Haha.
Secara jujur, ini salah satu tajuk yang cukup susah untuk aku selesaikan. Kalau pensyarah kat universiti aku tiba-tiba gatal bagi tajuk ini sebagai “assignment” aku, memang tujuh hari dan 18 malam takkan siap. Sebab aku memang tak pandai nak memuji blog sendiri.
TAPI..
Jika aku sendiri TAK RASA bahawa blog aku ini adalah yang TERBAIK berbanding blog lain, bagaimana pula orang lain hendak rasa bahawa blog aku ini adalah blog yang TERBAIK?
Jadi, aku buat satu kesimpulan mudah.
Blog aku memang adalah blog TERBAIK jika dibandingkan dengan blog orang lain.
Mari kita baca sebab-sebab mengapa aku rasa blog aku memang terbaik berbanding blog orang lain yang pernah aku baca dan pernah aku jumpa setakat ini.
1. Tempat rujukan
Aku antara blogger yang dah lama menulis blog. Pendek kata, sejak tahun 2001. Dan berlarutan sehinggalah sekarang. Pendek kata, aku antara blogger yang paling lama dah menulis diblog. Dari blogdrive, ke blogspot dan akhirnya menulis diwordpress berbayar. Ini menyebabkan ramai orang menjadikan blog-blog aku sebagai tempat rujukan. Dan banyak artikel yang aku tulis menjadi tempat rujukan untuk para blogger baru yang ingin belajar dan bertanya sesuatu terutamanya dalam hal-hal “buat duit dengan blog” termasuklah cara-cara nak KAHWIN EMPAT.
Setakat ini, selagi aku boleh menjawab apa yang korang tanya..aku akan jawab dengan penuh kasih sayang. Tapi kalau benda yang korang tanya itu diluar pengetahuan aku, aku jawab tak tahu sebab memang aku tak tahu.
2. Mesin buat duit.
Ya. Blog ini juga merupakan salah satu mesin buat duit yang sangat berjaya dalam sejarah aku sepanjang aku menulis blog. Seriuslah, dah berpuluh ribu aku dapat dari blog ini. Ini juga bermakna blog ini juga sangat mesra dengan search engine untuk ratusan keyword yang berada di Google Search Engine dan Yahoo Search Engine serta search engine yang lain.
Senang cakap, bukan senang nak hasilkan blog sebagai mesin duit. Ia perlukan disiplin dan usaha yang berterusan. Memang orang akan lihat semacam aku SENANG aje nak buat duit dengan blog. Tapi, PROSES untuk aku capai ke tahap itu bukanlah mudah. Ia mengambil masa untuk capai tahap dimana aku berada sekarang.
Ya. Ramai orang beranggapan bahawa pendekatan aku dengan menayangkan bukti-bukti bayaran yang aku dapat diblog ini sebagai satu perbuatan RIAK dan TAKBUR. Secara jujur aku ingin bertanya pada korang yang ada fikiran seperti itu..
“Serius korang fikir macam tu?”
Beb, aku dah buat sejak dari tahun 2001 lagi ketika aku menulis di blogdrive dan blogspot dan aku teruskan lagi sejak aku bertukar ke wordpress berbayar pada tahun 2007. Dan teruskan lagi tradisi ini sehingga ke hari ini. Dan, korang masih lagi berteriak dan menghanjing aku dan berkata apa yang aku lakukan itu adalah RIAK, SOMBONG dan BONGKAK?
Serius?
Bukan senang aku nak kekalkan momentum untuk sentiasa dapat “sales”, menang contest review, menang award, jadi speaker jemputan dan menang pertandingan sana-sini. Sekali lagi, bukan senang seperti yang korang semua fikirkan. Dan korang dengan mudah berkata bahawa aku adalah orang yang sedemikian?
Serius, cepat-cepatlah mengucap dan sila pergi buat solat taubat malam ini.
