Haha.
Kekadang, best gak tulis tajuk dalam english walaupun karangannya dalam bahasa ibunda.
Okeh.
Berbalik kepada tajuk diatas.
Cerita tentang Advertiser di Malaysia
Kadang-kala, aku akan terima “job” dari syarikat X, syarikat Y, NGO kat Malaysia, blogger, usahawan dan memacam lagi. Sesetengah kes, aku ambil. Tapi ada gak aku tolak. Tapi ada juga yang diam terus sepi tanpa sebarang noktah.
Hari ini, aku nak cerita sebab yang biasa aku dapat bila aku tak dapat job dari advertiser ni.
Seperti yang korang tau, advertiser ni majoritinya memang ngok ngek sikit.
Kalau dapat yang jenis terdesak tu, senang aku nak setelkan.
Tapi kalau dapat jenis yang liat sikit ni, berkira nak mampus atau memang nampak sangat “NOOB” bab-bab nak cari blogger untuk promosikan produk diorang..memang boleh bikin hati ni jadi panas beb.
Ada satu kes yang menarik.
Beberapa bulan lepas punya cerita.
Oleh sebab ceritanya berlaku dalam email, dan kami berbalas pun guna email, jadi aku ubahsuai dalam bentuk perbualan agar korang semua yang masih NOOB ni pun boleh faham.
Dia kecek dengan aku dalam english. Tapi aku tulis dalam melayu ajelah ye.
“Encik, boleh berikan senarai blog yang encik ada untuk kami beriklan?” tanya Cik S.
“Ni nak promote apa ye? Nak tulis pasal apa?” tanya aku kembali. Tak jawab soalan.
“Nak promosi website official baru kami. Jadi, nak guna blogger popular yang ada trafik banyak dan ramai follower.”
“Oh..jadi, saya dan blog saya mungkin kurang sesuai dengan job nih.”
“Kenapa plak? Saya dikhabarkan bahawa anda adalah blogger yang hebat, ada ramai follower, ada trafik banyak, ada wek banyak..ada isteri satu, ada banyak komen, anda pandai..bla..bla..” banyak eh dia mengarut masa ni. Aku layankan aje..
..
…
“Saya rasa, cik dah silap orang ni. Saya ni hensem aje. Takdelah popular mana pun..trafik pun tak banyak mana..follower pun tak ada. ”
“Kalau macam tu, bagi kami jumlah follower dan fans kat facebook, twitter, instagram dan G+”
Part ni..
Aku dah rasa menyampah sangat. Itu kerja korang. Bukan kerja aku. Korang nak cari blogger, kasi selidik dulu. Kaji PLOW follower diorang. Gi baca blog diorang dulu. Selami hati blogger dulu. Jangan dok dengaq cakap orang aje. Nanti aku tak deliver job, korang kata aku tak buat kerja plak walhal, skop kerja aku tu dah setel habis dah..Tak faham betul aku bila kita sendiri plak kena sedia segala bagai tu semua..
Last-last aku jawab..
“Saya malas la nak tulis semua tu. Penat. Nak kira lagi. Jadi, ni nak saya tulis pasal apa? Kalau nak saya buat kerja, ikut cara saya. Saya takkan ikut cakap advertiser.”
…
….
Cik S tu diam.
Tak tahulah terdiam ke atau tiba-tiba kena hantar gi melancong ke Jepun sebab langsung tak balas dah email ke aku selepas perbualan nih..
3 hari kemudian.
Aku dapat satu email dari Cik S tu.
…
….
“Tell me your bank account number and name yourΒ PRICE.”
.
.
Tanpa membantah bab harga dan mengarut macam-macam lagi..
Tak sampai seminit, dia masukkan duit dalam akaun bank aku selepas aku bagitau harga aku.
Dan aku mula buat kerja.
Setel masalah aku.
Engkorang nak kata aku kerek dan sombong dengan advertiser, aku pedulik hape. Tapi hampir 90% artikel yang aku tulis, semuanya kat first page.
That means, i’ve deliver the job excellently.
So? You still think i’m a “kerek” person?
.
.
Kesimpulan.
Everyone have time and their time always have PRICE.Β
So, when their name their price, just shut up your sexy mouth and PAY.
15,940 total views, 1 views today
Oooo macam ni pun ada.. Mungkin dia amik masa 3 hari untuk buat research..Anyway memang power sifu
agaknya la kot.
Itu aku tak tahu sangat.
