Ya.
Merujuk kepada kes budak sekolah mati sebab kena hempap dengan tiang gol hoki yang berkarat tu.
Aku tak ada apa nak komen sangat.
SEBAB..
..
…
Benda dah jadi.
Budak tu tak boleh nak hidup semula.
Dan kita kena bersangka baik dan terima seadanya apa yang telah terjadi serta berharap tidak berulangnya lagi kejadian seperti itu lagi.
Walaupun kita sebagai guru-guru Pendidikan Jasmani ni dah JENUH nasihat dan tegur budak-budak agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika melakukan aktiviti di padang atau kawasan latihan, tetapi benda macam ni tetap juga terjadi.
Kalau nak cari salah, memang salah tu akan “KENA” pada guru PJ tersebut.
Then, tempias akan kena pada GPK Koko dan juga Guru Besar.
Dan akan jadi viral ke semua guru PJK, GPK Koko dan Guru Besar sekolah-sekolah lain yang ada kat Malaysia nih..
Paling teruk, Menteri Pendidikan Negeri dan Menteri Pendidikan kita pun akan kena hentam juga.
Semua bos-bos besaq pun akan kena.
Sapu rata habis semua.
Sebab itu tanggungjawab dia. Memang itu salah satu tugas diorang.
Tapi, korang kena faham.
Dari satu sudut, tiang gol yang berkarat tu, bukan senang nak diuruskan. Sebagai guru PJK atau setiausaha sukan atau ketua panitia PJK, kita tidak boleh sesuka hati membuang harta sekolah, nak lupus pun bukan boleh bakaq atau buang gitu aje. Kang kena audit, tak tahu benda tu kat mana, dah satu hal pulak nak menjawab nanti..
Ya, tiang gol hatta kecil atau besar, berkarat atau berlubang..kami tak ada “HAK” nak buang atau jual tiang tersebut. Hal ini sama ada diselenggara atau dijaga dengan baik sama ada dengan membaik pulih tiang gol tersebut, mengecatnya atau menyimpannya di satu tempat yang selamat agar budak-budak sekolah tak boleh sentuh tiang itu.
Jadi, silapnya mungkin tiang itu tidak disimpan ditempat yang sepatutnya atau masih digunakan dalam sesi latihan memandangkan itu aje tiang yang ada. Nak guna kon atau skital, tak praktikal pulak.
“Feel” nak sumbat gol pun tak ada.
So, nak tak nak mungkin tiang itu masih digunakan.
Tapi salah tetap salah. Barang atau peralatan sukan yang tak sesuai digunakan, memang tidak boleh digunakan dalam mana-mana sesi latihan dan harus diselenggara atau disimpan dengan baik. MESTI disimpan dengan baik walaupun tidak digunakan selagi tidak dilupuskan.
Dan hal nak lupuskan, bukan satu kerja yang mudah. Nak simpan pun, kekadang takde tempat yang sesuai. So, kat atas atau tepi padang tu jugaklah yang sesuai. Sekurangnya, benda tu senang nampak. Tapi itulah..benda yang senang nampak ni lah kekadang kita tak nampak..
TUGAS Setiausaha sukan dan Ketua Panitia PJK
Sebab itu..
aku sebagai setiausaha sukan sekolah dan ketua panitia PJK juga merangkap penjaga bilik-bilik khas seperti stor sukan dan stor PJ ni, memang PEGANG TUGAS yang sangat berat. Kekadang, tugas ni ditanggung oleh dua cikgu yang berbeza. Tapi, bagi sekolah kecik, biasanya sorang cikgu aje. Dialah Setiausaha sukan, dia jugaklah cikgu PJ dari tahun 1 hingga 6, dia jugaklah kem komandan, dia jugaklah Ketua Panitia PJK. Sebab dia aje major dalam hal tu dan memang kami belajar cara-cara nak handle tugas ni masa kat maktab dulu.
Suka atau tak suka, memang kita orang yang sahaja yang LAYAK pegang jawatan ni atas lesen kita orang ada pengkhususan atau major dalam Pendidikan Jasmani atau Sains Sukan. Cikgu lain, tak layak pegang melainkan atas lantikan guru besar atau pihak pentadbiran sekolah.
Biasanya begitu.
Skop kerja kita orang terlalu luas.
