Nampaknya pada bulan Ogos ni memang akan jadi satu bulan yang akan diingati oleh ramai pemain “pokemon” yang tegar. Sebab bulan ni ramai yang telah jadi “trainer” pokemon secara tidak rasmi.
Bagi aku, ini hanya satu permainan.
Permainan yang tidak ada kesudahan.
Kerana apa?
Ini baru permulaan. Sejarah permainan Pokemon lebih dari 10 tahun. Dari Pokemon Red hingga ke Pokemon Black and White. Belum campur Pokemon Alpha dan Omega. Jadi, itu aje dah berapa generasi. Generasi Pokemon dah ada lebih dari ENAM generasi. Yang ada dalam Pokemon Go ni, pokemonnya semua dari generasi yang pertama. Tak mustahil akan ada update versi terbaru dan lebih banyak pokemon dari 6 generasi itu kita kena tangkap semua.
Sebab itu aku kata “Endless.”
Tak tahu bila nak habis.
Dari sudut positif, dia boleh berikan 1001 segala macam bentuk positif asalkan ko berfikiran positif. Ofkos, jika ko rasa satu benda itu negatif, akan hadir 1001 macam benda negatif dalam pemikiran korang.
Ya.
Aku sudah dan sedang bermain Pokemon Go.
Tapi bukan pemain yang hardcore.
Cuma pengalaman aku tentang dunia Pokemon ni agak hardcore.
Dari zaman Pokemon Red, Pokemon Blue, Pokemon Yellow and Green, Pokemon Gold and Silver, Pokemon Sapphire and Ruby, Pokemon Diamond and Pearl dan juga Pokemon Black and White dan yang terkini Pokemon Omega and Aplha, memang aku follow.
Dari zaman gameboy diprogramkan ke komputer dan kini kita dah boleh main di telefon pintar masing-masing.
Dunia Pokemon berevolusi semakin pantas dalam 10 tahun ini.
Jadi, bila ada orang mempersoalkan kenapa aku main Pokemon Go, aku rasa korang dah ada jawapannya. Tak perlu aku beritahu sebabnya.
Benda bila kita dah biasa, kita dah main selalu, kita dah kenal luaq dalam dari segi baik dan buruknya dan kita tahu macam mana nak “handle” benda tu, in-shaa Allah, takde benda yang tak baik akan datang asalkan kita tahu macam mana nak kawal.
Selamat tak Pokemon Go ini untuk kanak-kanak?
Ofkos, aku tetap rasa permainan ini cukup tak sesuai untuk budak-budak atau kanak-kanak.
Yang sesuai adalah orang dewasa.
Terutamanya yang datangnya dari generasi aku.
Tahun 1990 hingga tahun 1999.
Tahun lain, budak-budak dah mengarut dengan Warcarft, Red Alert, Counter Strike dan Dota 2.
Dan mak bapak seharusnya jangan perkenalkan dunia SMARTPHONE kepada anak-anak sebelum sampai waktu yang sesuai. Sebab bila budak-budak ni dah tahu berfikir sebelum tempoh matangnya tiba, aku tak hairan ada banyak benda negatif yang akan hadir dalam kehidupan mereka.
So, kalau ko nak cari salah..salahkan mak bapak yang belikan telefon pintar itu pada anak mereka.
Mak bapak aku pun, beri aku guna telefon mereka hanya ketika mereka pergi haji ketika aku masih belajar di matrikulasi. Itupun tak sampai genap pun sebulan. Tapi ofkoslah aku jadi seronok gila sebab ada handpon sendiri walaupun sekadar pinjaman sahaja. Punya seronok bila dapat main game “Snake” dalam handset Nokia 3210 dan 3310 tuh.
“Tapi bro..tu dulu. Zaman kita berbeza. Budak-budak kena “catch up” dengan dunia teknologi. Masa takkan tunggu kita.”
..
…
Habis tu, kalau anak ko eksiden bila main Pokemon Go ke kena buli bila main Dota 2 ke, kena kutuk sebab tak reti menembak dalam Counter Strike kat cyber cafe atau tetiba terguna duit dalam akaun bank korang bila main “Candy Crash” ke hape..ko nak biaq?
