Haha..
Aku ada masalah beb.
Tapi aku rasa masalah ni aku kena cerita dengan korang.
Maklumlah, sebagai seorang lelaki yang baru “naik pangkat” menjadi seorang abah ni, aku memang fail sikit bab-bab nak jaga bayi nih.
Aku ada banyak masalah berkomunikasi dengan bayi.
Bila aku suruh tidur, budak tu galak ajak bercerita dengan aku.
Bila aku bercerita tentang Sang Kancil dengan kura-kura, budak tu boleh pulak tertidur.
Dan setakat tukar pampers PET PET tu, aku nak kata tahap master tu, tak adalah kan? Tapi sekurang-kurangnya, boleh lakukannya dalam tempoh tak sampai 5 minit. Dengan kaki yang kuat menendang sekarang walaupun tak terasa pun sakitnya tuh disinih, tapi menukar lampin atau pampers ni tidak menjadi satu kesukaran bagi aku walaupun waktu itu jam menunjukkan pukul 3.50 pagi.
Yang aku PENING sejak beberapa hari lepas..
–> camana nak kasi hilang SEDU bayi ni..
Aku ada gak baca kat blog orang lain. Bini aku pun ada gak beritahu, buat gini-gini dan memacam lagi.
Sampai aku tertanya gak kat facebook. Kot-kot ada mak bapak yang sanggup berkongsi tips atau petua atau cara nak hilangkan sedu bayi yang tak sampai sebulan pun lagi nih..
Inilah hasilnya.
8 cara nak hilangkan SEDU bayi
Semua cara ini lebih kepada “remedy” atau petua orang-orang lama nak hilangkan sedu bayi. Doktor pun kata benda ni normal. Tapi kalau kes sampai sedu setiap masa dan berlarutan setiap hari tanpa henti..mana-mana doktor pun takut tengok. Kompem depa suruh hantaq gi hospital untuk buat “full checkup”. Manalah tahu, ada masalah benda lain pulak, kan?
- Bubuh tisu basah kat ubun-ubun
- Gigit sikit lampin anak pakai gigi. Lepas tu tampal kat dahi. Yang ni aku kurang yakin sikit. Haha..
- Suruh bayi meyusu lagi atau kasi air lebih siki. –> Mungkin kurang air.
- Sendawakan bayi selepas menyusu. Angin banyak. Sebab tu sedu.
- Ambil kertas kecil, basahkan dan letak kat dahi.
- Ambil daun sirih, koyak sikit, gigit bagi basah dan letak kat ubun-ubun bayi.
- Ambil surat khabar, kasi basah dan tepek kat dahi dan ubun budak
- Suruh budak tu telan air liur sendiri.
Haha..
Tips no.8 tu, aku sendiri punya tips.
Sebab bila aku sedu, memang aku telan air liur sendiri. Itu cara paling pantas. Tidak pun, minum air bebanyak.
Bila aku suruh anak aku telan air liur sendiri, dia buat muka comel aje. Geram aku dibuatnya. Nak je geget pipi mungil dia tuh. Nak aje cubit tangan comel dia tu..
Tapi, ini kes budak kecil yang tak boleh nak berfikir macam aku fikir.
Walaupun nama anak aku tu bermaksud “GENIUS, Β itu tak bermakna dia tahu apa yang aku cakap tu.
Celah mana dia tahu nak telan air liur sendiri. kan?
Dia tahu nanges, nak netek, nak berak, nak kencing dan nak kita belai dia.
Yang lain, satu pun tak tahu.
Apapun, sesiapa yang ada masalah yang sama dengan bayi masing-masing, boleh cuba amalkan petua tu.
SATU tips pun aku tak jumpa kat google. Semuanya dok cerita LAPAN tips yang aku kongsikan tu.
Oleh sebab semuanya menjadi, jadi bolehlah kata berkesan.
Dari sudut signtifik atau pengiraan algebra, aku tak tahu kenapa bayi boleh berhenti sedu bila kita letak benda basah kat dahi atau ubun-ubun dia.
Ada tak yang boleh jelaskan pad aku kenapa kejadian atau proses ANEH itu boleh berlaku?
Dan biasanya, benda SEDU ni, dia boleh berhenti sendiri. Itu tanda bayi nak membesar konon-kononnya. Tapi, sebagai bapak yang cetek ilmu rumah tangga ni, memang aku pelik dan risau jugak mula-mula.
Bila tanya mak, dia kata benda biasa. Mak mertua pun kata benda biasa. Kalau tak pernah sedu, itu lagi bahaya. Kalau tak boleh sendawa, itu lagi boleh bawa bencana, kang tersedak atau tercekik susu, dah jadi satu benda plak. Kalau tak boleh kencing dan berak, itu memang sedih besar.
