Huh.
Betul.
Usaha itu tangga kejayaan.
Masalah yang timbul, kini sudah mula terukir senyuman dibibir si isteri.
Anak sudah boleh tidur malam.
Lebih awal dari biasa.
Tetapi still dalam pukul 11 ke atas.
Belum lagi masuk level pukul 10 ke bawah. Bagi aku, itu dah lebih dari cukup.
Kekadang, pukul 2-3 pagi masih belum tido. Gian naik motor tiga tayar dan kereta dua tayar kesayangannya itu. Tegar mahu makan dan makan. Ligat mahu bergusti dengan perut abahnya yang makin sado. Aktif menarik tangan emaknya mengajak bermain didapur.
Sebab benda ni memang sukar.
Kena pulak anak aku ada gen dan DNA aku yang telah berevolusi dari warisan yang terdahulu.
Aku sangat suka untuk berjaga malam.
Benda ni, diwarisi oleh anak aku. Suka atau tidak, dia ada senjata yang sangat hebat ini.
Mungkin lebih awal dari usia yang sepatutnya.
Tapi, hasil usaha dan cubaan demi cubaan.
Usaha itu membuahkan hasil apabila kita terus yakin dan tidak pernah berputus asa untuk hasil yang lebih baik demi insan yang kita sayang.
Usaha yang dicurahkan itu tidak pernah menipu. Proses itu walaupun payah dan sukar, tetapi ia tidak mustahil untuk dilakukan.
Aku tidak hairan apabila ada golongan ibu-ibu yang memandang lekeh atau melihat sinis bila aku berbicara tentang masalah tidur anak aku. Seumpama aku tidak pandai mendidik anak.
Well.
Tak ada seorang ibu yang lahir didunia ni tau tidurkan anak tanpa melalui praktis dan pemerhatian.
Tak ada.
Ia satu proses yang lama dan sangat mengambil masa.
So, kekadang..janganlah nak sinis sangat.
Aku dan bini aku masih belajar.
Ini adalah perkara biasa bagi orang yang baru menikmati asam garam kehidupan dan jeruk manis rumah tangga.
Ini salah satu nikmat dunia yang Allah lemparkan pada aku dan korang semua.
Cuma munkin sudah ramai yang tidak memandang peduli akan masalah ini.
Ahh..
abaikan.
Kubur dan neraka masing-masing, kan?
Haha.
Oh ya.
Apa yang aku buat?
Simple.
Jangan bagi budak tu tidur petang dan penuhkan aktiviti dengan benda-benda yang menarik perhatian dia. Supaya dia penat tetapi tak penat sangat sebab malam kang dia nak main lagi. Kena simpan sikit tenaga dia untuk main waktu malam sebab aku tak nak dia tidur awal sangat sebab anak aku pun macam aku.
Kena “sentuh” sikit.
Terus terbangun.
Haa..
Dah satu hal plak nak kena layan main dua belas round lepas tu plak.
Lagi satu, Jangan bagi dia main sendiri sangat walaupun aku tahu, anak aku ada masa dia suka main sorang-sorang.
Yelah.
Kat rumah ni, tak aku, bini aku.
Tak bini aku, aku la dia jumpa.
Palis-palis pun, ada ayam jantan yang datang mematuk kat halaman rumah aku tu.
Siap bawa bini-bini dia sekali.
Itulah yang anak aku jumpa dan ajak main selalu.
Vocabulary anak aku pun dah tercampur agaknya dengan bahasa ayam-ayam barangkali.
Haha..
Tapi tak apa.
Kasih sayang aku dan bini aku tak pernah pudar..
untuk terus bermain dengan anak sehingga dia tidur demi menuju masa depan yang lebih indah.
Hora, asi moto wo mite goran
Korega anata no ayumu michi
Hora, mae mo mite goran
Arega anata no mirai
Haha ga kureta takusan no yasashisa
Ai wo idaite ayumeto furikaesita
Ano toki wa mada osanakute iminado siranai
Sonna watashi no te wo nigiri Isyoni ayunde kita
Yume wa itsumo sora takaku aru kara
Todokanakute kowai ne dakedo oi suzukeruno
Jibun no sutori dakara koso akira metakunai
Fuang ni naru to te wo nigiri isyoni ayundekita
Sono yasashisa wo tokiniwa iyagari
Hanareta haha he suna wo ni narezu
Mirai e mukatte, Yukkuri to aruite ikou
9,695 total views, 1 views today
lagu ni lajen mase zaman sekolah dulu haha..
anak aku line-line kul 9 kena paksa tidur..tapi lain budak lain ragamnye..3 orang anak, 3 ragam yang berbeza..
masing-masing punye rezeki anak 🙂 nak tak nak hadap je la hehe
Ya.
Lagu tu memang lejen.
hang ni buat aku syok baca tulisan hang, sejak dah kawin ni, artikel mcm ni aku mula minat nak baca, walaupun belum ada anak, doakan agar kami ada anak secepatnya, nak me MIRAI E jugak
Semoga ko cepat dapat anak.
Amiinnnn.
saya selalu guna cara ni. mesti pastikan diorg tidur awal, paling lambat kul 10malam.
Ya.
Kalau jadi, jadi.