So, korang ada tanggungjawab yang besaq bila dah ada anak-anak kecil zaman nih.
Ko dah besaq.
Ko dah ada power untuk jaga keluarga ko.
Ko dah ada kuasa dan hak untuk membantu dan mengatur kehidupan anak ko ke arah masa depan yang lebih bercahaya dan lebih gemilang.
Ko nak anak ko jadi pandai dalam pelajaran. Ko nak anak ko pandai dalam sukan. Ko nak anak ko lagi hebat dari anak orang lain.
TAPi, ko perjudikan masa depan anak ko dengan berikan mereka bermain dengan smartpon sejak darjah satu? Darjah enam? Tingkatan 5?
Kamon.
Bila dah ada anak yang dah dibungkus dengan kain kapan, ko nak salahkan pula menteri pelajaran kenapa tak haramkan penggunaan telefon pintar?
..
…
Kadang-kala, aku tak faham juga pemikiran mak bapak sekarang.
Satu generasi dengan aku. Kalau beza pun, selang satu generasi aje. Generasi X dan Y aje.
Tapi kenapa pemikiran kita cukup berbeza dan ketara sangat?
Nasihat aku, pantau telefon anak korang.
Selidik apa yang diorang mesej dan diorang search dan download kat handset diorang.
“Takde privasi la budak-budak macam tuh..”
..
…
Ko nak anak ko jadi mangsa rogol ke, ko nak anak ko jadi tokan dadah ke, ko nak jadi anak ko jadi mangsa culik ke, ko nak anak ko ketagih main Pokemon Go ke hape?
Ko nak macam tu?
Privasi boleh pegi jahanam.
Selagi anak korang tak matang, dah boleh jadi imam untuk keluarga, dah ada kerja sendiri dan boleh tanggung diri sendiri, dah boleh beli spender sendiri, dah boleh mandi wajib tanpa rujuk kitab, dah boleh masak nasi dan telur tanpa hangus, dah pandai beli kicap dan sos cili atau dah pandai bezakan antara peria dan petola..
selagi itulah ko ada HAK untuk campur tangan dalam kehidupan privasi anak korang.
Faham?
Itu hak ko.
Gunakan dengan bijak.
Kesimpulan.
1. Permainan Pokemon Go ini sangat sekejap untuk didownload. Cara nak main pun senang. Asalkan ada akaun Gmail, itu dah cukup untuk mendaftar permainan ini.
2. Cara nak elakkan anak korang dari main benda ini pun mudah. Jangan bagi anak korang ada handpon pintar. Handpon bodoh-bodoh macam nokia 3310, nokia butterfly, nokia 3210 tu takpe. Pokemon Go sesuai untuk orang dewasa sahaja. Bebudak remaja dan budak sekolah, tak payah main. Korang baik belajar tentang matematik tambahan dan juga cara nak tulis karangan yang boleh dapat A.
3. Ada kelebihan juga main game Pokemon Go ini. Dari korang tak pernah tahu surau dan masjid kat mana kat kawasan rumah korang, korang boleh tahu kewujudan tempat itu selepas korang main Pokemon Go. Selain itu, korang juga akan dipaksa berjalan atau berlari semata-mata untuk menetaskan “telur” Pokemon kerana syarat nak menetaskan telur Pokemon, korang kena berjalan atau berlari berkilometer jauhnya. Sekaligus, membantu mengurangkan masalah OBESITI kat negara kita nih yang merupakan antara masalah kronik yang memeningkan kepala menteri kesihatan kita setiap tahun.
4. Kat kawasan sekolah, susah nak jumpa pokemon. Kawasan “green” memang langsung tak ada kat kawasan aku. Cuma kekadang ada la juga Pidgey atau Snorlax tetiba datang melawat.
