Ok.
Aku ada jumpa FAKTA menarik tentang sebuah buah yang nama popularnya adalah “DOUBLE COCONUT”
Kiranya, nama melayunya adalah kelapa kembar.
Apa itu Double Coconut sebenarnya?
Jadi..meh membaca satu cerita yang TELAH membuatkan aku rasa gembira sepanjang hari ini.
Apa itu Double Coconut?
Kelapa ini mempunyai bentuk yang aneh. Daunnya berbentuk kipas, mempunyai 7-10 meter panjang dan 4-5 meter lebar serta 4 meter lebar pada pelepahnya. Buah Double COCONUT ini matang mengikut ukur lilitnya dan mempunyai berat sekitar 15 hingga 30 kilogram. Buah ini juga merupakan satu-satunya pokok palma yang mempunyai biji benih paling besar didunia.
Nama sanitifiknya adaalah Lodoica Maldivica. Nama popular yang lain, sea coconut, Coco de Mer, coco fesse, love nut atau sychelles nut. Tergolong dalam FAMILY Arecaceae.
Buah Double Coconut ini tak ada tumbuh di Malaysia. Negeri jiran kita pun tak ada. Dan memang susah nak dapat jumpa buah ini kat negara kita. Apatah lagi nak tengok dengan mata kepala sendiri pokok Double Coconut ni.
Jadi, kat mana kita boleh jumpa buah Double Coconut nih?
–> Pulau Praslin – Taman Buah Ajaib
Mengikut catatan sejarah Seychelles, 5 kawasan berkelompok sahaja tertanamnya buah kelapa ajaib ini. Tetapi atas faktor pencemaran yang tidak terkawal, kini buah ajaib ini hanya boleh didapati di Selatan Prasiin iaitu “Valle” yang mengandungi 4000 pokok kelapa ajaib yang masih dapat membiak dan membuahkan kelapa baru.
Valle terletak dibahagian selatan Seychelles, 48km daripada Victoria Harbour. Inilah satu-satunya kawasan pokok DOUBLE COCONUT yang boleh ditemui setakat ini.
Pulau ini mempunyai kawasan pantai yang paling primitif serta alam semula jadi yang paling bersih dan indah.
Pakar tumbuhan pernah Dr Cruz berkata,
“Saya tidak pernah menjumpai habitat yang lebih sesuai untuk kelapa ajaib ini.”
Cerita LAGENDA tentang Double Coconut
Pada tahun 1816, semasa ahli sains Boo Boer membuat lawatan ke Pulau Praslin, dia tertarik dengan tumbuhan pelik ini. Kemudian, penduduk tempatan memberitahu beliau bahawa buah ini adalah benda larangan yang dicuri oleh Adam dan Hawa di Taman Eden dan jika salah satu “jantina” daripada pokok itu mati, pasangannya juga akan mati sekali. Jadi, Boo Boer ini pun menjadi sangat kagum sekali.
Setelah Boo Boer berkali-kali berunding dengan kerajaan Seychelles, akhirnya kerajaan Seychelles mengeluarkan permit pengeksportan dengan syarat Boo Boer hanya boleh membawa balik SATU biji sahaja. Tak boleh lebih. Beliau hampir menggunakan kesemua hartanya untuk mempromosi dan mendagangkan sebiji KELAPA AJAIB itu dan membawa pulang ke Perancis. Apabila tiba dinegaranya, berita tentang kelapa ajaib itu serta-merta menjadi berita hangat kerana buah ini jarang ditemui dan mempuai dua seks iaitu pokok jantan dan buah betina.
Apabila Boo Beer memberitahu kisah lagenda Double Coconut kepada orang awam, mereka mempercai bahawa buah kelapa ajaib ini adalah hasil cinta Adam dan Hawa. Orang Perancis juga mempercayai selepas menyentuhnya, hubungan pasangan akan diikat dengan ketat. Oleh itu, Double Coconut mendapat gelaran baru untuk lambang cinta,
“Love Nut”.
Apa lagi CERITA MENARIK tentang DOUBLE COCONUT?
- merupakan Senjata Rahsia Kerajaan Afrikas daripada Double Coconut dikenali “enjin hormon semulajadi. Ia mengandungi pelbagai bahan fisiologi aktif, dan meningkatkan keupayaan lelaki. Khasiat Double Coconut yang lain juga dikatakan boleh mengawal keseimbangan fisiologi endokrin dalam badan.
