Ya.
Dalam nak seminggu kita berpuasa ni, ada satu kali aku dan bini aku pegi ke pasar ramadan. Itupun, versi mini punya. Nak kata pasar ramadan yang besaq punya tu, tak layak sangat lagi. Tapi, bolehlah jumpa beberapa hidangan yang menarik hati.
Kalau cerita bab air, aku tak nafikan.
Semua nampak sedap kat mata. Sampai kat tekak, syukur..masih sedap. Bab air, aku tak nafikan. Memang jarang aku nak komplen atau bising bab air nih. Depa guna gula ke, stevia ke, air nira ke apa..janji manis tu ada. Letak ais, rasa gula tu kurang sikit. Tapi manis tu tetap dihati.
Tapi..
baru hari pertama aku gi pasar ramadan ni, beli nasi ayam.
Sekali, nasi keras kaw.
Special betul nasi ayam kali nih. Sangat memberi cabaran untuk gigi dan tekak aku.
Tak boleh jadi nih, kena tumpaskan juga nasi ayam nih..
Aku ambil air sup. Rasa sup, okeh sikit. Ada rasa masin. Bau sayur masih ada. Aku tuang semua kat nasi ayam tu dengan harapan nasi tu boleh ditelan dengan penuh harapan kerana gigi-gigi aku semua tak menahan nak hancur nasi-nasi keras yang bukan keras lebih dari biasa..
..
…
Boleh telan.
Tapi tak habis sebab ada sesetengah perkara, bila dah sampai satu tahap, kita tak boleh jugak nak “GO”
Ayam dia cukup masak. Tapi kicap takde. Ada sos, tapi kekadang aku tak faham kenapa orang yang jual nasi ayam ni tak nak serius betul-betul buat nasi ayam diorang jadi sedap. Kicap tak berapa sedap. Sambal cili tak berapa nak pedas. Sedap jauh sekali. Tak cukup cili sambalnya.
Nasi tak berapa nak wangi macam bau ayam. Timun tak reti ke nak hirus cantek sikit.
Ya.
Aku tahu, bulan puasa ni tak elok cerita bab tak best pasal makanan.
Lagi-lagi bab rezeki ikat tepi nih.
Tapi, beb..aku tahu kenapa 2-3 hari ini aku “survey”, kedai nasi ayam yang jual kat pasar ramadan tu takde seorang pun SENTUH nasi ayam tu sepanjang aku aku dok kat situ. Boleh kira berapa orang aje yang membeli. Yang jenguk memang ramai, tapi majoriti blah lepas tu. Tak tahu kenapa..
So..
Dari satu sudut, memang bulan ramadan ni Allah campakkan banyak rezeki pada kita. Semua orang in-sha Allah ada bahagian masing-masing. Sama ada kita nampak atau tak nampak sahaja.
Tapi..
bila kita dah jadi penjual, lebih-lebih lagi melibatkan makanan..lebih-lebih lagi bila makanan tu akan jadi darah daging orang lain. Fikirlah elok-elok..bila masak tu, aku tahu korang berpuasa..takde orang nak jadi tukang rasa. So, gi cari budak-budak yang tak puasa sekitar taman korang. Upah 2-3 orang untuk jadi tukang rasa. Atau cari budak-budak perempuan yang “period” dia dah sampai. Gilir-gilir tetiap minggu. Suruh diorang jadi tukang rasa makanan yang korang masak tu.
Jangan malas beb.
Jangan bagi alasan sebab ko berpuasa, ko tak boleh rasa makanan yang ko jual tu sedap atau tidak.
Kalau macam tu, LEBIH baik jangan jual.
Itu lebih afdal.
Sebab ko tak tahu NILAI kualiti makanan atau minuman yang ko jual.
Sebab ko mungkin akan menyebabkan ramai orang kutuk dan membenci korang tanpa korang tahu.
Sebab ko juga menyebabkan orang lain mungkin jatuh sakit tanpa kita sedari semata-mata keuntungan yang cukup kecil.
..
…
Nasihat aku..
Pertama sekali, ko kena insaf.
Buat solat taubat dan berjanji takkan ulangi lagi.