5. Pokemon yang paling tinggi “Combat Power” yang aku pernah dapat tangkap adalah Tangela. CP Tangle seekor itu aje dah 324. Berbeza dengan Pokemon paling besaq dan berat yang aku pernah dapat tangkap, Snorlax. Combat Power satu-satunya Snorlax aku adalah 44 sahaja. Gila lembik. Mesti kuat tidur Snorlax aku tuh.
6. Pokemon yang berevolusi dalam pokedex aku adalah Pidgey, Eevee, Rattata, Caterpie dan Weedle.
7. Pokemon yang selalu aku jumpa adalah Caterpie, Weedle dan Pidgey.
8. Pokemon yang selalu aku jumpa dalam rumah aku adalah Eevee dan Zubat.
9. Pokemon yang paling susah dan membazirkan aku tangkap adalah Zubat. Inipun masa awal-awal dulu main, gila habis dekat 30 pokeball sebab tak terer lagi baling pokeball aku tuh. Dah jadi satu hal rajin pegi pokestop kat depan rumah aku.
10. Pokestop paling dekat dengan rumah aku adalah tak sampai 100 meter dari rumah aku. Tapi setakat ni, aku rasa aku sorang aje yang main Pokemon Go kat kawasan rumah aku. takde lagi trainer lain yang serajin aku singgah ke pokestop untuk kutip pokeball.
11. Gym yang paling dekat pun tak sampai 300 meter dari rumah aku. Tapi aku tak pernah lagi pegi lawan Gym Leader sebab diorang punya Combat Power aje, tiga orang lebih 1000 CP. Gila laju diorang naikkan CP pokemon masing-masing. Main cheat ke hape.
12, Aku tak jumpa lagi Zapdox, Mew, Meywto dan pokemon rare yang lain. Balbasour jauh sekali. Inikan pula nak tangkap Pikachu. Entah kat mana Pikachu kat Masai nih.
13, Nak main Pokemon Go, kena tahu dan jaga keselamatan diri. Even ko dah besaq panjang, ko tetap kena hati-hati. Jangan main ketika memandu. Apatah lagi ketika tengah bawa orang rumah. Ikut cara aku. Main sambil baring kat rumah. Kebetulan ada kawasan “green” dekat belakang rumah aku. Memudahkan aku nak tangkap pokemon sambil menonton televisyen.
14. Malah, kat kawasan parking kereta juga dekat dengan kawasan “green”. Banyak pokemon type grass dan flying bersepah-sepah kat situ. Aku rasa dah beratus Pidgey dengan Rattata aku tangkap. Gila bosan tangkap diorang. Paling rare, Abra dengan Snorlax je pernah aku tangkap kat kawasan rumah aku nih. Pokomen lain, memang takde la nak sesat ke sini.
15. Sekali lagi. Pokemon Go HANYA permainan impian untuk orang dewasa sahaja. Kami dah tunggu game ini bertahun lamanya. Bagi peluang pada kami yang dewasa ini untuk terus terasa seperti kanak-kanak ribena untuk tempoh masa setengah jam setiap hari.
Itu sahaja aku nak cerita.
Pokemon Go hanyalah satu permainan ilusi minda.
Benda ni bosan dan tak ada kesudahan.
Tapi ia tetap satu khayalan yang mengasyikkan.
Hanya yang kuat sahaja yang akan terus tegar bermain.
..
…
Yang lembik, boleh teruskan bermain Dota 2, Diablo 4 dan Warcraft 3.
Serta Candy Crush dan Clash Clan seperti biasa.
14,103 total views, 1 views today
sempat juga bro layan Pokemon Go..saya memang tak sempat tu..
Bukan selalu.
Bila ada masa aje.
Dulu minat dan suka sangat tengok siri pokemon di TV. Tapi game ni tak minatlah lah pula…
Tak semua orang minat.
Yang minat aje main benda ni.
Memang baik atau buruk permainan ini ikut persepsi masing-masing. Yang minat akan cari di mana baiknya. Yang tidak minat akan memandang apa yang buruk
Ya.
Begitulah kebiasaannya.
Tak minat pun Pokemon,Doraemon macam best sikit hahaha
Doraemon tak leh wat game.
Lagi bosan.