Alhamdulillah, anak laki aku ni semua benda dia boleh buat. Berak tu memang 5-6 kali sehari dengan cemerlang.
So, aku kena ambil tahu la jugak benda-benda ni walaupun semacam remeh-temeh. Tapi benda-benda remeh macam inilah orang kita selalu terlepas pandang. Bila malang dah berbau, terpaksalah kita bau sama-sama.
Kesimpulan
Sedu itu normal.
Baik untuk bayi kecil atau orang dewasa macam kita.
Kalau sedu, telan air liur sampai sedu tu hilang.
Kalau tidak, korang leh tepek gak daun sireh kat kepala masing-masing.
Haha..
..
…
Ps: Dapatkan pendapatan sampingan RM300-RM500 sebulan dengan Jobdirumah –> Daftar Jobdirumah
40,209 total views, 2 views today
sedu tu memang normal tapi kesian lah dekat baby sebab penat .. ye lah baby lagi kita pun kadang-kadang sedu dah mengeluh inikan pulak baby .. tapi saya selalu pakai cara no 1 tu .. basahkan tisu sikit dan letak kat ubun2 ..
Masa kecik dulu anak saya sedu memang saya bagi dia sendawa..belum pernah try lagi buh tisu basah tempek kat ubun-ubun tu…hihi
Ok lah tu bro.. tak kena kuning kan?
anak aku lama kuningnya
Kita ni pun penat kalau kena sedu, apa lagi bayi. Huhu..
Petua letak cebisan kain tu saya tak boleh terima… Sebab tiada penjelasan yang sepatutnya.
Tapi ikut je lah… Gambar anak-anak semua ada cebisan kain putih atas dahi tu.
Tips nombor satu berkesan untuk mengatasi masalah sedu bayi.
normal tu.tip satu tu selalu buat
no 2 tu macam pelik lah pulak..hehehe
tapi bab basahkan tisu atau kertas n letak dekat dahi..saya pun selalu buat gak π
hihihihi…tapi kesian kan kalau baby tersedu2…dah lah comel!
dah ada baby, so buat entry baby la.. haha
selalu petua mak , letak apa-apa je kat kepala tu, kertas ke, daun ke. ingatkan mak aku je, rupanya seantero dunia guna tips ni.hehe
sedu kalu tak silap nak bagi kuat dia punya dada tu. tapi kalu lama sangat takut penat kita pakai tips no. 1 (tips paling popular)
Aku pun nak tanya soalan yang sama jugak, kena ubun-ubun?!
Memang selalu letak tisu lembap tu kat dahi baby. Setakat ni dengan 3 orang anak ni berkesan. baru tahu rupenya banyak lagi petua lain.
Welcome to parenthood journey!
Selalunya saya susukan semula, then tiarapkan baby atas peha. Perutnya atas peha kita betul-betul sambil urut-urut belakang baby sampai dia burp.
Hehehe…tertingal keretapi sudah…tahniah ye dah naik pangkat. Alhamdulillah semua selamat.
Saya kalau anak tersedu, memang taruk tisu basah jer kat dahi baby tu.
Sendu memang biasa tapi kalau terlalu kerap dan hampir setiap hari, memang risau gak tuh. Inshaa Allah takde apa-apa π
Satu lagi cara ialah kena letakkan baby dalam posisi menegak beberapa minit. Ataupun, baringkan straight dan gosok dia pelan-pelan. Dalam 5 minit berhenti lah sedu tu.
Kita yang dewasa pula, senang je. Tarik nafas dalam-dalam dan tahan. Hembuskan lepas seketika.
info yang cukup berguna untuk mak ayah dan bakal mak ayah sekalian… terima kasih banyak2..
Huhu…rindukan nak buat menda ni semua..sekarang anak pun dah pandai minum air bila sedu ni..tunggu anak ketiga la pulak baru leh buat macam ni balik..hehe
Selalu biar je baby sedu. Hehehe baby nak besar.
yang penting, lepas susu make sure try sendawakan baby. Usap2 belakang baby dengan lemah lembut ye. π
Kalau sy lak..kesian tgok bby sedu..masokkan jari yg bersih kdlm mulut bby godekkan lelangit bby…
Aku baru sedu tdi. Bila aku telan air liur banyak2 dah hilang sedu
Aku bila baby sedu aku letak je tisu basah kat dahi baby tu.
Sye slalu wt yg tip 3 n 4…heeheheh berkesan!..
Petua basahkan kertas or tisu mungkin berkesan, tp perlu juga kita tunggu masa untuk sedu tu hilang. Petua no3 paling mujarab. Tak smpai 30saat pun sedu hilang.