- Sejak awal tahun 1980-an, Double Coconut telah disenaraikan sebagai “Khazanah Negara” di Seychelles oleh Negara Seychelles. Buah Double Coconut hanya dapat dinikmati oleh kerabat diraja atau ganjaran kepada ketua danatlet cermerlang yang dikenali sebagai khazanah Negara Seychelles hebat sungguh khazanah mereka. Kini, kita pun boleh gak kalau nak makan. Tapi dengarnya harga buah “Double Coconut” in boleh tahan gak rasanya.
- Menurut Maharaja Jerman Rudolf II pernah mendagangkan 250 kg emas untuk buah kelapa ajaib, tetapi ditolak oleh kerajaan Seychelles pada masa itu untuk mendapatkan Double Coconut ini.
- Secara umumnya lagenda Double Coconut turut dicatatkan dalam sejarah kuno Afrika Selatan, Seychelles dan Emirates dalam meningkatkan keupayaan dan mengekalkan hubungan suami isteri demi menjaga keharmonian semua.
- Sejarah Double Coconut ni memang tebukti berjaya menarik seluruh orang bumi. Khususnya bagi orang lelaki.
- Lebih aneh, batang pokok ini cukup kuat untuk menampung setiap buah kelapa DOUBLE COCONUT ini yang purata setiap bijinya adalah 10-20 kg! Itu belum lagi yang 30-40kg ke atas? Wohaaa!!
Senang cakap..
Double COCONUT ini dipercayai mempunyai khasiat dan kebaikan seperti berikut:
- Memberi tenaga dan stamina sepanjang hari
- Menggalakkan peredaran darah
- Mengaktifkan kadar metabolism
- Memperbaiki masalah keletihan dan tekanan
- Mengawal asid di dalam badan
- Membantu kencing manis (Diabetes) dan gout
- Membantu tekanan darah tinggi
- Membantu buasir dan sembelit
- Mengurangkan kolesterol darah
- Meningkatkan keupayaan buah pinggang
- Meningkatkan daya ingatan
- Meningkatkan imuniti badan
- Mengimbangi dan menggalakkan hormone tubuh manusia
- Meningkatkan pertumbuhan otot
Gambar buah jantan dan benih betina Double Coconut
“Err..tak perlu aku bagitau kan yang mana jantan dan betinanya, kan?”
Kesimpulan.
Bila aku baca semua benda ni, aku rasa memang kena kongsikan pada korang semua.
Bukan selalu dapat jumpa buah-buah pelik macam ini. Buah manggis, buah durian, buah gajus itupun aku dah rasa cukup ANEH bentuknya, inikan pula buah DOUBLE COCONUT ini yang perkali-kali ganda ANEHnya.
Isi Double Coconut adalah lebih kurang sama dengan isi kelapa biasa cuma khasiatnya dipercayai agak berbeza sikit Lebih-lebih ditambah dengan cerita lagenda kat atas tu.
Cara nak makan pun, aku rasa sama aje macam buah kelapa biasa tu. Aku siap jumpa resipi Cup Cake guna buah Double Coconut ni lagi tadi. So, kalau nak buat gulai ke, rendang ke, aku rasa macam tak ada masalah. Cuma, nak dapat sebiji buah ini ajelah yang aku rasa macam susah sikit.
Tapi yang buat buah ini begitu unik adalah BENTUKnya yang sangat istimewa itu.
Serius, tepuk dahi juga aku dibuatnya. Haha..
…
….
Akhir sekali,
cara nak melakukan pensenyawaan buah kelapa ajaib ini pun aku rasa korang boleh TEKA dengan bijaksana.
Betul tak?
Ps: Kalau ada laki bini dok gaduh aje sepanjang tahun, bolehlah cuba sebiji buah “Double Coconut” ini ye. Buat kuih Melaka ke atau kek Kelapa. Mana tahu, kasih sayang yang sudah hilang itu mungkin boleh kembali erat semula. Hehe..
22,271 total views, 2 views today
Huh!Panjang lebar informasi ni dah macam dokumentari yang dibukukan…hehe
1st time baca pasal buah ni…sangat informative…terbaik!
Haha.
Rasa seronok nak kongsi.
Itu yang jadi panjang lebar sikit.
Boleh tanam di Malaysia tak? Dulu kurma boleh tanam tak berbuah, sekarang dah berbuah. Double Coconut pun mungkin boleh tanam dan berbuah di Malaysia ni.
Rasanya tak ada yang tanam lagi.