Salam, cuma musykil skit, sebab since pokemon go nie dia ada VR camera, kadang-kadang kita suluh setiap pelusuk rumah kita, data-data dan gambar2 dalam rumah kita tu develepor boleh tengok ke? Boleh terjadi tertangkap gambar ahli keluarga yang tak tutup aurat dalam rumah sebab kadang2 ada juga jumpa pokemon dalam rumah kan.
Kalau bab aurat, bila main kat rumah..aku memang make sure bini dan anak takde dalam radar kamera.
Lagi satu, kamera ada dua. dua-dua aku tutup guna solatape.
So, takde masalah dari aku.
Aku cuma bukak bila nak ambil gambar aje solatape tu.
Bukan apa, once kita dah online, handset kita boleh kena hack bila-bila masa. Hacker bboleh guna kamera kita setiap masa kalau depa nak.
Sebab tu, aku memang letak solatape kat kamera henset aku tuh.
Saya sudah main game Pokemon pada tahun 2000 dengan Nintendo Game Boy. Cuma bezanya zaman tersebut belum kewujudan smartphone dan tab. 🙂
Ya.
Dulu mana ada smartpone.
La ni, smartpon tu la untuk ganti pokedex tuh.
lejen Pokemon rupanya ko nih..aku layan katun pokemon je dulu..paling hampeh kt rumah aku, takde apa pun..ciss..tapi elok la, kang bini aku tak buat keje rumah plak..ohhoo..kt opis aku ni je bersepah gym ngan pokestop sampai 3…pepagi lagi duk bubuh lure sampai 3 pokestop..sape tahan…ahaha
Lejen gak la kalau banding dengan orang-orang kat sini.
kalau banding dengan budak nerd dan geek, diorang lagi legend.
Saya dah main pokemon yellow pakai gba. Seronok tapi kalu tak kenal erti kawalan jadi lagho… Pokemon Go memang best jadi real plak impian kecik2 den nak jadi trainer hehe.
Ya.
Impian dah jadi kenyataan sekarang walaupun jalan game dia berbeza.
Siapa belum start main Pokemon Go tu, eloklah jangan mulakan… Tapi siapa dah terjebak main tu… Eloklah main sampai boleh buat duit… 😉
Aku main ni bukan nak buat duit.
Cuma nak main aje untuk kenangan masa kecil.
Dah lama nak main game macam ni. Inilah satu-satunya game macam ni yang ada kat dunia.
So, benda rare.
Memang kena main dengan penuh hati-hati.
saya tak ada masa nak layan pokemon go tu….banyak keje dirumah…huhuhuhu
Takpe.
Teruskan buat kerja rumah.
Biaq orang laki aje yang main.
Aku dah main masa realease tapi sekarang macam dah bosan nak main pokemon go sebab kerjanya asyik tangkap pokemon je pastu nak battlle kena keluar. haha. So sekarang stick dengan permainann clash royale lagi best. heheh
Clash royale pun aku dah bosan.
Kekadang je main.
Aku pun follow jugak pokemon kaler-kaler ni, dari red, blue, yellow, gold, silver, pastu ruby, sapphire… ho ho. Pokedex siap dah hafal lagi :p
Haha..
ni lagi sorang kaki pokemon.
orang dewasa ramai main pokemon ni.. budak2 main coc
Ya.
Budak-budak main COC ajelah.
tak minat mian pokemon ni tak kisah apa game asal main dah cpt bosan hii
Orang perempuan memang main game aje depa akan cepat bosan.
Biasalah tu.
HAha..
anak-anak suka citer katun pokemon black n white. tengok katun dah ler… hehe
Budak-budak memang layan katun nih.
Biasalah tu.
anak-anak suka citer katun pokemon black n white. tengok katun dah ler… hehe
aku dah mula bosan dah dgn permainan ni bila asyik jumpa pokemon sama jer..hahaha x sabar nak tunggu diorg update utk pokemon xyz….tp pokemon baru tu x secomel pokemon yg first generasi…hehee
Kalau jumpa yang sama, lagi bagus.
Kasi naik level aje la.