Sebab tak pernah tanya.
Wah.. dahsyat betul lah.. cik S tu tentu dah baca kisah encik Titan kuat makan cendol dekat banting.. tu yang terus bank in duit untuk beli cendol… hehehe. ..
takde dahsyat sangat.
biasa-biasa aje.
aku termasuk blogger yang banyak komentar saja encik karena ta banyak trafik tak banyak duit tak kacak pula
tak apa.
suatu hari nanti mesti leh banyak dapat.
kena usaha lebih aje.
Banyak advertiser bergantung kepada data. Sebenarnya mereka tidak faham keupayaan blogger itu sendiri.
advertiser bukan sahaja kena ada banyak duit, tapi kena ‘bijak’. hehe..
nasib baik tak masuk dalam kategori cantik jelita, kalau tak mau berderet advertiser kejar hahahaa
mka jemah la yang jelita tu..hahaha
haha.. terdiam dibuatnya. agak-agaknya mana satu la post berkaitan advertiser tu. π
Bukan blog ni la.
Blog lain.
Haha..
macam tu la sebenarnya patut dilayan advertiser ni..ahaha..Malaysia punya advertiser je memacam nak itu ini bagai..padahal memang itu kerja depa la nak cari info pasal blogger tu.
nasib la aku tak popular sangat..ahahaa..takde pening cenggini..ada juga advertiser duk email, senyap je lepas aku balas email..nak ikut korang, tak nak, aku takde halnya..blogger yang biasa terima advertorial, kompem lain depa punya komen..
tu la.
aku pun tak popular gak.
Saya nasihatkan advertiser adalah bekas blogger. Pasti akan memahami blogger memerlukan masa dan mood untuk berbelog. So advertiser just make it short, pay the price only hehe..
p/s: yang tak pernah dapat job review
takde lagi advertiser macam tu.
majoritinya takde pengalaman sangat.
ho ho ho
susah juga jadi blogger popular yang hensem ni ye …
aku tak popular.
aku cuma hensem je.
teringin nak dapat email cam ni.. tahun 2020 la kot.
tahun ni pun boleh dapat.
cuma kena usaha kuat sikit la.
Yang part ‘name your price’ yang best tu. π hehe… asalkan rm masyuk, oklah …. janji tak langgar undang-undang dan etika.
ya.
memang best la jugak.
hoho.
Macam2 dia tanya.. Kadang2 cerita punya cerita… Xda respon.. Anggaplah takda rezeki..hehe
Biasalah tu.
Dah beratus kali aku kena macam tu. haha
hahaha..close like a boss bro..terbaik lu memang lejen
close biasa-biasa aje.
haha.
3 hari dia diam sebab buat kajian. Dah dapat result yang “umphh” terus tak peduli berapa harganya.
tak tahu la depa buat kajian ke apa.
haha..
Kebanyakan orang, kalau kita layan ke-songeh-an dia, lagi banyak songeh dia. Baik jual mahal kenkadang, baru dorang tak banyak songeh sangat. :p
haha..
diorang kena faham keadaan blogger macam mana dulu.
Jangan main redah ikut suka hati aje.
Perhh.. lu memang hebat aa bro… dalam kerek2 menjawab soklan tuh trosss dpt payment tuh…. kongrat….
bolehlah sikit.
biasa-biasa aje sebenarnya.
semua orang pun boleh dapat.
itu2 biasa2 aa erk.. kalu lu layan.. huhh kompem laie masyukkk punye lah kan…
http://supernifzvitamin.com/category/video-testimoni/chiken-pox-video-testimoni/
Ini dia betul2 percaya kat hang, saje nak uji pemilik blog. Ug sebenarnya dia nak tawar-menawar harga, last2 dia termakan umpan llu lah…. Tahniah….bro.
tak tahu la kalau macam tu.
haha.
cara mudah close sale, pay or go away.
mantap nampak..itulah sebenarnya jika sudah dikenali dan dipercayai walau camana pun orang akan nampak kebolehan kita..terus bagi harga..kelass
harap akan dapat lagi banyak offer cam gini.
Nasib baik dier tak tanya berapa orang gf en.titan kan..hehe
yang tu..
memang susah sikit la gua nak menjawab.
haha. π
Macam itu ke permainan mereka.
Takpe saya take note dulu.
Hehe
bukan semua.
tapi kebanyakkannya memang begitu.
π
Assalamualaikum en Titan.
