Huh.
Nampak gaya lebih sebulan aku tak update blog ini.
Antara rekod-rekod cemerlang aku tak menulis artikel sejak aku menulis dari tahun 2001 dulu.
Memang jarang aku tak update dalam sebulan terutamanya kat blog-blog aku yang aktif melainkan blog-blog itu memang aku dah anggap sebagai blog yang dah boleh berdiri atas kaki sendiri.
Blog ni, bukan blog berdiri atas kaki sendiri walaupun hakikatnya blog ni memang dah jana income secara automatik kepada aku walaupun sebulan tak menulis apa-apa.
Ya.
Tak banyak.
Tapi, it did.
Okeh.
Lupakan tentang hasil, income, sales dan duit.
Benda tu semua bukan masuk kubur pun.
Hari ini nak cerita tentang anak aku.
Yang dulunya memang debab sebijik macam Super Collosal Big Fat Boss Baby tu.
Tapi, sejak dia tahu apa itu nasi, sejak dia tahu apa itu nuget dan daging, sejak dia tahu apa itu sayur dan buah.
He’s start to choose.
Choosing what he want to eat.
Dan..
Itu agak memeningkan kepala bini aku.
Aku?
Aku tak pening.
Sebab aku dulu pun makan apa yang aku nak makan.
Hasilnya, aku tetap hensem, gagah perkasa dan genius.
So, mak-mak tak perlu risau jika anak korang tak nak makan sayur, tak nak makan nasi atau memilih makanan.
Itu normal.
Sel-sel dalam otak budak-budak kecik ni dah mula bergabung.
So, it will happen naturally.
Sama ada kita suka atau tidak.
Dalam sebulan lebih ni memang banyak perubahan berlaku dalam hidup aku.
Maklumlah, sejak mak anak aku ni dah mula macam-macam. Dah mula mual sana, muntah sini.
Dia punya perangai pun dah macam perangai budak.
Manja bukan main.
Malas pun boleh tahan jugak.
Mengidam plak, syukur tak mintak lobster stim halia atau ikan jerung panggang cicah sambal hijau.
Tapi, itulah bini.
Anugerah dan hadiah yang paling luar biasa Allah bagi kat suami.
Penuh dengan ragam-ragam yang pelbagai tanpa boleh diduga.
Emosi dia kekadang boleh naik sampai baling bantal busuk.
Atau kekadang boleh manja sampai kita naik pelik.
Oleh sebab itu, selama beberapa bulan yang akan datang ni, aku dan anak aku terpaksalah bersiap sedia mengharungi masam dan manis rumah tangga. Semoga tak ada apa yang tak best berlaku sepanjang tempoh “berpantang” nih.
Haa..
Itulah itu sebabnya.
Mengapa aku malas benar nak menulis sekarang nih.
Sibuk.
Sibuk dengan bini.
Sibuk dengan anak yang berangan nak jadi macam baby boss tuh.
Nak cerita panjang, aku memang banyak nak cerita. Lagi-lagi cerita JDT kalah dengan Selangor. Untuk tahun ini, JDT tak pernah menang lagi dengan Selangor. Semoga rekod ini diteruskan dalam saingan Piala Malaysia nanti.
Itu belum campur cerita netizen facebook yang meroyan setiap hari.
Ada sahaja sifu tipu sifu.
Ada sahaja cerita anak murid kena kelengtong dengan tok guru.
Ada sahaja kisah sifu itu cakap kosong sembang bertingkat-tingkat.
Bila kena tegur, mulalah melenting.
Haa..
Walaupun aku tak online sangat, tapi benda-benda macam ni tetap sampai ke telinga aku. Aku tak cari pun, ada aje yang dok bercerita. Maklumlah, benda tak baik memang orang akan jaja. Benda baik, kita simpan aje dalam hati.
Kan?
Kesimpulan.
Makin kita tua, kita akan penat.
Aku dah tua.
Dah tak segagah dulu.
Nak menulis artikel pun, ikut mood.
Itupun, kekadang kalau menulis pun, pendahuluan pasal duit, isi pasal anak, kemuncak pasal bola, penutup plak cerita pasal sifu scam sifu.
Huh..
Nak mengutuk pun, fikir banyak kali sebab orang zaman sekarang ni semuanya hati bawang. Tak sentuh lagi kulit, dah menangis macam iblis kena buang dari syurga.
Huh.
