Ya. Bagaimana untuk kita memohon FiT?
Pasti menjadi tanda tanya kepada ramai orang.
Sudah beberapa artikel yang aku tulis tentang FiT dan kelebihannya. Jadi, pada hari ini aku akan ceritakan langkah demi langkah untuk membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk memohonmelakukan permohonan program FiT.
Sebelum itu..
Sila pastikan korang tahu tentang dan pernah baca “apa itu FiT”. Ini akan memudahkan lagi pemahaman korang semua tentang kelebihan FiT yang antara kita yang tidak mengetahuinya dengan lebih jelas.
Kelebihan FiT(Feed-in Tariff)
Bertujuan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar di sekeliling kita di samping membantu dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara. Pada masa yang sama, juga memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan untuk satu jangka masa yang tertentupanjang. Oleh itu, teknologi Tenaga Boleh Baharu (TBB) atau Renewable Energy(RE) telah ditawarkan secara terbuka kepada sesiapa sahaja terutamanya pada rakyat Malaysia untuk menyertainya.
1. Biogas
2. Biomas
3. Small Hydro
4. Solar PV
Jadi, antara 4 teknologi TBB ini, sesiapa sahaja yang berminat boleh membuat pilihan salah satu daripada teknologi tersebut sebelum memohonmelakukan permohonan Program FiT. Pastikan juga korang sudah belajar dan tahu segala maklumat berkaitan dengannya agar memudahkan kerja untuk merangka kertas kerja, menyediakan modal dan sebagainya.
Antara 4 teknologi tersebut, Solar PV adalah antara produk FiT yang paling popular di Malaysia berbanding teknologi TBB yang lain. Ada yang memasangnya di rumah sendiri seperti yang dilakukan oleh Puan Stephani Mary Bacon dan mendiang suaminya, (Harry Bosswell) yang membina rumah bernama “CoolTek Home” yang menggunakan teknologi Solar PV. Selain itu, ada juga yang melakukannya secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh Fortune 11, Sepang dan. Bagi biogas, biomas dan Small Hydro pula agak kurang popular tetapi tetap memberikan pulangan yang lumayan jika mempunyai modal yang besar dan biasanya dilaksanakan dalam sektor perindustrian sahaja.
Bagaimana untuk memohon FiT?
- Memastikan dan memeriksa kelayakan dan kuota yang sedia ada pada ketika memohon. Ini kerana ramai calon yang akan memohon. Menggunakan konsep siapa cepat, dia dapat.
- Menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
- Melakukan permohonanan Feed-in Approval melalui sistem online (e-FiT)
- Menunggu permohonan diluluskan. Permohonan akan diluluskan apabila semua dokumen telah diperoleh dan menepati syarat dan kelayakan pemohon.
- Menandatangani Renewable Energy Power Purchase Agreement (REPPA) dengan Distribution License (DL)
- Menghantar satu salinan kontrak atau perjanjian REPPA kepada pihak SEDA Malaysia dan TNB, manakala satu lagi salinan kepada Suruhanjaya Tenaga.
- Memohon permohonan lesen daripada Suruhanjaya Tenaga.
- Menandatangani Perjanjian Pembiayaan dan memenuhi semua syarat yang diperlukan untuk pengeluaran pertama. (Jika memohon melalui pinjaman bank, ada DUA pilihan bank sahaja. Sama ada Alliance Bank atau Bank Muamalat.
- Pihak kontraktor yang terpilih akan melakukan pemasangan teknologi TBB. Sila rujuk pada website rasmi SEDA Malaysia (RE Directory) untuk senarai penuh kontraktor. Sesiapa yang berminat perlu menghubungi pihak kontraktor sendiri untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih lanjut terutamanya dari soal modal dan kos pemasangan yang perlu disediakan.
- Pihak Suruhanjaya Tenaga akan mengeluarkan lesen kepada pemohon.(Jika memohon Solar PV, kadar pengeluaran tenaganya adalah di bawah 72kW sahaja.
- Sesi ujian akan dijalankan oleh pihak yang berkelayakan khas untuk permohonan Solar PV.
- SEDA Malaysia akan melakukan semakan tentang tarikh pelaksanaan FiT.
- SEDA Malaysia memberi pengesahan tentang tarikh pelaksanaan FiT.
- Pelaksanaan FiT.
- Pembayaran dilakukan oleh pihak TNB (Semenanjung Malaysia) atau SESB (Sabah) kepada pemohon berdasarkan kadar yang ditetapkan mengikut kontrak.
Ya.
Itu sahaja. 15 langkah ini sahaja yang perlu anda tahu jika anda berminat untuk memohon FiT.
Pihak SEDA Malaysia juga akan memantau dari masa ke semasa tentang pelan kerja dan segala yang berkaitan dengan projek FiT yang telah dijalankan oleh pemohon. Ini untuk memastikan projek tersebut berjalan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak SEDA Malaysia.
Bagaimana, ada yang berminat?
Layari website rasmi SEDA Malaysia di bawah dan baca juga artikel-artikel yang berkaitan dengan SEDA Malaysia dan juga FiT.
Sumber gambar dan rujukan
- SEDA Malaysia
- Cooltek Home
- Apa itu FiT?
- Tapak Projek Solar Fortune 11, Sepang dan Tapak Projek Labu Palm Oil Mill, Negeri Sembilan.
8,868 total views, 1 views today
terbaiklah kalau rumah dapat pasang tenaga solar…jimat pun jimat dan mesra alam =)
bab bab nak sediakan dokumen tu macam leceh jerr…
okeh jap lagi den terjah laman web SEDA tuh…
aku ingat nak mohon tempat belajar FIT tadi..rupanya FiT lain.haha…bagus juga ni,boleh guna solar lepas ni.
ohh..ada juga program macam ni.
bagus la program fit ni.
seronoknya kalau ada tenaga solar sendiri
Jimat laa bil elektrik kalau apply nie…
Kalau pasang sendiri mcm lanun cam ne? kena saman la kan?
Rumah saya memang tak lepas kalau saya mohon ni….
pasni ko boleh apply FiT untuk umah kat banting… 😆
Owh..tenaga solar rupanya eyh..
Aku ada terjumpa company yang bukak pakej solar pv ni..dalam 500+ sebulan..nanti aku citer kat blog aku plak.