3. To inspire people.
Salah satu sebab aku terus kekal menulis blog dan tak beralih dari “line” blogger ini adalah untuk “inspire” blogger-blogger baru dan blogger-blogger yang masih belum berjaya meraih pendapatan melalui blog masing-masing. Itu misi yang telah aku lakukan bertahun lamanya sejak 2001.
Dan sejak aku menulis kitab Teknik SEO Merah Jambu, sudah ramai blogger yang dah berjaya buat duit dengan blog terutamanya melalui program affiliate dengan gembiranya. Tanya mereka, mereka gembira atau tidak setelah berjaya mendapat hasil dari usaha mereka sendiri? Kitab aku itu fungsinya lebih kepada BOOSTER. Lebih kepada menaikkan semangat korang agar tahu bahawa dengan blog kita boleh buat duit dengan banyak. Dan juga untuk memastikan bahawa korang sebenarnya ada POTENSI diri yang telah lama terpendam tetapi tidak diluahkan pada tempat dan masa yang betul.
Nahh. Tak percaya?
Pergi beli kitab itu dan baca.
Percayalah, korang akan dapat LEBIH dari apa yang pernah aku hasilkan selama ini.
4. Gaya penulisan yang mampu menjual.
Haha..ya. Aku masih kuat mempercayai bahawa gaya penulisan aku antara yang paling unik dikalangan blogger kita. Betul tak?
Namun, aku tahu ada ramai juga blogger diluar sana yang mempunyai kebolehan dan tahap berfikir yang lebih kurang sama dengan aku. Bahkan, ada yang lebih hebat dan lebih genius berbanding aku. Masalahnya, kebanyakkan mereka bukan seperti aku. Majoriti blogger tersebut, menulis ikut suka hati mereka. Mereka tidak mempunyai asas yang kuat untuk menghasilkan artikel yang boleh menjual.
Serius, tidak ramai blogger yang hebat dari segi penulisan MAMPU menghasilkan artikel yang boleh menjual. Mereka boleh menghasilkan artikel yang menghiburkan. Tetapi untuk menjual sebuah produk yang berharga RM500 ke atas, mereka belum mampu lakukannya.
Tetapi, aku MAMPU lakukannya. Dengan gaya penulisan aku sendiri. Yang unik dan sukar untuk ditiru walaupun aku tahu ada beribu blogger yang cuba-cuba membuat percubaan untuk meniru gaya penulisan aku namun gagal berbuat demikian dengan bijaksana.
Ini salah satu SUPER WEAPON aku yang membuatkan blog aku menjadi tarikan pada para pembaca terutamanya bagi mereka-mereka yang ingin belajar cara mahu buat duit dengan blog. Majoriti yang datang ke blog ini datang kerana mereka mahu belajar sesuatu dari blog aku. Mereka yang datang ke sini adalah mereka yang SERIUS. Bukan datang saja-saja ikut suka hati.
Aku tak menulis ikut suka hati aku.
Setiap artikel aku ada matlamatnya yang tersendiri. Dan of course, end productnya adalah untuk mendapatkan sales dan terima komisen pada setiap hujung bulan dengan hensemnya.
5. Merepek yang tiada tandingannya.
Ya. Kebanyakkan artikel yang aku lakukan adalah repekan yang aku tulis dengan penuh bijaksana. Walaupun nampak merepek bagi kebanyakkan orang dan memang terbukti boleh menghiburkan para pembaca aku, tetapi setiap artikel yang aku tulis ada misinya. Mungkin untuk menarik perhatian korang, mungkin untuk memancing pembaca untuk membeli produk yang aku cadangkan dan juga mungkin untuk mengumpan gadis-gadis untuk menjadi bakal isteri kedua, ketiga dan keempat aku. Itu semua tidak mustahil.