Rezeki Ramadan ni ikat tepi ke, ikat tengah ke, ikatan buku sila ke hape sekalipun..
Berpada-padalah..
Jaga kualiti dan jaga adab ketika berjualan.
Yang membeli pun, berpada juga.
Aku tahu, ramai yang gila membazir.
Tapi, kawal sikit agar jangan terlampau membazir. Nanti takde sape nak makan sebab kucing dan anjing pun dah tak larat nak telan semua nasi ayam dan mee goreng tuh.
Korang buat-buat lupa ke bila surat khabar atau tv bagitahu setiap kali bulan ramadan, kita membazir jutaan ringgit dan ribuan kilogram makanan yang tak habis dimakan?
..
…
Lagi 20 minit nak berbuka.
Selamat berbuka semua.
13,449 total views, 1 views today
Itu yang kekadang rasa buat sendiri lagi baik tapi kalau tak sempat kena ke Bazaar Ramadhan juga.
Ya.
Itu lebih baik.
Sekali-sekala pergi pasar ramadan, takde salahnya.
wuiih apaan ituh, bikin ngiler aja
Bulan puasa ni kalau buat sendiri lagi best…suasana puasa tu ada…teringat masa puasa dulu bakar akok sdiri…huhu…best!
lama gak tak makan kuih akok weh.
haha..
elakkan membazir pada bulan Ramadhan.. beli makanan dekat bazar Ramadhan berpada2.. membazir tu kan amalan syaitan..
Ya.
Beli apa yang patut aje.
Jangan semua nak beli.
hang dah sampai mana survey bazzar ramadan.
Ada la dekat-dekat sini aje.
Haha..
tak pegi lagi bazar tahun ni. sebab dah banyak kali kena beli lauk tak sedap 🙁
Ya.
terpaksa lebih berhati-hati memilih lepas ini.
Dulu sebelum ada baby kecik, 2/3 kali je beli makanan kat bazar. Sanggup susah2 masak lepas balik kerja sbb tau puas hati dgn masakan sendiri. Skg ni..kadang2 terpaksa hadap juga. Kalau sedap..syukur. Kalau tak sedap, sabar aje la yg mampu..
Ya.
masak sendiri lagi puas hati.
Saya setuju dengan tuan,
Bukan kata bulan Ramadhan, bulan-bulan lain pun kalau kita jual makanan pada orang, janganlah buat tak tentu hala.
Jangan rasa rugi masak betul-betul Kalau nak jual kat orang. Kita jujur Allah tambah rezeki kita.
Kalau tak ok, orang sumpah seranah kita. Depa rasa tertipu. Bukankah orang ditipu tu termasuk orang yang dizalimi.
Dan bukankah doa orang yang kena zalim ni takde hijab di sisi Allah? Kalau 50 orang beli makanan yang kita jual, kebanyakannya sumpah seranah kita, buatnya Allah makbulkan doa, tak ke naya.
Ya.
Diorang tak penah takut langsung kot dengan Allah.
inagtkan rezeki affiliate ikat tepi tadi hehe
Yang tu pun ada la sana sini sikit.
Alhamdulillah.
Selalu saya beli air dan kuih je kat pasar ramadhan.. huhu
Yap.
Aku pun gitu.
Cuma hari tu terkenan nak try nasi ayam tuh aje.
Sekali terkena plak.
yang tidak bersungguh jaga kualiti makanan yang dijual ni, biasanya mereka yang hanya berniaga bulan Ramadan sahaja. Sebelum ni tidak pernah berniaga pun..
Mungkin juga.
Harapnya diorang ambil ikhtibar benda nih dan tak ulangi lagi.
Bulan ramadhan begini harus pandai pandai dalam belanja makanan, jangan sampai tergolong kepada org yang berlebih atau mubazir 🙂
fail btul peniaga macam tuu..
Memang ramai yang fail.
Sabar ajelah jawabnya.
Bulan Ramadan ramai yang cari duit lebih untuk perbelanjaan sambutan Hari Raya nanti.
Ya.
Semua dok rajin mencari duit lebih.
Hoho..
