Berapa ramai yang masih guna lampu MENTOL di rumah?
Ya.
Aku ingin bertanya pada para pembaca tegar blog ini.
Berapa ramai di antara korang semua yang masih menggunakan lampu jenis mentol pijar di rumah?
Dan berapa ramai pula antara korang yang menggunakan lampu jenis kalimantang?
…
….
Ya. Aku tahu..masih ada yang pakai. Sebab harga lampu mentol pijar agak murah dan mudah untuk didapati sehingga boleh didapati dikedai-kedai runcit tak kiralah dibandar ataupun di luar bandar.
Tetapi, tahukah korang semua bahawa apabila kita menggunakan mentol terutamanya untuk satu tempoh yang lama membuatkan lampu jenis mentol pijar ini akan CEPAT rosak atau bahasa pasarnya lebih CEPAT TERBAKAR?
Aku pernah cuba buat uji kaji. Dalam satu hingga ke dua minggu, lampu jenis mentol pijar yang sentiasa dipasang akan cepat terbakar? Sebentar. Apa yang terbakar sebenarnya? Fiusnya yang akan terbakar.
Dan lebih teruk lagi, lampu jenis mentol akan cepat panas, menggunakan tenaga haba yang lebih banyak dan kecekapan sinarannya adalah sebanyak 18 W sahaja?
Jika korang bandingkan pula dengan lampu jenis kalimantang, ia memberikan lebih banyak kelebihan walaupun rupanya tak adalah secantik lampu jenis mentol yang lebih elegen dan seksi. Lampu jenis kalimantang yang biasa kita nampak dikebanyakkan rumah itu sebenarnya memberikan lebih kecekapan sinarannya sebanyak 32 W. Lebih cerah cahayanya berbanding lampu jenis mentol. Malah, jika membaca buku, ia lebih terang dan tidak merosakkan mata.
Tetapi ada juga lampu jenis kalimantang jenis mampat (compact fluorescent light atau CFL) memberikan kecerahan yang sama dengan 60 W tetapi menggunakan kuasa yang lebih rendah iaitu Cuma memerlukan 11 W sahaja. Nampak penjimatannya untuk satu jangka masa yang panjang? Ya, walaupun ada yang berkata bahawa lampu jenis ini agak mahal harganya, tetapi tahukah anda bahawa jangka hayat lampu jenis CFL ini mempunyai jangka hayat 8 kali ganda lebih lama berbanding lampu jenis mentol yang biasa kita pasang di rumah. Lebih hebat lagi, lampu jenis ini memberikan penjimatan yang lebih tinggi dengan hanya menggunakan 20% tenaga elektrik sahaja bagi menghasilkan cahaya yang lebih cerah berbanding lampu jenis mentol biasa.
Dan sekarang, ada pula lampu jenis LED dan lebih “green” yang mampu memberikan pencahayaan yang lebih cerah berbanding lampu jenis mentol dan lampu jenis kalimantang. Malah, kadar jangka hayat penggunaannya lebih panjang, lebih kecil dan daya tahan yang tinggi. Ya, ia agak mahal tetapi lebih berbaloi dan memberikan penjimatan yang hebat untuk satu jangka masa yang panjang.
Jadi, jika korang benar-benar mahu menjimatkan duit, tukar lampu jenis mentol di rumah anda dengan lampu jenis LED. Tidak pun, sekurang-kurangnya tukarlah ke lampu jenis kalimantang. Ia lebih menjimatkan tenaga elektrik dan juga menjimatkan wang anda untuk satu tempoh yang lama.
Ini salah satu tips mudah untuk jimatkan penggunaan elektrik di rumah korang. Jangan hairan kalau korang terpaksa bayar bil elektrik tinggi setiap bulan sehingga melebihi 300 kWj pada setiap bulan. Jika ada antara korang yang terpaksa bayar lebih dari RM77 pada setiap bulan, mungkin salah satu sebabnya adalah korang menggunakan lampu jenis pijar untuk satu tempoh yang lama atau korang mungkin memasang lampu pada setiap masa. Sila tutup suis lampu, jika mahu keluar rumah atau Cuma gunakan lampu hanya bila perlu sahaja.
