Rasanya dah lama aku tak update kat blog ini dan blog buat duit aku tu. Memang agak serabut sikit dan aku banyak kerja kena buat. Nak online pun kekadang susah dan bila dapat online pula, line internet memang macam siput aje. SABAR. Itu sahaja yang mampu aku lakukan dan tunggu dan tunggu.
Sampai satu tahap, aku off gambar dan javascript. Barulah laju sikit. Semua blog aku masuk tanpa iklan dan gambar. Yelah, hanya dengan itu sahaja aku boleh masuk blog dan website lain dengan lajunya. Itupun laju yang biasa-biasa sahaja.
Tentang pertandingan Earncent Review 2011:
1. Aku memang belum buat apa-apa bayaran lagi.
2. Aku rasa semua orang sudah hantar email untuk claim hadiah.
3. Terima kasih kerana korang claim. Korang memang blogger kacak.
4. Ebook Panduan TNX dan Ebook Panduan Says aku akan hantar hujung minggu ini.
5. Sebab line internet memang sangat perlahan, jadi aku takde mood nak hantar cepat. Jadi, korang sabarkan ajelah ye..
6. Iklan banner pun aku tak naikkan lagi dan belum hantar ke admin blog-blog tersebut. Banner yang takde saiz seperti yang korang menang, aku akan buatkan. Tapi simple aje. Takde lawa-lawa. Biasa-biasa aje. Kalau tak lawa, jangan marah aa..
7. JIka korang ada masa, bolehlah sertai pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com. Jika kurang dari 15 penyertaan, mungkin aku akan lanjutkan sehingga bulan Oktober nanti. Minimum 15 penyertaan dari 15 blogger. Kalau lebih, lagi bagus.
Ok. Itu sahaja. Harap korang terhibur. 😀
Ps: Grrrr…lambat. Lambaaaaattt..
2,015 total views, 1 views today
tapi sayang link dia tak boleh nak bukak dah..emmm
Terlewat setahun nak join.. Haha!