Okeh.
TIGA isu sekaligus nak ulas malam nih.
Tapi seringkas yang mungkin.
..
…
CUTI.
4 hari bercuti. Tipu kalau rasa tak seronok. Seronok jugak bila dapat cuti selambak macam ini. Tetapi, kerja-kerja sekolah tetap kena bawa balik rumah. Siapkan RPH, siapkan kertas soalan untuk ujian pertengahan tahun ni, kena siapkan fail-fail panitia, kena hias bilik panitia sebab dah dapat bilik baru, kena itu dan ini.
Dan ofkos bila ada peluang keemasan, leh peluk bini.
Yelah, kang bila dah selamat melahirkan anak nanti, tak leh dah nak peluk sangat. Budak kecik tu mesti marah punya. So, sementara masih ada masa-masa kecemasan ni, kita kena rebut dengan bersungguh-sungguh.
Okeh.
Cuti dah habis.
Esok kena pergi sekolah dengan penuh gembira sambil membedal cheeze burger sedap nih.
MYVI.
Kereta yang cukup popular dalam seminggu dua ini.
Mahal sikit dari Saga BLM aku tuh. Tapi lagi murah dari Kancil dan Viva.
Tetapi, kereta ini memang sangat otai sikit berbanding kereta-keteta bawah RM60k.
Bukan masalah kereta, tetapi masalah pemandunya. Walaupun tidak semua, tapi aku tahu, memang ada masalah sikit dengan geng-geng MYVI ni. Masalah ni sebenarnya dah lama. Tapi orang kita boleh timbang kati lagi. Cuma bila dah jadi lagu ni, sampai kes ada orang mati..kena plak, ada “status facebook” yang menyakitkan hati ramai orang, isu MYVI eksiden ni menyebabkan seluruh rakyat Malaysia dan seluruh pemandu kereta terasa sakitnya tuh dihati masing-masing.
Dan “viral efek” terus meletus dengan rakusnya setiap saat.
Aku sendiri pun terasa gak marahnya.
Tapi aku sedar, aku jauh. Sekadar boleh huluq apa-apa yang patut sahaja.
Nak tolong marah pun, aku rasa yang terlibat tu dah bosan dengar dan baca apa yang orang marah dia.
Sebab aku tahu, depa tak sengaja nak eksiden tapi sengaja cari pasal.
Yang dok bawa laju tu apa pasal??
Tapi, benda tak sengaja ni, kita boleh elakkan agar tidak berlaku. Benda macam tak disengajakan ni, janganlah kita tingkatkan peratus ketidaksengajaannya itu.
Akibatnya sangat buruk dan luas.
Efek rama-ramanya sukar untuk dihalang.
Buktinya, tak sampai seminggu ni..macam-macam maklumat peribadi dan sulit tentang mereka yang terbabit dah kena tayang kat facebook. Sengsara beb bagi ahli keluarga mereka. Dan ofkos, memang menggelupur la siapa yang terlibat. Nak kata apa pun tak boleh sebab memang depa dah buat salah. Masyarakat pula, memang tak boleh terima hal macam ini apabila ada aje status yang kasi “PANAS” diorang.
Lebih keji lagi, pelbagai macam fanpage MYVI muncul. Sampai aku dah keliru, mana satu fanpage geng MYVI yang original tuh. Dan sudah tentu, fanpage ni muncul untuk keadilan dan mahukan hukuman yang setimpal untuk mereka yang terbabit ini. Tak kiralah sengaja atau tidak sengaja, tapi bila dah masuk kes “MATI”, ini memang kes besar dan memang akan jadi kepoh la sikit dibuatnya. Malah, tidak kurang juga yang dah jadi macam “siber buli” sampai ahli keluarga yang terbabit pun boleh jadi trauma dibuatnya.
Nasihat aku kepada orang lain, berpada-pada la.
Jangan melampau sangat.
Ngeri kekadang baca status korang tuh semua.
TE.
Aku biarkan korang bergaduh dalam bilik “Awaiting Moderation”.
Dan aku senyum sendirian sambil meminum secawan kopi tanpa gula.
PAHIT.
Bila masih ramai lagi orang kita yang status dirinya “LINUS TEGAR”.
Tak habis-habis diorang ni. Bergaduh plak sana-sini. Yang paling tak tahan, apsal la korang tak reti nak membaca dan memahami apa tujuan aku tulis macam itu, kenapa aku ulas isu itu.
Kang aku carut, korang merah.
Tapi korang memang sah-sah linus tegar bab-bab TE nih.
Haiya..
Satu persamaan yang ketara, SEMUA budak TE yang komen macam spesis macam ini, pengecut belaka.
Letak sikit la akaun facebook peribadi atau blog korang. Boleh aku kenal-kenal dan bagi tazkirah sikit.
Kesimpulan.
Orang kita ni memang ada macam-macam perangai.
