Ada satu soalan.
Yang cukup sukar untuk aku jelaskan jawapannya.
Soalan ni, dari dulu lagi.
Jawapan pun aku rasa aku dah pernah tulis mengikut perasaan aku ketika itu.
Dan saban tahun, aku akan ditanya dengan soalan yang sama.
Aku tetap bagi jawapan.
Bila aku selongkari semula jawapan-jawapan tu semua.
Aku nampak satu perkara yang aku tak berapa suka nak mengaku.
..
…
Jawapan tu dari jawapan yang macam budak-budak sekolah jawab dan akhirnya menjadi satu jawapan yang cukup mematangkan.
Ya.
Walaupun itu jawapan aku sendiri.
Tapi aku tetap rasa jawapan aku tu semakin lama semakin matang, semakin baik.
Berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Dari situ, aku dapat satu kesimpulan baru.
..
…
Makin tua, kita akan jadi manusia yang berbeza.
Lebih matang, lebih mahir, lebih sabaq, lebih kuat makan, lebih gemuk, lebih hensem, lebih kaya, lebih beriman, lebih tunduk, lebih solat, lebih ibadah, lebih teringin nak kahwin empat dan lebih senang dapat penyakit.
Ofkos, kita juga akan dapat lebih tinggi gaji jika kita kerja dengan kerajaan. Tambah lagi ada bonus tajaan infiniti, kita dapat pencen selagi kita masih boleh bernafas dengan oksigen. Lebih seronok, dah tak boleh bernafas, kita punya waris pun boleh dapat duit pencen kita.
Aku yakin, hampir 99% manusia akan rasa seperti yang aku rasa.
Betul tak?
Tinggal tunggu sahaja “RASA” tu bila nak datang atau tidak.
..
…
Oh ya.
Apakah soalan yang sering ditanya itu?
Senang aje.
“Kenapa aku masih terus tulis blog?”
Ya.
Itulah soalannya.
Semalam pun aku ditanya lagi sebab kawan online tu rasa macam aku dah lama gila tak menulis kat blog nih dan juga blog-blog aku yang lain.
Senang cakap, aku takde masa.
Tapi bila kita selusuri lebih dalam makna soalan itu.
Maksud soalan tu adalah..
“Sampai bila aku nak tulis blog ni?
Aku terdiam bila pemikiran matang aku berjaya tangkap maksud sebenar soalan itu.
Oleh sebab aku ni manusia genius, aku boleh beri jawapan tu sepantas kilat.
Maklumlah, aku kan genius.
Ofkos, otak aku pun genius dan bergeliga.
Otak korang, aku tak tahu. Sebab itu otak korang. Bukan otak aku.
Jawapan aku mudah.
Aku ada sebab aku masih terus menulis blog tatkala ramai blogger yang dah tak nak tulis blog sebab takde hasil yang lumayan atau ramai blogger yang sekadar hangat-hangat tahi ayam atau sekadar mengikut trend semasa atau hanya untuk menghentam orang lain dengan isu-isu yang tak berfaedah..
Ya.
Aku ada sebab aku yang tersendiri.
Sebab apa?
Sebab PERTAMA
Tulis blog bagi aku satu potensi untuk buat duit untuk jangka masa yang lama.
Makin lama seseorang itu menulis blog, dia akan jadi lebih berpengalaman.
Bukan jadi lebih pakar.
Orang yang berjaya buat duit dengan blog adalah sebab dia ada pengalaman. Bukan sebab dia dah jadi pakar. Pakar dan pengalaman adalah dua dimensi yang berbeza.
Satu dimensi khayalan, satu dimensi realifti.
Dan pakar, itu datang dari pengiktirafan orang lain atau organisasi tertentu.
Samada melalui lisan, tulisan atau cakap-cakapan.
Pakar takkan iktiraf diri sendiri. Pakar takkan “declare” dia adalah Pakar SEO, Pakar Facebook Ads, Pakar Copywriting, Pakar jual barang, Pakar jual kopi, Pakar Affiliate dan tidak pernah sesekali tulis kat website dia yang dia ni pakar dalam sesuatu bidang.
