Laptop aku sekarang ni ada masalah. Antaranya dua masalah utama adalah..
1. DVD reader aku bermasalah. Jadi, tak boleh nak guna CD atau DVD. Tak dapatlah aku nak layan anime-anime aku yang zaman dulu-dulu. Aku malas nak pergi hantar kat kedai. Mahu dekat 100-200 ringgit gak habis nanti. Lagipun, aku bukan guna sangat pun sekarang benda tu. Bukan jadi keutamaan. Jadi, masalah ini aku kira selesai untuk buat sementara waktu.
2. Masalah kepanasan. Aku rasa laptop aku ni dah terlampau cepat panas. Jadi, aku fikir macam-macam cara termasuklah mengunakan kipas akak aku yang dah tak pakai. Aku letak kat sebelah kiri sebab bahagian kiri laptop aku cepat panas. Bila dah terlampau panas, laptop aku akan tutup secara sendirinya. Dah satu hal kena tunggu dekat 15 minit untuk tunggu reda. Kalau aku tengah buat kerja atau download cerita, memang tergendala dibuatnya. Tapi kadang-kadang cara kipas extra ni dah tak berapa boleh pakai. Minggu ni aje, sekejap-sekejap, laptop ni padam. Aku guna cara lain. Aku letak 2 gelas yang berisi air dekat dengan laptop aku. Kiranya macam nak control suhu atau suasana dibahagian yang panas tu. Alhamdulillah, agak berjaya dan boleh run laptop lebih dari 8-10 jam. Cuma aku cuak gak nak download benda-benda yang berat. Kalau putus, dah jadi batu api untuk aku untuk maki hamun tak tentu pasal.
Itu aje. Tak banyak mana pun. Tapi agak kritikal jugaklah. Memang niat nak beli satu lagi laptop atau beli netbook. Tapi aku abaikan dulu. Belum sampai tahap “blue code” lagi. Lagipun, masih ada extra komputer lama aku yang masih boleh tahan mantapnya. Selalunya aku buat kerja-kerja download kat laptop ni sebab laju sikit banding komputer lama aku tu. Tapi bila dah jadi macam ni, bab-bab download, aku serahkan pada komputer satu lagi. Hahaha..
Sekian, itu aje berita untuk hari ini..
Ps: Bagi aku, masalah laptop aku ni macam kena cancer. Anytime aje laptop ni boleh barai atau meletup. Aku tak tipu, memang terlalu panas. Tapi pandai plak laptop ni padam sendiri bila terlalu panas. Jadi, tak jadilah dia nak meletup. Aku sayang kamu laptop!
![]()







Saya rasa laptop en titan tersumbat lubang kipas dia tu..ni mesti rajin guna atas tilam ni..emmm kantoi…haha