Bila ada kawan perempuan satu pejabat yang tiba-tiba bertanyakan soalan sebegini rupa, rasa segan pula sebenarnya nak cerita lebih-lebih. Tapi memandangkan mata si kawan ini penuh dengan cahaya-cahaya keinsafan dan mahukan pertolongan dengan segera.
Aku rasa aku kena tolong. Bantu apa yang patut.
Tak kiralah orang gemuk tu lelaki atau perempuan.
Jadi, kepada awak-awak tu..
SILA baca artikel ini untuk perkongsian bersama.
Macam mana nak bakar lemak dibahagian perut?
Beberapa fakta tidak rasmi yang tidak ramai orang tahu tentang Lemak dibahagian perut (Belly Fat):
- Percayakah korang bahawa makanan pagi korang menentukan belly fat korang makin bertambah atau berkurang.
- Yes! tiada siapa suka belly-fat. Tapi kita suka sangat kepada makanan dan minuman yang ‘membina’ belly-fat.
- Tahukah korang, apabila kita bersenam untuk membakar kalori TAK SEMUA lemak disetiap bahagian akan digunakan.
- Terutama lemak belly-fat. Lemak belly-fat ini kita panggil lemak degil..
- Sebab itulah aku terima banyak pertanyaan, kenapa susah sangat nak hilangkan belly-fat. Even lemak pada kawasan lain pun dah berkurang. Tapi tang kat perut aje tak nampak HENSEM sikit.
- Lemak pada kawasan belly ini memiliki kepadatan alpha-2 adrenoreceptors. Ia bermakna kawasan ini kurang menerima aliran darah daripada sistem peredaran darah sistemik. Senang cakap, perut ni kurang bersenamlah. Haha..
- Apabila ini terjadi proses lipolysis dan ‘fat oxidation’ akan berkurang pada kawasan berkenaan dan KITA AKAN JADI DEBAB dengan penuh kasih sayang tanpa disuruh.
Jadi,bagaimana nak aktifkan pembakaran lemak pada kawasan berkenaan?
Tak banyak jawapan untuk persoalan ini.
Pergilah tanya budak-budak “Sport Sains” atau mana-mana pakar pemakanan sekalipun.
Tak banyak jawapan yang sangat membantu.
Tetapi ramai rakan saya yang mencadangkan HIIT. Iaitu latihan berintensiti tinggi.
Secara ringkasnya, HIIT ini melibatkan larian pecutan. Menggunakan tenaga korang semaksimum mungkin.
Senang cakap..
Buat Latihan Fartlek.
Contohnya, korang berjalan atau slow jog 20 saat kemudian anda pecut 10 saat. Ulang 8 kali. Atau korang juga boleh
slow jog 10saat dan pecut 20 saat.
Buat ikut kemampuan dan tahap intensiti masing-masing. Setiap orang ada tahap intensiti yang berbeza. Jangan paksa diri sangat. Tetapi, siapa yang mampu buat latihan Fartletk yang berintensiti tinggi, memang boleh kurus dengan cepat disamping jaga pemakanan dengan baik.
Bagi aku, slow jog atau cara berjogging yang biasa anda lakukan itu tidak memadai untuk kuruskan badan. Apatah lagi dan bakar lemak dibahagian perut. Bukan tak bagus. Slow jog bagus untuk membina “FITNESS” dan jaga pernafasan kita. Badan lebih sihat, seluruh badan bergerak. Tetapi, kalau betul nak kuruskan mana-mana bahagian pada badan, buatlah latihan Fartlek. Disamping senaman-senaman yang lain. Latihan Squat juga antara salah satu cara yang berkesan juga. Bukan sahaja boleh kempiskan bahagian perut. Bahagian peha dan punggung yang DEBAB itu pun boleh kurus juga.
Punggung dan peha tu kasi aktif sikit.