Sebab tu, kekadang aku terpaksa ketawa bila ada orang kata dia pakar, dia sifu, dia cikgu, dia ini, dia itu dan dia dinasaur, dia bangang, dia biawak, dia hantu raya dan sebagainya.
Even bila orang gelar ko pakar sekalipun, ko tak boleh tulis atau taip kat blog atau mengarang kat status facebook ko dan kata ko adalah pakar sebab orang lain kata ko pakar.
Ko kena nafikan.
Sebab pakar takkan mengaku yang dia pakar.
Fuhh..
Ayat pun macam kelakar dah aku tulis.
Tapi atas asbab dia buat kelakar, aku gelak juga.
Kesian, lawak tak jadi.
Tak apalah, aku ketawa jugak atas dasar simpati.
Sebab kelapan
Menulis membantu aku mengurangkan dan mengatasi masalah orang.
Tak kiralah orang itu adalah aku sendiri ataupun manusia lain.
Kenapa aku kata manusia?
Sebab manusia aje yang faham dan boleh baca apa yang aku tulis.
Biawak tak boleh membaca. Piranha jauh sekali. Ikan kaloi pun terkebil-kebil nak faham kalau aku kecek Perancis.
So, aku tak boleh selesai atau bantu selesaikan masalah haiwan.
Kalau manusia, in-shaa Allah.
Sebab kita ada otak untuk berfikir, perasaan untuk memahami emosi dan jantung untuk terus bernafas.
..
…
Ofkos, tak semua blogger atau penulis blog ini boleh jadi seorang blogger yang membantu sekaligus menghasilkan artikel-artikel yang bermanfaat, dibaca oleh ramai orang dan menjadi popular dalam masa yang sama.
Aku juga tak kesah jika artikel yang aku tulis selama ini tak dibaca oleh ramai orang.
Sebab kalau yang baca tu cuma SATU orang tetapi berpotensi untuk membantu orang yang satu itu, itu dah cukup bagi aku untuk mencapai SEBAB aku yang kedua.
Itu dah cukup.
Sebab terakhir.
Platform untuk berkomunikasi.
Blog adalah yang terbaik untuk menyampaikan maklumat dengan lebih tepat, lebih mencapai sasaran, lebih selamat terutamanya untuk jangka masa yang panjang.
Facebook, tak boleh.
Boleh pegi jahanam dengan facebook.
Kenapa?
Aku bagi satu sebab aje.
Kalau aku tulis banyak sebab, korang mulalah nak merepek bukan-bukan tak nak kalah.
Kan?
Macamlah aku tak tahu.
Semua nak menang aje. Semua nak patahkan fakta yang memang benar dan tak nak mengaku apa yang aku tulis itu memang benar belaka kebanyakkannya.
Walaupun blog bukan milik aku sebab aku kena bayaq domain dan hosting setiap tahun, tapi dengan kemajuan teknologi kita boleh “COPY” dan “PASTE” data kita dari satu blog ke blog yang baru seandainya blog kita kena hack, blog kita terlupa nak renew hosting atau domainnya atau tetiba kita terlupa passwordnya.
Facebook?
Macam mana ko nak “COPY” ko punya data kat profile atau fanpage ko ke akaun yang baru?
Tak boleh.
Dari situ, untuk pemasaran jangka masa panjang..facebook dah kalah teruk.
Itu salah satu sebab aku mengapa aku masih memilih blog sebagai platform aku untuk berkomunikasi.
Berkomunikasi dengan manusia lain.
Maklumlah, ada manusia, dekat depan mata. Tapi yang kat Sweden tu, memang susah sikit la nak jumpa hari-hari. Dengan blog, orang kat Bangladesh pun boleh baca artikel aku.
Cuba ko tulis artikel kat facebook dan blog untuk topik yang sama.
Kalau depa cari kat google, blog ko ke facebook ko yang paling atas sekali?
