Ya.
Ada kawan aku bertanya satu soalan yang aku rasa macam susah nak jawab.
“Ada tak homestay murah di Dungun?”
..
…
Sepantas kilat aku menjawab.
“ADA. Tapi, kena carilah yang betul-betul sesuai dengan bajet hang.”
Homestay Murah di Dungun?
Tapi, untuk tidak mengecewakan kawan aku itu yang ura-uranya hendak cari homestay dan bawa keluarga melancong ke Dungun sempena cuti sekolah bulan Jun nanti, aku ceritakan salah satu homestay yang aku berkenan dan sesuai dengan bajet orang kita nih.
Homestay tersebut adalah..
Homestay Solehah Dungun.
Atau lebih dikenali sebagai Homestay Solehah Group.
Ini kerana, Homestay Solehah Group ini mempunyai rangkaian homestay yang mempunyai banyak kelebihan berbanding homestay-homestay lain yang ada di Dungun.
Rangkaian Homestay Solehah Dungun
Salah satu sebab aku mencadangkan homestay dungun ini adalah kerana korang mempunyai TIGA(3) pilihan homestay yang boleh korang pilih.
- Homestay Solehah Beach View
- Homestay Solehah II
- Homestay Solehah III
Sila rujuk di website ini untuk memilih Homestay Solehah yang berkenan dihati anda.
Kelebihan Homestay Dungun Murah ini?
- Faktor lokasi yang cukup strategik. Rujuk penerangan dibawah.
- Faktor keselamatan. Semua homestay terletak dikawasan kejiranan keluarga Muslim. Jadi, tak perlu rasa takut sangat dan in-sha Allah, tak ada apa-apa akan berlaku dan mintak dijauhkan.
- Sangat luas. Majoriti rumah ada 4 bilik dan 2 bilik air. Cuma Homestay Solehah Beach View sahaja 3 bilik dan 2 bilik air. Jadi, tak ada masalah kalau nak bawak sampai 15 orang tidur di homestay Solehah Dungun ini. Maksimum boleh masuk 15 orang terutamanya untuk Homestay Solehah II dan Homestay Solehah III. Dan dengarnya, dah ada juga Homestay Solehah IV.
- Kelengkapan asas rumah lengkap. Ada katil, bilik air, dapur dan kelengkapan memasak, kipas, ruang makan dan penghawa dingin dibilik tidur utama (Master Room). Tempat parking pun ada.
- Dengan Rangkaian Lebih 4 Biji Rumah ini, pihak Homestay Solehah Dungun juga biasa menerima tetamu dalam jumlah yang besar. Antara “customer mereka adalah dari syarikat seperti MARA LINER, SHELL, CELCOM Dan IPTA/IPTS.
- Tempatan yang sangat mudah. Hanya perlu call nombor ini – 013-9326751 @ 013-7686751 dan buat bayaran serendah RM50 SAHAJA bagi booking deposit bagi setiap homestay.
- Harga yang murah dan berpatutan. Homestay Solehah Beach View (RM120), manakala Homestay Solehah II dan III (RM180)
Kedudukan dan lokasi yang strategik
- Homestay Solehah II dan III terletak 100 meter dari Pantai Sura
- Homestay Solehah Beach View Hanya 50 Meter Dari Pantai Sura.
- Mayangsari/Ulek Mayang/Hotel UiTM=5-7 Minit
- Masjid/SK SURA/Klinik Kesihatan = 3 Minit
- SM Sains Dungun = 3 Minit
- UiTM = 5 Minit
- Politeknik = 5 Minit
- Bandar Dungun = 5 Minit
- SM Imtiaz Dungun/SM Teknik = 5 Minit
- Kedai Makan, Medan Ikan Bakar, Bank, Stesen Minyak, Kedai Keropok Lekor, dan lain-lain lagi.
Malah, bagi mereka yang hendak bawa rombongan meminang atau berkahwin nanti, boleh bawa bas dan ada tempat parking untuk bas tersebut.
Dan yang paling penting sekali..
Semua homestay dungun murah ini mudah untuk dicari dan dijumpai.
Siap ada papan tanda lagi macam dalam gambar di atas. Tidak pun, tanya sahaja orang Dungun kat sana. Orang Dungun memang peramah belaka dan suka tolong orang. Hehe..
Boleh juga guna aplikasi Waze atau Google Map untuk mencari ketiga-tiga homestay tersebut.
Sesiapa yang guna ada GPS kat kereta tu, boleh ambil dan set koordinat GPS di sini –> Lokasi Homestay Solehah Dungun
Tempahan Homestay Murah di Dungun – Homestay Solehah Dungun
Jika ada yang berminat untuk menempah, boleh rujuk dan hubungi melalui:-
Puan Nor –> 013-9326751 / 013-7686751
Tempahan melalui laman web rasmi – http://www.homestaysolehahdungun.com/
Facebook Homestay Dungun – Homestay Solehah Dungun Murah
Email – homestaysolehah@gmail.com
Nasihat khas – Sila tempah awal. Takut-takut orang lain dah booking tarikh yang kita hendak tu.