Dan jangan mengada-ngada nak buka semua lampu yang ada di rumah korang hanya kerana korang takut tak boleh tidur dalam gelap. Memadai buka satu lampu sahaja. Tak perlu nak buka semua lampu. Faham?
Sumber gambar dan rujukan
25,786 total views, 1 views today
Dari sekian lampu yang terpasang di rumah saya, hanya ada satu lampu mentol yang masih terpasang 🙂
Kalau di tempat saya, lampu mentol ini disebut “bohlam”
memang dah lama xguna mentol…hee
Mentol old skool nih, dah satu abad tak guna 🙂
mentol ping pong 5watt gua guna time raya sahaja pasal ia berwarna warni, dah gua buat kotak kawalan masa supaya apabila gua terlupa matikan ia akan mati sendiri
nak kena tukar le mentol ni
Emm setakat ni masih guna dua jenis ni lagi..bil api bulan ni…memang tak logik.semuanya berlaku lepas pihak tnb tukar meter baru..naik mendadak..jeng kreng wase nok buleh bayar…haha
Kalau di kampung saya di johor,boleh dikatakan setiap rumah masih menggunakan mentol..termasuk la reban ayam hehehe
dah lama tak guna, selain tak ekonomi, persekitaran agak panas kalau kalau dah banyak atau wattnya tinggi.
rumah aku dah tak pakai mentol jenis ni dah..
💡 Lampu diod ni mahal sikit (L.E.D) tapi durable, tahan lama sampai bertahun-tahun dan sangat jimat elektrik.
lampu entol bulat tu banyak pakai letrik orang kata… dah lama tak pakai..lagipun sakit mata dengan kaler orennya
dulu guna ni kat bilik air, satu hari tu
saya on kan lampu tu tetiba meletup dan kacanya bersepai, syukur bukan anak2 yg masuk
bilik air klu tak jadi peristiwa berdarah
sepertinya lampu seperti itu sudah jarang di gunakan, walaupun sebahagian masih ada, sudah tergantikan dengan lampu elektrik yang lebih ringat daya dan lebih hemat energy, dari sisi ketahanan saya rasa masih lebih kuat lampu mentol.
lampu mentol ni pasang kat jamban je sesuai. haha
sebagai contoh. rumah aku pakai benda ni pasang kat jamban. maksud aku tandas yang ada jamban je, tapi takde bilik mandi.
cerita pasal lampu.. hurm…
teringat dekat klip-klip…
baru tahu nama mentol pijar. haha
tak guna dah lampu mentol ni kat rumah..sebab asyik kena tukar je..
saya cikgu…gua pun masih pakai mentol bulat ni
Majoriti dirumah saya sudah pasang lampu energy saver. 2 lampu LED dan bakal ditambah pada masa hadapan.
Aku paling tak suka mentol bulat kuning ni..bukan je panas.tapi sakit mata kot.lampu kalimantang ok skit.hehehe
kasi tukar pakai LED, jimat wang dan ruang..hehe
Rumah saya di Kajang, Selangor banyak menggunakan mentol CFL atau mentol “energy saver”. Rumah arwah nenek saya di Kulai, Johor pernah saya cuba pasang mentol energy saver. Tapi cuma bertahan 2 minggu. Selepas tu, “blow”.
Cina kedai elektrik yg biasa dengan saya memaklumkan perkara itu terjadi kerana bekalan elektrik ke kampung tidak stabil. Hal ini disahkan oleh seorang lagi rakan saya, juga peniaga peralatan elektrik berbangsa Cina di Bandar Kulaijaya.
Puncanya? Kampung arwah nenek saya tidak disediakan transformer (sub-station jauh sekali) oleh TNB. Alasan TNB? Jumlah rumah di kampung tak banyak macam di taman-taman perumahan. Yelah tuh….!!!
Sekarang, saya dan adik sudah “convert” rumah pusaka tu menjadi homestay. Kami masih mencari jalan macam mana nak bagi mentol “energy saver” tahan lama di homestay ni.
Nak beli mentol lampu kuning tapi tak kenal jenis-jenis mentol.. ada ke tulis kat kotak mentol tu warna lampu tu kuning ke putih?. pening makcik..haha
ada sekali tu aku tersalah beli lampu..nak beli kaler putih,warna kuning plak..sekali tengok pasal apa…watt tak sama..ingatkan semua lampu sama.ahhaa