..
…
Ya.
Blog ko.
Tak kiralah akaun ko tu akaun presiden ke, akaun artis terkenal ke, akaun yang ada beratus ribu fans atau likes ke atau akaun ko tu akaun Donaldd Trunk yang kuat racis tu.
–> Check mate!
Facebook kalah.
Donaldd Trunk pun kalah.
Sebab tu, Donaldd Trunk lawan kerusi presiden US.
Itupun, tak tahu boleh menang ke tidak.
Memanjang menghanjing dan main isu racis aje.
Kalau main chess, memang dia kalah teruk.
Silap hari bulan tinggal pawn dua ekor aje dengan king.
Queen dah lama kena libas.
Kesimpulan
- Sori, artikel ni panjang sikit. Aku tulis panjang sebab nak qada’ beberapa hari aku tak tulis kat blog ni. Blog lain, laju aje aku hupdate artikel.
- Apa yang aku tulis adalah betul belaka.
- Bukan sebab aku pakar, sebab aku lebih lama menulis blog dan lebih berpengalaman dari korang.
- Ko tak suka apa yang aku tulis, boleh layan facebook ads.
- Ko kata ko tulis blog bukan untuk cari duit, itu hak ko untuk terus rugi dan membazir.
- Artikel ni memang ditulis untuk bagi aku menang dan korang kalah.
- 99% yang membaca akan setuju dengan apa yang aku tulis.
- Kalau korang tak setuju, korang sebenarnya sedang menipu diri korang.
- Tak baik menipu diri sendiri, berdosa besaq. Nanti masuk neraka.
- Tak kesian ke kat Malaikat kiri kanan korang yang catit dosa korang menipu tu?
- Maaf kalau korang pening baca jawapan aku.
- Kalau tak faham, tak apa. Aku tak marah. Sebab korang bukan genius macam aku.
Sekian.
Ikhlas tapi benar.
Fakta itu pahit untuk dibaca, didengar dan ditaip.
Orang kita memang manja tak cukup tempat.
Orang kita kalau bab nak menang, putus kawan pun tak apa.
Tapi aku tak kesah.
Kawan kurang tak apa.
Tapi sebelum ko update status kat facebook ko nak “unfriend” aku, bayaq dulu hutang aku.
..
…
1.18 pagi.
Pagi Jumaat.
Bilik gelap kat rumah menghadap jalan raya yang tak ada cahaya.
12,559 total views, 4 views today
Kmah btul jwpan bro bila kena tnya soalan mcm tu..
Terbaik..
Jawab aje.
Jawapan yang aku dah tahu.
Yang tak tahu, aku kata aku tak tahu la.
Saya sokong Cikgu Titan… hahaha… ALhamdulillah masih terus aktif menulis blog sehingga sekarang… Sebab ada banyak sumber rezeki yang boleh kita hasilkan melalui blog 😉
Ya.
Ada banyak cabang dan sumber.
Cari dan usaha sahaja.
Betul tu Bro. Saya sokong. Tulis aje. Aka ada hasilnya.
Apa yang penting kita enjoy apa yang kita lakukan dan selalu berfikira positif.
Ya.
Enjoy itu penting.
Enjoy waktu tulis blog tu yang best.
enjoy dengan setiap apa yang kita buat
aku pun dah malas nak tulis blog, sebab korang malas klik iklan aku. Ha2.
Ya.
Aku salah seorang yang malas klik tu.
Ya sangat panjang..tapi input yang sangat ada manfaat. Insyaallah selagi ada kudrat akan menulis . Dulu mmg saya banyak update di facebook. Lama kelamaan tak jumpa kenangan tulisan saya. Rugi di situ
Ya.
Rugi.
Cuma ramai yang tak sedar aja.
Lynda..tq for the reminder. Eray pun banyak habiskan masa tulis di FB, nampaknya gaya wajib kembali ke blog
Sama macam bila orang kata dia matang. Bila org mengaku matang ni biasanya masih belum matang.