Hapepon, tak salah kita memasang impian untuk mengejar cita-cita dan matlamat kita.
Itu lebih baik dari dok scam orang lain buat seminar atau nipu orang kata ada PHD.
..
…
Oklah.
Aku takde mood.
Sebab masih penat merempit dari tempat kerja.
..
…
Johny Johny,
Yes, Papa?
Eating Sugar
No, Papa!
Telling Lies
No, Papa!
Open Your Mouth
Ha Ha Ha!
14,045 total views, 5 views today
Betul lama ya hang tak updated, tapi sale mesti Ada.
Ya.
Syukur.
Masih ada sales.
cerita menarik..
sebagai peminat blog ini sejak 2013 ..
memang rasa kehilangan apabila bro lama tak update blog..
blog bro lejen dalam penghasilan duit online
Ya.
Aku tahu aku lejen.
Ayat ni makan dalam..haha
“Itu lebih baik dari dok scam orang lain buat seminar atau nipu orang kata ada PHD”
1. Tahniah
2. JDT Tetap dihati
3. Nasib baik saya buka sifu
Sekian haha
rahsia akhir zaman nie kot bro…PHD cari makan agaknya…takde rasa apa ker? Sama-sama doa kembali ke pangkal jalan…ameen
Ya.
Jangan scam orang lemah.
Oh lagi satu, anak saya tiap malam nak tengok boss baby..haha..
Rajin plak dia tengok cite tu eh.
Bila tengok gambar budam debab tu memang teringat boss baby. Infact memang anak kecik yang ada kat rumah tu dah macam bos.
Deep “makin tua makin penat”
Tapi story en titan tetap menghiburkan!
Ya.
Aku tau ko terhibur.
Betul.. Kejar la impian selagi mampu. Yang penting impian halal,jujur dan tak scam.
Sekarang ni memang banyak scam MLM, produk kecantikan la.. Semua berlumba-lumba nak jadi kaya tapi silap gaya boleh merana.
Huhu
Ya.
kene lebih berhati-hati.
dr hamid pesan jika nak otak tajam kena selalu juga membaca dan menulis. blog ni medium terbaik. cikgu kena continue ok
membaca tuh yang malas sikit.. hehe… tulis ada rajinlah sikit
hahah susahla gitu. baca benda dalam fb pun ok dah. hahah
biaslah tu bro..tu nikmat ada anak kecil hehe
Ya.
Itu nikmat yang ramai orang tidak rindukan.
Maksudnya. Anak no dua akan datang. Tahniah titan.
Mudah-mudahan dipermudahkan.
Tahniah222.. Bakal bertambah ahli keluarga.
Layan kan aje wife yang hormon tak stabil tu.
Penat ooo emosi fluctuate masa pregnant. Huhuuu..
yA.
kENA Layan.
Emosi memang leh bertukar dalam sekelip mata.
Waahhh, bakal terima ahli baru nanti… tahniah 🙂
Ntah-ntah simptom-simptom mak mengandung dah jangkit kat bapak tak?…heheh
Tak jangkit.
Susah nak jangkit.
Laju hang kejar aku.. tahniah
Belum cukup laju.
Haha.
Ni mesti sibuk sangat ni jarang update sekarang
Yap.
Sesangat sibuk.
En titan sudah berada dalam kelas tersendiri… 🙂
Apa jek tak dapat..nama? sehingga hari ini org kenal dah pon..buat duit online? MUSTAHIL aje kalo sekupang pn tak dalam dalam tempoh berkabung (update) blog ini… rupa? kerjaya? family? Semuanya sudah diatur dengan baik sehingga hari ini…alhamdulillah
Selangor kalahkan JDT dapat bernafas sket bro…kalo bleh kita mau PKNP pon kalahkan JDT…sebab apa? sebab kita nak sama-sama NAIK – pinjam ayat ajib citer kl gengster – Bola malaysia naik, ada laa nama BAIK sket MALAYSIA nie.. 😛
p/s: Alhamdulillah rezeki tambah satu lagi nampaknya… terbaik bro!
Ya.
Gua memang baik.
Bila blog sudah ada nama, tidak update sebulan pun trafik mencanak masuk. Sebab tu sales berjalan je..
Bukan sebab nama. Nama susah nak buat sales.
Ada banyak sebab lain.
ehehe jerung panggang.. Win! alhamdulillah.. bakal ada orang baru. Ni masanya nak layan bini memanja..opss:)
Tetiap hari layan manja tau.