Bukan takat dalam bilik darjah aje.
Padang yang luas tu, aku kena jaga.
Tiap-tiap tahun kena jaga dan tiap-tiap tahun kena garis padang dengan minyak kereta terpakai. Nak upah orang, memang sekolah takde duitlah.
Net-net badminton, bola jaring, takraw, ping pong, bola tampar..semua kena jaga. Setiap satu sukan ada dua net. KO bayangkan berapa banyak sukan punya net aku kena jaga satu-satu?
Itu tak campur, segala jenis bola. Dari bola getah yang kecik, bola tenis, bola squash hitam yang mahal tapi selalu hilang entah ke mana, bola ping pong yang selalu kena rendam dengan air panas, shuttle yang dah lusuh bulunya dan bola sepak yang dah benjol sana-sini. Kena basuh dan lap selalu. Kalau tak, nanti mudah lusah kulit bolanya. Itu tak campur nak kena pam selalu dalam 4-5 bulan sekali.
Itu ko tak kira pundi kacang yang kacangnya selalunya hilang. Jenuh nak kutip satu-satu kacang tu bila bekas pundi tu dipecahkan oleh budak-budak tahun satu yang tak berapa nak faham yang pundi kacang tu, kacangnya tak boleh nak dimakan..
Gelung rotan atau gelung plastik. Benda ni pun selalu jahanam gak. Kekadang, boleh patah dan boleh “lose” dia punya grip. Nak sambung, aku kena berkorban solatape dan staple gun punya ubat agar boleh diguna pakai lagi. Nak beli gelung rotan ni, takde orang beli seketul-seketul. Biasanya kita beli ikut set dan bila beli ikut set, harga dia takde harga pisang goreng.
Faham?
Benda-benda yang nampak macam poyo ni, harga dia mahal.
Tak murah.
Itu tak campur barang-barang untuk ujian SEGAK yang setiap satu barangnya harganya paling murah pun berpuluh ringgit. Ada satu bangku naik turun tu, harganya dekat 3 ratus. Mana nak cekau duit tetiap tahun kalau peruntukan untuk barang PJ tak sampai RM1 ribu setahun?
Kon dan skital.
Ini antara banyak barang yang kekadang terpaksa dilupuskan sebab bila dah patah kena pijak dengan budak sebab kalah dalam aktiviti yang dijalankan, aku nak baiki pun pun dah hilang arah.
Tak faham juga kekadang.
Sampai aku naik pelik sebab kon-kon dan skital selalu berkurangan setiap tahun.
Aku dulu, selalu gak kalah masa main dalam aktiviti PJ. Tapi takde la sampai nak jahanamkan kon sekolah tuh. Ingat harga sebiji kon tu murah ke beb? Paling murah pun dekat RM15 seketul. Itupun jenama paling murah.
“Asal kalah, kon aku tu juga ko nak pijak. Ko apa pasal, hah?”
..
…
Raket badminton.
Antara benda paling RARE ada kat sekolah. Sekolah mana yang ada 40 set raket badminton dan dalam kondisi yang baik, adalah sekolah yang hebat dan juga mempunyai cikgu-cikgu PJ yang pandai menjaga raket diorang. Masa aku datang sekolah ni, ada dalam 25 raket aje yang elok. Lagi beberapa raket, cover dia dah entah ke mana, tali dia barai, ada yang dah terputus tali raketnya..shuttle..memang nazak sikit. Tapi syukur, ada 3 tabung baru ehsan dari bapak budak dan bolehlah jadi bekalan sepanjang tahun ni..
Raket ni, paling murah pun harganya RM15. Tapi memang tak sedap main. Untuk tahap budak-budak sekolah, bolehlah sebab diorang pun bukan pandai sangat main. Semua dok ajak lawan dengan aku tapi bila “serve” aje bulu tangkis, semua batal.
“Macam mana ko nak wakil sekolah macam ni, hah?”
Syukur sukan badminton bukan jadi salah satu sukan target kat sekolah aku. Kalau tak, memang jenuh aku nak melatih diorang sebab bebudak ni memang skill diorang memang hancur. Diorang pandai baling bola dan sepak bola aje. Sebab itu, tiga sukan yang popular kat sekolah aku adalah bola sepak, bola jaring dan bola baling. Tetiap tahun hantaq wakil. Tapi bola jaring je sampai peringkat kebangsaan. Yang lain hancuq belaka.