Oleh sebab orang kita memang sukakan humor dan suka dengar orang lain merepek, sebab itu aku tulis apa yang mereka mahu. Setiap manusia ada nafsu untuk berhibur dan bergembira. Tugas aku cumalah membangkitkan nafsu mereka yang satu itu agar didorong pada tempat yang betul. Dan tugas yang seterusnya adalah untuk menjadikan mereka jatuh cinta dengan ayat-ayat cinta aku agar masuk ke dalam jerat percintaan yang aku pasang sejak awal lagi, seterusnya memastikan mereka BELI produk yang aku promosikan dengan penuh godaan yang sukar untuk ditolak.
Akibatnya, ratusan sales terhasil pada setiap bulan dan membuatkan ribuan ringgit masuk ke akaun bank aku sekaligus membuatkan bini aku gembira kerana dapat PAU aku untuk pergi honeymoon kali kedua.
6. Blog ini BERAT.
Ya. Ramai otai blogger atau pakar penulisan menyatakan bahawa BERAT sesebuah blog merupakan salah satu faktor yang boleh menjejaskan potensi untuk dapat ramai pembaca dan trafik. Aku akui, blog ini sangat berat bila nak diloading. Tetapi, tidaklah beratnya mengambil masa sampai 5 minit. 1-2 minit itu kira normallah.
Tetapi, apa yang membuakan blog ini BERBEZA berbanding blog lain?
Walaupun blog ini berat, blog ini TETAP dibaca oleh ramai orang. Blog ini tetap menghasilkan ribuan ringgit untuk aku pada setiap bulan. Hampir kebanyakkan artikel dalam blog ini dikomen oleh ramai orang. Trafik blog ini tetap boleh dibanggakan pada setiap bulan.
Ya. Blog korang ringan. Tapi, apa yang korang dapat dari blog ringan itu?
Mengapa blog berat ini mampu dapat keputusan sebegitu rupa?
Semuanya adalah dari gaya penulisan yang aku terapkan dalam kebanyakkan artikel dalam blog ini sejak AWAL lagi.
Nasihat aku, jika korang mahu blog ringan korang mengatasi blog aku, korang mesti mampu menulis artikel yang mampu menarik hati mereka untuk datang ke blog korang TANPA disuruh dan dipaksa. Jika korang mampu lakukannya dengan baik, korang sudah satu langkah ke hadapan dalam cita-cita untuk mengatasi kehebatan blog berat aku.
7. Blog ini ada salji.
Blog lain tak ada. Kalau ada pun, salji dalam blog diorang macam ribut. Jatuhnya tak sekata. Menyampah pula bila tengok salji kat blog orang lain tiba-tiba turun laju macam hujan. Naik rimas gak bila tengok salji tiba-tiba boleh plak jadi macam ribut taufan. Nasihat aku, kawal sikit penurunan salji dalam blog korang. Jangan buat orang rasa naik meroyan sehingga tak nak dah masuk blog korang.
Serius, koranng nak blog korang jadi terbaik gak, PASANG SALJI.
Macam yang aku buat ni. Haha..
8. Cendol Banting.
Blog ini merupakan salah satu dari ratusan blog aku yang mempromosikan cendol terutamanya cendol banting dengan penuh agresif. Blog-blog terkenal yang lain, tak pernah buat seperti yang aku lakukan. Carilah blog diluar sana. Tak ada blog yang berjaya mempromosikan sebuah makanan atau minuman seperti yang aku lakukan. Korang nampak kedai cendol, aku berani jamin korang mesti ingat aku dan blog-blog aku.
Betul tak?
OKeh.
Dah. Cukup 8 sebab kenapa blog aku terbaik berbanding blog lain. Aku boleh tambah lagi ratusan sebab lagi jika aku mahu. Tapi aku rasa ini sudah terlampau panjang. Ikutkan hati tadi, nak buat 3 sebab aje. Tetapi terjadi panjang pula macam ini.
Well..seperti yang kebanyakkan orang cakap. Kalau korang ada blog, berbanggalah dengan blog korang walaupun hakikatnya blog korang memang teruk dan hancuq sekalipun. Walaupun mungkin ada orang lain hina dan kutuk blog korang, korang tetap kena pertahankan dan sebut dalam hati korang kuat-kuat bahawasanya..