19,919 total views, 1 views today
Kalau berjalan tempat orang ni, selain hotel yang selesa. Saya pilih homestay, sebabnya lebih tenang dan menjaga privasi.
Ok dah ada port homestay dah kat dungun nie..kalo homestay kat tempat penyu bertelur ada tak en titan… 😀
Memang kalo terdetik nak gi nganu ni.. boleh toray ni.. haha
Dungun…dah lama tak pergi jalan2 kat pantai dia ni..hehe..homestay baru ni kan?
teringat gewe lamo ko?huhu
ok noted , lain kali kalau ada masa jalan – jalan kedungun ada la tempat nak stay yang boleh dihubungi.
hmm tak pernah sampai sana lagi. ada rezeki smpai dungun, aku refer blk
BAGUS MAKLUMAT NI.. LAIN KALI BOLEH TIDO DI SINI BILA G BERCUTI KAT GANNU…
Dekat sangat dah dengan UiTM tu, boleh la melawat adik kat sana..plannya macam nak ke Ganu juga ni…
boleh tahan harganyaa..homestay pun besar dan cantikk
hari tu sewa satu homestay are seberang takir. best jugak. semuanya lengkap. aircond, astro, pealatan dapur. memang tip top. cuma rm200 satu malam.
Homestay solehah dungun, tempatnya pun selesa. Memang patut di pertimbangkan kalau nak menginap di Dungun
Harga berpatutan. Memang patut pilih honestly murah dungun ini
Harga berpatutan. Memang patut pilih homestay murah dungun ini
Bolehlah singgah bila Mek ila ke Dungun nanti. Setakat ni tak pernah lagi bermalam di Dungun, KT tu selalu juga.
Emm boleh la simpan maklumat dia ni..takut2 ada program kat Dungun…
hmm..lain kali kalau nak stay kat dungun tahu dah nak cari info kat mana. tengkiu tuan.. bookmark sini.
Boleh masuk dalam homestay list. bila nak berjalan senang.
Kalau kawasan kg memang ambil homestay la. Yang ada aircond tu penting. hehe
Boleh tahan murah harga sewa homestay ni.. Boleh jimatkan budget percutian ke Dungun..
menarik nih kalau bawa family bercuti ke Dungun…
harga yang cukup berpatutan…
Wah, bagus betul informer ni, serba lengkap. Nak cari info, search kat sini jer…hehe
maceh2 sebab sharing 🙂
Review terbaik. Homestay Ganu memang best. Makan makan pun sodap. Kena pilih pilih la.
cantik dan kemas je homestaynye..saya tak pernah sampai ke dungun ni..tapi kalau terpaksa pergi memang kene cari homestay sebab takde sedare mare kat sane
Boleh ni kalau bercutii di Dungun. Luas pun luas tengok nya 😀
Owh.. aku balik kampung nanti boleh la try kot. tau tempat ni. hehehe
dah lama tak jalan ke terengganu
kala mahu ke sana yang ini boleh saya note nanti
biasanya org yg duduk homestay ni kalau tour ramai-ramai.:)
Harga, kemudahan dan lokasi pun menarik. Kalau bercuti ke terengganu mungkin boleh dijadikan alternatif untuk tinggal sehari dua..
Homestay ni nampak mewah. Dalamnya pun nampak best. 🙂
terima kasih atas maklumat
lepas ni jalan2 dungun boleh la singgah homestay ni. 🙂
boleh ke suggest kat owner homestay ni supaya masukkan homestay2 dia kat dalam Agoda? orang lebih senang n percaya untuk nak buat booking. 🙂
betul murah jika harganya cuma seperti itu
Terima kasih lah yerr share2 homestay,ada masa boleh bercuti..
Terima kasih lah ye share2 , ada masa boleh pegi bercuti sana..
Kalau bawak family ramai memang akan pilih homestay lagi selesa
baru ku tahu…terima qaseh bro…
dekat dah dengan kampong ambe…huhu
Jauh lah murah homestay berbanding hotel. Dah la besar, 10 orang hingga 15 orang boleh sumbat. Kalau hotel, duduk 3 4 orang dah padat dah.
Kalau Rm120.00/day tu murah dah tu. Yang Rm180.00/day tu sama rate dengan homestay kami, hehe. Tapi pendapat aku kalau kat area dungun ni tak leh mahal sangat, lain la kalau kat bandaraya ke boleh la mahal sikit sebab demand tinggi dan lokasi strategik banyak kemudahan.
Pernah pergi Dungun, memang banyak homestay di Dungun. Selalu penuh kalau ada kenduri besar. Kadangkala sebab student-student masuk Uitm dan sebab ada GP Joran.
Homestay di Dungun banyak kat tepi pantai, so memang syok la pepagi leh jamah udara pantai segar. Kaki pancing macam aku memang carilah homestay dekat dengan laut ni.
Mahu cari bilik sewa untuk 1 mlm. Besok mlm. Budget rm50 ade tak?