Ya.
School’s OUT.
Sekarang cuti sekolah.
Musim budak-budak boleh bergembira sebelum kena marah dengan cikgu-cikgu selama 11 bulan lamanya.
Kalau tolak cuti sana sini, tak sampai pun 6 bulan bebudak ni dok sekolah rasanya.
Kalau aku silap kira, mungkin lagi kurang dari tu atau mungkin juga lebih.
Yang lebih tu biasanya bebudak tahun 6 sebab depa ada banyak kelas tambahan kat sekolah, kelas tusyen kat luaq, ada kursus dan seminar sana sini.
Itu yang depa rasa lama betul depa kat sekolah.
Pagi, petang, siang dan malam kat sekolah.
Huhu..
Itu bebudak sekarang.
Zaman aku dulu, cukup petang. Boleh main.
Malam?
Sambung main jugak.
Kerja sekolah, esok pagi leh tiru kawan yang inosen, skema dan takutkan cikgu.
Haha.
Aku ingatkan bebudak zaman teknologi sekarang ni tak jahat macam aku dulu-dulu.
Sekali, lebih kurang sama je.
Hapepun, benda dah lepas. Biarlah lepas.
Toksah dikenang.
Biar buku amalan masing-masing menjadi saksi korang eh nanti kat padang Mashyar.
Okeh.
Walaupun dah cuti ni, aku turut sama kena cuti.
Walaupun cuti aku tak sama panjang dengan budak sebab kena kerja lima hari tambahan sebelum cuti dan lima hari tambahan sebelum buka sekolah, tapi..
CUTI is cuti.
Waktu untuk berehat.
Waktu untuk menyiapkan apa-apa tuntutan dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, suami, anak, negara dan agama.
Tak boleh diabaikan walaupun cuti ni sepatutnya kita kena rehat.
Terutamanya sekali kalau engko tu cikgu.
Waktu cuti inilah korang nak qada’ tido.
Aku?
Separuh dari hari cuti aku, memang aku peruntukkan untuk tido.
Aku dah cakap awal dengan bini.
Cuti ni, aku nak tido.
Kejut aku waktu solat dan makan aje.
..
…
Bini aku apa lagi, baling remote tv.
Baling lori mainan anak.
Baling bedak talkum yang masih penuh.
Mujur aku sempat mengelak dan berlari ke tandas.
Tapi tak sampai 5 minit, anak dah gegar pintu tandas sebab dia ingat aku main nyorok-nyorok dengan dia.
Huhu.
Work still ON.
Biasanya, waktu cuti camginilah aku buat semula kerja-kerja online aku itu.
Korang pernah baca kan?
Aku selalu sebut dan tulis.
Aku buat kerja TIGA bulan untuk cover kerja online satu tahun.
Aku kerja TIGA bulan full time untuk bagi aku duit sepanjang tahun.
Tapi..
Lah ni, aku kena buat kerja TIGA bulan dalam SATU bulan untuk COVER kerja online setahun aku.
Maksudnya, aku dah terpaksa kerja lagi gila untuk pastikan income tahunan aku tetap berjalan walaupun aku terpaksa bekerja dalam satu bulan sahaja. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni, aku berjaya capai tiga bulan penuh, tapi tahun ini, baru bulan Disember ini aku mula buat kerja.
Tak gila ke tu?
Haha..
Ya.
Gila dan Genius.
Itu masalah orang macam aku.
Orang Jawa kata, takde penyakit, cari penyakit.
Mujur dan syukur.
Aku takde sakit kronik.
Walaupun keturunan aku ramai yang kena kanser dan penyakit jantung.
Tapi, aku still berpotensi untuk dapat semua penyakit itu.
Atas sebab yang sama, aku cukup bersyukur aku jadi cikgu PJ. Suka atau tidak, aku dipaksa untuk bersenam sepanjang tahun dengan ratusan budak-budak ribena kat sekolah. Sekaligus, memaksa aku ada “six pack” dan menjadi idaman ramai gadis-gadis comel dan cikgu-cikgu cantek-lentek di sekolah.
Huh.
Kesimpulan.
Jadi cikgu ni, penat.
Tapi, mana-mana kerja pun kat dunia ini memenatkan.
