Pada 20 Oktober 2013 yang lepas bersamaan dengan hari Ahad, aku ada join satu workshop anjuran SEDA Malaysia bertempat di Berjaya Time Square Hotel, Kuala Lumpur. Oleh sebab aku dah ada kat Banting sebelum itu, jadi aku terpaksa bertolak seawal 6.30 pagi untuk berada di sana seawal jam 8 pagi. Sebab program dijangka bermula jam 8.30 pagi.
Bila dah sampai..jam dah menunjukkan menghampiri 7.30 pagi lebih. Oklah tu. Aku gi parking kejap. Masuk kat Berjaya Time Square Hotel pulak.
Lengang.
“Mana budak-budak bloggernya nih..jadi ke tidak hari ini?”
Oleh sebab aku dah join banyak kali gak program dan bengkel kat hotel ni. Jadi..aku naik lif ke tingkat 14. Kebiasaannya, program jenis seminar, bengkel atau ceramah atau dinner akan diadakan di tingkat tersebut. Dah sampai atas..aku jalan-jalan-jalan kejap. Aku jumpa satu papan tanda.
“Ehh.ini seminar SEDA. BUkan SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop nih. Takkan start pukul 2 petang kot. Kat email kata jam 8.30 pagi??”
Tiba-tiba, aku jadi lapar.
Turun bawah kejap. Ambil lif. Nak turun pakai tangga, terlalu penat rasanya. Menggunakan terlalu banyak tenaga. Nak terjun, kaki tak berapa cukup kuat nak “landing”. Sebab dah terlalu lama tak buat aktiviti lasak tu. Jadi, menggunakan lif adalah pilihan terbaik setakat ni.
Belok kanan. Belok kanan sikit. Nampak kedai seven-eleven. Beli nasi lemak dan air kosong sebotol. Keluar dari kedai. Dok bersila kejap di satu penjuru.
“Bismillah..”
Terus makan tanpa rasa malu dan jitu.
Dah setel makan. Baru nak minum air. Masuk satu sms..
“Bro..ko datang SEDA tak?”
Haa..tu dia. Ada juga yang datang. Rupa-rupanya dia dah dok kat atas sana dah. Tak bagitau awal-awal pun kat aku. Dah duduk kat atas sana, barulah nak habaq kat aku. Lalu, aku masuk hotel, jalan laju-laju..terussss ke bahagian paling hujung kat tingkat 14 tu..barulah nampak pegawai-pegawai SEDA yang berbaju biru dan putih berkeliaran..
“Ini blogger ke?”
“Hah..ya. Saya…”
“Haa..leh la daftar nama..dan bla..bla..”
SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop 2013
Dipendekkan cerita, SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop 2013 ini bermula lewat sikit dari jadual sebab nak tunggu orang dan blogger datang. Bila semua dah ada, program pun bermula dengan ucapan dari CEO of SEDA Malaysia iaitu YBhg. Datin Badriyah Hj Abd Malek. Seorang yang agak peramah dan mudah tersenyum. Sanggup meluangkan masa pada hari Ahad yang sepatutnya boleh meluangkan masa dirumah tetapi mengambil inisiatif untuk bersama-sama kami dalam workshop ini.
Datin Badriyah lebih banyak bercerita tentang Apa itu SEDA Malaysia yang rata-ratanya memang ramai yang tak tahu termasuklah aku. Aku tahu sikit-sikit pun sebab sehari sebelum datang ada gak la aku skodeng website diorang. Semuanya dalam bahasa inggeris. Boleh tahan huru-hara gak nak faham satu-satu. Haha..
SEDA tu bermaksud Sustainable Energy Development Authority of Malaysia. Jadi, SEDA ini berperanan mentadbir dan mengurus pelaksanaan Sistem Tarif Galakan (Feed-in Tariff (FiT)) bagi menggalakkan penggunaan sumber tenaga boleh Diperbaharui (Renewable Energy(RE)) yang diberi mandat di bawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 [Akta 725].
Kemudian, Dr. Wei Nee Chen pula memberikan penerangan tentang Renewable Energy dan Feed in Tariff (FiT).
Aku ingatkan, aku masuk kelas darjah 4 dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Cerita tentang sumber tenaga seperti Tenaga Matahari, Tenaga Air, Tenaga Angin, Tenaga Biomas dan memacam tenaga lagi. Secara jujur, memang aku tahu semua tu sebab memang bidang aku. Aku ada ijazah dalam bidang Geologi. Benda macam ni, memang mainan aku. So, dari mula hingga akhir memang aku boleh tangkap apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Wee Nee Chen ni. Senang kata, penerangan dia bagus. Pandai gak tarik perhatian orang. Mesti dah biasa bagi pengucapan awam kat depan ribuan orang rasanya. Dia pun pandai buat lawak dan mudah tersenyum.
