini, aku cuma tahu biasiswa JPA, biasiswa KPM, pinjaman MARA dan pinjaman PTPTN. Aku cukup kenal dengan pinjaman PTPTN sebab aku adalah seorang yang meminjamnya untuk tempoh 4 tahun ketika berada di UMS dulu. Dan kini, aku bersyukur kerana dah habis membayar semnua hutang PTPTN dalam tempoh tak sampai 4 tahun.
Jadi..
mahukah korang mengetahui tentang 88 Senarai Biasiswa 2014 dan Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014 tersebut? Dan informasi tentang tajaan biasiswa dan pinjaman tersebut? Apa yang diperlukan dan apa yang kena tahu sebelum korang memohon biasiswa dan pinjaman tersebut?
- 4 pembahagian biasiswa untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda iaitu biasiswa awam, swasta, bank dan biasiswa negeri. Satu pembahagian biasiswa untuk peringkat diploma & lepasan SPM. Manakala senarai biasiswa untuk peringkat Sarjana dan PhD pula sedang disiapkan.
- Informasi tentang 57 jenis tajaan biasiswa dan pinjaman yang berulang setiap tahun untuk peringkat ijazah sarjana muda. Manakala 31 jenis tajaan biasiswa/pinjaman untuk peringkat lepasan SPM, Pra-Universiti dan Diploma.
- Ramalan tarikh permohonan biasiswa dibuka atau ditutup untuk setiap tawaran biasiswa.(Menjawab persoalan “bilakah permohonan biasiswa JPA, MARA atau Biasiswa Petronas 2013 dibuka?”)
- Beberapa contoh surat permohonan yang boleh digunakan ketika hendak memohon sesebuah biasiswa.
- Contoh-contoh soalan popular tetapi sangat ‘berbahaya’ yang sering kali ditanya di dalam temuduga biasiswa.
- Tip-tip menghadiri temuduga biasiswa yang semestinya sengit seperti temuduga mencari kerja.
Manalah tahu ada antara korang yang sangat memerlukannya termasuklah untuk..
- sambung study peringkat master dan PHD
- baru nak masuk belajar kat kolej atau universiti
- ada adik korang dapat sambung ke universiti tapi takde duit nak buat belanja tapi tak tahu nak cari kat mana..itu belum lagi bab nak bayar yuran..
- nak sambung study tapi tak nak guna loan. Jadi..nak gak cari biasiswa..
- nak buat belanja kahwin? Haa..yang ni memang tak boleh la ekk..
- dan sebagaiya..
Ya. Masih ada banyak lagi biasiswa dan pinjaman pelajaran yang korang tidak ketahuinya.
Baca terus kat sini –> 88 Senarai Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Malaysia 2015
Nasihat aku, kalau dapat nanti biasiswa, jangan dok JOLI beli smartphone mahal-mahal, beli laptop cangih-canggih dan belanja awek tiap-tiap hari. Agak-agak la sikit. Belanja mana yang perlu aje. Nak makan pun, jangan makan mahal-mahal. Nak makan KFC pun..seminggu tu biarlah ada 1 kali. Takdelah keempunan sangat.
Dan kalau dapat pinjaman atau student loan tu, jangan gak buat benda yang sama. Lepas tu, marah kerajaan dan buat demo sebab kena bayar balik pinjaman. Dah nama pun pinjaman, sudah tentuk kena BAYAR balik. Sebab itu, belajar betul-betul. Score exam dan buat yang terbaik. Dengan harapan bila dah habis belajar nanti ada peluang nak dapat kerja yang bagus dan gaji yang tinggi. Masa itu, bolehlah bayar balik pinjaman dengan penuh kasih sayang, .
10,987 total views, 1 views today
MashaAllah banyaknya. Mcm tu nak sambung belajar lagi lahhh
Haha..
hang nak sambung. Gi sambung. Hoho..
Zaman saya tidak banyak bantuan pinjaman atau biasiswa. Hanya yang terbaik sahaja mendapat peluang dari penaja.
Yap.
Zaman sekarang, memang yang terbaik sahaja yang dapat. Tapi mereka yang bijak dan pandai mencari peluang juga boleh juga dapat jika kena caranya. hoho
Samalah..saya pun cukup kenal PTPTN jer..haha..terima kasih atas perkongsian ni..
Hoho..
takkanlah tak kenal. Pakcik paling baik di Malaysia tu.
Sangat setuju dengan statement terakhir bro..
Kalau dah tau buat study loan, pandai2la bayar.. jangan la nk lebih2 kata pung pang tapi hakikatnya nk lari dr bayar hutang. Huhuhu
Tp PTPTN punya caj mmg tinggi.
PTPTN caj rendah sebenarnya.
Cuma..kita kena struggle lah nak bayar kalau serius nak meminjam.
Memang banyak, cuma tahu atau tak, nak apply atau tak.
Fasa mencari biasiswa level seterusnya
Tak pernah lagi pakai pinjaman. Takut. T___T Alhamdulillah, baru-baru ni dapat biasiswa mybrainsc. Tinggal nak hantar transkrip matrik dengan keputusan IPT mana yang dapat. Moga dipermudahkan.
Dulu tak pandai nak survey2 biasiswa, amik PTPTN je jawabnya~
perkongsian yang menarik..sebelum ni tak pernah taw pon sal pinjaman ni..
Semoga semua yang memperoleh biasiswa sukses dalam pelajaran masing-masing. Tq En. Titan atas perkongsian. 🙂
saya tak nak biasiswa, saya nak belajar dengan cik titan je, free kan.. 👿 👿