Selalunya, aku lakukan latihan ini 2 kali seminggu. Aku buat dalam 20 minit – 30 minit dalam satu sesi. Bila buat benda ni dengan intensiti yang tinggi. Biasanya aku akan rehat dalam 2-3 hari. Sebab masa ni memang ada banyak benda yang koyak. Jadi, kena “recover” balik. Masa terlibat dengan training badminton dulu, latihan fartletk ni salah satu rejim latihan yang saya wajib lakukan. Kita boleh latih ketangkasan, kelajuan, fitness dan segala macam benda lagi apabila melakukan senaman berintensiti tinggi.
Amaran, kalau tengah demam atau selsema. Jangan mengada nak buat latihan berintensiti tinggi. Itu bawa penyakit namanya. Kalau sakit, dok rumah elok-elok. Makan ubat, makan cukup dan berehat.
Lepas dah biasa dengan latihan Fartlek. Boleh teruskan dengan latihan bebanan untuk step yang seterusnya. Berenang juga merupakan salah satu aktiviti yang cukup cepat membakar lemak. Kalau nampak ada laut depan mata, terjun terus dan berenanglah selama 10 minit.
Tetapi, kadang kala, kita memang kena PAKSA diri kalau nak hilangkan Belly Fat ni.
Lagi-lagi kalau benar-benar BERIMPIAN mahu kurus.
Jadi, kalau ko debab dan ko juga buncit dalam masa yang sama..
Baca lebih banyak tips dari Teknik Bakar Lemak Hafiz Wasa.
Dia dulu debab dan buncit gak. Tapi dah kurus sekarang. Dia salah seorang yang sudah berjaya menguruskan badan dan membina badan ke satu tahap yang sangat mengagumkan. Dan lebih gemilang lagi, beliau juga orang farmasi dan memiliki B.Pharm (Hons) USM. Jadi, nasihat orang yang faham tentang isu kurus gemuk ni kita kena ambil tahu sikit. Sebab memang dah makanan ruji beliau.
Hoho..
Ps: Nak kurus, takdelah susah sangat dari sudut teori. TAPI, nak kurus dengan cepat..memang bukan satu benda yang mudah. Bukan semua orang perempuan jenis rajin bersenam. Bila dah gemuk, barulah terfikir nak kuruskan badan. Yang penting, jaga makan dan rajin bersenam. Itu sahaja. Tak lebih dan tak kurang.
19,673 total views, 2 views today
ada satu lagi, bangun pagi jangan terus mandi. Ambil masa dlm 5 minit buat sit up. Tak payah banyak. 20 kali je cukup. Insyaallah, nanti timbul 6 pack pada perut. Tapi dgn syarat buat secara konsisten la. Hehe
Masalahnya..diorang nak buat sit up pun malas.
Tu kekadang rasa malas aje nak nasihatkan orang lain.
Salah satu cara hendak membuat lemak dan dapatkan six packs. 🙂
saya dah buat,, tp lepas 3 hari,, berhenti seminggu ahha – kedaionlinemy.com
hoho…kalau tak exercise..mmg takkan hilang boroi2 itu
nasib bek perut kita slim..hehehe
lemahnye high intensity exeecise.
dulu masa kat universiti ada terbaca satu buku..
katanya air paip yg dimasak juga puncanya..
mineral halus yg kita minum boleh tersangkut dalam salur darah dan kemudian ia membuatkan lemak tersangkut pada salur darah..
Bab partikel halus ni, tak leh nak komen.
Sebab tak tahu.
Senang cakap, nak kurus ni..kena jaga 2 benda. Jaga makan, jaga senaman.
Baba diet takda terangkan bro? Diet ni pun benda yang terpenting sekali dan ditambah dengan senaman yang ko terangkan ni. Confirm boleh buang itu lemak degil. Kalau makan tah apa-apa, jangan harap la nak dapat badan cantik. Dah buat semua ni jangan la nak benda cepat dapat hasil. Memang ambik masa kot.
Jaga pemakanan aje.