Aku suka orang-orang mudah tersenyum ni. Itu tanda hati-hati orang yang bergembira dan hidup bahagia.
Morning Tea Break.
Okeh. Kami semua rehat kejap dan makan apa yang patut. Mihun dia tu rasa sedap juga. Ikut hati nak tambah. Tapi oleh sebab aku mengantuk sangat, aku makan apa yang patut sahaja dan lebihkan minum kopi. Haha..
Part paling menarik – Group Session.
Mula-mula aku ingatkan ini part paling bosan sekali. Tapi aku silap besar. Dalam bahagian inilah aku dapat belajar banyak benda terutamanya sekali tentang pemahaman konsep Renewable Energy dan Energy Efficiency secara keseluruhan.
- Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan aku dibahagikan kepada Teknologi Biomas dan Teknologi Small Hydro.
- Jadi, ada wakil SEDA dan penasihat mereka dalam setiap kumpulan untuk menceritakan tentang kejayaan SEDA dalam mengendalikan isu berkaitan “Renewable Energy, Sustainable Energy dan juga Energy Efficiency serta juga SAVE programme dan juga lebih kepada cerita tentang penglibatan SEDA Malaysia dalam bidang Biomas dan Small Hydro. Kumpulan lain, ada bidang teknologi lain seperti PV, Biogas dan lain-lain lagi.
- Part paling best bila cerita tentang kepentingan 1% yang ada dalam bil elektrik korang. Apa itu 1% itu dan mengapa kita perlu bayar 1% lebih jika bil letrik kita melebihi RM77 dan mengapa 1% itu penting? Dan apa kaitannya pula dengan FiT dan RE?
- Penerangan tentang Feed in Tariff (FiT) juga lebih mudah difahami apabila dibincang dalam bentuk kumpulan. Masa Dr. Wee Nee Chen bagitau awal-awal tadi, aku memang dah boleh tangkap apa maksudnya. Tapi bila dah dok gebang ramai-ramai dalam kumpulan, semua dok campak idea masing-masing. Mudahlah sikit nak “TANGKAP” apa faedah dan bagusnya “Feed in Tariff” ini kalau kita betul-betul berminat.
- Seriusly, berminat dengan Solar PV Technology dan FiT walaupun modalnya agak tinggi. Tapi itu je yang aku mampu. Nak labur dalam Small Hydro memang tak cukup duit simpanan aku dalam bank-bank yang aku ada. Sayangnya, kuota Solar PV sudah habisss. Haha..
- Dan juga pentingnya melakukan penjimatan tenaga dirumah kerana pada 20-30 tahun akan datang sumber tenaga kita mungkin akan menjadi terhad. Jadi, dengan wujudnya RE sebagai minyak ke 5 bagi negara Malaysia adalah satu langkah untuk membekalkan tenaga elektrik ke seluruh Malaysia untuk satu tempoh yang lebih lama. (Panjang isu ni, nanti aku cerita lebih lanjut dalam artikel yang lain plak ehh..)
- Oh ya. Hujungnya, setiap orang wakil kumpulan akan bentang hasil perbincangan di hadapan. Dah macam kelas kat universiti plak. Ada pembentangan. Sorang-sorang keluar. Masa inilah aku rasa kemuncaknya dan matlamat SEDA Malaysia Blogger Workshop tercapai. Semua orang faham apa yang pihak SEDA cuba sampaikan.
- Yang lebih penting, Cik Tom pun ada. Haha..
Kesimpulan
Aku agak puas hati dengan apa yang pihak SEDA Malaysia cuba sampaikan dalam SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop kali ini. Banyak perkara yang aku belajar terutamanya tentang Feed in Tarif (Fit) dan juga kepentingan 1% dalam bil elektrik kita yang selalu kita tak sedar tu.
Selain itu, kepentingan tenaga elektrik dalam kehidupan harian kita. Mesti ramai yang tak ambil kesah kan? Janji petik suis, lampu menyala, kipas bergerak. Tak pernah nak ambil tahu bagaimana agaknya nak tahu dari mana sumber yang digunakan untuk menyenangkan hidup kita. Jadi, mudah-mudahan hari ini korang akan sedar bahawa pentingnya tenaga elektrik dalam kehidupan seharian kita. Tanpa kipas, mesti korang marah kat TNB kan? Tak sampai 5 minit..mesti pergi call dan maki diorang, kan? Betul tak?
Dan ada DUA benda penting aku nak korang tahu..