Yang baik ada, yang prihatin tak bertempat ada, yang tukang kacau ada, yang bangang pun ramai, yang kurang kenal huruf pun ramai, yang pemalas pun ramai..
Jadi, berhati-hatilah sentiasa.
Malang tak berbau.
Kalau nak langgar orang, bagitau dulu. Senang sikit nak elak.
Jangan buat mengejut macam ini. Tak baik dan tak bertamadun betul.
Nanti satu BUMI cari korang nak jentik bulu hidung korang.
10,392 total views, 2 views today
Ok. jom tidur cikgu…
tak leh tido dahs sekarang.
Pening lalat aku macam ni.
Haha..
Hahahaha. Hiburan sebelum tido
Hiburan la plak.
Aku serius nih. Haha..
3 isu yang sangat menarik.. Tapi esok dah start kerja dah.. Tido dulu..
Aku dah bangun tido ni.
Tak leh tido dahh..
Mata segar semacam dah ni.
power ya seo artikel te hang ni hahaha
Entah la.
Takde niat pun.
Tau-tau, first page dah.
aku perati je tang fanpage tu.. puii tol
HAHA..
sabarkan ajelah.
Orang kita memang suka cerita-cerita macam ni.
Abis semua pemilik Myvi jadi fobia termasuk adik den sebab kerana 6 biji myvi abis semua myvi terancam
tu la.
bini aku pun pakai myvi.
nasib la sekarang dia pakai kereta aku gi mana-mana.
Saya pun betul-betul bercuti empat hari. Tapi malam semalam tak tahan nak tulis pasal kemalangan Myvi tu juga…
haha..
mesti ramai gak yang nak tulis.
aku tahu tu.
sebab satu myvi rosak susu satu malaysia .. eh susu lak.. myvi la :p
susu tak sedap.
vitagen tak apa.
Kalau la boleh dijentik bulu hidung mereka yang berkenaan..mesti best kan!
memang best punya.
gi la try.
Myvi tu biasalah, budak baru lepas tengok F&F7
Tak tahu la lepas tengok cite tu ke jadi camtu..
Sbb tu gua masuk best mobile, bnd baru, lom ramai yg buat najis…. hehehe
ohh..
hang masuk best mobile kah?
lawa keta cikgu , mana rembat
Google image aje.
Gi la sambar satu.
Tak habis2 pasal TE.. Hahaha.. Tak nak jentik bulu tu..sakitttt..haha
Aku dah habis.
Diorang yang tak nak habis.
banyak isu hari ni.. sabar je la.. jangan layan sangat orang kaya tu
tu la.
kalau dilayan, pening kepala kita dibuatnya.
yeayyy for cuti… arini perak cuti pertabalan sultan nazrin
esok kami org penang lak cuti pilihanraya kwsn anwar ibrahim
kes myvi… viral tahap gaban hitam. udah2 le semua yg panas sgt tu
TE ? lantak pi kat org yg tak paham
amboi, seronok betul dia dapat banyak cuti yek.
Eh, da ok dah kotak komen? Haha
Dah ada dah.
Dah boleh komen dah dengan penuh kegembiraan.
Hahaha…memang terbaik entri ini. Boleh buat pembaca tersenyum sendiri.
Jangan ketawa guling-guling kat kedai makan sudah la.
haha..
Bab myvi tu mmg sedih campur sakit hati sampai hilang mood nak berblog 2hari. Harap polis boleh cepat setelkan kes ni 1 malaysia tengah tunggu 😀
Ya.
Harap pihak polis boleh kasi setel benda ini cepat-cepat.
Memang best bercuti. Kali ni Mek ila balik kampung dan cuti-cuti di Melaka. Banyak juga tempat menarik di Melaka. Yang paling tak tahan, jalan nya jem sampai ke malam hihihi
Ada satu lagi kategori LINUS ni bro. lagi bawah dari LINUS tegar. hehehe
Linus tak boleh diajar….
hehehe
tu baru 3 perkara. nak layan sume tu pening kita nanti. baik layan tido kih kih
Cuti 4 hari memang best la. Lepak rumah dan layan diri supaya lebih gemuk gedempul. Macam manapun orang kita jangan cepat sangat melatah dan menghukum. Kalau kena kat batang hidung sendiri baru ada akai..
Baby kecik-kecik tak jeles cikgu. Dah besar sikit nanti baru dia mempamerkan sikap anti kemesraan ibu bapa tu hehe.
Budak-budak TE ni kot ye pun bagilah link blog buat backlink sikit. Barulah power sikit blogwalking tu.
sejak insiden myvi ni makin bnyak lak nmpak myvi kat atas jalan raya..
sejak insiden myvi ni makin bnyak lak nmpak myvi kat atas jalan raya.. kehkeh
Ah budak2 TE yang macam ni, diorang ni taksub je lebih. Income tak seberapa
Dah boleh tutup cerita dah.
Hehe.
makan tidur makan tidor.. tup2 dah 4 hari aku cuti..haha