Payah cite bab matang ni.
Pening sikit.
Haha..
Seperti juga soalan, kenapa kau suka baca buku? Satu soalan paling sukar untuk dijawab. Hanya orang suka membaca saja tahu jawapannya.
Ya.
Yang tahu aje tahu jawapannya.
Dah banyak kali Cikgu Titan kemaskini komisen yang dapat hasil dari blog, tapi masih bertanya soalan macam tu. Memang susah diajar.
mungkin mereka sukar nak faham kot.
Hihihi, betul tu – blog sendiri mcm rmh sendiri, sdgkan FB mcm tpt persinggahan ja – better menulis dlm blog sendiri. Tp sy suka singgah FB utk tengok hasil kraf org lain. 😀
Ya.
Facebook ada kelebihan yang lain.
Tapi blog is better.
Panjangnya Nak truih baca sampai habih, tapi ITU lah bila dah suka memang baca ja..terpukau dengan ayat sempoi rasanya
Terima kasih kerana suka membaca.
Saya memang hensem orangnya.
konsisten, istiqomah buat sedikit tapi berterusan itu yang disukai tambahan lagi menghasilkan uang.
Ya.
Ada uang, semua orang suka.
tulis blog ni ada satu rasa kepuasan. walaupun sekdar tulis blog informasi. tapi ia tetap dinamakan menulis. Aku melihat beza aku yang hari-hari kerjanya menulis blog dengan rakan lain. Aku lebih mudah menyusun ayat dan perenggan dalam menulis berbading rakan lain
Diakui oleh pakar itu jauh lebih bermakna daripada mengaku pakar 🙂
Ya.
Nak cari siapa pakar tu yang susah sikit.
ramai pakar palsu sekarang nih.
Terbaik…setakat ni tak pernah lagi rasa tak mahu tulis blog…semangat nak tulis blog tu ada lagi…haha…
Ganas ayat ari ni..
macam melepaskan segala amarah je..
ahahahhah
Ganas apanya.
Ayat serius aje.
kahwin 4? apakah? hahaha..
Betul, bila kita blogging ni ada banyak perkara yang kita boleh share dengan orang. Kadang tu kita rasa benda tu simple sangat, tapi sebenarnya ada orang yang sangat berterima kasih bila kita share perkara itu. And that makes me happy =)
Insha Allah ilmu yang kita share, jika bermanfaat dan diamalkan, akan menjadi bekalan kita di alam sana kelak, insha Allah =)
Maaf komen panjang, memang nak luah perasaan blogging ehehe
best gak soklan tu..ehehe..jawapan tu dia punya panjang..heheee
Saje tulis panjang.
Qada’ apa yang patut aje.
Terbaik tuan ilmunya….
yang penting kita enjoy dengan apa yang dilakukan.
Ya.
Enjoy itu penting.
no 6 paling win..hahaha..
haha panjang gila jawapan dia
saya tulis blog tak kira nak dapat duit atau tidak..
tapi bila dah tulis blog..dapat duit pulak dah
alhamdullillah
Yup.
Alhamdulillah.
Syukur nikmat.
dapat sikit bersyukur ..
dapat banyak lagilah nak bersyukur
Blog ni satu pelaburan jangka panjang.
Boleh jadi mesin buat duit kalau betul caranya.
Yup.
Asalkan tahu caranya.
Fuh… Kenapa & Mengapa?
Memasing punya misi & Visi..
Kalau duit letak di depan..
Memang tak kemana.. 🙂
Takde orang buat bisnes duit letak kat belakang.
Semua letak depan.
semoga tambah sukses bos
Haha lama tak ke blog cikgu pakar SEO yang banyak ajar SEO kat saya (sila nafikan). Orang selalu fikir saya old fashion sebab blogging utk biz, blogging utk belajar menjadi penulis. Orang lain balun fb ads, Ig bagai. Tapi blogging lah yg bagi saya 3-4 angka income partime secara konsisten sejak 3 tahun lepas. Dalam biz, orang yang google dan jumpa blog kita adalah serious buyer. Sebab2 blogging bagus dah dinyatakan dalam post ini, berada dalam carian google etc. Cikgu saya pernah ajar, nak belajar jadi penulis yang baik? Tulislah di blog setiap hari.