Kalau pegi bazaar suka cari kueh sebab tak berapa rajin nak buat, huhu.
Orang sekarang memang tak berapa rajin nak buat kueh.
Hehe..
Kalu dulu memang ikut sedap mata memandang..sekarang ni nak ke bazar pun..memang dah aim gerai yang nak p..asbab ni lah…tak pasal-pasal bekurang pahala puasa nanti..ngeee
Ya.
Sekarang kena pandai aim la jawabnya.
saya kalau nak beli makanan kat pasar ramadahan, saya beli dekat peniaga yang dah lama meniaga, bukan peniaga yang baru tumbuh.
Saya tertarik dengan gambar last tue.. Teringat baru2 nie ke Pasar Ramadhan, aim nak beli air & kuih sahaja.. Tiba2 dengar iklan si penjual ayam percik, “Ayam percik, ayam percik, beli 1 RM3, beli 2 RM5.. Free Buluh, Free Kuah..”
Terbeli ayam percik sebab terpikat dgn tagline nya, “Free Buluh” tue, hihi.. Benda yg orang lain tak terfikir nak hi-lite kot.. Kreatif! Tapi, Alhamdulillah nasib baik memang sedap betul ayam percik nya..
ayat iklan mesti unik.
baru orang suka beli.
Biasa la tu kan.. Susah nak jumpa yang betul2 puas hati.. Haha..
Teringat pickup line dalam Utube..
Kenapa mesti ikat tepi? Kenapa tidak ikatan yang sah.. Hahaha
Itu pickup line menda?
tak faham aku.
perkongsian yang menarik…teruskan update
Dah beberapa kali ‘terkena’ beli makanan / minuman kat bazar Ramadan. Sesetengah peniaga tu apa yang dia jual memang mengecewakan. Terkena sekali, aku maafkan je. Cuba beli lagi sekali, try menu lain pulak kot² sedap, tapi hasilnya kureng jugak. Hampeh.. Sabar jela. Mungkin ujian untuk kita jugak.
Oleh sebab taknak rasa kecewa lagi, sekarang beli makanan dgn orang yang sama je, yang dah tentu makanan dia jual tu sedap. Makan benda sama pun takpe asalkan dapat buka puasa, perut kenyang dan makanan kena dengan selera tekak.
masalahnya..aku bukan kenal orang kat sini lagi.
haha..
masa lapar semuanya nampak sedap.. terpulang pada kita aje nak beli ke tak..
Ya.
Kena lebih berhati-hati lepas ini.
Harga mknn bertambah mahal, tapi kualiti x setaraf dgn harga – so better masak sendiri. Lgpun pergi bazaar pun buat penat – mn nak cari parking, bersesak dgn org ramai, jem, dll.
Setuju.
Better masak sendiri.
Lebih jimat dan lebih sedap.
Selalu kecewa bila ke bazaar ramadhan. Dah terbayang rupa makanan yang indah. Sampai kat bazaar, terus potong selera. Makan kurma & air sejuk pun lagi baik.
Ya.
Tamar dan air kopi ngam.
Kalau kurma, jangan. Kang ada kurma daging, kurma ayam, kurma kambing.
Penat tu nak makan semua.
selalu jadi macam tu laa kalo tak nasib baik. hilang selera jadinya. nasib baik dapat yang okay takdak hal laa…
Syukurla dapat yang okay dan sedap.
tahniah beb.
sedap pulak aku tengok sate tu
Memang sedap la rasanya.
sebab dah masuk perut.
Ada belambak-lambak rezeki yang halal atas dunia ni.
Jangan pilih rezeki yang haram
betul kaw keras ni kalau tak takkan boleh siap satu artikel pasal nasi ayam ‘spesel’ nih
haha..
nasi ayam pun boleh jadi modal maa..
Orang kata bila lapar ni segala benda sedap. Tapi kalau lapar makan masih tak sedap, memang tak sedap sungguh la
ya itu yang buat aku kurang sangat beli dekat baazar..nampak bukan main sedap..sampai kat tekak..no komen.
nampak sedap sekali tuh … nyamnyam
sedak sekali nampaknya. bolek nak coba buat…
Nampak sedap kali tuh..