Ok, hari itu aku ada cerita tentang Latihan Kardio atau senaman kardio. Jadi, hari ini kita cerita pula tentang senaman lain yang berpotensi untuk bakar lemak korang dengan pantas.
Untuk memastikan pembakaran lemak degil yang berada di bahagian perut, peha dan bawah lengan satu latihan fizikal yang berintensiti tinggi wajib dibuat.
Apakah latihan berintensiti tinggi?
Latihan fizikal ini dibuat dalam keadaan yang tegang dimana heart rate kita boleh mencapai 90% keatas dalam satu masa yang singkat.
Contohnya, latihan berintensiti tinggi boleh dibuat dengan berjogging.
Untuk 10 saat pertama anda perlu berjogging seperti biasa dan selepas itu terus pecut selama 20 saat. 10 saat kemudian anda jog seperti biasa. Ulangi langkah ini selama 8 kali.
Jadi semua ini hanya dilakukan selama 4 minit sahaja.
Percayalah, dengan teknik ini anda sebenarnya telah membakar kalori seperti berjogging selama
1 jam. Dan aku sendiri dah mencubanya. Dan biasanya, dalam 3-4 minit itu..memang korang akan SANGAT PENAT. Nafas tercungap-cungap dan silap hari bulan, leh muntah air. Dan lepas tu aku akan rehat 1 minit dengan berjalan biasa..dan sambung kembali dengan 4 set. Jadi, satu hari bila aku buat latihan berintensiti tinggi ni..aku sebenarnya dah dapat 5 jam punya latihan.
Latihan berintensiti lain yang korang boleh cuba adalah Latihan Fartlek. (Search kat Google. Nanti korang tahu apa kejadahnya latihan Fartlek ni. Memang berkesan.
Namun begitu, jika anda ada penyakit seperti darah tinggi, kencing manis ataupun penyakit jantung anda sesekali TIDAK dibenarkan melakukan aktiviti fizikal berintensiti tinggi ini. Bukan tak boleh, kurang sesuai. Sebab senaman berintensiti tinggi ni memang memerlukan badan yang kuat dan mental yang tak terkalah.
- Hafiz Wasa adalah salah seorang Weight Loss Trainer yang aku boleh percaya.
- B.Pharm (Hons). USM
- Ebook Bakar Lemak Pantas yang ditulis oleh Hafiz Wasa merupakan satu-satunya ebook yang ditulis berdasarkan pengalaman dan kajian yang dijalankan oleh beliau sendiri ke atas dirinya sendiri. Dan ianya juga salah satu ebook yang mementingkan senaman yang mampu membakar lemak dengan pantas dan pengurusan pemakanan yang sesuai. Jadi, gi download, baca dan amalkan kalau korang nak kurus. Khusus untuk makcik-makcik dan bini-bini dirumah yang dah gemuk tu.
** Tapi kalau tak mampu, rendahkan tahap intensiti korang. Kalau 90% tak boleh, try cuba 80% atau paling rendah terus ke 50%. Biasanya memang aku bermula dengan 50% dan aku naikkan tahap intensiti ke 70-80%. Nak buat 90% leh muntah air dibuatnya..
7,120 total views, 2 views today
aku pun petang-petang pegi gym tapi tu lah kan motivasi kena tinggi supaya maintain dan istiqamah 😀
hahahah.. biasanya takut sehari 2 je.. pastu tak larat nk buat.. 🙄
Setakat ni tak pernah lagi buat senaman berintensi tingi ni..
menarik juga untuk dicuba..tetapi saya mahu pastikan bersedia dahulu takut muntah air nanti
patutlah badan lu kotak²..hehe
Badan dia kotak2? Hebat tu? bentuk segiempat tepat ke?
boleh ar titan masuk kelab blogger 6 pax.. tanya abg ensem
betulla tu..kena dptkan ebook ni
Pernah juga lakukan larian ni masa muda2 dulu..biasanya lepas waktu subuh..masuk kerja badan segar..masalah pembuangan air besar pun lancar ajer..tapi sejak kawin ni rasa mood nak joging tu dah kelaut..
masa untuk mengkotakkan perut yang bulat…
pecut 20saat tu macam lari pecut 100m kot…memang mencabar tapi pasti berbaloi.
Senaman banyak jenis,kalau rajin bersenam ,memang gempak la
Haa yg ni aku maleh nak follow.dlu yg hang bg tips minum air suam setiap kali nak minum tu mmg aku ikutt and berkesan..skeg sah jadi habit lak
Aku bakar lemak dengan pumpin jer,tu pun separuh mati psal aku ne obese.Apa pun thanks ya..
alamak, dah lama tak senaman ni, risao la jugak..
Bersenam dengan isteri lagi seronok daripada bersenam sendirian..hahaha
hahahaha.. bab ni aku setuju.. tp titan belum kawen kot… rugi!!!
aku ni joging dlm keadaan normal pon dah pancit, inikan pula nak buat set mcm tu.. mencabar tuuu!