Isnin – Cubaan untuk mendapatkan trafik yang tinggi untuk isu GSTT dan isu Harimau Muda menang mengalahan Central Coast Marines nampaknya agak berjaya. Memang trafik meletup sama ada dari segi unik visitor atau impression.
Selasa – Cubaan pula untuk umpan isu PMR yang akan keluar hari Khamis nanti. Jadi, bergabung dengan isu GSTT yang masih panas sepanjang hujung minggu ini, nampaknya. Trafik sekali lagi maintain. Tetapi unik visitor lebih kurang berbanding hari Isnin tetapi impression lebih banyak pula berbanding hari isnin.
Rabu – Sumbat lagi artikel dan umpan untuk isu GSTT dan PMR, perkukuhkan lagi keyword dan tag. Promosi kat facebook, twitter dan laman social yang lain. Akhirnya, trafik melonjak mengalahkan dua hari sebelum ini. Dan pada jam 11-12 tengah malam, isu semakan PMR 2011, menjadikan trafik meningkat tanpa disangka dan dalam jam 11-1 pagi..orang yang online dalam blog kerjaya tu maintain antara 50-100 orang. Hanya selepas jam 1 pagi..barulah bilangan orang dalam 20-40 orang sahaja yang online dalam blog tersebut dalam sesuatu masa.
Khamis – Hari ini. Penangan trafik dari isu semakan PMR 2011 menjadi salah satu punca trafik NAIK mendadak berbanding 3 hari lepas. Dan trafik ini sudah mengatasi trafik 3 hari lepas hanya pada pukul 12 tengah hari ini. Nampaknya, penangan isu PMR memang isu panas yang dicari pada hari ini memandangkan ramai ibu bapa yang ada anak yang mengambil PMR pastinya akan mencari info tentang cara untuk menyemak keputusan PMR anak-anak mereka. Tak kurang juga calon PMR sendiri mencari informasi yang sama. Jadi, usaha aku untuk tackle mereka telah berjaya. Jumlah tertinggi yang online dalam blog kerjaya dalam satu-satu masa adalah 400 orang lebih dan sehingga saat ini, yang masih maintain pada setiap jam adalah 200-300 orang.
Jumaat? Tak tahu lagi. Masih menunggu. Isu GSTT dan PMR ini masih panas sampai minggu depan. Jadi, aku kena tunggu dan tengok. Earning dari Innity, 701panduan, Metavertizer, Ro2.biz, Advertlets memang bertambah dalam 4 hari ini. Jadi..kena tunggu dan lihat. HOho..
Ps: Tak sabar nak tahu result ujikaji ni. Hoho..
![]()







