Hmm..
Dalam beberapa hari ini..
hidup aku jadi lebih mudah.
lebih teratur.
lebih warna pelangi dari biasa.
lebih kegembiraan yang terkawal.
Budak-budak aku yang sebelum ni malas benar nak buat kerja sekolah, dah mula setat buat kerja sekolah. Dah mula sibuk bertanya apa itu kata ganti nama ketiga dan apa perbezaan kata ganti nama pertama dan kata ganti diri keempat.
Itu tidak termasuk apa perbezaan antara kastenet dan biola.
Termasuklah kenapa kita mesti pukul bulu tangkis guna raket badminton.
Kenapa tak guna buku teks sahaja?
..
…
Huh..
Malah, mak bapak aku datang pula melawat aku. Ofkos, nak melawat bini dan anak aku. Maklumlah, cucunya yang comel ni jauh pulak dari diorang. Cucu lagi sorang dekat. Abah aku plak, walaupun tak berapa sehat, gagahkan juga datang sebab adik perempuan aku nak berjalan ke sini. Dah alang-alang cuti sampai EMPAT hari ni, diorang jalan ke sini.
Kat Masai ni, aku tak tahu nak bawak diorang ke mana.
Last-last, pegi cuci mata kat Angsana aje.
Nak pi ke JPO, jauh la plak. Tapi ada aku pesan kat adik aku, kalau teringin nak singgah ke JPO, masa balik nanti singgahlah 10 minit kalau sempat. Kalau tidak, bawa kete elok-elok.
Jangan bawak lebih dari 120 km/j.
..
…
Ya. Lebih seronok, bila anak dah pandai merangkak.
Laju bukan main. Pantang nampak bini aku, dia laju aje kejar.
Bila nampak aku, dia buat sardin aje. Bila bini aku solat, baru terhegeh merangkak cari aku ajak main sahibba.
Tak puas hati.
Sebab selalu kalah.
NAMUN tetap ada “part” dalam kehidupan aku ni yang kurang seronok hendak dicerita, tetapi hidup aku tetap gembira disamping bini tersayang dan anak tercomel.
Dari hal kerja sampailah ke hal kepala paip tak tukaq lagi walaupun dah beli sampai dok terlupa nak tukaq.
Rosak pun atas sebab silap sendiri.
Dok kacau kepala paip tu siapalah suruh.
Bila dah rosak, malas benar nak tukaq.
Haha..
Apapun, esok nak “spend” sikit masa dari masa aku yang sibuk ni untuk tukaq kepala paip tu.
Agar hidup aku jadi lebih mudah.
hidup ni, dari kita saja.
Vouloir C’est Pouvoir.
When there’s a WILL, there’s a way
..
…
Dalam bahasa kebangsaan..
dimana ada kemahuan, disitu ada jalan pintas, jalan jauh dan jalan dekat termasuk la jalan highway.
12,419 total views, 1 views today
Berbunga-bunga hati aku baca post ni.
Cuti panjang peluang untuk berjalan-jalan sambil melihat cucu. 🙂
Cuti panjang CNY nak pergi JB. Boleh jalan-jalan sana..
Bro titan..
Pi la tkar kpala paip tu..
Sronok tgk Bro smjk bersama anak bini ni..
Kemahuan = niat…
bila berniat sungguh-sungguh Allah permudahkan urusan… Ikhlaskan niat tanpa sebarang gangguan negatif, insyaAllah…
Apa yang terzahir itu berasal dari dalaman… kekuatan tahap yakin didalam diri akan terrealisasikan (law of attraction)
ai tuan titan, nampak maleh bebeno kalau nak tukar kepala paip pun sampai kena masuk list appoinment?
Kalau buat kerja ada perancangan, in sha Allah smooth je semua..
Betul tu. Senang insyallah kerjanya.
oho..bahasa german rupanya..ingatkan tajuk telenovela mana tadi.ahaha
Tak lama lagi dah boleh berjalan dan berlari la anak kecil tu, lagi penat la ayahnya nak mengejar
Wah france! Suka dengar orang frace bercakap frech hehe..Sedap lenggok bahasa mereka, lembut.