Ikut aje mana-mana diet yang sesuai dengan badan. Sebab aku pun makan nasi hari-hari. Makan ikut suka hati aku. Cuma aku pastikan metabolisme aku tinggi setiap hari.
Jadi, lemak degil tu takdelah melekat sangat. Haha..
Makan jangan terlampau kenyang.
Senamapan cukup.
Itu dah lebih dari cukup. Janji BMI cantek.
Yap, bab masa tu penting. Takde orang leh kurus dalam satu hari.
Emmm dah lama tak buat larian pecut tu…sekarang dah tak ada stamina ha…
Takpe.
Stamina malam-malam kena jaga gak. Haha
huhhhh..Bab tu…memang stamina lebih sokmo..hok alohhhh 😈
sangat suka baca entri pasal kekurusan ni,, tapi bab nak buat tu susah sikit,, sekarang baru nak start balik,, lama dah tak buat pecut ni,, kena tambah dalam rutin harian la nampaknya,, terima kasih cikgu 🙂
Kena rajin bersenam.
Sebba kita ni memang rajin makan. hehe
yg saya amalkan..jaga pemakanan..make sure seimbang,klu dah rasa tepu sgt lemak tu amik la supplement utk bantu bakar lemak yg dah lama bertapa kat perut tu..:) pakai bengkung masa dalam pantang, exercise sket(coz x rajin sgt..hehe)..Kalau konsistent Insyaa Allah nampak kesannye..
Kalau rajin, exercise la.
Bagus untuk fitness badan kita.
dapat 6 pack pun ok nih. Teringat member saya sblm, ada org kata perut dia ” satu bumi “.
Wahh..
satu bumi. hebat tu.
Nasib baik aku memang dah duduk dalam kategori slim..tapi takde la 6 packs tu..haha
Hehe..
hang takpe. Kena makan banyak sikit.
arghh..bro buat aku semakin kacau dengan cerita pasal perut ni
kenapa plak dengan perut hang?
kena banyak bergerak kalau nak kurus.. tak leh harap guna peralatan je
Haa..
betul tu. Tau takpe. hehe 😆
Ok…besok pagi makcik2 kawasan ni akan berkumpul dan memulakan latihan seperti diatas…(semangat lepas baca entry ni…besok pagi lain cite, tgok keadaan..hehehe)
Tak nampak pun hari ini.
Gi jogging kat mana ni???
Kawe suka simpan lemak ni. best bawa jalan ke mana-mana
HEeh..meh ambil sikit lemak makcik-makcik dan pakcik-pakcik nih..
boleh ambil lecithin dan omega 3 utk membantu juga di samping senaman abdomen.cer tgk jillian michaels 30 day shred di utube…:-)
Kena banyak bersenam ni
selau senggol dengan mr mop heeee tapi liat juga erk..hi….
Eksesais memang penting, kalau sekadar diet sahaja boleh kurus sahaja tapi takde la 6 ketul tu..
lepas buat jog macam tu boleh takdiselang seli dengan makan besar.
Hahaha status boss selalu ajak ngeteh
ada yang kata rajin buat 6up boleh bakar lemak di perut,tapi tu la displin kena tinggi.mcm saya ni buat taksampai semnggu dah berhnti haha
Kena usaha kecilkan perut dah ni.
Dah nampak tanda-tanda keboroian yang agak abadi dah ni.
Masalah…..hehehe
Jawapan mudah sebenarnya, makan sebijik kurma je setiap kali santap. Habis la lemak tu dibakar sebab takde makanan dalam perut..hehe
😎 buat seat up jelah
huhu…nak gemuk adala…
dah cukup kurus hihi…
pakai bengkong ketat2 ni .. baru dia kempis .. hehe
Saya ada terjumpa video di youtube oleh bar risan, diorang ni bergayut je keja. Sado-sado pulak tu badan. Mungkin boleh dipraktikkan untuk memembakar lemak dibahagian perut. hehehe.