Ok.
Ada salah seorang pembaca blog yang bertanya tentang isu ini.
“Apa kaitan Feed-in Tariff (FiT) dan RE Fund dengan bil elektrik rumah kita? “
Okeh. Aku akan cuba menjawab berdasarkan apa yang aku dengar dan faham melalui Open Day Blogger Workshop SEDA Malaysia 2013 yang dianjurkan pada bulan lepas. Kalau ada yang tak berapa faham lagi apa itu SEDA Malaysia, apa itu FiT dan apa itu RE Fund. Korang baca artikel ini. Kalau masih juga ada yang tak berapa faham, aku akan panggil pegawai SEDA untuk turun ke blog ini dan terangkan pada korang.
Macam ni..
Baca betul-betul. Tak faham, ulang lagi sampai faham.
Peranan SEDA Malaysia dalam FiT
Untuk makluman korang semua, SEDA Malaysia ni merupakan badan yang menjalankan atau melaksanakan Program FiT(Feed in Taarif) ini di Malaysia. Dan program ini mewajibkan “Distribution Licensees”(DLS) atau dalam bahasa melayunya “Pemegang lesen Pengagihan” seperti TNB untuk membeli daripada pengeluar tenaga boleh diperbaharui (RE) yang dihasilkan dari sumber yang boleh perbaharui (RE) dan juga berfungsi menetapkan kadar FiT.
Dibawah undang-undang, DLS akan membayar untuk setiap jumlah tenaga yang diperbaharui yang dibekalkan kepada grid elektrik untuk satu tempoh tertentu. Dengan menjamin akses kepada grid-grid elektrik tersebut, pihak, mereka juga akan menetapkan harga bagi setiap unit tenaga yang boleh diperbaharui, memastikan tenaga yang diperbaharui itu menjadi berdaya maju dan membuka satu pelaburan jangka masa panjang untuk pemain industri seperti syarikat-syarikat tertentu dan juga kepada individu seperti kita.
Selain itu, pihak Kabinet juga telah bersetuju dan meluluskan surcaj sebanyak 1% dalam bil elektrik rumah kita yang telah diwartakan dan dikutip dari semua pengguna elektrik di Malaysia. Pada masa ini, cuma 1% surcaj sahaja yang dikenakan. Tak tahulah 5-10 tahun lagi nanti. Mungkin naik ke 2% atau lebih. Siapa tahu, kan? Dan aku rasa memang akan bertambah pada masa hadapan kerana terlalu banyak faktor yang sukar untuk aku jelaskan kat sini.
Okeh. Siapa dan bagaimana kita boleh dikenakan caj 1% itu?
- Pengguna elektrik yang menggunakan elektrik melebih 300 kWj dalam sebulan atau
- Bil elektrik bulanan kita melebih RM77.00.
- Kalau RM78.00? – Kena bayar atau tidak? Kena bayar caj 1% tersebut tanpa ragu-ragu.
- Kalau 76 ringgit dan 90 sen? – Tak kena.
- Kalau 500 ringgit? Okeh. Itu memang dah kena bayarlah kan??
Kenapa kena bayar? Itu peraturannya. Itu perkara yang sudah diluluskan oleh pihak Kerajaan. Jadi, suka atau tidak. Kita kena terima hakikat. Kalau tak nak kena, sila JIMATKAN penggunaan elektrik dirumah anda. Mudah, bukan?
Kalau tidak, korang anggap aje sumbangan surcaj sebanyak 1% itu sebagai amal jariah atau niat sebagai membantu orang lain yang lebih memerlukan.
Tak susah, kan?
Duit atau wang dari 1% itu akan disalurkan ke mana?
Duit dari 1% itu akan disalurkan ke dalam RE FunD atau pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan tenaga yang boleh diperbaharui. Dan SEDA Malaysia adalah pihak yang menguruskan RE Fund itu dan juga bertanggungjawab untuk membayar premium Tarif tersebut kepada pembekal atau RE Developer yang membekalkan Tenaga yang boleh diperbaharui (RE) kepada grid elektrik setiap bulan kepada pihak TNB yang akan wajib membelinya. Jadi, ini bermakna, “mereka” yang aku tulis tadi akan dapat intensif atau upah setiap bulan SELAGI mereka membekalkan tenaga elektrik kepada TNB. Dan pihak TNB akan beli pada kadar yang telah ditetapkan. Faham?