Yes, dimana ada kemahuan, susah macam mana sekalipun, tetap ada jalan =)
Terbaik laa bro…bila dah hari2 jumpa makin teserlah colour of family yang bro tunggu sebelum ini… 🙂
Dulu nak main sahibba bukan punya susah, skrg dah senang…dulu paip bocor sebab getah salut putih dah kembang pending jek nak ganti…skrg siap smpai lupa mau ganti… 🙂
Semoga cikgu2 yang masih berjauhan keluarga dapat merasai peluang macam bro gak…ameen
mudah-mudahan ramai cikgu-cikgu yang berpisah dan terpisah akan bergabung kembali dan meletupkan warna-warna bahagia rumah tangga.
Angsana, times square pun ada. boleh jalan2x kat sana. 😀
times square ada eh?
tak tahu la plak aku. haha..
seronok betul atok nenek jumpa cucu lebih2 lagi cuti panjang nie…
meriah…
cucu pun seronok ada ramai orang datang umah…:)
atok dan neneknya memang happy la.
hehe
Bila nak kena kopi gua hihihi
berita kedudukan tempat kedai hang la beb.
aku kompius nih.
Ingatkan apa maksudnya tadi tu… Buat suspen aje..:-)
dah tukau ke kepala paip?
kalau tak jadi boleh panggil aku betulkan tapi kena bayar kos kedatangan lah..hahaha
lom lagi.
malas beb.
haha..
tunggu la hujung minggu nanti.
Lawan bagi perkataan ni – kalau ada banyak alasan, apa pon tak jadi.
ok. kipidap & dongibab.
haha..
ikut suka hati hang la.
Xsuka guna jalan pintas untuk berjaya.
guna highway jerla kalau macam tuh… tapi kena bayar toll…. hehe
ya.
better guna jalan highway walaupun ada tol.
Ada tol kena bayar pula nanti.
penulisan hang ni macam ada ciri ciri novel la pulak, hehe
aku memang suka tulis novel.
tapi tak pernah dapat habiskan.
Aku tengok title aku ingat blog hang kena hack lagi. huh
haha..
takde la kena hack.
tapi memang kena lebih berhati-hati la sekarang nih.
wah speaking french ya, kalau tak sempat tukar paip bolehlah hubungi suami saya :p
ehh..
laki tukang tukaq paip ke?
jauh tak dari masai?
baby time zaman baby smpla umur 4 tahun gitu memang dunia dia lebih kepada mak dia. jadi jangan jeles sangat u. lepas umur 4 tahun barulah dia boleh nak rapat2 dgn abah
sekarang pun dia rapat.
terutamanya time mak dia takde kat rumah.
..
…
hehe..
Firas kenapa buat donno dengan Ayah. Garang eh!
memang abah dia garang.
macam atuk dengan moyang-oyangnya.
Bab paip ni memang agak susah sikit. Kadang boleh hilang fokus kalau tak dpat orang baiki…
haha..
tau takpe.
bini dah dok bising tu. bila nak tukaq.
seronok melayan kalau hari cuti lama rasa nak tambah lama lagi bersama anak isteri keluarga tercinta
tak lama lagi dapat cuti seminggu lagi.
yehhh bedahhh beduhhhhh!
bermain dan bercanda dengan isteri serta anak anak memang best..tu lah yang seronoknya kahwin
ada yang terlampau seronok hingga terfikir nak tambah yang sedia ada..
ya.
benda depan mata lebih seronok dari benda yang jauh dari mata.
Bapak sibuk layan gajet je ni…
Anak pun faham, buat muka sardin. :p
haha..
mana ada.
aku tak main dah coc beb.
ingatkan maksud drama atau lagu tadi..hehe…seronok baca entri ko ni..hati bunga2 je baca..haha…
cepat-cepat la kahwin aje.
nanti hang pun rasa seronok gak baca artikel sendiri.
ayat motivasi rupanya
td aku baca macam nama perfume
ehe
nama perfume apa pla plakkk..
haha
nak upah gua tak repair paip tuh
okeylah anak pergi cari ibu nya… ni anak yang kecik lebih cari ayah dari ibu camana ni….
haha..
itu kena tanhya anaknya la dulu ye.
Belle partage monsieur