Selepas mengadap encik Titan waktu Seminar Lejen IM, baru saya terbuka hati nak bersihkan sawang2 dalam blog saya. Huhuhu dari 2013 tak pernah berupdate. Baru 1 Feb 2015 saya buat entry baru. Tu pon sebab tak tersangka post lama saya yang berkarat dah berjaya beri hasil RM 5k pada saya semalam.
Sekarang baru saya percaya the power of blogging.
Dari hari2 mengarang kat facebook, baik mengarang kat blog..untung2 tersangkut dalam Google.
Fuuyoo.. Kemah molek. Terbaek daa..
Ya betul. Update status di FB kadang2 orang tak minat nak baca. π
Tu dia.. Gitu punya cerita ada.. Nak kena buat upahan jugak neh. Memang rugi tak suruh buat upahan dari pakcik titan. Memang berbaloi2..
haa.
sila upah gua ye.
Cik S masih single ker? haha..
Apapapun, aku setuju dengan ko.. kalau tak, nanti kejadiannya kita dianggap tak bagi yang terbaik untuk produk dorang..
masih single la.
dah nama pun cik.
kemah bro titan..susah gk nk bt job klu jumpa org byk songeh ni..hihi
Nice. Impian semua Blogger tu. π
berapa pun orang sanggup bayar kalau dah memang ada kemahiran yang diperlukan..
sebab itu kena asah skill kita.
setiap hari.
Huhu..jeles aje bunyinya..90% masuk first page..memang nak kena hadap dan tenun lama-lama lagi lah muka hensem encik titan ni..hahaha… π
haha.
baik hang tenung muka bini hang maa.. π
dorang ni mmg jarang nak kenal isi hati blogger.. biasa check ranking google jer..
sepatutnya diorang kena buat kerja rumah terlebih dulu.
Tapi biasalah, diorang takde masa sangat nak buat semua tu.
ho..ho..rupa bro seorang blogger yang handsome dan banyak duit
Hensem tu aku setuju.
Banyak duit tu..kena usaha lagi ligat lagi.
Dah tenunya membayar kerja yg dibuat dgn harga yg berbaloi2..
kalau kena dengan harganya, memang berbaloi-baloi la. hehe
Wow..Dia memang yakin. Terus Bank inn tanpa banyak songeh π
Rezeki tidak disangka
Yap.
rezeki.
Moga bertambah setiap hari.
Ini bukan kerek. Ini professional…
English ini kebanyakan frasa dia jenis terus terang. Tapi ada juga yang jenis tersirat.
Kalau orang suruh name your price tu, tahniah π
yup.
frasa dan ayat diorang memang jenis direct je.
Takdenya guna bola pisang.
Betul jugak. Advertiser yang kena ikut cakap kita, bukan kita yang ikut cakap advertiser… formula macam tu lagi mudah nak diamalkan, kan?
Sepatutnya begitu.
Tapi biasalah, advertiser kekadang wat perangai gak.
memang betul kerek abang titan ni..
tapi pedehal kan.. janji masyuk
Masyuk-masyuk gak.
Tapi kena pandai berkomunikasi.
memang bestlah kalau dah dapat email macam ini suatu hari nanti
in-sha Allah.
Akan dapat nanti suatu hari nanti.
Hehe memang awesome dan kerek la bro
kerek itu perlu selain hensem dan comel.
hehe.. π
awesome.. tegas dan berani. hehehe
whats ur price bro? nk bank in. π
hang nak bank in untuk apa plaknya nih?? π
Hoho! kena layan cara gangster kampung pisang rupanya baru layan..tp mmg kena aa ngan orangnya..kalo org malu2 kucing nak wat cara gangster cenggini tak jadi gak.. π
bukan gangster.
Cuma tegas bertempat.
walaupun aku tak cendol addicted cam ko, semalam pon beli sebungkus je, tapi aku setuju ngan ko, kalau betul dia kata ko ni hebat, dan ko saje nak test dia, dia boleh je balas ngan hujah dengan fakta kenapa dia cakap camtu,
benda simple, dia nak hire kite sebab kita adalah kita, cara kita, itu yang dia nak bayar…
Ya.
Biasanya begitulah.
Tak nak tak apa. Aku takde hal. Lagipun aku ni sibuk.
Sibuk nak tanda buku kedatangan murid hari-hari.
dengan kawan-kawan blogger buleh la dapat cip price hihi