Sejam yang lepas baru aje aku terbangun. Selsema aku dah reda sikit. Tapi masih ada lagi. So far, dah lega sikit. Tidur pun aman sikit. Mimpi pun mimpi yang indah-indah sahaja. Cuma aku harap aku boleh buat kerja seperti biasa untuk tambah lebih banyak duit raya dalam bulan puasa ini.
Sahur hari ini:
1. 2-3 keping biskut chipsmore
2. 1-2 ulas kurma
3. Biskut jagung
4. Air teh
5. Panadol soluble 2 biji
6. 4-5 gelas air sejuk.
Cukuplah tu untuk bekalan hari ini. Tak perlu berat-berat sangat. Apa yang ada ni pun dah lebih dari cukup. Nak makan banyak-banyak, rasa macam penuh aje perut ni. Jadi, apa yang ada, kita makan aje. Kita patut bersyukur sebab negara ni boleh dikategorikan mewah dalam bab-bab makanan. Tak suka makan ini, ada banyak lagi pilihan untuk bersahur dan berbuka. Jadi, elakkan pembaziran sebab pembaziran ini adalah amalan syaitan.
So far, masih ada beberapa hari lagi sebelum pertandingan Earncent Review 2011 akan ditamatkan. Yang belum hantar review, bolehlah buat dengan secepat mungkin. Makin lama, makin sibuk juga sebelum raya menjelma. Jangan terlalu lambat hantar review. Nanti terlepas untuk menang hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan. Hehe 😀
Ps: Ada yang baru bangun dan bersahur?
3,148 total views, 2 views today
menu kerang goreng berempah semalam lagi menarik rasanya…
wahh, ingat lagi ye kerang goreng berempah tu. hehe..
Jarang masak time sahur.. kalau tak, kompem membazir.. Kalau ada pun, just panaskan lauk2 lebihan semalam.. Or just bancuk milo+nestum.. Beres!