Tak ada kerja yang tak penat.
Jadi, bersyukurlah sekurangnya aku dan korang semua ada kerja.
Bagi orang lelaki perkasa macam aku, kita semua ada tanggungjawab yang cukup besar.
Laksanakan tanggungjawab itu dengan sebaiknya.
Lindungi ahli keluarga kita.
Lindungi kaum wanita.
Lindungi isteri kita.
Lindungi adik perempuan dan kakak kita.
Lindungi perempuan-perempuan kita.
..
…
Lindungi mereka.
Kalau bukan kita, jantina apa lagi yang nak lindungi mereka?
9,262 total views, 1 views today
Sekali menjadi guru, selama-lamanya adalah guru. Sampai ke mati orang memanggil dengan hormat ‘cikgu’. Sibuk memanjang. Tapi masih ada ruang sebenarnya untuk membuat kerja-kerja lain. Cikgu kan bijak, kenalah bijak membahagikan masa.
Cikgu yang berniaga offline pun masih sempat, yang online pun tentulah lebih lagi. Yang penting, tidak abaikan tugas hakiki.
Ya.
Itu semua memang betul.
Selamat bercuti cikgu. sifu saya ni dari 2008 lagi.
Ya.
Selamat bercuti.
Alhamdulillah..
Cuti Sekolah masa untuk bekerja Bagi golongan Cikgu yang menjadi blogger..
Memang ramai juga golongan Cikgu yang jadi blogger
Ya.
Memang dah ramai.
Syukur.
bukan cikgu je ade efek masa cuti sekolah ni.
Laki cikgu pun dapat tempiasnya..
Pagi-pagi lebih tenang xyah nak serabut kul 6.30 pagi bini dah nak pegi keje..
jalan pergi keja lebih tenang..haha..
Yang tu aku tak tahu.
Haha.
macam2 cerita keluar ye cuti2 sekolah ni
Dah nama pun cuti.
Lagi-lagi kalau cuti sekolah.
dah topup energy nak masuk sekolah ke?
Aku dah masuk sekolah dah.
Haha..
Officially lepas krismas nanti.
Tapi nak kemas bilik PJ dengan basuh khemah.
So, better settle awal.
Haha.
cuti sekolah, terus rasa nak jadi mak yang kerja cikgu sebab boleh cuti sekali anak
sebab situasi sekrg, bila kita kerja anak cuti, mula lah pening mana nak letak anak sepanjang cuti sekolah…hihihihihi
Hehe..
Biasalah tu.
Masalah biasa mak-mak dan bapak-bapak yang bekerja swasta.
Terbaik kena fokus jugak ni tak banyak tapi asalkan ada masuk pun dah syukur
Ya.
Ada hasil sikit, lebih baik dari tak ada langsung.
bagus cikgu ramai ambil peluang cuti untuk cari side income.
Ya.
Itu aje peluang dan masa yang ada.
Gunakan dengan penuh kasih sayang.
betul tu, setengah orang lepak je.
Bagus kalau gunakan kesempatan masa cuti nak manjana income..
Boleh bekerja di rumah….alahai..jelesnya
Ya.
Sila jeles.
insyaallah . pekerjaan sbg seorang guru adalah satu pkerjaan yang mulia
Ya.
Itu memang benar sekali.
Ya rehatlah cikgu. Jadi guru zaman la ni tak macam dulu. Sekarang meja guru pun dah bertimbon kertas dan segala tok nenek file kalah pak menteri. Tu belum sandang jawatan hebat-hebat dekat seklah tak pun ajk surau. Waktu cuti ni kena nikmati habis-habisan dan bermalas-malasan. Esok bila dah naik sekolah baru lah segar nak hadap meeting serba serbi. Time dalam kelas kita suh depa buat keja memasing. Teringat zaman sekolah dulu subjek paling best bila cikgu masuk kelas ialah “Hari ni aktiviti bebas ya murid-murid” hehehe.
Ya.
Rehat dengan penuh kasih sayang.
di Indonesia pun masa cuti sekarang tapi cuma 2 pekan ya ada waktu pula untuk berblog dan lupakan sekejap jadi cikgu ahai free
Ya.
Lupakan sekejap.
