1. Masa kenal paypal dulu, aku rasa benda ni tak best. Apahal plak kita kena ada akaun paypal kan?
2. Waktu aku daftar akaun paypal dulu, paypal takdelah famous sangat. Lebih-lebih bagi orang Malaysia. Waktu tu, e-gold dan e-bullion punya zaman. Tapi sejak e-gold kena jatuh lepas tu, terus paypal naik meletup-letup sampai hari ini.
3. Dulu, masa aku rajin buat servis aktifkan akaun paypal guna vcc, aku boleh dapat cecah 1-3 ribu sebulan hanya dengan servis ini. Memanglah, sebab aku antara orang kita yang buat servis ini. Masa tu, tak sampai 5 orang buat. Jadi, memang monopoli habis servis ini. Satu servis rm40. Bayangkan. Satu hari boleh dapat 5-10 orang yang nak servis aku. Memang lumayan. Tapi hari ini, servis ni dah bersepah dan ramai boleh buat. Jadi, aku undur diri sebab malas nak pening kepala.
4. Semalam, masa aku transfer duit paypal aku ke akaun Maybank aku. Jumlah pertukaran mengecewakan aku. 1 dollar, tak sampai 3 ringgit! Tapi nak buat macam mana, nilai ringgit makin naik setiap hari. Huh..berita yang kurang best bagi blogger dan internet marketer macam aku.
5. Kalau ingin dapat duit lebih, mempunyai akaun paypal adalah wajib. Senang nak terima bayaran dari program-program atau syarikat luar. Tak semua program bayar kita guna cek. Diorang lebih suka bayar pakai paypal. Takkan depa nak transfer ke akaun maybank atau cimb kita? Cuma sesetengah program aje buat macam tu. Tak banyak.
6. Banyak program sekarang yang boleh bayar kita melalui akaun paypal. Termasuk program affiliate tempatan. Jadi, ini adalah bonus. Siapa tak ada akaun paypal, boleh cuba.
7. Paypal pun ada program referral atau affiliatenya tersendiri. Kita akan dapat komisen jika downline kita sampai satu nilai tertentu dan kita akan dapat percentage dari apa yang downline kita dapat. Aku tak ingat berapa percent kita dapat dari downline kita tu.
8. Kita boleh ada 2 akaun dengan paypal. Satu akaun personal dan satu lagi untuk business.
9. Sekarang, kita dah boleh transfer duit dalam akaun paypal ke bank tempatan dan dari bank tempatan, kita boleh transfer ke akaun paypal.
10. Kita dah boleh topup kredit handphone korang melalui paypal. Tapi cuma support untuk Maxis aje..
2,677 total views, 2 views today
selamat ke paypal ni?
aku tkot jugak,bila dy mnx alamat sumer tuh…
Ohh menarik…boleh top up jugak yer..hehe..rupanya ada artikel berkaitan dengan akaun paypal dalam blog ni yer..hehe
Daftar sekerat jalan nagn Paypal.. Pastu lupa password.. Beres! Kahkahkah!
nak tanya ni, ada orang ckp nak pakai maybank kat paypal kena pakai debit kad.
aku tak tau kad aku ni debit ke apa tah..
kad aku gambar dia Logo Superman..
boleh ke buat…?