Sebab memang nak dapat benih dia pun cukup mahal.
Pertama kali melihat buah kelapa berkembar.
Aku pun kali pertama tahu benda ni.
haha.
Aneh sungguh.
Informasi menarik, buah yang unik dan aneh!
Kalau buat santan makan dgn cendol, mesti Ummp!!! Kena pula semangkuk makan berdua…
Iklan double coconut ni tengah “meriah sangat” kat laman sosial.
Ahaks 😛
eh sejak bila dia buka info fakta bagai ni
aiikkk,, silap masuk blog infokah,, eheeee
jangan ada yang mengidam sudahlah
ada adik beradik cocconut rupanya, double coconut siap ada sejarahnya.
sapa yang makan buah ni berniat nak anak kembar, guane la tu
Tak tahu la leh dapat kembar ke tidak kalau makan buah ni.
Apa kata awak cuba dulu? hehe..
boleh cuba.rezeki Allah…
saya dulu tak amalkan apa-apa petua pun…
Alhamdulillah tanpa diduga dapat anak kembar…hehehe
Perghhh..
Double coconut..
first time dengar ni..
Bentuknya sangat3 pelik..
Banyak faedah terutama untuk dalaman.. hehe
Bentuknya memang sangat PELIk.
haha.
aik..kenapa pelik sgt buah dia.. huhu. informasi yang sgt berguna.. mesti sedap isi dia ni.. 🙄 🙄 🙄
hebat juga kelapa kembar ini..sehingga urusan niaga melibatkan kos yang tingi
Dekat Malaysia ada ke Double Coconut ni. Nampak macam pokok kelapa laut je…kelapa laut memang sedap…
Hahaha
p/s: Selamat Hari Raya dan Selamat Berdouble Kokonut …. Hahahhaa
Memang lain macam bentuk double coconut ni…
kelapa laut africa…hebat betul bentuknya
hahaha……….
Buah cinta yang menarik..hehehe,,
Boleh dicuba untuk mereka yang sudah berkahwin je, yang belum kahwin, dilarang sama sekali. Hehehe
Tengok rupa buah pun dah bleh naik nafsu kejantanan dah. 😛 😛 😆
Huhu..banyak kelebihan juga buah ni…dan pertama kali baca cerita tentang buah ni..emm ke encik titan pernah ke sini??? 😈
Mesti encik titan makan juga ni..buat penambah kebahagiaan di alam rumahtangga..kan??? 😆
Wow..baru tahu ni…banyak betul kebaikannya.. 😉
Macam pelik je aku tengok. Hahahaha. Tak pernah lagi tengok ni first time kot tengok.
Ulasan yang superb ni.
Apapun, bentuknya tu meragukan. Hehehe…
ada yg cakap buah lucah ni bro…
kelakar la bentuk buah double coconut ni…semacam pun ade..;)
kalau tak salah juga dikenali sebagai kelapa laut afrika… maaf kalau aku salah
info baru ni..puteri tak pernah tahu tentang double coconut..rupanya pun pelik semacam je..
Baru pertama kali melihat buah double coconut ni.
Buah yang baik ni….hehehe
wuihhh.. nak kena feel nanti. 😀
Ada gak buah kelapa cam ni? First time kawe lihat ehhh
Ada.
Gua pun baru tahu buah ni. haha
aslm..teman pun baru dapat info ni di wassap tapi memandangkan produk ini berasaskan tumbuhan atau organik dan ada pulak kelulusan KKM…ate teman rase patut kite cobe…allah jadikan tumbuhan didunia ini dengan pelbagai khasiat…dan allah menjadikan sesuatu itu ada fitrahnya…kita yang kurang ilmiah…maybe negara kita boleh high performance in R & D…jom cacu cube try…maybe jadi penawar kepada maslahah dan kerumitan hidup…tak cube tak tahu….
salam semua,Saya dah cuba double coconut.mmg hebat cintanya.org rumah pelik. knapa kuat sgt bang.hahaha…. cubajgn tak cuba.
double coconut mmg benar2 berkesan bro….sebab sya ni dh bli byk produk ni…tak ada kesan sampingan pun…tpi klu kita ada penyakit tu mula2 kita makan double coconut mmg ada rasa lain sikit tapi lepas kita makan packet ke 3 mmg tak ada pa sakit lg…klu nak ckp yg satu tu jgn ckp lh keras mcm batu..tak percaya sndr cuba…
ada info ke boleh tanam di malaysia.nak tau kalau ada