Contoh:
Ini bil elektrik rumah sewa aku untuk bulan Oktober 2013.
Penerangan:
- Dalam gambar diatas, bil bulan lepas adalah RM161.36.
- Dan 1% dari RE Fund atau Dana Wang Tenaga Boleh Baharu tu, adalah sebanyak RM1.61.
- Jadi, jumlah keseluruhan yang aku kena bayar adalah sebanyak RM162.94
- RM1.61 inilah yang akan disalurkan ke RE Developer ataupun pihak yang membekalkan Tenaga Boleh yang boleh diperbaharui (RE Fund) pada setiap bulan kepada pihak TNB.
Kalau saya nak terlibat dengan program FiT, bagaimanakah cara nak memohon?
Ok.
Kalau korang betul-betul berminat dan memang betul-betul BERMINAT, korang boleh isi borang permohonan yang disediakan oleh pihak SEDA Malaysia. Borang boleh didapati di laman web rasmi SEDA Malaysia. Yang versi “hardcopy” pula akan disediakan di pejabat rasmi SEDA Malaysia. Semua permohonan akan dilayan dengan adil dan proses permohonan akan dijalankan dengan TELUS bergantung pada jumlah kuota yang masih ADA dari masa ke semasa.
Dan korang kena “ALERT” setiap masa tentang berita dan pengumuman di laman web rasmi SEDA Malaysia jika ada kuota baru yang DIBUKA. Pastikan juga sediakan dokumen yang diperlukan seperti yang pihak SEDA Malaysia mahukan. Jika korang bagi maklumat palsu, bila-bila masa sahaja permohonan korang akan dibatalkan.
Dan jangan lupa untuk pilih borang yang tepat. Korang nak sertai sebagai RE Developer Solar PV ke, Biogas ke, Biomas atau Small Hydro. Sila buat pilihan yang bijak dan buat banyak kajian dan bacaan terlebih dahulu jika korang betul-betul SERIUS nak buat benda ni.
Boleh download borang permohonan Fit disini –> Borang Permohonan Program FiT
Kesimpulan
Bagi aku, program FiT ni memang bagus. Lebih bagus kalau semua isi rumah kat Malaysia ini berkemampuan untuk melaksanakannya. Bukan sahaja di Malaysia, malah diluar Malaysia pun sama. Ini kerana sumber tenaga kat negara kita dan dinegara jiran-jiran kita semakin berkurangan disebabkan faktor bencana alam yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
Aku tidak hairan atau rasa mustahil jika 10 atau 20 tahun akan datang nanti akan ada “Panel Solar” disetiap bumbung rumah masing-masing. Tak mustahil kerana negara luar sudah banyak negara yang melakukannya. Di Malaysia, kuota untuk PV Solar atau “Panel Solar” sudah penuh. Ini bermaksud, memang ramai orang sudah tahu kepentingan program Fit ini.
Jadi, jika ada kemampuan, sertai program Fit ini. Kalau tidak, kita sama-sama menyokong program FiT ini agar bekalan sumber tenaga kita tidak putus dan mencukupi untuk kehidupan anak cucu kita pada masa hadapan nanti.
Sumber:
- SEDA Malaysia Official Website
- Sejarah Feed-in Tariff di Malaysia
- SEDA Malaysia – Sustainable Energy Development Authority Malaysia
- RE – Renewable Energy
Ps: Okeh. Itu sahaja yang mampu aku bantu untuk bagi korang faham tentang apa kaitannya Feed-in Tariff dan RE Fund yang ada dekat bil elektrik rumah kita tu. Kalau ada yang masih tak berapa nak tangkap, boleh tanya kat ruang komen laju-laju.