Biar penat buat kerja, daripada penat sebab tak ada kerja.
Ya.
Penat itu sudah pasti.
baguslah cuti digunakan sebaiknya untuk menjana income. tak de la melompat sgt bila gomen naikkan minyak.huhu
Ya.
Manfaatkan cuti sebaiknya.
Bab minyak, no komen.
Kalau aku pun, aku akan naikkan harga minyak. Haha..
berbaloi sangat duit tepi tu cikgu, rasanya kalau bini nampak statement tu dia tak baling remote dah lepas ni hahaha
Ya.
Memang berbaloi.
Tapi masalahnya, bini tak selalu nampak statement tu.
Hahahha comel penulisan ni. saya salute cikgu, tapi tak sanggup jadi cikgu. huhuhuhu. Moga Allah rahmati semua cikgu cikgi seantero dunia.
Ya.
Saya memang comel orangnya.
Terbaiklah cikgu. X mengharap sangat dengan gaji bulanan, still buat side income
Ya.
Bolehlah sikit-sikit.
Pernah merasa jadi cikgu sekolah menengah dan sekolah rendah, beza betul keduanya. Zaman sekarang profesion perguruan dah tak macam dulu..apapun profesion ni antara profesion yang sangat mulia, saya respect dengan kalian yang bergelar PENDIDIK.
Semoga terus diberikan kesihatan, kekuatan dan rezeki yang melimpah 🙂
Ya.
Mudah-mudahan, makbul doa dan permintaan itu semua.
Takdelah nak jeles kat cikgu ni tapi kena la jeles tang income affiliate tu huhu
Okeh.
Sila jeles.
penulis blog mmg kena kerja sepanjang masa
Ya.
Tapi dah tak larat dah macam masa muda-muda dulu.
kerja sebagai cikgu memang penat. Saya kena balik meeting di sekolah untuk mesyuarat start 27/12 untuk taklimat sesi baru.
Oklah tu.
Saya mula dah 26 disember nih.
Ni pun, seminggu ada 2-3 kali datang sekolah kemas stor sukan.
Haha..
Bila cuti sekolah kerja blogger kena all out 200% lah kan cikgu? Baru masyuk setiap bulan tu…haha
Ya.
Masa itu je yang ada masa nak all out.
Waktu lain, sibuk kejar budak.
Hari cuti sekolah je tak kejar budak ye. Kejar anak sendiri jer
Wow, banyaknya DUIT Cikgu.
Cikgu orang kaya an ..
Patutlah cikgu ni orang yang dihormati.
Kaya ILMU, Kaya Jiwa, Kaya Harta.
Syukur.
Mudah-mudahan makbul semua yang ko tulis.
Minggu depan dan nak sekolah. Cikgu-cikgu kembali menjadi orang penting dalam mendidik anak bangsa. Keep it up Cikgu!
Ya.
Masih berusaha keras ke arah itu.
Tak lama lagi, sekolah nak bukak semula. Akan kembali semua benda-benda serabut yang sebelum ni dicutikan sepanjang musim cuti sekolah tu.
Ya.
Kembali berserabut macam biasa.
Saya ada 2 saudara juga guru. Adik perempuan masih muda yang ditempatkan di Kuala Nyalau Bintulu dan kakak di Bachok kelantan. So i just know a lil bit bout cikgu stuffs responsibilities and all that during school break. Good luck to all cikgu. You are the best!
Ya.
We try to be the best.
selamat kembali ke sekolah cg .. maka kmbalilah kpd kehidupan asal
Ya.
Kembali ke tugas kesayangan.
hebat! sambil2 jadi cikgu, boleh tampung sikit sebanyak duit poket 🙂
Ya.
Cover mana-mana yang patut.
hmm kadang2 saya rasa gaji cikgu patut dinaikkan lgi
Tu la.
Patut gitu.
Tapi, sekadar rasalah rasanya.
Hoho..
Moga -moga lepas PRU nie bebanan kerja cikgu di kurangkan.
Kesian tau jadi cikgu nie kan..
Mudah-mudahan.
Yang penting, kurangkan beban kerja.
Tak perlu sangat tambah pembantu.
Filing tu kasi kurang la sikit.
Haha