Tak jadi, layan je la sampai jadi. Hehe
paling lambat kul 11. saya yang tido dulu. hahah
makin lama makin santai ko punya entri bro… lama tak jumpa ko…rindu la pulak..
Nak jumpa, datang johor la.
Alhamdulilah bro. Dah mula dapat tune tidokan anak
Ya.
Kena pelan-pelan.
semoga membesar dengan baik dan patuh dengan parent.. penat kalau nak jaga anak lagi2x malam.. hehe
Takde hal.
anak punya pasal.
Penat pun tak apa.
tidur kan anak memang antara perkara mencabar as parents! haha takpe kejap jer nanti dah besar time2 macam ni yang rindu balik
Ya.
Memang sangat mencabar.
Berjaga malam tu sebenarnya best. Rasa sunyi dan tenang ha3
Ya.
Sangat “tenang”.
Haha.
Fuh lama tak singgah blog abam kacak ni. Dah merasa jaga anak buah. Pukul 3 pagi masih lagi segar bugar. Habis semua orang dikacaunya.
Ya.
abam masih kacak.
one day insyaallah akan ada masa-masa tu .. detik yang akan dirindukan ketika tua nanti..
Ya.
Sekarang pun dah tiba.
anak la penghibur kita tak kira waktu suka dan duka
Ya.
Mereka memang penghibur sepanjang masa.
Mencabar juga kan dugaan seorang ayah ni. Lagu mirai-e ni memang legend.
Kalah lagu2 sekarang legendnya
Ya.
Memang mencabar.
Lagu tu memang satu legnda.
pengalaman sangat menarik untuk mendidik anak..
saya dah lalui dan terus melalui zaman tersebut
Ya.
Pengalaman yang sangat menarik dan menghiburkan.
Best jugak layan lagu ni sekali sekala..Dah lama tak dengar…
Ya.
Bila tulis benda ni, teringat lagu nih.
Tu yang letak tu.
Haha.
Anak yang aktif ni jangan dibagi tidur siang. Jika tidak… malam memang berjaga. Bagusnya kalau tidur, bangun paginya cepat.
Ya.
Kekadang, tukang kejut subuh jadinya.
Hehe..
tajuk lagu ni…
tu tajuk artikel la.
legend !! lama tak layan lagu ni.. hee~
Ya.
Lagu tu memang legend.
Lagu ni teringat main game final fantasy siri ke berapa tak ingat dah….
Betul jaga anak malam malam penat
Cuma dah 2 tahun dengan 5 tahun boleh tidur awal lega, cuma ada hari tidur lewat juga….
Ya.
Memula je.
Nanti dah 6-7 tahun, senang dah sikit.
Dulu ai memang apal lagu ni
Makin lama makin x ingat dah
Lupa ingatan faktor usia😆
Takpe.
Dah tua.
Kita faham.
berjaga malam sebab anak aktif tak nak tidur memang datang bersama ‘pakej’ anak 😀 … wajib tu … 🙂 pernah sekali bawa si sulung pi McD pukul 3 pagi sebab berkeras nak mkn nugget McD .. haha.. sabor je la
Ya.
Memang kena sabar la jawabnya.
hehee.. kita sama-sama masih belajar..
masing-masing ada cara tersendiri
Ya.
Sama-sama masih belajar.
Pernah layan lagu ni sekali dengan video dia mmg best lagu ni tapi x faham..hehe
Ya.
Lagu ni memang layan habis.
anak sulung, sejak hantar taska ni memang ‘paksa’ dia tidur awal. pukul 10 dah wajib masuk bilik..tu pun duk godek mainan lagi, tab lagi.. mau kul 11 jugak nak lena..macam-macam cara nak paksa tidur..
psssttt…dah boleh bagi teman, sian anak main sorang-daorang hihii
Paksa-paksa pun..
kekadang, kita yang terpaksa berjaga.
haha
Anak saya pula jenis masuk kelambu baru nak tido.. selagi tak masuk bilik, tak masuk kelambu jangan harap la nak tidur melainkan badan diorang betul2 penat..
itulah kan.. bak kata pepatah, bapak borek anak rintik..hehe
Syukurlah rumah ada kelambu.
boleh juga putar lagu 🙂
Ya, kadang-kala memang boleh putar lagu.
Menggamit kenangan lama.
lagu di atas terbaik sedih nian mendengarnya sedih karena lagu sedih juga karena tak tahu artinya
Tak tahu ertinya, gak apa.
Bisa cari saja artinya itu.
Suka sangat lagu Mirai E ni since pertama kali dengar..
Oh.
Tahniah sebab suka sangat lagu ini.
Mirai E lagu cinta husband bagi dulu masa kawin, apa ntah maksudnya dulu langsung tak faham
sekarang kami dah anak 6
memang hidup macam tak tido sangat
hidup memang untuk anak2 aje
dua2 kami buat biz dari rumah
saya faham perasaan tu
dua2 kena kuat, bila ALLAH bagi anak maksudnya ALLAH tahu kita mampu
Yap.
Kita semua kena kuat.
haha…kelako ye. bertabahla anak tak nak tidur awal..
Ya.
Saya memang tabah orangnya.
sangat mencabar ni