Khemah.
Barang ini selalu guna masa kem sukan atau kem koko. Tak pun, untuk subjek Pendidikan Jasmani untuk topik “Orienteering”. Aku selalu gak la guna dan biasanya aku guna masa hujung tahun. Masa ni, budak dah ada otak sikit. Bab khemah, memang kena jaga sebab khemah paling murah pun harganya dekat RM200 ke atas.
Korang jangan nak dok kata kat kedai boleh dapat harga murah. Ya, memang leh dapat murah. Bawah RM100 pun ada. Tapi kualiti kena jaga. Barang sekolah memang korang takkan dapat harga murah dan supplier pun takkan bagi barang kualiti cikai punya. Depa bagi barang cikai, aku pelangkung diorang. Barang PJ mesti kualiti bagus. Satu untuk tahan lama dan boleh digunakan untuk jangka masa panjang. Dua, keselesaan untuk digunakan.
Barang murah, korang hingat..budak-budak sekolah tu nak ke GUNA?
Bila barang mahal, budak-budak ni tahu juga nak menjaga. Benda mahal, kalau depa rosakkan, memang aku cari mak bapak diorang suruh ganti.
“Siapa suruh anak ko jahanamkan harta sekolah, beb?”
Segala jenis gelanggang aku kena jaga dan selenggara. Tak boleh ada sebiji PAKU tekan pun ada kat gelanggang tu. Kalau kat padang tu, kekadang memang diluar jangka. Kekadang memang entah macam mana boleh ada paku berkarat atau kaca tajam kat padang tu.
Sampai aku sendiri dok dongak langit kekadang kot-kot boleh nampak ada benda ke jatuh dari langit sebab banyak benda pelik boleh jumpa kat padang sekolah termasuklah uncang teh lipton.
..
…
“Siapalah dok minum teh lipton tak hajak aku nih..”
Kesimpulan.
Ya.
Aku tahu, ramai kata kerja jadi cikgu sekolah ni nampak cam mudah. Balik kerja awal. Petang-petang leh gi gym tambahkan otot atau buat bisnes MLM. Paling jahat pun, boleh habiskan masa dengan anak-anak kat shopping kompleks ataupun belajar memasak kat channel AFC 703.
Aku tak nafikan.
Ada sesetengah cikgu, kalau masih takde jawatan besaq-besaq atau pegang jawatan biasa-biasa, kerja diorang memang tak banyak. Lebih kepada mengajar. Memang aku sendiri rasa kerja diorang tak banyak sebab aku ni memang kerja aku melampau banyak. Jawatan bersepah-sepah.
Tapi itu yang orang tak nampak. Aku rasa even cikgu yang pegang jawatan biasa-biasa pun, beban kerja kat sekolah memang menggila beb. Itu belum masuk cerita jumlah fail yang kena handle. Jangan sampai aku senaraikan satu demi satu. Sebab sampai kerja ko basuh bontot anak orang lain pun, kita orang kena buat jugak. Itu tak masuk kena jadi hakim untuk tentukan kenapa anak ko terajang anak orang lain, walhal anak jiran selang 2 kelas yang satu lagi tu yang sebenarnya yang curi pemadam anak ko.
Ya.
Sebab pemadam ketot tu pun boleh bertarajang anak orang.
Boleh bercakaran.
Tak pasal-pasal, mak pak datang sekolah dok tanya kenapa pipi anak dia kena cakar.
Bab kerja sekolah, toksah cakaplah berapa ramai yang tak buat. Dengan berjuta alasan, penatlah, balik kampunglah, tolong mak jaga adiklah, tolong mak masaklah, basuh bajulah..hapelah..
Kamon, aku pun dulu balik kampung, aku pun kena jaga adik, aku pun tolong mak aku kopek ikan bilis kat dapur, kerja sekolah aku siap jugak weh..
Nak dijadikan cerita yang lebih menarik, bila call mak bapak..depa kat anak diorang kata takde kerja sekolah. Tak pasal-pasal aku kena tipu siang-siang.
Demm..
Tu satu cerita, lom cerita lain lagi..