Sampai bila kita nak blogging Cikgu?
Selagi kita boleh menaip kot.
Terima kasih cikgu ajar SEO dalam kitab pink.
Aku pun dah pause sekejap aktiviti dalam FB. Nak fokus kat blog. Banyak yang tertinggal ni. Tapi aku duk cari jawapan nombor 2 – 7. Ko letak kat mane titan?
Aku tulis blog sebab stor peyimpanan maklumat dalam kepala otak macam nak penuh ( rasa saja ), Jadinya bila transfer dekat blog bebanya berkurang laa sikit..haaa..haaa. Masa aku buat karangan pendek untuk blog, aku tak harap sangat untuk dapat sambutan sebab kandungan dalam blog bersifat kena beli dan research & development. Alhamdulillah harap-tak harap pun dah beratuih ribu aku belasah secara terangcang melalui aktiviti blogging yang dibuat semata-mata untuk dijadikan mesin buat duit auto. Emmmmhhh…emmhhhhh. Agenda terbaru sudah siap, nak sebat banyak mana masih dalam perancangan…
Panjang lebar jawapan dengan kupasan yang tak kalah hehe. Terbaik en titan, blog sesuai jadi tool pemasaran jangka panjang.
Ya.
Blog tetap lebih sesuai dan juga jangka masa lama.
Ehhh macam sama jer jawapan yang bermain difikiran saya ni.. haha..
Semoga encik Titan terus setia update blog.. walaupun dah tak sekerap dahulu..
Ya.
Harap leh update macam selalu.
Tanya soalan sampai bila ko nak tulis/update blog?
Ibaratnya, sama seperti sampai bila ko nak hidup?
Haha, kalau kena kat aku memang itu aku jawab.
Memang tak dinafikan blog merupakan medium terbukti power/berkesan.
Sampai sekarang saya dapat hasil daripada blog walaupun hanya 1 post je.
Semuanya berkat Kitab SEO Merah Jambu.
Terima kasih Encik Titan.
Haha..
jawab ajelah.
Walaupun aku tahu, esok lusa akan ada gak yang bergatal bertanya.
Aku tahu ramai blogger yang menghilang masa zaman zaman kita dulu. Dan yang ada sekarang pun ramai yang gagal buat duit mungkin. Tetapi aku tetap ada disini, heheehe.
Pasal soalan berblogging sampai bila tu? Jawapan aku, insyaallah aku akan terus berblogging lepas aku kawin nanti. Malah nak ajar bini berblogging sekali. So untuk diri aku, insyaallah berblogging akan diteruskan. Cumanya selepas ini lebih kepada buat duit. Itu sahaja
Ya.
Memang ramai yang dah menghilang.
Kita terima seadanya aje.
Haha..
suspen sungguh soalan tu..oklah dari orang duk tanya bile nak keluar entry baru ni 🙂
Haha..
Suspen la sangat.
kemain panjang entri ni.. tapi gigih baca sampai habis
Terima kasih kerana gigih membacanya.
terima kasih sekali lagi.
jom tulis blog sebab kita ada belog masing-masing heeaaa..
Haa..
gi la tulis cepat-cepat.
Nak juga membacanya.
Baru je tulis pasal FB vs Blog pagi tadi dekat FB. Try search kat google, tak jumpa pula. Ngeh ngeh.
Tapi memang betul sangat part ‘long term’ income. Even tak update blog hari2 pun masih ada customer yang cari. Aset sebenarnya blog ni, rugi kalau dah ada satu, lepas tu buat derk & terus menghilang.
Ya.
Blog lebih ada banyak advantage.
enjoy dan enjoy… hehe
hahaha. buat kerja dengan minat pasti takkan bosan.