Ya.
Disini, aku ingin mengajak korang semua yang berminat dengan isu “Sustainable Energy” untuk sertai ISES 2014 ini yang akan diadakan selama 2 hari (18-19 Mac 2014) pada tahun hadapan.
Senang cerita, ini butiran tentang summit tersebut:
ISES 2014 – The 2nd International Sustainable Energy Summit
- Tarikh -18 dan 19 Mac 2014
- Tempat – Sunway Resort Hotel & SPA, Petaling Jaya, Selangor.
- Anjuran – SEDA Malaysia
- Sokongan – KeTTHA (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air)
- Currency of Autonomy – Sustainable Energy
Tujuan ISES 2014.
ISES 2014 bertujuan untuk berkongsi amalan baik dan membantu mengenal pasti cara-cara menyediakan ilmu pengetahuan, teknologi dan pembiayaan bagi transformasi ke arah kemerdekaan tenaga dan pembangunan mampan. ISES 2014 juga menyediakan platform dan peluang untuk RE(Renewable Energy) dan EE(Energy Efficiency) industri profesional di Malaysia dan semua pihak berpeluang untuk bertemu, berbincang dan mendapatkan maklumat terkini dan isu-isu yang berkaitan dengan Tenaga Lestari di Malaysia.
SEDA Malaysia pula akan menyediakan maklumat terkini dan pembangunan RE dan EE terkini di negara ini berkenaan dengan rangka kerja undang-undang dan pelaksanaan. Topik penting lain yang disampaikan oleh penceramah terkenal dari seluruh dunia termasuk pembiayaan hijau, tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga.
Barisan panel pula dari pelbagai negara dan termasuklah juga Datuk Loo Took Gee (Secrerart-General Ministry of Energy, Green Technology dan Water, Malaysia.
Antara topik yang menarik yang akan dibincangkan dalam ISES 2014 ialah
- Kajian Kes Antarabangsa mengenai Dasar Tenaga Lestari
- Pembiayaan Projek Tenaga Lestari
- Sustainable Energy (RE dan EE)
- RE (Renewable Energy) – Sumber Tenaga boleh diperbaharui
- EE (Energy Efficiency)- Kecekapan Tenaga
Tentatif program ISES 2014
Sebelum ini, aku selalu dok cerita tentang “Renewable Energy”, Sustainable Energy, RE Fund, Tarif Galakan, Feed-in Tariff dan macam-macam lagi. Jadi, kalau nak LEBIH faham dan tahu tentang apa sebenarnya “Sustainable Energy” ini dan kepentingannya dalam kehidupan kita terutamanya di Malaysia ini, datanglah ke ISES 2014 ini nanti.
- Jadi, kepada yang berminat bolehlah dapatkan tiket disini – Tiket ke ISES 2014
- Jangan lupa, nanti cari aku kat sana ehh. Hehe..
Sumber
- SEDA Malaysia
- KeTTHA
- ISES 2014 (Official Website)
6,707 total views, 1 views today
orang hebat2 je yang boleh masuk ni
tak la.
siapa-siapa aje leh masuk. hoho.
Cara menambah ilmu dgn menghadiri diri di summit ini. Cara guna tenaga lestari yang terbaik dan tidak mengabaikan alam sekitar.
Ya.
Ini salah satu cara untuk tambah ilmu yang sangat bernilai.
Emm saya tak tahu banyak pun pasal menda ni..harapkan cerita encik titan aje lah…
Sebab itulah kita kena pergi summit ni.
baru leh tahu lebih banyak. hehe.
siapa yang tak pandai jimatkan tenaga
akan terima akibatnya
Haa. Tau takpe.
Hehe.
Alternatif baru nie…
Alternatif baru untuk apa ye??
Sunway dah tak jauh mana dah , ada kelapangan boleh la pergi…
Pergilah kalau ada masa nanti.
Banyak masa lagi nih. hehe..
insyaAllah kalau sempat,nak pergi.hehehe
Pergilah.
Leh belanja gua cendol kat sana. hehe..