15,314 total views, 1 views today
sebab itulah kena bayar 1% tu rupanya. 😐
Dalam erti kata lain…bersedekah.
Dah semakin faham dgn takrif tu. Apa pula kelebihan bila berdaftar utk program FiT ni?
kelebihannya daftar program FiT ni..leh la buat duit.
Bisnes jangka masa panjang ni. Hoho. Memang leh untung besar kalau tahu caranya.
Kos pemulaan untuk pasang solar agak tinggi lama juga hendak tunggu break even.
Masih boleh untung.
Kontrak dekat antara 15-20 tahun lamanya. Sempat balik modal dan buat untung.
Hmm.. RE tu maknanya recycle energy ker? Apa contoh RE yg senang kawe faham?
RE – Renewable Energy.
Bahasa melayunya, tenaga yang boleh diperbaharui.
Contohnya macam tenaga elektrik yang dijana dari solar(matahari), air dari projek small hydro(macam empangan kecil), projek biomas (sampah sarap dan sebagainya) dan biogas (gas yang dikumpulkan.
Ini salah satu contoh RE.
nasib baik bil kat rumah tak cecah rm30 hihii :p
Pakai berdua aje. Dua-dua kerja.
Manalah lebih dari rm30 sebulan. haha..
bil kat kampung nih tak pernah cecah rm77 lagi…
tapi kalau dapat pasang solar, ok gak tuh..
cuba lawat web seda. mana tahu ada kekosongan baru tak tahun ni. 😉
bil aku kadang kena 1% ni
kadang2 tak kena
aku bayar je tanpa banyak soal
Aku pun bayar aje.
Selagi mampu bayar, bayar ajelah. haha. 😆
okeh sekarang sudah faham…=)
Lahh, sebelum ni tak fahamlah rupanya.
haiya.. 😥
Kenapa ramai yang tak tahu pasal benda nie? Ke dah inform tapi maklumat tak sampai he..23x
ada keluar kat surat khabar rasanya.
cuma mungkin ramai tak alert.
aku pun tak sedar benda nih. Bila tengok bil elektrik tu, barulah tahu. haha..
owh, rupanya ada kebaikan jika kena 1% ni..harap duit itu memang disalurkan kepada arah yang betullah…hehhee
Ya.
harap-harap begitulah hendaknya. 😉
akak ni main bayo jer
sebab dah guna bayo jer lah kan huhu
takpe. akak banyak duitttt..
bila nak belanja cendolll.. 😆
dapat paham dlm 20 peratus je.. kena baca berulang kali baru leh paham ni
yap, kena baca banyak kali, baru faham.
aku sendiri masih belajar tentang menda nih.
bil elektrik untuk beberapa bulan ni tak melebih RM77 sebab tu tak perasan kot..hehe
nanti dah lebih rm77, mesti perasan punya. hehe..
tak pernah perasan pun pasal ni… mungkin sebab bil elektrik tak pernah capai jumlah tu….
Dah abis dah koutanya baru nak apply
terbaiklah…kalau ada jugak yg tak faham..pegawai SEDA mmg kena turun sini..hehe
boleh tahan lu pnya bil ek..4 kali ganda gua punya bil..hohoho
thanks sbb kasi pencerahan yg mmg cerah…
p.s-agaknya, ini salah satu bisnes yg my big boss sedang usahakan
haha aku nak jual alat jimat tenaga elektrik lah lepas ini
Oh macam tu ke? Baru tahu…
tiap kali bil letrik sampai,terus tgk brp kena bayar.tak tgk dah menda lain.hahaha 😆
Emm lama dah tak byr bil api nih…huhu..terima kasih atas penerangan yang panjang lebar ni tapi sukar sikit nak faham kalau baca sekali lalu..sebab bagi saya ni pertama kali dgr..
terbaik bro..gua baru tau ni
info berguna utk pelaburan. Kos agak tinggi tp pulangan jangka panjangnya memastikan sumber tenaga tidaknya hanya bergantung kepada petrolium yg semakin susut. Kepada yg suka masuk skim cepat kaya patut masuk program ni.