Haha..
first generasi memang lagi comel banding latest generasi.
biasalah tu.
Yang pertama tu memang indah belaka.
entah kenapa di akhir saat membaca entry ini, tiba2 ada rasa teruja nak download balik Pokemon Go yang dah delete tu hari. Tapi jadi ibu yang kerja sendiri kat rumah ni nampak macam takde masa nak slot in kejar pokemon2 yang ada. Kejar anak2 jelah gamaknya. Ni tunggu derang tidur baru boleh blogwalk.
Haha..
tak payah kejar.
tunggu aje depa datang serah diri.
Haha ending dia win. “yang lembik”
Saya suka tengok je culture Pokemon ni. Interesting. Yang kutuk, yang suka, yg defend, yang gaduh, saya sengih je tengok
Baik saya belajar SEO Merah jambu, masih jual ke?
Masih jual.
boleh rujuk terus kat site nih –> http://teknikseomerahjambu.com
Aku pun layan jugak pokemon go ni..
okla time boring boring main
tangkap kat mall
sambil jogging
tapi lama-lama boring la
best lagi layan Clash Royale
Nak battle pun kat rumah je
Tak yah g jauh jauh ke POKE Gym
Nak jadi pokemon trainer kena rajin jenjalan.
Dah nama pun pokemon, kena la jelajah cari pokemon.
Baru ada feel.
Haha..
hpone aku rosak buat masa ini… belum tahu nak repair ke nak beli baru.. so nak cerita pokemon go, sedih rasanya…haha
So, gi angkat handpon baru la macam tu.
Tahu kartun pokemon jer…hehehe
Game-game ni memang den tak minat. Kalau masak, sukeeee 😛
Orang pperempuan memang suka bab memasak jer..
saya pun terjebak dah sama.. haha.
yg penting kita yg main ni kna la beringat n berhati2..
Ya.
Kena lebih berhati-hati.
Setuju dengan bro titan, nak kena pantau setiap apa yang anak2 kita main.
Ya.
Tetap kena pantau.
haha. nak like post ni 80 juta kali. ngeee.. saya juga #tangkappokemon. sila follow ig saya @myapilot. eh.. hahaha
Ohh..
rajin plak ye tangkap pokemon.
yang aku tak nampak sihat pokemon go ni adalah waktu spawn pokemon rare-rare. banyak pokemon rare aku dapat wkatu malam. memang kena keluar malam baru dapat. siang tah pape je dapat
Aku kalau spawn, memang pokemon biasa aje dapat.
tapi kalau tak spawn, yang rare plak dapat. Haha..
Selagi tak memudaratkan boleh layan je..
Orang dewas ok.
Bebudak, jangan bagi main lah.
Aku dok pulun main jugak game Pokemon Go ni masa mula2 release kat Malaysia.. Sekarang dah rasa bosan dah.. Main bila ada masa lapang je atau bila dah taktau nak buat apa..
Ada keburukan.. Ada kebaikan.. Pandai2 la fikir sendiri.. Dah besar panjang.. Budak2 memang kena pantau atau larang terus jangan bagi main, sebab tak sesuai dengan tahap pemikiran diorang..
Ya.
Bab buruk tu, memang kena hati-hati.
Budak-budak memang tak makan saman sangat sekarang.
Ibubapa memang kena hardcore tengok anak2..tak boleh lepas pandang kalau tertinggal henpon, silap haribulan tengok anak duk cari pokemon sampai ke tengah jalan raya..haruuuu
Anak2 ambo yang berumur 8 & 7 tahun dah start layan siri2 animasi Pokemon : Black & White di Astro… 🙂
wahh..
channel berapa tu agaknya ye.
Hmm, bagi saya main Pokemon Go ni bila ada masa sahaja. Lebih baik gunakan masa untuk aktiviti yang lebih mendatangkan hasil.
Kena pandai dan bijak kalau nak main game nih.
yg penting kena hati-hati kalau main game ni. mcm member sy time dia p pokestop time tu la juga barang2 dia dalam kereta kena kebas, nasib x masuk kereta skali kena kebas