Ko boleh bayangkan betapa geramnya aku nak menampar anak orang bila dia cuba tipu ko sedangkan aku sendiri nampak dia tumbuk anak orang lain tapi tiba-tiba tak nak mengaku dan boleh plak buat cerita dan tuduh budak kelas sebelah yang punya angkara?
Itu tak campur lagi bergaduh sebab kes budak perempuan ni tak nak berkawan dengan budak perempuan ni sebab kawannya tu gelakkan dia sebab pakai tudung senget 20 darjah.
Itu belum lagi dok cerita gaduh tarik rambut sebab rebut boyfriend. Walhal, si lelaki tu tak tahu pulak dia ada DUA girl friend yang mengaku sebagai boyfriendnya.
Korang boleh bayangkan tak wehh?
..
…
What?
So, please.
Hormat kerjaya guru dan juga kerjaya orang lain.
Jangan suruh aku dan kawan aku berhenti kerja dan join bisnes MLM atau jadi agen takaful sebab bisnes tu nampak lebih mudah dan lebih menguntungkan.
Dan bila ada kes kematian dekat sekolah melibatkan murid-murid, semuanya salahkan GURU.
Kamon.
Kat sekolah, ada dua golongan majoriti.
Guru dan murid.
Tak semua kesalahan harus jatuh ke bahu guru.
TAPI, dunia hari ini, depa tak kira.
Apa jadi kat sekolah, tu semua GURU punya angkara.
Guru yang tak pandai mengajar, guru yang tak pandai jaga anak murid.
..
…
Cukuplah.
Kalau korang ada masa untuk salahkan guru, meh tolong aku hari Sabtu ni pergi garis padang untuk sukan sekolah aku.
Cikgu laki sekolah aku dah la 4-5 orang aje. Dan tak semua orang ada masa yang sesuai. Ada yang balik kampung, ada yang sibuk. Kang, aku sengsorang menggaris padang kat sekolah tengah hari buta tu plak..
So, kalau korang ada masa nak salahkan guru atau pandang rendah kerja guru..aku cabar korang pergi sekolah anak-anak korang dan offer diri untuk garis padang ke, cat dinding sekolah ke, hias kelas anak korang ke, tolong kutip paku atau buang duri semalu kat padang sekolah ke, tukang bancuh air anak masa sukan sekolah ke, tukang baiki meja yang dah berlubang kat bilik kemahiran hidup ke..
Itu aje.
Do something.
Don’t ask for perfect thing.
We are not the ONLY SUPER HERO.
We are human being.
Bond to make mistake and keep make mistake everyday.
14,679 total views, 3 views today
Kadang2 aku duk tgk je orang komen yang kondem2 cikgu pasal tu…hmm…lebih baik senyap…
Ya.
lebih baik diam. Itu lebih baik.
Betul tu. Saya pun sokong bro.
Gua setuju,
Pi lah kat sekolah rasa apa yang cikgu rasa, jgn duk komplen sana-sini. Semua benda nak salahkan cikgu.
Skop kerja cikgu manyak luas ma….tukang jaga pagar pun cikgu, hantar bdk pi hospital pun cikgu, bwk bdk p kem pun cikgu, tukang garis padang pun cikgu….byk lg kalau gua nak senaraikan….haha…
Ya.
Kalau nak disenarai, memang banyak la.
Semua benda cikgu kena buat. Kasihan juga.
Ntah kan? Semua nak salahkan Cikgu. Anak perangai macam p*****t tak nak ngaku. Haish memacam lagi kalau nak disebut. Sabaq aje la kita…
Saya join MLM tapi tak ikut pun Meeting Lewat Malam. Biaq pilah… hehe
Biasalah tu.
apa-apa hal, mesti ada orang yang akan disalahkan.
Eh, yang ni dah komen rupanya. Hihi…
Yurp… Bila ada msalah jer yg melibatkan pelajar sekolah, pasti akan jadi isu besar… huhuhu
Ya.
Jadi, memang kena banyak bersabar la jawabnya.
kasihan kat cikgu bila jadi kes macam ni. Padahal cikgu banyak dah kena buat itu dan ini.
gua igt lg masa skolah rendah dlu,excited gile bila cikgu pj gua suh satu kelas bersihkan stor sukan..ahaha..bijaknya cikgu gua..dh clear baru die susun dan check mana elok mana tak.segala khazanah dpt tgk masa tu tah hape hape
Rajin plak hang pi kemas stor sukan eh.
haha..
manakan sama cikgu dulu dengan sekarang, cikgu dulu dihormati cikgu sekarang semua nak tuding jari…
Ya.
