HAha..
Untuk hantar link download kitab pink khas Firesale Amal Bah14 tu..
Aku guna DUA cara untuk reply email tu pada korang.
- Guna akaun gmail aku.
- Guna akaun Getresponse.
Selalu, akaun gmail tu boleh hantar lebih 100 kali sehari.
Manakala akaun Getresponse pula cuma 50 email sahaja sehari memandangkan itu sahaja maksimum yang aku boleh add email secara manual. Bila aku hanatr sekali beratus, kena rejek. Banyak kali. Sebab aku dah malas nak adjust apa yang patut, jadi 50 orang sahajalah yang dapat aku hantar.
Tapi kekadang, mungkin korang yang beli tu akan dapat DUA kali link download. Satu dari Gmail dan satu lagi dari akaun Getresponse aku sebab kekadang dah tercampur aduk. Aku malas nak check satu-satu. Jadi, hadap ajelah. Janji korang boleh download.
So, mungkin aku akan setup lagi satu email dari Yahoo atau Gmail untuk khas hantar benda ni sebab setiap hari ada sahaja email baru dari RK. Aku tak tahu sampai bila nak habis sebab memang boleh tahan ramai gak yang mendapatkan produk Firesale nih.
Serius aku tipu kalau aku tak penat nak buat semua ni.
Tapi dah itu janji aku, aku layankan aje.
Jadi, kalau lambat atau lambat sangat nak tunggu dapat email tu, aku cuma mampu berharap korang sabar sahajalah ye. Jangan risau, in-sha Allah semua dapat kalau aku tak terlepas pandang.
Dan akibatnya..
Akaun Gmail aku kena sontot dek Google. Ingat emas ETA kena sontot aje ke?
Haha..
Satu hari kena tunggu akaun aku kena bukak balik.
La ni, baru la boleh masuk semula dan kena hantar secara berkala pula.
Tak boleh banyak sangat. Nanti kena sontot lagi.
Dah satu hal menyusahkan aku.
Haha..
Apapun..
Terima kasih kerana mendapatkan produk-produk tu semua.
Dan yang terlepas, masih juga boleh dapatkan kitab PINK aku tu kat link bawah ini.
Kena beli.
Aku tak bagi percuma.
Harga pun tak sama macam harga Firesale.
Harga kembali ke harga asal.
Itu sahaja yang aku mampu buat untuk bantu mangsa banjir kat Kelantan dan negeri yang lain.
Walaupun mungkin tak banyak, harap ini dapat membantu serba-sedikit.
Boleh beli kat sini –> Beli kitab PINK disini
Harap maklum.
11,590 total views, 1 views today
bukak je la akaun gmail baru..haha
ya . patut buka le 5 – 6 akaun. baru mudah kerja.
klau bukak bnyak,, lg bnyk kne verify guna phone – kedaionlinemy.com
dah bukak dah derr..
Terima kasih En Titan, Dapat juga Saya dapatkan secara menderma sambil Dapat kitab merah jambu yg banyak org tergila-gilakan nya. Terima kasih…. sama-sama kita bantu-membantu terhadap mangsa2 banjir.
memang dahsyat sehingga email google pun kena sontot.
hahahah lain mcm jer ayat kamu ni hahah – kedaionlinemy.com
kalau hantar emel banyak2 memang jadi sontot. huhu sabo jelah. esok boleh buat kerja.
Perghh terus locked tu.. Ganas bro!
Cuba try guna mailchimp free.. Import email pembeli yg byk2 tu dan terus broadcast.. Setel keje.. Pembeli takyah confirmkan email rasanya.. 😉
Bukan sebarang leh blast.
Satu akaun mailchimp aku dah kena beku.
Sengsara tu.
Haha..
hm makin ramai anak murid ni. dah kena buat clan ni. eh eh
Haha.
Malas aku nak wat clan dan tribe segala bagai nih.
Gua tahu tulis blog je.
terbaik abam ni.. kena sayang gmail ni.. hehehee
Tahun baru versi tambahan ada tak cikgu 🙂
kena sontot tapasal punya..
rugi boleh ganti hari berikutnya
Gmail memang suka la dengan akaun cikgu Titan ni sampai lena sontot 😀
nie baru aku tahu tak leh juga hantar email banyak2 macam lu buat nie…he3
kesian bro. Jangan serik join Firesale. 😆
ini satu pengalaman heee – kedaionlinemy.com
gambar last sekali comel…kikikiki
aah tu la comel hahha naseb dah dptkan firesal xyah nanges
siannyaa…xleh anta byk2 rupenye huhu.semoga sukses pasni anta yey. xsabar nak bace hhehe tqtqtq
sungguh besar cabaran nya tu
Apa kata letak je download link kat blog hahaha
sayang ketat-ketat kat abang titan.
sanggup bersusah payah menghantar eply email walaupun kampung takde internet kena pegi CC lagi.
semoga usaha kita menderma mendapat rahmat dan berkah
Patut la aku dpt email download 2x.
Layan jer. Xde hal.
ganas je ayat sontot tue. huhuhu… gmail nak bermanja ngn abg titan tue.
terkojut den….dah lama tak dengar perkataan sontot tu…masa zaman sekolah dulu selalu la dengar…hahaha
Sampai begitu sekali kena suspended. 🙂
wah begitu berapi kitab pink ni rupanya. tahniah pada en titan kerana mengambil inisiatif dalam membantu mangsa banjir..
1st time dengar perkataan sontot tu…
kena bukak akaun banyak bg orang2 hebat mcm cikgu ni.
gmail kan sensitif sikit.. hehehe
hari baru aku jumpa perkataan sontot
harap2 ada dalam kamus dewan
bro dah check ke belum dalam kamus..ada tak perkataan tue
Ala ciannye baby tu..hehe
Fuh!! Letih juga kalau nak hantar produk secara manual… Lepas ni kena buat satu sistem penghantaran produk secara automatik…
owh gmail pun ada limit gak eh..igtkn outlook bagai je
tersontot tapi masyuk takpe hehe… btw nape tak guna email dari domain je?
Buat akaun gmail baru, pastu Guna Google Drive, send link utk download (jgn open for all link tu), boleh send via gmail,pm,whatsapp ,etc.Cadangan sahaja ni, sbb biasa ngn customer susah lah nak send kalau pakai gmail. Deme kalau pakai download2 ni senang sket.
sama je.
kalau terlalu banyak transaksi email dan download.
memang kena gak.
Dah tanya dah Gmail.
Sebab tu kena lebih hati-hati.
Nasib baik akaun tu akaun yang cukup lama.
So..ada gak authority kat situ.
Diorang bukan boleh suka-suka disable akaun kita.
Dahsyat bro sampai akaun gmail kena sontot. Pihak google pun pelik banyak betul email brother ni hantar secara pukal.
ingatkan emas je yang tersontot.
lama tak dengar perkataan sontot tu, en abam titan glamer sangat, sebab tu Google sontot akaun
Huhu…singkatan RK tu untuk apa encik titan?
Emm tak apa lah..penat tapi gembira kan encik titan?
Mesti sambutan hebat masa jualan tu. Semoga bantuan untuk Banjir tu sedikit sebanyak dapat mbantu mangsa yang terlibat.
dah 2 3 kali khatam kitab bro ni…
kini sedang menyerap ilmu tu masuk ke blog pulak 🙂
asam garam urusan online..
Hehe terbaik en titan, biar lambat jangan sampai tersontot lagi
Perlu ada banyak akaun Gmail ni. Kalu satu tersontot boleh pakai yang lain. 😉