“Blog aku paling hebat!”
“Blog aku terbaik dari blog KAU!”
“Blog aku paling HENSEM!”
“Blog aku lagi seratus kali GANDA lagi COMEL dari Fatin Liyana”
Dan sebagainya.
Kalau korang sendiri rasa blog korang memang hancuq dan memang teruk, memang betullah seperti yang korang rasa. Blog korang memang hancuq dan teruk. Tak perlu rasa TERHINA sangat dan tak perlu rasa malu.
Itu sahaja ulasan aku tentang blog aku sendiri tentang mengapa blog aku terbaik berbanding blog lain yang bersepah diluar sana.
Korang suka atau tidak, ini hakikatnya.
Tak percaya, selami jiwa korang. Pergi ke bahagian paling dalam taman hati-hati korang. Disitu, korang akan mengakui hakikat yang paling perit dan pahit sekali tetapi tetap mampu menggembirkan hati korang. Apa yang korang akan tahu?
“Sesungguhnya, blog aku ini memang terbaik berbanding blog korang dan blog orang lain.”
Sekian, terima kasih.
Artikel ini adalah penyertaan untuk “PERTANDINGAN BLOGKU TERBAIK anjuran TehOais.com. Jika ada antara korang yang berminat untuk sertai pertandingan ini, korang semua dialu-alukan untuk menyertainya. Hadiah yang disediakan juga SANGAT lumayan sehingga menjilat jari. Sertai segera tanpa was-was.
Klik banner dibawah untuk maklumat lanjut.
Ps: Bukan selalu dok puji blog sendiri. Haha..
21,779 total views, 1 views today
Gile ah…. terpaksa tabik spring dan mengakui kehebatan blog ko… bile tah boleh jd cam ko tukar trafik ke sale..haiishh.. good luck! 🙂
Jangan jadi macam aku.
Jadilah diri sendiri. Haha.
Blog sifu memang terbaik. Suka saya datang sini . 😆
point yg no 8 tak boleh dipertikaikan lagi…. asal tengok cendol dekat luar jer teringat kat blog nie… hahaha…. tapi cendol penang tetap no 1 lah dari cendol banting…
apapun cendol memeng sedap di lanyak bulan puasa ni
Haa..kan? kan?
Gua dah cakap dahh. haha..
Betul tu. Bila ingat cendol. ingat blog sifu.. 💡
No 7 tue aku suka laaa…
Dok cari gak mana salji tue… he he
ada pluginnya.
Ko leh cari dalam blog ini. Search aje artikelnya.
Ada salji turun kat sebelah blog ini. 😀
Hahaha keluar dah… Blog aku lagi terbaik dari blog hang (kasi panas) wbahaha
Eleh. Blog aku lagi terbaik dari blog hang.
Hang tu memang dengki dengan blog aku. Haha..
Jeleslah tu. kan? kan?
terbaik.. kau memang terbaik.. good luck
blog ni kena pasang mangkuk cendol buat tadah salji tu
Fungsi mangkuk adalah untuk mengisi cendol dan bahan-bahannya yang sedap.
Bukan untuk tadah salji. 😈
Patutlah ada salji. Boleh buat cendol yea sifu.. 😆
setuju2…
no komen blog ni memang hebat
sbb aku kenal blog ini jg ada hubung kaitnya
serius memang tempat aku belajar dulu2, walaupun tuan blog ni tak aku ni anak muridnya hehehe… sbb belajar senyap2,curik ilmu heheheh
Haha..
macam itulah plakk..
Memang blog lu banyak auranya… masuk raga angkat sendiri walaupun boleh angkat tapi raga saja yang terangkat. Gua puji sgt2 ttg 8 sebab blog lu terbaik. Memang diakui terbaik…..
blog gua lg hebat ar. baru form january tahun ni tp dah ada trafik beribu2 lemon wooo. heheheh.
Ya.