Memang takkan sama.
Sebab kita hidup dalam timeline yang berbeza.
orang ingat tugas cikgu cuma mengajar jer. skop tugas cikgu sekarang dah banyak dan macam-macam.. nak jadi cikgu sekarang kena kuat.
Ya.
Cikgu sekarang memang kena kuat serba-serbi.
caiyok2 cikgu PJ
tahniah kerana mmbuka mata pembaca tntg peranan penting sorg guru PJ yg nampak mcm mudah tapi… ahaa…
Ya.
Ramai orang ingat kerja cikgu ni mudah aje.
Mudah la sangat. Haha..
Meh turun sat tolong apa yaang patut naa..
Erggghh..gua pernah gak jd cikgu..
Pening kpala pikir hal pljr ni..
Haha..
Biasalah tu kalau pening kepala.
orang orang yg sabar je boleh jad cikgu.. nak2 kalau mengajar budak sekolah rendah
Cikgu kerja berat nampak mudah. Aku kalau tak teringin jadi cikgu jg tapi apakan daya inteview xlepas. Huhu
Cuba lagi la tahun ni.
Haha.
Banyak betul tanggungjawab seorang cikgu ni. Ada ke patut nak disuruh berenti pulak and tukar profesion
Ada.
Ramai yang suruh aku tukar profesion.
Sabar ajela jawabnya.
benda yang dah jadi…nak buat macam mana lagi selain berikthiar supaya jangan berlaku lagi..
Ya.
Kena ikhtiar agar kejadian yang sama tak berulang lagi.
Apa nama benda segitiga yang dok gantung kat pagar sekolah time hari sukan sekolah?kat mana boleh beli benda tu?
benda segitiga?
apa tuh?
bendera ke?
Bangunan sekolah canggih tapi banyak barang di dalamnya sudah boleh dilupus. Tetapi terpaksa juga guna. Ya lah, bukan kita punya bukan boleh buang sesuka hati.
nak lupus barang kerajaan ni banyak prosedur..
apatah lagi kalau tiang gol tu..
mau setahun tak selesai2 cikgu PJ nak lupuskan
Ya.
Terpaksa guna juga kadang kala.
Dah takde bendanya kann..
Kadang-kadang nak jadi super hero, kena sanggup berkorban. Salah satunya terpaksa menanggung beban kesalahan orang. Tahu benda itu boleh mendatangkan bahaya, tapi terpaksa terus diguna kerana hanya itu yang ada.
Bab terpaksa tanggung beban kesalahan orang lain, itu memang aku tak sanggup.
Tang ni, memang aku fight.
selalunya kes nila setitik rosak susu sebelanga. yang buat tu tak rasa apa, yang baik-baik ni la yng banyak terkesan..bercakap dari pengalaman pernah mengajar
Itu la.
kesian kat susu.
Habis rosak.
Inilah… nak cakap pun malas bab ni.. isteri kerja mengajar Budak tadika pun, dah nampak ketensionannya.. dapat suami x sabar, boleh cetus perang dunia.. itu belum masuk hari cuti yang kena siapkan kerja sekolah.. paling tragis, bila ada anak diorang yg bersalah, isteri yang dipersalahkan..
laa..
isteri ko ngajar budak tadika ker?
baru aku tahu ni.
Boleh pulak dia buat2 baru tahu.. ish2…
Adoi, kat atas tu dah macam serius, bila baca part luahan hati cikgu pjk bila barang2 rosak terkikik ketawa CN tau. Ye, bukan mudah menjadi seorang cikgu. Semuanya atas bahu dia, redha jela
Ketawa plak.
Kita serius ni tau.
Memang sukar nak menjadi seorang guru, penat lelah mendidik hanya terbayar bila anak murid menghormati dan mengenang jasa mereka
Selamat maju jaya cikgu PJ 🙂
Tak sukar nak jadi guru.
Nak jalankan tanggungjawab pun mudah aje.
Cuma terbeban dengan kerja-kerja yang “bukan” dalam skop sahaja.