- Minyak dah kurang di Malaysia. Gas asli pun sama. Jadi, pelbagai cara dan idea telah difikirkan bagaimana untuk menghasilkan tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. Bukan mudah. Sebab itu idea Renewable Energy dan Sustainable Energy ini tercetus dan mula dihasilkan di Malaysia melalui projek-projek seperti Solar PV, Small Hydro, Biomas dan Biogas yang mana adalah merupakan sumber tenaga atau minyak ke 5 untuk negara kita pada masa hadapan.
- Jimatkan penggunaan tenaga dirumah. Bukan tak boleh guna, tapi guna dengan lebih bijak.
Dah, layan kejap gambar-gambar kandid ni kejap ek..
** Dengarnya, akan ada jemputan lagi dari SEDA Malaysia lagi untuk bawa kami ke lokasi-lokasi penting-penting yang diusahakan oleh SEDA Malaysia. Kalau kena dengan masa, memang aku nak pergi. Kalau SEDA Malaysia bawa gi Amcorp Perting Small Hydro kat Bentong tu ke, Felda Palm Industries kat Jempol ke atau Rentak Raya Solar PV Farm kat Pontian tu ke..nak jugak aku ikut nanti. Hoho..
- Sumber gambar – SEDA Malaysia
- Website Official SEDA Malaysia – http://www.seda.gov.my
Ps: Kalau tak aral, aku sambung cerita lagi lain kali. Best cerita benda yang aku minat nih. Hehe..
11,157 total views, 1 views today
singgah pagi =)
serius sungguh PakCik Ladfe dan Abang Hafiz
gambar makanan pun tak ketinggalan yer bro..hu3..xjumpa calon ke kat sini bro
Oo jimat tenaga bguslah
Bestnya bro dapat turut serta event macam ni. Banyak ilmu baru dapat belajar.
ooo..hari tu cakap tak paham..pandai ko elak diri kena present ye..hahaha
haha..
bagilah chance orang muda-muda cakap.
Lagipun, aku kan mengantuk sangat waktu tuhh. 😈
Yang pegi tu semuanya blogger ke?
Yap, semua blogger rasanya kalau tak silap aku.
Dah nama pun open day blogger workshop. Hoho..
Ohh..pasal tulah lu demam..hadir di sini rupanya sebelum lu demam. Itu belum naik tingkat atas dengan tangga.
akan datang dapat lawatan ke lokasi projet SEDA lebih menarik ni.
Incinerator takde ke? Nie pun option baik utk generate energy. Ade 1 kat langkawi
terbaiklah!
mmg best benda2 gini..maklumlah dalam bidang sains…minat tu
Wahhh seronok kan dapat jemputan ke sini…emm cik tom tak sangka dia aktif gak..hehe..seronok ler tu dapat jumpa cik tom..hahaha
Owwwhh…. time nie ada aku ada event luar…. tapi ko memang suka kandid gambar awek kan…heheheehe
Memang dah tengok2 juga FiT, tapi kuota dah habis.. tunggu kuota tahun depan kot..
tekun juag aku baca sampai habis entri ni,terbaik la bro,tak sabar nak baca kesinambungannya pula 😆
Seronok baca.Aku minat benda berkaitan sains ni. Kat sekolah aku sumber tenaga guna genset atau enjin api. 24 jam. Tapi terpaksa tukar enjin 6 jam sekali.
panjangnya entri tetapi menarik pulak untuk dibaca..ada berkenan dengan awek kat SEDA ke?
p/s: Entri terhangat saya bertajuk- 3 Tabiat Hebat Blogger
best2.. dah lama tak di ajak benda2 cam nih..
masa mengajor GEO pun aku selalu sebut pasal RE . Tak tau le depa paham ke tidak.
dapat join event cam ni memang best…tapi apakan daya dah xde orang nak menjemput 🙂
Abg Cikgu , bukan RM75 , tetapi bil letrik yg melebihi RM77 baru dikenakan charge 1% tu ..
Maafla ye ,tempat adalah limited sesgt .. officer SEDA mmg hari2 dok browse tenet cari mana2 blogger yg free .. penat kot dia baca satu2 blog org .. heheeh ..
Tersilap tekan masa taip.
Nanti akan aku betulkan. Terima kasih kerana menegur yek. hehe..
Banyak gambar makanan & awek jer
P.s. – Setuju part kita kena berjimat cermat. Walaupun negara adalah pengeluar minyak, kita kena faham yang minyak nih adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui. Dah habis nanti, kena cari sumber alternatif lak…
Yap.
Tapi ramai yang marah sebab harga minyak naik. hehe..
syok gak tgk ko join tu
Memang seronok gak la.
makan pun sedap. hehe
kalau dapat jemputan ke sana lagi jemput2 la den sekali yer…hehe
[…] Blogger Workshop anjuran SEDA […]