Blog lu memang hebat. Ambil gambar kasi cantek sket ye. hehe
ya la ya la. ko salah sorang sifu aku. byk aku ikut style ko. walaupun bab tayang cek tu aku tak ikut. tu pun sbb mahaguru aku yg lain x bg aku buat camtu
Takpe.
Ikut je mahaguru tu.
Aku bukan mahaguru.
Aku cikgu sekolah rendah aje. Haha.. 😈
Ada satu lagi knp blog ni terbaik…
Sebab blog ni kesukaan makcik2 beg besar menyinggah..;)
makcik-makcik beg besar memang suka datang sini.
Hehe..
makcik-makcik singah baca cerita apa yang sifu tuliskan.. 😀
Terbaiklah perkongsian daripada sifu titan.
Teruskan berkongsi dengan kami ye.
Moga-moga apa yang aku kongsi itu akan membantu. Oh yehh!
2001? kawe lagi lama ehhh.. sebelum ada internet lagi, kawe dah ada blog
Haha..
Agak-agak la wehh.. 😈
kerja yang usahkana sekian lama sehingga sekarang hasil tak pernah putus ya.
Ya.
Alhamdulillah.
Tak pernah putus lagi. Mudah-mudahan berpanjangan sentiasa.
Yeah, blog ini hebat sebab ada salji. 🙂
Ya.
Gua setuju. Kena ada salji. Baru best.
Salji tu buat blog ini ada kelainan tersendiri kan.
selamat tengah hari. salam perkenalan dan selamat menunaikan ibadah puasa
Blog ni memang terbaik!. 🙂
Terima kasih.
Aku pun rasa memang antara yang terbaik. Haha. 😈
Memang betul-betul otai. Start tahun 2001, saya masa tu Microsoft Word pun tak kenal lagi. That’s why blog ni boleh jadi blog yang terbaik. Pengalaman mengatasi segala-galanya.
Ya.
Sedar tak sedar. Dah lebih 10 tahun rupanya. Haha..
yea,,,tahu memang blog ini terbaik dari blo saya…jauh ketinggalan pun.
Ehh..
ye kerr? Hehe..tak tahu plak sayaa…
Banyak belaja dari sini..
Mudah-mudahan dapat belajar banyak dari sini serba sedikit ye.
Hehe
Panjang gila penulisan . Dgn khusyuk membaca dibawah kipas sampai merah mata sebab mata kena angin. Haha. Memang tabik kat tuan kerana berjaya ke tahap ini. 🙂
pehh..
baca sampai mata merah. First time orang baca artikel aku sampai cam gitu sekali. hehe
Apasal aku rasa macam , salji dah xde ? Dah tukar musim ke ?
ada je.
salji turun kat atas. Tak sampai bawah.
Nanti sejuk sangat kalau kat bawah ni.
Baru perasan yang salji tu xsampai bawah. Xboleh la nak buat orang salji…
Hoho .. best betul ayat lu bro, leh buat ebook satu lagi ni .. the missing page .. hoho …
Gua memang tak leh lawan lu la. Memang lu power ranger betul bab-bab buat duit online dengan affiliate ni. Dari banyak2 IM, gua yakin dengan lu walaupun gua tak beli lagi buku lu .. ke lu nak bagi gua free? hoho …
Gua ucapkan syabas dan tahniah sebab dengan duit blogging lu boleh kawin dengan aman bahagia. Walaupun gua tak dapat hadir, tapi gua tau doa gua in Sha Allah sampai mendoakan lu makin kaya, berjaya dan beranak pinak.
gua bukan IM.
Gua blogger.
blogger tak sama dengan IM
Kenapa blogger x sama dengan IM ?
ok..blog lu memang hebat..ahaha..blog gua masih belum terbaik lagi..pasal blog berat,aku rasa takde la berat mana pun..elok je loading..cuma rasa tak best ada salji..ahaa
Blog ko kena ada salji beb. Hoho
baru ko tahu perasaan aku.
Salji tu sebab depa dekat sini sambut winter hehehe.