Betul tu.. jangan senang2 menyalahkan orang lain.
keje masing-masing ada kepayahan yang kita tak tau..
selamat maju jaya cikgu..
Teh Lipton tu mungkin orang naik kapalterbang tu.. lepas minum dia campak dari tingkap..
tu yg turun kat padang tu..
hahahah
Agaknya la kot.
Rajin plak dia minum lipton masa bawa kapal terbang eh.
benda dah jadi…mcm bro kata lah nak komen pun x de guna dah…kesian gak kat cikgu tu kena hentam…
SAbaq ajela jawabnya.
budak bukan sorang kat sekolah tu.
hmm susah bab camni..xleh nak salah cikgu semata2..kena pandang dari pelbagai sudut..keyboard warrior ramai sgt..sbb tu jadi caamtu..rs diri baik or perfect sampai kutuk org lain pun tak ingat dunia dah..
Ya.
Memang selalu susah bab nih.
Sabar jela.. btw, comel sangat gambar ironman tu.. ahaha
Ya.
Kiut miut aje.
Tapi lagi comel anak aku.
paling respek nampak cikgu. tugas bukan mengajar je. dari tugas kebersihan sampailah kesihatan, semua dia buat.
Ya.
Semua kena buat maa.
Kesian plak tengok budak kalau selekeh semacam atau terberak dalam seluar.
Waa….tak sangka teruk jg kerja cikgu PJ & Kesihatan ni rupanya, ye… Byk risiko perlu ditangani, byk benda perlu difikir.
Yap.
Teruk gak la.
Tapi masih mampu lagi setakat nih.
benda dah nak jadi. cikgu-cikgu pj kena la perati padang selamat ke tak sebelum nak bersukan.
Ya.
Memang setiap kali ada aktiviti, itu yang cikgu PJ akan buat biasanya.
Kekadang, malang tak pernah bagi alamat.
sebenarnya… walaupun cikgu mengajar murid-murid… tapi at the same time (cheeewah…) cikgu juga belajar dari mereka…
belajar apa?
macam-macam boleh…
main COC ka..
cara buat ayat “power” ka… dll
Haha..
main COC la plak.
Tak dinafikan jadi guru zaman sekarang lebih banyak cabaran berbanding guru zaman dulu.
Dengan bebanan tugas, dengan stress mengadap perangai pelajar, dan terkini, nak mengadap karenah mak bapak.
Saya sebelum bertukar bidang sebagai perawat Islam, pernah sekejap jadi guru, tu pun bukan guru sekolah kebangsaan, sekolah agama rakyat je, dah macam2 kerenah nak hadap.
Apa pun, encik Titan kena jadi hero dalam berhadapan dengan segala dugaan bergelar guru..:)
Penat nak jadi hero nih.
kena makan nasi lemak selalu dulu.
kita semua adalah hero dalam ruang lingkup kita, tak gitu cikgu
Ya.
Cuma ramai aje yang tak berapa nak sedaq.
menjadi pahlawan bagi diri sendiri, bagi keluarga, bagi teman. Menjadi pahlawan tak harus menggunakan kostum layaknya superhero marvel.
Ya.
Itu sangat banar.
tak sangka begitu dia punya sistem..ingat senang je mintak tu ini untuk sekolah keluarkan..
Tak semudah itu maa.
Haha.
Kerana kes macam ni disekolah, pihak JKKP/DOSH telah menerapkan budaya OSH in School (keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sekolah) untuk mencegah perkara ini berulang lagi..harap cikgu2 yg diberi penerangan OSH boleh alert dgn hazard terdapat disekolah..
Cikgu always alert maa.
Tapi benda libat hal manusia ni, memang susah mahu cakap.
Terbaik penerangan en Titan, padat lengkap sendat terbaik. Kerja cikgu bukan senang hargailah cikgu anda….
Ada part senang.
Ada part tak berapa nak senang.
Biasalah tu.
tak sampai hati dengar luahan cikgu2 tentang semua yang betapa masyarakat sekarang nampak tak hargai sangat pengorbanan cikgu selama ini.
Tak semua.
Tapi boleh tahan ramai gak la yang tak menghargai kerja cikgu nih.
Dah biasa dah sampai satu tahap.
Bro titan… bila aku baca coretan ko kali nie… memang aku nak baca sampai habis…
Boleh buat buku novel bro… part-time..🙅