Wah bakal tambah umat ye, semoga sihat selalu lah bini tu ye.
Tempoh berpantang ni kena banyak sabar
Ya.
Kena banyak sabar.
Agaknya, satu hari nanti, aku pun akan rasa “penat” macam yang ko rasa sekarang ni. Sindrom tu dah mula kelihatan.
Ya.
Sindrom tu akan tiba.
hahahaha~ sampai part johnny johnny, tetiba ternyanyi sama..
Memang ramai yang nyanyi bersama-sama nih.
lebih kurang aku juga le..lama juga tak update blog.ahaha
Mana lebih kurang.
Hang memang malas punya. Haha
Tahniah bakal tambah ahli baru… Harap2 jangan bapak pulak yang mengidam atau mabuk lebih, kesian makyong, hehe..
Memang tengah mabuk dan ngidam macam-macam ni.
Senasib la kita bro , tapi kadang-kadang tu sempat juga update blog
Untungla sempat update blog.
berapa orang anak dah bro? yang pasal tipu orang pasal PHD..macam pernah dengar tapi di mana ya?
Ada di facebook.
Baca disana.
at least ada masih teringat kat blog bro.hehe..
Ya.
At least.
Hebat budak John tu, dia boleh sorok gula dalam napkin, siap bapak dia tak perasan.
Anak aku duk ulang-ulang tengok video klip dia dalam youtube.
Anak ko tengah belajar skill curi gula tu.
siapa John tu bro. Aku tak faham lah. saja nak komen. Anak minat yang ni. Carton movie ni ada ke. Kalau ada penuh panggung.
Movie takde.
Diorang buat video untuk lagu budak-budak kecik aje.
Anak aku pun suka juga dengar lagu ni.. Eating sugar no papa..itu yang susah nak tinggakan tu, kalau tidak badan abang dah sadoo mcm zul ariffin, confirm ramai awekks follow gua…heh.heh.
Apa kaitan dengan abang sado plak haa..
walaupun lama xupdate blog , jumlah org yang komen kat post hang , menimbun gak.
haha.
Cuba share sikit bro , blog ni secara average berapa income sebulan ? Nak acah2 buit duit dari blog gak ni.
Minumum RM500.
Maximum, malas nak cerita.
Haha.
Fuh , super awesome.
Satu blog dah minimum RM 500. Lepas dah untuk bayar duit kereta bulan2.
Ya.
Memang lepas.
Aku ingat salah masuk blog mat salih tadi, sebab tajuk dia semenjak dua menjak ni, tajuk orang putih. Anyway gua ucapkan selamat berpantang bro…heh..heh..
Ya.
Berpantang lagi la kali nih.
memang geram je tengok citer Baby Boss nie…banyak2 bersabar
Ya.
Sila banyak-banyak bersabar.
It is so cute. 😍
Ya.
Saya memang cute.
perasan sangat ni. hahaha
Skali skala rehat is ok what…. Anyway, bersabar & sayangi bini – ni masa yg sgt special, blh jadi crita utk anak cucu.
Ya.
Sangat special.
Legend nih. Minta tips bro hihi
Ya.
Saya memang legend.
Anak aku pun dah memandai memilih nak makan apa.. pening woo
Takpe.
Yang pening tu bini ko.
Ko rilek aje suda.
banyak la ko nak rilek..
Naluri seorang bapa.
Tahniah nak dapat kedua dah.
Sampai anak nak masuk dua tak dapat2 cendol banting ni.
Hang sibuk sangat tu.
hahaha.teringat cte baby boss ni.mmg best.
Ya.
Diakui memang best.
jom sama2 bersihkan sawang di blog 🙂
Hang bersihkan.
Blog ni dah bersih.
Ujian hidup itu mematangkan. Bersabarlah. Suka benor tengok baby tu.
Ya.
Kena banyak bersabar selalu.
Jika balik Banting inform tuan titan, nak ajak borak2 boleh?
Aku balik rabu nih. Malam.
Balik johor, hari sabtu.
Entah bila leh jumpa.
Haha..
terbaik tuan. semoga makin murah rezeki ya
Sama-sama.
Semoga semua orang murah rezekinya.
Haha.. itulah anak saya dua-dua orang memang tak suka makan sayur.. besar sikit sekarang ni dah boleh suruh makan sayur.. dah nak try makan sayur.. itupun masih memilih lagi.. ada juga yang tak berkenan.. haha