Ini semua tempias bila aku sedang menonton drama korea terbaru yang baru aje aku habis download tetapi belum habis tengok sampai episode terakhir. Sekarang baru di episode 14. Aku tengah tunggu episode 15 didownload. Ada lagi dalam 45 minit perlu ditunggu. Ada 3 file. Aku kena download ketiga-tiga file tu dulu, kemudian aku akan gabungkan menggunakan software HJsplit. Software ni pun percuma. Download ni pun percuma. So, ambik ajelah. Tengok diam-diam.
Nama drama. Secret Garden. Watak utama mesti Lelaki handsome dan watak heroin mesti perangai gila-gila dan bajet kiut. Mula-mula aku ingatkan ini salah satu cerita aksi tetapi ianya jadi satu cerita fantasi yang diadaptasikan kepada satu cerita cinta yang datang dari seorang lelaki yang umurnya 34 tahun, kacak, anak orang kaya, mak dia garang, adik dia comel, ayahnya kawin baru dan ada abang sepupu yang merupakan penyanyi popular di Korea Selatan pada ketika itu dengan seorang gadis yang kerjanya sebagai stuntwoman atau pelakon lagak ngeri perempuan yang memang cantik tapi dalam cerita ni dia asyik dikatakan tak cantik. Biasalah, cerita korea. Heroin mesti cantik kiut dan cun melepak putih punya.
Macam biasa, mesti ada starting gaduh-gaduh dulu. Pastu baru muncul babak pelik dimana diorang tetiba leh kena magic yang sangatlah pelik iaitu lepas diorang minum air bunga terus esok paginya mereka bertukar tempat. Yang gadis ke lelaki dan lelaki jadi perempuan. Mereka bertukar tempat. Memang agak kelakar dan aku rasa ini bukan cara baru tetapi gaya penceritaan dan jalan cerita drama korea ini agak menarik bila disampaikan. Jadi, kita takkan rasa bosan.
AKu boleh agak endingnya. kawan-kawan kepada si gadis dan lelaki tu mula syak sesuatu bila mereka bertukar tempat. Jadi, apakah yang akan terjadi seterusnya? Aku pun tak tahu sebab aku masih belum tengok sampai habis. Haha..
Kat Banting ni, aku tak jumpa pun mana-mana kebun rahsia atau Secret Garden macam dalam cerita ini. Tapi kalau Secret Recipe tu, ada jugalah jumpa. Tapi takde plak jadi macam dalam cerita ni. Moga dijauhkan. Tak nak aku kena macam ni. Sengsara woo..nanti rasa macam tak best aje dan hidup ni jadi kelakar la pulak..
Ps: Macam biasa, downlaod kat blog ni: MediumQuality
2,994 total views, 1 views today
Sweet kan kalau secret garden ada kat banting?hahaha
secret garden… kat area kampung saya ada secret garden… kat belakang RnR pagoh. kat situ ada batu bentuk kepala buaya yg sgt besar. tak tahulah kalau tu kepala t-rex ker apa.. huhu~ ada cerita pasal taman tu.. hurmm~ ada masa nanti saya cerita kat blog saya pasal taman tu.. huhu~