Padahal tak semua tempat dan setiap winter turun salji 😉
Syukur! Julia memang suka baca entry ini bro…selama ini banyak jadi silent readers…tp hari ini saya nak komen dari hati saya….pertama kali saya baca entry yang boleh bg hati saya sgt bersemangat…hebat cara penulisan bro…boleh buat saya mengikuti kursus belajar blog online…syukur, wpun bro masuk pertandingan, tp byk yg julia pelajari disini…terima kasih bro…keep it up…
Blog saya pun HEBAT bro hahahhaha jemput datang ye ke teratak http://www.juliajohari.com
Terima kasih kerana berjaya komen kali pertama.
Bukan mudah tu. 😆
ok. sangat setuju. hehehee. cendol tue memang betul. terbaik!!!
suka baca entri yang terbaik ni..cikgu memang baik
bagi saya blog pendidikan yang penting
memang tak dinafikan lagi…. ahkak pown dah terjerat dgn Teknik tu… tapi tak gak khatam2. sebab tu kurang masyuk kot… huhu…
Eh2… betul la… tengok cendol mesti teringat blog ni. Baru je mkn cendol tp tak puas berebut ngan anak2. Sume antu cendol. Akak pun banyak belajar dari blog sifu ni. Teruskan membakar semangat buat duit untuk kami semua
Terima kasih sebab masuk ke dalam jerat kasih sayang itu.
Hoho
Dengan seriusnya aku baca dan hayati dgn penuh tekun dan sabar.. Last sekali ada pertandingan blog terbaik punya puji.. Dah memang blog cendol terbaek dah tu.. Hahaa
Memang blog sifu terbaik. Ada harapan menang ini. Nanti kita tengok..
Haha..
Tahniah sebab baca sampai habis. 😆
aku rasa kan, dah tiba masanya lah untuk aku fokus pada optimizing earning pulak. dah beku dah otak ni makan ayat gulagula IM. haha
Ya.
Sila optimize betul-betul. Rugi woo.
pergh .. semua yg abg titan tulis benar2 belaka .. hahaha
haishh .. banyak lagi yang aku perlu ubah kalau nak berjaya mcm ni
need guide bang titan
Ya. Ubah apa yang perlu.
Dan rajin-rajinlah makan cendol.
contest rupanya..
puji diri sendiri lebih baik..
😛
Haha.
Yelah, siapa lagi nak puji kan? 😆
hehe..sebab no 7 memang unik….kekeke.. ada salji kat blog tepi tepi tu titan….
Yang penting, salji turun. Haha
Okeh..panjang dan menarik..cuma satu jer pesan saya..
berhati-hati… Artikel ni mungkin AKAN MENANG… 😈
Ya.
Mudah-mudahan menang. Hoho
biasanye blog pompuan je suke letak salji ni 😛
Ehh..
siapa cakap? Siapa? Siapa? Grrr..
Eh ada pertandingan rupenye 🙂
Aah.
Artikel untuk pertandingan. 😈
lu memang power, masyuk je…semoga terus sukses dan kongsi tip-tipnya..
Usaha itu lif kejayaan.
Hoho.. 😉
Panjang betul artikel nie sampai mengantuk baca. Apa pun lu memang terbaik la Encik Titan.Congrat
pehh..
sampai mengantuk dibuatnya.
Terbaiklah.
Selamat tidur dengan penuh kasih sayang.
blog lu mmg best! dulu kini selamanya best…hehe
Haha..
mohon belanja gua semangkuk cendol lagi.
Ini betul2 angkat bakul tapi tak bergerak…hahaha
but honestly, your blog is awesome Titan.. Antara blog terawal yg aku follow Earncent.com/blog
Aku kagum sebab boleh maintain.. itulah yang paling susah untuk orang yang kerja macam aku ni,. hehe.. but i tried my best…
Keep blogging Titan.. i love it… 🙂
dah memang diakui ramai blog ni mmg terbaik antara yang terbaik…. 😉